Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini:-


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Terima kasih kerana setia menjengah blog ini.

Selepas pulang ke hotel lepas Lunch Ketam Besar di Pier 39, kami semua tunaikan solat Zuhur dan Asar. Then bersiap untuk keluar balik.

Sasaran kami semua, "ROSS - Dress For Less"

Ok, let me share with you. Di USA, ada terlalu banyak kedai ROSS. Dalam satu bandar akan ada 2-3 ROSS. Bayangkan, banyak tu.

Mende ROSS ni?

Ross ni dia kira macam kedai jualan barang berjenama dan berkualiti tapi masuk kategori last season punya design yang tak habis di jual.

So, butik butik di outlet yang dah nak let go barang barang mereka, mereka akan jual murah murah kat Ross.

Dan Ross kemudian hantar ke kedai kedai mereka barangan berjenama ini dan dijual pada harga yang super duper murah gila berbanding dengan harga asal di outlet.


Team P.A.S.K.A.L bersedia untuk mengorak langkah ke Ross.... Kalau ikut google map, nak kena jalan kaki dalam 15 minit. So, kita layan jer.


Ada pakaian. Semua pakaian ni disusun ikut saiz. Tapi brand semua bercampur lah. So kita kena belek satu satu baju di saiz yang kita guna. Then pilih la mana yang berkenan. Kebanyakkannya barang berjenama.


Ada macam macam beg di jual di sini. Harga memang murah. Samsonite ada, American Traveller ada.. Dan macam macam jenama lagi. So, kalau ditakdirkan anda sampai ke US nanti, so rajin rajin lah datang ke Ross yer...


Beg pun ada macam maca design. Brand lak ada yang jenama Coach, Kate Spade, Michael Kors. So kene pilih sendiri lah design mana yang kita berkenan. Semua ikut nasib yer.


Cumanya, janganlah expect design ada secantik design di Outlet. Sebab kebanyakan  yang cantik cantik, sampai aja orang akan terus rembat. So kena rajin mencarilah kiranya.


Kasut pun ada macam macam jenis...


Untuk bebudak pun ada...


Cuba tengok... penat sampai duduk dah.. Borong sakan semua ni. Sangat best kalau anda ada anak kecil. Barangan sini sangat sangat murah.


Nerf ni dijual separuh harga dari harga di Malaysia. Kami beli Hyperfire. Harga USD30. Di Malaysia dijual pada harga RM280-RM300.


Fawwaz suka ni truck macam ni.. So kami belilah untuk dia. Harga dalam RM40. Tapi ok lah, ada bunyi, lampu dan boleh jalan sendiri.


Ni lak Fire Truck...


Nampak tak, keadaan macam dah malam... Memang malam dah pun. Semua orang duduk dalam ni sekitar 2-3 jam. Jenuh la nak pilih barang apa yang nak beli kat anak anak....

Sekian dulu sharing kali ini. Semoga ia memberi inspirasi dan motivasi kepada anda untuk fight tiket ke USA satu hari nanti. 

Sama sama kita usaha... Berdoa dan bertawakkal kepada Allah. 

Insya Allah, kita boleh berjaya.

Jemput baca entry seterusnya:-


Wassalam.

MASTERS MARIA & FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others

=====================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top