Cable Car in San Francisco.


Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini:-



Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab Insya Allah.

Selepas melawat Lombard Street, kami pilih untuk ke China Town. So, kami ambil UBER untuk ke sini.


Tara... Dah sampai. Yang kami tak perasan. Jam dah 8.30 malam. Hampir semua kedai di situ dah tutup. Huhu... Cuma ada satu kedai jer yang masih buka. 


No choice. Kami masuk gak la ke kedai ni. Beli barang apa yang patut. Cumanya, harga bebarang di sana tak murah. Agak mahal.


Baju ni sehelai USD18. Dah dekat RM70... Sob sob sob.... Beli la jugak buat kenangan untuk saya dan anak-anak.


Fridge Magnet jenis ni lak. 1 harga 3USD. Dah dekat RM13 satu biji. Dah la yang ni jenis kalau jatuh dia pecah. So, tak leh beli yang ni, kena beli yang lain. Yang elok sket. Dan harga pun elok sket.

Lepas shopping souvenir, kami nak balik ke hotel. So kami decide nak naik Cable Car sebab ni antara icon penting di San Francisco. Lagi pun, last station Cable Car ni memang dekat dengan hotel kami.


Sistem Cable Car di San Francisco ni dibina pada tahun 1873. Ia adalah sistem kereta kabel yang terakhir dikendalikan secara manual di dunia sekarang ni.

Actually rupa dia macam tram aje. Tak sure kenapa dipanggil cable car.


Yang ini Opposite direction. So, kami tunggu lah trem di tempat sebelah kami...


Dah rezeki kami. Sampai ajer kat station, cable car ni pun sampai. Cumanya ia dah penuh dengan orang. So, no choice. Saya dan Maria kena lah bergayut kat tiang besi ni. 

Tahu tak harga berapa nak naik? Jangan nangis yer, 7 USD one way. Kami naik dalam 7 minit jer. Huhu.. Dah dekat RM30 seorang kena bayar. Tapi nak experience punya pasal, layan ajer la.


Sekali berselisih dengan Cable Car di opposite direction. Siap boleh sep tangan lagi dengan orang di train sebelah tu. Hehe.


Amcam? Ada berannn naik cam ni.... Ni diambil masa dia tengah bergerak laju yer. Sebelum tu dah ada orang turun, so Maria dapat duduk kat seat belakang saya tu.


Yeay, dah sampai ke last station. Dekat dengan hotel kami ni. So sessi bergambar la pulak.


Di belakang Maria ni, tempat nak pusing kepala keretapi. Dia akan pusing dari depan ke belakang.


Been there, done that. Bukti kami dah naik Cable Car ni. Hehe.


Sebelum balik bilik, dah lapar. Belum dinner lagi. So next destination, The Halal Guys. Untuk malam ni, sessi free and easy, so Shaklee bagi Meal Allowance. 

Syukur ada kedai makanan halal di tengah-tengah bandar San Francisco ni.


Sekali nak beratur panjang pulak.. Aduh...


Sib baik Duha ada order lebih. Boleh la untuk saya dan Maria makan share. Harga 1 bekas ni USD 13 = RM50.

That's the experience we have today.

Jemput baca entry seterusnya di sini:


MASTERS MARIA & FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others

=====================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top