Nasihat Buat Remaja Muslim
======================

Video 1 : Pengenalan Video Nasihat Buat Remaja Muslim

Salam perkenalan semua. Nama saya Mohd Firdaus Mat Saad. Berasal dan sekarang juga menetap di Parit Buntar Perak

Suami kepada Kam Maria Abdul Mutalib.

Dahulu saya bekas pelajar SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang. Kemudian saya ke MRSM Taiping, ke Kolej MARA Banting dan seterusnya belajar di University of Sheffield, UK.
Selepas pulang ke Malaysia, saya bekeraj sebagai seorang engineer selama 1 tahun sebelum berhenti buat bisnes.

Dulu saya sering dijemput oleh pihak SBP dan MRSM, Kolej dan University untuk berkongsi pengalaman bagaimana untuk menjadi seorang pelajar cemerlang.

Alhamdulillah, saya sudah berkongsi kepada puluhan ribu pelajar di Malaysia.

Namun, disebabkan kesibukan urusan perniagaan, saya tak dapat memenuhi jemputan ceramah dengan pelajar.

Sejujurnya, saya suka berkongsi. Semua yang saya kongsikan adalah berdasarkan perjalanan hidup saya sahaja.

Asal dari anak kampung, datang dari keluarga yang biasa biasa, tapi saya berjaya menjadi seorang yang berjaya dalam pelajaran saya sehingga mejadi pelajar terbaik di Electrical Department ketika di universiti di Sheffield dahulu.

Ramai pelajar suka dengar kisah saya. Sebab mereka rasa dekat dengan mereka.

Perjalanan hidup hampir sama. Cuma saya berkongsi apa yang saya buat untuk saya berjaya.

Saya sering menerima mesej dari pelajar, mengucapkan terima kasih kerana memberi inspirasi kepada mereka.

Beberapa tahun lepas, saya terfikir. Bagaimana saya boleh terus menyumbang kepada anak bangsa saya.

Adakalanya saya rasa "Berdosa". Allah beri terlalu banyak nikmat kepada saya. Tetapi saya tidak menggunakan nikmat itu sebaik mungkin.

Allah beri saya kejayaan.

Allah tunjukkan saya jalan untuk berjaya.

Allah hantarkan orang orang baik untuk memberi nasihat kepada saya sehingga mengubah hidup saya.

Saya ada banyak pengalaman. Tapi pengalaman ini saya tidak kongsikan dengan para pelajar hari ini.

Akhirnya, saya terifkir untuk buat video tips, panduan, nasihat dan yang berkaitan untuk remaja hari ini.

Then, timbullah idea untuk buat Himpunan Video "NASIHAT BUAT REMAJA MUSLIM".

Saya harap dengan berkongsi ilmu sebegini, dapatlah bantu adik adik yang sedang mencari hala tuju dalam kehidupan mereka.

Buat ibu bapa yang terbaca posting ini, anda boleh Tag anak anak anda di video video yang saya kongsikan.

Semoga, adalah satu dua nasihat yang mereka boleh amalkan dalam hidup mereka.

At least, saya menjalankan tanggung jawab saya untuk membantu anak bangsa saya.

Sama sama kita mahu semua orang menjadi hamba Allah yang berjaya, dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Anda boleh SHARE video ini jika anda rasa ia bermanfaat. Jika anda rasa kurang bermanfaat, maafkan saya kerana membuang masa anda menonton video ini.

Semoga bermanfaat.

"Ya Allah, jadikanlah apa yang aku lakukan ini sebagai satu ibadah yang Engkau terima dan Engkau redhai....."

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Insipring Others



"Sampaikanlah Dariku Walaupun Hanya Satu Ayat"

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top