By : Kam Maria Abdul Mutalib (Facebook)

Baru-baru ni, saya ada join satu kursus self-development yang sangat best.

Alhamdulillah, saya boleh rasa diri saya jadi orang baru yang lebih baik dari dulu.

Saya nak share antara ilmu penting yang saya belajar masa kursus tu.

Ada 3 Perkara yang TIDAK BOLEH DIKORBANKAN sepanjang kita berusaha membina kejayaan di dunia:-

❤️ 1. FAMILY

Ada orang terlalu sibuk nak capai kejayaan dalam career or busines, sampai mengabaikan perasaan mak ayah, pasangan dan anak-anak.

Selalu stress, marah-marah & bergaduh dengan keluarga.

Finally bila kejayaan dah tercapai, mungkin dia berpisah dengan pasangan, anak-anak dah besar tapi hubungan sangat renggang.


❤️ 2. HEALTH

Ada orang kerja terlalu teruk nak capai kejayaan, sampai bertahun-tahun tak cukup tidur, tak jaga makan seimbang, tak cukup nutrisi, tak kawal berat badan, dan tak sempat bersenam.

Dia gagal beri hak dan rehat secukupnya untuk tubuh badan.

Akhirnya bila dah berjaya, dia jatuh sakit dan duit habis untuk rawatan penyakit kronik.


❤️ 3. HAPPINESS

Ada orang buat kerja setiap hari dalam keadaan benci, terpaksa, dan tiada passion.

Buat semata-mata untuk dapat duit dan kejar target yang diri sendiri atau orang lain tetapkan.

Terlalu sibuk kerja sampai dia lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah. Amal ibadah entah ke mana.

Hati dan minda selalu rasa serabut dan tak tenang, selalu nak marah.

Dia lupa mencari potensi sebenar dalam diri dia yang mampu beri kejayaan dan happiness at the same time.

Akhirnya dia mungkin capai kejayaan yang dikejar tapi dalam keadaan depress dan mungkin boleh sakit mental hingga bunuh diri.

Jadi apa erti kejayaan itu?

======

Kejar kejayaan dunia tak salah, tapi BALANCE kan untuk pastikan 3 perkara ini, FAMILY, HEALTH & HAPPINESS kekal dalam hidup kita sepanjang perjalanan kita membina kejayaan.

Kalau balance, kita akan sentiasa tenang, gembira walau apa saja cabaran & dugaan.

Kejayaan lebih mudah datang kepada kita, dan lebih bermakna jika dikongsi bersama yang tersayang.

InsyaAllah both kejayaan dunia & akhirat pun dapat.

Sesungguhnya ini reminder untuk diri saya sendiri juga yang selalu alpa.

Jom kita sama-sama muhasabah diri & usaha untuk jadi lebih baik setiap hari.

Silakan share jika bermanfaat. 😊

Note : Gambar di atas masa dalam helicopter di atas Hoover Dam, dalam perjalanan dari Las Vegas menuju ke Grand Canyon, USA pada July 2019. Alhamdulillah, dapat melihat kebesaran Allah dari atas secara live, it was an amazing experience yang takkan dilupakan sepanjang hayat.

Kam Maria Abdul Mutalib
Working-At-Home-Mom

=====================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top