Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 3

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Nota: Ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini:-

Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 2





Apa Yang Prof Kamil Ajarkan

Anda boleh baca nasihat Prof Kamil kepada saya tentang Qiamullail di sini :-

Travelog Haji - Part 23 : Nasihat Prof Kamil (IV)

Semasa di Madinah, Prof Kamil mengajar saya bagaimana untuk melakukan Qiamullail selama 3 jam di Tanah Suci.

Ia tidaklah terlalu sukar ketika dilakukan disana. Ia bermula pada jam 2.00 pagi.

Aturannya begini.

Prof Kamil menyuruh saya menunaikan Solat Sunat Tahjud sebanyak 6 rakaat. Baca secara perlahan lahan dan tidak tergopoh gapah.

Ia akan mengambil masa sekitar 30 minit untuk solat 6 rakaat ini.

Kemudian, Prof menyarankan saya untuk berdoa sekitar 30 minit.

Jam 3.00 pagi, Prof mencadangkan saya untuk melakukan Solat Sunat Taubat dan Solat Sunat Hajat. Kemudian berdoa lagi memohon ampun kepada Allah dan meminta apa yang dihajatkan kepada Nya.

Selepas itu, baca Al Quran dan Solat Sunat Witir.

Ini yang saya lakukan ketika di Tanah Suci dahulu.

Selepas Pulang Ke Malaysia

Selepas pulang ke Malaysia, azam saya yang pertama. Saya mahu melakukan Qiamullail setiap malam.

Cumanya, saya mencari formula yang sesuai dengan saya. Saya tak mampu untuk melakukan Qiamulllail selama 3 jam seperti yang saya lakukan di Tanah Suci.

Saya benar benar hairan, bagaimana Prof Kamil boleh melakukan Qiamullail secara konsisten setiap malam bermula jam 2.30 pagi. Allah Allah. Saya cemburu dengan keupayaan Prof melakukan Qiamullail. Sila baca buku Prof Kamil, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. 

Anda akan tahu bagaimana Prof melakukan Qiamullail setiap malam bermula jam 2.30 pagi.

Ia satu anugerah yang Allah berikan kepada Prof.



Tempoh Masa Qiamullail

Jika anda bertanya kepada Prof Kamil, beliau akan mengatakan Allah 'mula' turun ke langit dunia di sepertiga malam yang tersisa untuk mencari hamba Nya yang berdoa untuk dimakbulkan. Mencari hamba Nya yang bertaubat untuk diampunkan. Mencari hamba Nya yang meminta untuk diperkenankan.

Jika tempoh malam diambil 12 jam dan dibahagi 3. Maka, sepertiga malam tersisa yang Allah maksudkan bermula jam 3.00 pagi.

Namun, saya tak mampu untuk bertahan. Jika saya mula bangun jam 3.00 pagi, pasti saya 'syahid'  di tengah jalan.

Saya mencari cari rentak, pukul berapa yang sewajarnya saya bangun.

Sebelum bulan puasa ini, saya akan bangun setiap hari pada pukul 4.48 pagi. Saya tak tahu mengapa saya pilih waktu ini. Tapi, inilah 'loceng' yang dah diset di handphone saya setiap hari.

Saya ada sekitar satu jam untuk diisi dengan solat solat sunat, berzikir, berdoa dan bermunajat kepada Allah sementara menunggu waktu Subuh.

Saya fikir, ia sesuai dengan saya.

Saya rasa selesa untuk beribadah sekitar satu jam sebelum waktu Subuh.

Ia tidak terlalu lama dan tidak terlalu pendek. Cukuplah untuk saya isi dengan solat dan berdoa. Allhamdulillah.

Perasaan Di Hati

Satu perkara yang saya ingin kongsi dengan anda, Hadis yang Prof Kamil ceritakan kepada saya mengenai kelebihan Qiamullail amat terkesan di hati saya.

Prof membacakan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud.

"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah antara hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?"

Hadis ini amat mudah. Tapi kesannya amat kuat dihati saya.

Setiap malam, kalau saya terasa seolah olah 'malas' untuk bangun. Bila teringat hadis ini. Saya terasa Allah sedang 'menunggu' saya untuk saya bangun menunaikan solat. Mana mungkin saya 'tak bangun' bila saya membayangkan Allah sedang 'menunggu' saya memohon doa kepada Nya.

Setiap malam, selepas membersihkan diri, sebelum saya memulakan solat, saya memandang ke hadapan. Saya akan 'terasa'  seolah olah, Allah ada berada di hadapan saya. Saya 'terasa' seolah olah Allah sedang memerhatikan saya sedang bersolat. Saya 'terasa' Allah sedang menunggu saya untuk berdoa kepada Nya.

Saya terasa seolah olah Allah berkata kepada saya, "Firdaus, mintalah daripada Aku apa yang kamu mahukan. Aku akan perkenankan"

Ini hanya perasaan dihati saya. Bagi saya, perasaan ini anugerah yang Allah berikan kepada saya. Syukur pada Nya atas nikmat ini.

Pada waktu ini, saya benar benar terasa Allah ada bersama saya. Jadi, apabila saya meminta, ia lebih khusyuk kerana saya membayangkan Allah berada dihadapan saya

Ia perasaan yang sukar saya gambarkan. Ia perasaan yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Dan saya amat bersyukur apabila Allah menganugerahkan perasaan ini kepada saya.

Syukur Alhamdulillah.

Apa Yang Saya Lakukan



i) Solat Tahjud

Sekarang ini, apabila saya bangun. Saya akan mulakan dengan melakukan solat sunat Tahjud. Ia hanya dua rakaat. Jika saya mahu berdoa panjang, saya akan membaca ayat ayat ringkas dalam solat. Jika saya mahu berdoa ringkas, saya akan membaca ayat ayat panjang dalam solat.

* Nota : Allah menyukai sunat solat dua rakaat yang dibaca surah yang panjang berbanding solat banyak rakaat yang dibaca surah pendek pendek. Kepada pembaca yang alim dan bijak, betulkan saya jika saya salah dalam hal ini.

Maka, saya menyeimbangkan keduanya. Ada hari, saya baca surah-surah panjang dan berdoa ringkas. Ada hari saya baca surah-surah pendek dan doa panjang. 

Selepas selesai Solat  Sunat Tahjud. Saya akan melakukan Sujud Syukur.

Semasa sujud syukur, ini adalah doa yang saya baca.

"Ya Allah, aku bersyukur pada Mu. Kau telah mengizinkan aku untuk bangun melakukan Qiamullail pada malam ini ketika mana orang lain sedang nyenyak tidur. Aku bersyukur pada Mu ya Allah. Ya Allah, aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepadaku. Jadikanlah aku hamba Mu yang bersyukur "

Saya pasti melakukan Sujud Syukur. Mengapa?

Kerana Allah pilih saya untuk bangun melakukan Qiamullail. Tak semua orang Allah pilih untuk melakukan ibadah ini. Ia sesuatu yang perlu disyukuri.

Prof Kamil menasihatkan saya untuk selalu melakukan sujud syukur walaupun untuk perkara perkara yang kecil.

Sujud syukur adalah salah satu cara untuk saya menunjukkan kesyukuran saya kepada Allah atas segala nikmat yang telah diberikan kepada saya.

Ummat akhir zaman ini. Sedikit benar yang termasuk dalam golongan hamba yang bersyukur. Saya mahu termasuk ke dalam golongan yang sedikit itu.

Selesai sujud syukur, saya akan berdoa kepada Allah. Ini adalah doa yang saya baca.

Ya Allah, ampunkanlah dosa ku, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyangku, dosa saudara mara ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat. 

Ya Allah, aku mohon pada Mu. Permudahkanlah aku untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Gerakkanlah hatiku untuk melakukannya semata mata kerana Mu ya Allah. 

Permudahkanlah aku untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Dorongkanlah hati ku untuk rajin bersedekah. Dorongkanlah aku untuk melakukan solat sunat Dhuha setiap hari. 

Ya Allah, dorongkanlah hatiku dan hati ahli keluarga ku untuk melakukan amal ibadah yang boleh mendekatkan diri kami kepada Mu. Dorongkanlah hati kami untuk melakukan amal ibadah yang boleh membawa kami ke syurga Mu. 

Jauhkanlah kami daripada melakukan amalan amalan yang membawa kami ke neraka Mu. Ya Allah, masukkanlah kami ke dalam syurga Mu dengan Rahmat Mu.

ii) Solat Taubat

Selesai berdoa, saya akan terus melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi saya ia amalan yang WAJIB saya lakukan setiap hari.

Dahulu, saya hanya lakukan solat sunat Taubat sekali sekala. Dahulu, ia hanya dilakukan sebulan sekali. Itupun, kalau saya teringat nak lakukannya. Jika tidak, mungkin sekali dalam dua tiga bulan.

Sekarang, saya mahu lakukan Solat Sunat Taubat setiap hari. Ya, kalau boleh. Setiap hari. Saya mahu memohon ampun kepada Allah setiap hari. Memohon yang sebenar benarnya.

Dan saya mahu memohon kepada Allah pada waktu yang penuh keberkatan. Iaitu, disepertiga malam yang tersisa.

Bukankah pada waktu ini Allah turun di langit bumi. Dan Allah mencari hamba Nya yang mahu bertaubat agar Dia boleh mengampunkan.

Ya, saya mahu bertaubat kepada Nya pada waktu ini.

Saya mahu, saya mati dalam keadaan saya bersedia untuk bertemu dengan Allah. Saya mahu saya mati dalam keadaan saya suka bertemu dengan Allah dan Allah suka bertemu dengan saya. Saya mahu mati dalam keadaan saya sudah bertaubat kepada Nya.

Itu yang saya mahukan.

Saya mahu menjadi insan insan yang terpilih. Saya mahu masukkan ke dalam syurga tanpa di hisab.

Saya sudah menyaksikan ramai sahabat saya yang meninggal pada usia yang muda. Ada yang meninggal dunia tanpa 'sebarang amaran' dari Allah. Ada sahabat yang meninggal akibat kemalangan jalan raya. Ada sahabat yang meninggal akibat penyakit jantung.

Jika ia boleh berlaku kepada mereka. Ia boleh berlaku kepada saya. Sebab itulah saya perlu melakukan Solat Sunat Taubat setiap hari.

Sekarang, selepas menunaikan Solat Sunat Taubat setiap malam. Saya 'terasa lebih bersedia' untuk mati berbanding dahulu.

Saya akui, banyak lagi amalan yang saya perlukan. Namun, sekurang kurangnya. Ini yang termampu saya lakukan setakat ini.

Selepas Solat Sunat Taubat, saya akan berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, ampunkanlah dosa ku sekiranya aku ada melakukan syirik kepada Mu. Jika ia berlaku, ia bukan di atas kemahuanku, tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkanlah dosa syirikku."

"Ya Allah, ampunkanlah aku jika aku ada berlaku riya' dalam amalan ku. Ampunkanlah aku jika ada perasaan ujub dalam diriku. Ampunkan lah dosa-dosa ku ini ya Allah"

Bagi saya, kedua-dua doa ini amat penting. Ia teramat penting untuk saya baca. Ia boleh menentukan sama ada saya ke syurga atau ke neraka.

Prof Kamil menceritakan kepada saya, Allah boleh mengampunkan semua dosa hamba hamba Nya, kecuali dosa syirik.

Dan, dalam kehidupan kita masyarakat Melayu hari ini. Banyak terdedah dengan amalan amalan syirik 'khafi'. Banyak contoh yang boleh diberikan. Misalnya, berjumpa bomoh untuk memohon sesuatu hajat, kita kata ubat sebagai punca sakit kita sembuh dan bermacam macam lagi.

Saya takut, kalau kalau saya ada terbuat sesuatu yang syirik. Dan jika saya tak mohon ampun daripada Allah dosa ini, dan jika Allah tak ampunkan dosa ini. Tiada pilihan lain. Tempat saya di neraka.

Saya tak mahu begitu. Saya perlu memohon ampun kepada Allah dosa syirik ini.

Begitu juga dengan dosa riya' dan ujub.

Riya' adalah apabila saya melakukan sesuatu amalan seolah olah saya mahu menunjuk nunjuk kepada orang lain. Seolah olah saya bagus. Ini yang saya takutkan. Terutama bila saya menaip di blog ini. Terlalu banyak amalan yang saya lakukan saya ceritakan kepada orang lain. Saya takut, kalau kalau terdetik dihati saya perasaan riya' yang mana ia akan menghapuskan segala pahala amalan yang saya lakukan.

Saya mohon ampun kepada Allah. Semoga saya tidak begitu.

Ujub pula adalah perasaan 'budget bagus' dalam diri. Kita rasa kita bagus. Orang lain tak bagus. Allah Allah. Saya amat takut kalau dalam diri saya ada perasaan ini.

Sebab itulah saya perlu memohon ampun kepada  Allah setiap hari. Mohon ampun dosa syirik, dosa riya' dan dosa ujub. Takut takut kalau ia ada di hati saya. Nauzubillah.

Seterusnya saya membaca doa doa ini.

Ya Allah, aku mohon pada Mu, ampunkanlah segala dosa yang pernah aku lakukan. Sama ada dosa itu kecil atau dosa itu besar. Dosa yang aku sengajakan, atau dosa yang tidak aku sengajakan. Dosa yang aku ketahui atau dosa yang tidak aku ketahui. Ampunkanlah segala dosa dosa ku ya Allah.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku, dosa ahli keluarga ku, dosa nenek moyang ku dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Seterusnya, saya akan bermunajat kepada Allah.

Sekarang saya sudah tahu, air mata orang yang menangis kerana takutkan Allah dalam memohon ampun kepada Nya akan menjadi PEMADAM API NERAKA di akhirat kelak. Kalau tak silap saya, saya pernah dengan kalau kita tak boleh menangis, kita disuruh untuk 'buat buat' menangis.

Ia amat penting. Biarlah dalam hidup kita. Kita selalu menangis kerana takutkan Allah. Air mata itu akan 'menyelamatkan' kita daripada di bakar di api neraka kelak. Nauzubillah.

Semoga saya termasuk dalam golongan insan terpilih dan tak perlu ke neraka walaupun sesaat.

Dahulu, sukar sungguh untuk saya menangis kerana takutkan Allah. Saya tak tahu kenapa saya perlu menangis dan apa pentingnya saya menangis.

Saya Perlu Menangis

Alhamdulillah, selepas mengetahui fadhilatnya, selepas mengetahui caranya. Ia tidaklah sukar untuk dilakukan. Walaupun saya tahu, hati saya ini sebenarnya agak keras.

Saya dah cuba pelbagai cara. Berdasarkan pengalaman saya, cara yang paling mudah untuk saya mengeluarkan air mata adalah dengan menyanyikan lagu Raihan - I'tiraf.


Dan jika saya mahu mempercepatkan pengeluaran air mata, saya pasangkan lagu I'tiraf ini di telefon saya. Kemudian, saya dengar melalui earphone.

Bagi saya ia yang paling mudah. Ini berdasarkan pengalaman saya. Jika saya mendengar melalui earphone, saya akan lebih mudah untuk fokus. Dan keseluruhan hati, jiwa dan perasaan saya saya fokuskan kepada lirik nasyid ini.

Dan ia amat bertepatan dengan keadaan kehidupan saya.

Raihan - I'tiraf

Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(arabic verse)
Ila hilas tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa a'lannaril jahim
Fahabblitau batau waghfir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku Oh Tuhan ku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan

Kami takut kami harap kepada Mu
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Kamilah hamba yang mengharap belas dari Mu


Saya tak tahu sama ada anda pernah melakukannya atau tidak.

Tapi, berdasarkan pengalaman saya. Bila saya mendengar lagu ini, seorang diri, di waktu malam, dalam keadaan hanya saya dengan Allah. Air mata akan mudah mengalir.

Ini kerana saya akan terbayang setiap bait dalam lirik lagu itu dan kemudian membayangkan diri saya mengharapkan perkara yang sama.

Dan ayat terakhir sekali dalam nasyid ini, KAMILAH HAMBA YANG MENGHARAP BELAS DARI MU benar benar menyentuh perasaan saya.

Saya terasa saya sebagai hamba Allah yang benar benar sedang mengharap belas kasihan daripada Allah. Allah Allah. Ia perasaan yang sukar saya gambarkan dengan kata kata.

Anda perlu lakukannya sendiri dan alamilah. Ia perasaan yang sukar diceritakan. Semoga Allah mencampakkan perasaan yang sama kepada kita semua. Amin.

Solat Istikharah

Selepas menunaikan Solat Sunat Taubat, saya akan melakukan Solat Sunat Istikharah.

Pasti ada yang tertanya tanya kenapa saya lakukan Solat Istikharah setiap hari? Apa pilihan yang saya hendak buat setiap hari?

Begini, saya pernah terdengar dalam ceramah Prof Muhaya, beliau menasihatkan agara kita untuk melakukan Solat Istikharah setiap hari.

Mengapa?

Kerana, setiap hari dalam kehidupan kita. Kita perlu membuat keputusan. Kita perlu membuat pilihan. Dan kita mahu, pilihan yang kita buat adalah pilihan yang terbaik untuk kita. Kita tak mahu tersalah membuat keputusan.

Kita mahu, setiap kali kita buat keputusan, biarlah Allah bersama kita dalam membuat keputusan.

Maka, selepas Solat Sunat Istikharah, saya akan berdoa sebegini:

Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon kepada Mu, aku mohon petunjuk daripada Mu. Ya Allah, setiap hari dalam kehidupan ku, aku akan membuat keputusan. Aku akan membuat pilihan. Aku mohon kepada Mu, biarlah aku memilih untuk membuat keputusan yang betul. Keputusan yang terbaik untuk kehidupan ku pada masa kini dan masa akan datang dan untuk kehidupan ku di dunia dan diakhriat. 

Ya Allah, aku mahu Engkau bersamaku setiap kali aku membuat keputusan. Biarlah keputusan aku itu sebenarnya keputusan daripada Kau. Kau ilhamkanlah aku untuk membuat keputusan yang terbaik untuk hidup ku. Janganlah Kau biarkan aku tersalah dalam membuat keputusan yang boleh mendatangkan kemudaratan dalam hidupku.

Bantulah aku ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui.

Apa kesannya dalam hidup saya?

Sekarang ini, saya terasa lebih aman.

Mengapa?

Kerana jauh dilubuk hati saya, saya terasa Allah bersama saya setiap kali saya membuat keputusan. Dan bila saya yakin, Allah bersama saya apabila saya membuat keputusan, saya lebih mudah untuk redha dengan ketentuan Allah selepas itu.

Alhamdulillah. Hidup saya lebih tenang. Dan saya tak rasa menyesal dengan keputusan yang saya buat kerana saya yakin Allah bersama saya. Semoga ia begitu.


Solat Hajat

Selesai Solat Sunat Istikharah, saya akan melakukan Solat Sunat Hajat. Dan selepas itu, saya akan berdoa kepada Allah.

Doa untuk solat hajat saya ini berubah ubah. Mengikut keadaan dan kesesuaian. Ia bergantung kepada hajat saya pada waktu itu.

Umumnya, begini doa yang saya baca.

Ya Allah, aku mohon kepada Mu permudahkanlah segala urusanku dalam kehidupanku di dunia dan di akhirat. 

Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh. Jadikanlah aku suami yang soleh. Jadikanlah aku bapa yang soleh.

Jadikanlah isteriku isteri yang solehah. Yang menyejukkan mataku bilaku memandangnya.

Ya Allah, jadikanlah anakku anak yang soleh. Berikanlah kejayaan kepadanya dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. Jadikanlah dia seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa. Jadikanlah anakku ahli syurga ya Allah.

Ya Allah, bantulah aku dalam perniagaan yang aku jalankan. Berikanlah keuntungan yang besar kepadaku, mudah mudahan dengan keuntungan yang besar itu aku dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu ummat Islam yang lain.

Ya Allah, Jauhilahh aku dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa aku.

Dan bermacam macam doa lagi mengikut hajat saya pada waktu itu.

Solat Witir

Akhir sekali, saya akan melakukan Solat Sunat Witir. 1 Rakaat. Ia diakhiri dengan Sujud Syukur kerana Allah telah membantu saya dalam perjuangan malam ini.

Saya berdoa kepada Allah agar Allah terus memberi hidayah kepada saya untuk terus mengekalkan amalan ini. Sehingga saya dijemput kembali untuk bertemu dengan yang Maha Pencipta.

Semoga, perkongsian saya ini dapat memberi sedikit motivasi kepada anda.

Ayuh!!!

Ayuh. Marilah kita sama sama berebut untuk menjadi insan terpilih. Satu daripada seribu. Dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Ini seharusnya menjadi matlamat hidup kita semua. Dan kemuncaknya, berdoalah agar kita dapat bertemu dengan Allah. Ia adalah kemuncak bagi segala nikmat di syurga nanti.

Bila Nak Mula?

Jika anda bertanya kepada saya, bila anda perlu mulakannya.

Saya akan menjawab. Malam ini.

Mengapa? Saya sengaja menulis entri ini pada hari Jumaat. Saya tahu, esok kita semua akan bercuti. Maka, malam inilah malam yang terbaik untuk kita mulakan melakukan Qiamullail. Lakukan pada malam ini dan malam esok.

Andai kata kita mengantuk sekali pun, kita masih boleh tidur keesokan harinya pada waktu pagi.

Cuma jangan lepaskan peluang ini. Jika kita tak mampu lakukan hari ini, bila lagi kita nak lakukannya.

Jika kita mampu lakukan malam ini, ia akan memudahkan kita untuk mengejar Malam Lailatul Qadar nanti.

Percayalah, sekarang adalah masa yang terbaik untuk kita semua mulakannya.

Berdoalah, agar Allah beri hidayah dan kekuatan kepada kita untuk melakukannya. Lakukan semata mata kerana Allah. Semoga kita semakin hampir kepada Nya.

"Ya Allah. Ampunkan dosa ku jika terdetik perasaan riya' dalam diriku semasa menulis entri ini. Jika ia berlaku, ia bukan kemahuanku. Ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan aku"

Wassalam.

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE di bawah dan SHARE entry ini. Mudah-mudahan ia menjadi pencen kubur untuk kita semua. Amin. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------





EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Rahsia Maria Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. 
Kini Maria Menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah. Semoga bermanfaat..

COMMENTS

BLOGGER: 26
  1. Salam Aleyka Haji,
    Masa yang haji pilih itu adalah masa yang paling sesuai bagi mreka yg ada t/jawab urusan duniawi disiang hari...dalam islam sikit tapi istiqomah adalah lebih disukai oleh Allaah ta3ala daripada banyak lepas tu tinggal terus..

    Pernah berlaku pada sahabat Nabi yaknee salman al farasi ingin menziari saudara angkatnya (yg dipilih oleh Nabi)abi hurairah. sampainya dirumah saudara angkatnya salman melihat isteri abi hurairah berpakaian seperti tidak terurus lalu ditanya kenapa kamu seperti berpakaian seperti seorang hamba lalu dijawab oleh isterinya untuk apa aku memperhiaskan diriku sedangkan saudara kamu itu tidak pedulikan aku dirinya hanya beridah kepada Allah...dipendekkan cerita lalu berita ini telah sampai kepengetahuan Nabi...lalu nabi pesan kepada abi hurairah...sesungguhnya pada isteri kamu ada haqnya, keluarga kamu ada haqnya, sahabat kamu ada haqnya & pada diri kamu juga ada haqnya.

    nah disini kita cuba ibadah mengikut kapasiti yg ada pada diri kita...biar kita jadi hamba Allah dalam ibadat

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Semuga di beri kesihatan yang berterusan.

    Semuga Allah beri kekuatan kepada kita menjadi hambaNYA yang bertaqwa dan bersyukur.

    Jazakaullah.

    ReplyDelete
  3. k.ros

    terima kasih, kerana mengingati

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Terima kasih Tuan Haji Firdaus kerana berkongsi ilmu yang sangat bermanfaat ini. Semoga Allah memberkati anda sekeluarga.

    Di sini, saya ingin berkongsi dengan semua tentang satu lagi solat sunat yang tinggi fadilatnya yang juga boleh dilakukan ketika Qiamullail iaitu solat sunat Tasbih.

    Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah SAW bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari, maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali atau seumur hidup sekali. "( HR. A bu Daud dan Ibnu Majah )

    Dengan mengerjakan solat Tasbih itu diampunkan oleh Allah (a.w) sepuluh kategori dosa, iaitu:
    (a)Dosa-dosa yang terdahulu;
    (b)Dosa-dosa yang kemudiannya;
    (c)Dosa-dosa yang lama;
    (d)Dosa-dosa yang baru dibuat;
    (e)Dosa-dosa yang tidak disengajakan;
    (f)Dosa-dosa yang disengajakan;
    (g)Dosa-dosa kecil;
    (h)Dosa-dosa besar;
    (i)Dosa-dosa yang disembunyikan; dan
    (j)Dosa-dosa yang dilakukan terang-terangan.

    Semoga Allah akan memberkati kita semua..

    ReplyDelete
  5. 1. alhamdulillah... mampu menulis & mengaku TAKUT dgn sifat UJUB sebab jika di baca pd awalnya memang terdetik dihati, alangkah berlagak & ujubnya mamat ni nak bagitau amalan yg dia buat....
    2. kdg2 blogger yg islamik spt anda (kononnya) selalu ambil quote / petikan dari sesaorang spt Prof kamil / Muhaya sdgkan bila dikaji ianya adalah asal dtg dari al-quran & sabda Rasullullah, seolah2 nak kata ayat itu dari manusia.. manusia sekian2 yang suruh buat begitu... knp tak terus tulis Allah yg perintah (al-quran) & Sunah rasullullah (amalan Rasul)???
    3. ia menjadi trend sekarang di FB, org & anak2 muda paste di wall kata2 spt UAI & lain2 ustaz popular sdgkan alangkah lebih baik paste terus ayat quran & hadis???
    4. ini utk elak perasaan UJUB tadi jugak bagi org / insan yg dirujuk... (dunia akhir zaman)...
    5. inilah sebabnya Allah hanya memilih terima Amalan yg IKHLAS sahaja.... susah nak IKHLAS kan????
    5. lastly, bila anda kata anda boleh menangis dgr lirik2 I'Tiraf dan termasuk dlm 1:1000 tu sy rasa amatlah tinggi rasa UJUB anda...
    sdgkan ada org lain selama ini memang sentiasa dgn mudah mengalirkan airmata hanya dgn mendengar & melihat rancangan diTV eg "islam the new dawn" TV Al Hjirah hanya krn syg & cinta dgn kisah rasullullah yg teramat tinggi akhlaknya itu....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, terima kasih di atas perkongsian ini. Mungkin entry berikutnya boleh saudara kongsikan cadangan bagaimana wanita di dalam haid dapat menghidupkan amalan di waktu malam? Supaya bangun malam itu kekal menjadi amalan dan tidak ditinggalkan. :-)

    Saya rasa, Kalau tak silap sayalah, Hadis atau saranan Nabi salallahu alaihi wasallam ada menyatakan berilah 70 excuses for your brother, iaitu, bersangaka baiklah 70 kali terhadap saudara seIslammu sebelum terus mencurigainya. Insha Allah sama-sama kita amalkan. :-)

    Barak Allahu feekum.

    ReplyDelete
  7. Pandanglah sesuatu dgn pandangan mata LEBAH, di mana lebah sentiasa mencari2 bunga yg cantik utk diambil madunya.

    Jgnlah pandang sesuatu dgn pandangan mata LALAT, yg sentiasa mencari2 najis & sampah utk dihurung walau sedang berada di dlm taman bunga.

    Serahkan saja pada Allah yg Maha Mengetahui niat seseorang dlm setiap amalan. Sentiasa hitung keburukan & kelemahan diri sendiri, kita akan tiada masa utk berburuk sangka & menghitung keburukan org lain.

    Masing2 ada cara tersendiri utk berdakwah. Yg penting msg yg cuba disampaikan dpt sampai ke hati yg membaca/mendengar, bg yg MAHU menerima. Wallahualam.

    ReplyDelete
  8. Betul saya setuju yg MAHU sahaja menerima....pasti ada yg terkesan membaca dan mahu berubah...tu yg lebih penting....

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum semua.

    1) Syd Loco, kalau tak silap saya. Sahabat Salman Al Farisi tu namanya Abu Darda'. Bukan Abu Hurairah. Saya pernah terdengar kisah ni dalam kuliah Ustaz Shamsuri. Betulkan saya kalau saya salah.

    2) Terima kasih kerana berkongsi fadhilat solat sunat Tasbih dengan saya. Hmmm.. Saya pun nak kena muhasabah ni. Bila kali terakhir saya buat solat sunat Tasbih? Saya pun tak teringat. Sebab dah terlalu lama saya tak buat. Mungkin dah lebih 2 tahun saya tak buat solat Sunat Tasbih. Terima kasih kerana ingatkan saya. Insya Allah. Akan saya cuba lakukan dalam qiamullail saya di sepuluh malam yang terakhir nanti. Moga Allah membantu.

    3) Kepada yang memberi 'nasihat' kepada saya. Saya ucapkan terima kasih. Insya Allah, akan saya perbaiki diri saya pada masa akan datang.

    4)Kak Mama Ponkey, saya bukanlah ustaz. Seperti yang saya katakan, ilmu agama saya pun kurang. Saya tak mampu nak nasihatkan kak mengenai ibadah orang perempuan yang datang haid untuk mencari malam lailatul qadar. Kak mungkin boleh bertanya kepada para ustazah yang lebih arif akan hal ini.

    5)Saya suka ayat ini "Serahkan saja pada Allah yg Maha Mengetahui niat seseorang dlm setiap amalan. Sentiasa hitung keburukan & kelemahan diri sendiri, kita akan tiada masa utk berburuk sangka & menghitung keburukan org lain."

    Saya pasti orang ini selalu mendengar ceramah Prof Muhaya. Sebab Prof selalu menyuruh kita 'menyibukkan' diri dengan menghitung dan mencari kelemahan sendiri. Sebab kalau kita selalu muhasabah diri sendiri, kita tidak ada masa untuk berburuk sangka dan menghitung keburukan orang lain.

    Thanks sebab ingatkan saya.

    Apa yang penting, apa jua pandangan kita. Ayuh, sama samalah kita berdoa. Semoga Allah masukkan kita ke dalam syurga tanpa dihisab. Semoga kita terpilih menjadi insan terpilih. 1/1000. Moga Allah jauhkan kita daripada dimasukkan ke dalam api neraka walau sesaat pun.

    Amin.

    * Terima kasih kepada yang memberi komen. Saya suka anda beri komen. Sekurang kurangnya, saya dapat muhasabah apa yang saya tulis ini.

    * Banyak lagi yang saya perlu perbaiki diri ini.

    ReplyDelete
  10. Saya nak ucapkan terima kasih atas panduan yang diberikan..selama ini saya tercari2 bagaimana melakukan qiamulail..alhamdulillah saya terjumpa blog ini..saya mtk kebenaran untk salin dan cetak dan akan cuba sebarkan kpd kwn2..semoga usaha tuan hj dinilai sbg kebaikan di sisi Allah..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah...info yg cukup brguna buat sekelian manusia....

    ReplyDelete
  12. salam,
    kalau saya nak mengeluarkan air mata, saya pasang lagu keinsafan, kat youtube ( yang ada gambar LAILAHAILALLAH MUHAMMADARASULULLAH 0) - sorry eja rumi, dengar guna earphone. dalam video clip tu, ada part keluar "penghulu istighfar".
    Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkau-lah yang menciptakan aku. Aku adalah hamba -Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan -Mu semampuku. Aku berlindung kepada -Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat -Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh kerana itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah.....says sangat2 tertarik dgn blog INI...Mari sama-sama azam until qiamullail....BG pnulis blog INI...ucapan sejuta terima kasih ....semoga kita semua diberkati

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Saya tercari blog ttg qiam. Sy sgt tertarik dgn blog ni. Setiap isi penting sy capture. Dan sy meremang bile bace. Dan bile sampai pada part lirik raihan, sy terkedu sebab tibe2 di tv, shahir menyanyikan lrik tadi. Dan sy menangis. :( terimakasih sekali lagi. Sy doakan anda sentiasa kaya dan berjaya ! :-) -siti-

    ReplyDelete
  15. air mata saya tak tertahan mengalir....

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah.
    Syukran ya akhi,
    Atas pkongsian ini

    ReplyDelete
  17. terima kasih atas perkongsian ini. insyaAllah saya akan praktikkan.

    ReplyDelete
  18. Terima kasih Tuan Haji Firdaus, diatas perkongsian, moga dengan entry ini dapat menjadi panduan bersama.

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas Tuan Haji diatas perkongsian..

    ReplyDelete
  20. TQ atas panduan tuan haji... saya pun tercari-cari macamana nak manfaatkan masa qiamullail yang begitu berharga dan masa yang tak ternilai di saat Allah turun ke langit dunia... mohonn copy paste..

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah dapat pengajaran setelah membacanya....

    ReplyDelete
  22. alhamdulillah.. terima kasih banyak2 sudi berkongsi.. dan juga para pengkomen sekali di atas..

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah....terima kasih doakan saya mendapat rahmat Allah untuk melakukannya

    ReplyDelete
  24. Alhamdulillah.terima kasih...panduan yg sgt membantu.Semoga semakin ramai yg mendapat manfaat dr info2 ini..Semoga kita istiqamah berqiamullail hingga ke akhir usia...

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,5,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,2,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,170,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,2,Cara Elak Tulang Rapuh,1,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,2,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,2,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,14,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,118,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune System,1,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,6,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,2,Jom Detox Jutawan,2,Jom Rileks,1,Jom Shaklee,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,2,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,Keahlian Shaklee,6,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,3,Kontraktor Reban Ayam,4,Korban,1,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,3,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1670,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,2,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,8,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,65,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,53,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,1,Nutriferon,1,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,137,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,1,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,115,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,165,Ternakan Ayam,309,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 3
Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 3
https://3.bp.blogspot.com/-QqpKiXkgcuQ/U8t6w_yNPPI/AAAAAAAAPSw/e1EMix4cVcE/s1600/Qiamullail+-+Tahajud.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-QqpKiXkgcuQ/U8t6w_yNPPI/AAAAAAAAPSw/e1EMix4cVcE/s72-c/Qiamullail+-+Tahajud.jpg
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/08/qiamullail-bagaimana-melakukannya-part_3.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/08/qiamullail-bagaimana-melakukannya-part_3.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy