Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.
Buat Imprint Tepi Rumah Untuk Roadway
Alhamdulillah, pembinaan rumah saya dah hampir siap. Segalanya Allah permudahkan.
So, perancangan seterusnya adalah untuk buat jalan dari pintu pagar depan sampai ke pintu pagar belakang.
Antara cadangan asal saya nak susun bata macam ni untuk jalan tepi rumah. Tapi selepas difikirkan, saya kurang minat sikit design ni. So, saya dan isteri pilih untuk buat Imprint untuk ruang jalan tepi rumah saya sehingga ke pagar.
First step kalau nak pasang imprint ini, jalan mesti di levelkan dengan betul. Maksudnya kita dah kena fikir air akan mengalir ke arah mana so that simen dapat dilevelkan dengan betul bagi mengelak air bertakung.
Then mesti pakai BRC. WAJIB !!!! Ini untuk bagi simen lagi kuat dan elak simen merekah satu hari nanti.
Bila semua dah ready, saya order simen guna lori terus. Saya ambil Grade 30. Untuk standard laluan kereta Grade 25 dah cukup. Tapi since saya buat rumah sendiri dan beza harga keseluruhan pun sekitar RM400 sahaja. Saya pilih untuk upgrade ke Grade 30. Simen lebih banyak untuk bagi lagi kuat jalan nanti.
Lepas dah turun simen, ia mesti DIRATAKAN sebaik mungkin. Kesilapan ambil level waktu ni boleh menyebabkan air bertakung nanti.
Lepas dah rata, next step adalah meletakkan WARNA di atas simen menggunakan hardener.
Saya pilih warna light grey untuk jalan utama dan border tepi guna warna dark grey.
Step seterusnya, ratakan simen warna sebaik mungkin. Anda boleh tengok perbezaan main road dan border. Ini untuk bagi nampak lagi cantik.
And then, last part. Taburkan simen putih atas simen warna tadi. And then mula kerja kerja mengecop jalan ini. Saya pilih corak empat segi untuk cop jalan ini.
Siap fasa pertama. Jumlah keluasan yang siap hampir 1000 kaki persegi untuk hari pertama. In total ada hampir 4500 kaki persegi. So, ada 3 hari lagi perjuangan untuk diteruskan.
And... Kena doa banyak banyak agar masa buat simen imprint ni TAK HUJAN. Kalau tak, nanti ia akan rosak.
SAMBUNGAN :
Bawah ini pula gambar yang dah siap.
Selepas di bubuh minyak / chemical atas simen. Warna dah jadi kilat.
Jalan masuk ke rumah
Tepi rumah
Belakang rumah
Belakang rumah lagi
Hujung sana tu tempat untuk mak tanam pokok dan sayur.
NOTA KAKI :
Saya tak buat sendiri IMPRINT INI. Saya upah Pakar Imprint untuk buat. Kos buat IMPRINT INI tak murah, so, saya tak mahu buat silap. So, let the expert do it.
Kalau anda nak cari orang buat IMPRINT, anda boleh hubungan Encik Zam : 012-295 9998
Harga yang beliau tawarkan sangat berpatutan, berbaloi dan saya rasa yakin dengan kualiti imprint sebab beliau dah berpuluh tahun buat kerja ini.
Kisah Buat Court Badminton Sendiri
Setakat hari ini, saya ada 3 orang anak lelaki. Dan mereka berusia antara 1 tahun ke 7 tahun.
Since masa saya kecik ayah saya buat court badminton untuk kami adik beradik main, and saya rasa sangat seronok dapat main badminton dengan adik beradik saya yang lain. So saya plan nak buat benda yang sama untuk anak anak saya.
Ada ruang sikit kat depan rumah. Muatlah untuk buat court badminton.
Again, mesti ada besi BRC bawah simen kalau nak ia kukuh dan kuat. Kos besi ini sahaja adalah 10 keping x RM72 = RM720. Saya guna besi BRC saiz A7
Saya guna lori simen untuk tuang terus secara direct ke court badminton. Secara keseluruhan saya guna 15 meter cube grade 25. Kos RM183 x 15 = RM 2745
Next step, taburkan simen warna hijau ke atas simen yang masih basah tadi. Then render guna helikopter ini.
Lepas tu nak kena kutip pulak secara manual untuk finishing yang lebih cantik.
Alhamdulillah, dah siap sekitar jam 3 petang.
For your information, kos simen hijau adalah RM 42 x 10 kampit = RM420. Upah buat semua kerja ini RM600.
So, in total habis dekat RM 4000. Ini belum masuk kos tiang, kos lampu dan juga kos cat line court badminton. Rasanya mau tambah lagi RM1000 untuk semua ini.
Rasanya, cukup dulu sharing saya untuk hari ini.
Insya Allah akan saya update perkembangan seterusnya selepas ini.
Wassalam
Mohd Firdaus
Buat Rumah Sendiri Je
Sila SHARE Jika Anda Rasa Posting Ini Bermanfaat Untuk Kawan Kawan Anda Yang Lain
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
================
Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?
Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!
CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP
FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib
INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib
EMAIL : come_maria@yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~
EBOOK PERCUMA!


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!
==================
Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?
Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my
Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.
COMMENTS