Bagi yang melakukan kurban,

(1) Jangan potong rambut dan kuku mulai Maghrib hari ini sehinggalah korban disembelih.

(2) Ini hanya bagi yang akan melakukan korban, bukan yang diniatkan bersama.

Contoh, Ahmad melakukan korban untuk dirinya dan ahli keluarganya.

Maka larangan potong rambut dan kuku hanya bagi Ahmad, bukan bagi ahli keluarga Ahmad.

(3) Tidak mengapa bagi yang *tak sengaja*, seperti rambut yang gugur atau kuku yang terpaksa dipotong kerana terkopek.

(4) *Hendaklah ambil tahu bila korban anda disembelih*.

Ini kerana bukan semua korban disembelih pada pagi 10 Zulhijjah.

Ada yang pada siang 10 Zulhijjah, ada yang pada 11 Zulhijjah.

Semua ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.,

مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ.

Sesiapa memiliki haiwan korban, hendaknya dia berkorban jika hilal sepuluh Dzul Hujjah telah terlihat jelas.

Janganlah dia mencukur rambut dan memotong kuku terlebih dahulu walau sedikit hingga dia selesai berkurban."

(Shahih Muslim 3656/1977)

Larangan yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah makruh.

Sesiapa yang berkorban dan berusaha mengamalkan larangan potong rambut dan kuku, maka dia mendapat pahala insyaAllah.

Sesiapa yang tetap potong maka dia tidak berdosa kerana larangan dalam hadis ini tidak bererti hukum haram.

Semoga bermanfaat.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top