Ini adalah sambungan dari entry sebelum ini:-

Travelog USA 2019 - Part 10 - San Francisco City and Golden Gate Bridge


Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Untuk pengetahuan anda, SILICON VALLEY terletak di selatan San Francisco, di Bay Area of ​​California.

Ia adalah pusat kepada banyak syarikat global technology seperti Apple, Google dan Facebook.

Shaklee arrange trip untuk kami ke sini, tapi kami cuma boleh melawat di bahagian luar office saja.

Selepas melawat Golden Gate Bridge, bas bertolak ke Silicon Valley. Perjalanan ke sana lebih kurang 1 jam.

Kami melawat 3 tempat iaitu APPLE PARK, GOOGLE HQ dan FACEBOOK HQ.

Apple Park Visitor Centre


Antara 3 company ni, Apple macam mesra pelawat. Mereka benarkan kita masuk satu kawasan nama Apple Park Visitor Center. 


Nak lompat cam ni lagi... 


Setibanya kami di sini, kami disambut oleh seorang staf Apple. Beliau memberi penerangan kepada kami mengenai bangunan yang kami lawat ini. 


Semua orang mendengar dengan khusyuk. Di bangunan ini ada 3 bahagian. 1 bahagian pameran, kedua tempat rehat dan minum, ketiga tempat replika bangunan Apple Park.


Kami masuk ke pameran produk produk terkini Apple terlebih dahulu. Macam macam offer diberikan. Tapi kami semua tak sempat nak bershopping sebab orang terlalu ramai. Nak beli nak kena beratur panjang lagi. So, semua leh tengok jer la.


Semua produk terkini mereka ada diruang ini. 


Kalau anda tengok di belakang iPhone anda, "Designed By Apply In California". Ha disinilah tempatnya ia direka, tapi manufacturing di China.


Ada jual T Shirt buat souvenir. Tapi jangan beli yang warna pelangi yer. Tu lambang LGBT. Hehe. Di US, mereka ni macam open minded nyer country. Tak kisah hal orang lain, asalkan jangan kacau orang. Janji orang tu bahagia. 


Di sebelah atas, ada ruang berehat.


Tak ramai yang naik atas. Kami naik pun sebab tersesat lepas naik lif.


Lepas tu kami ke bahagian Apple Park punya replika. Apple sekarang baru buat bangunan untuk office mereka yang baru. Terletak bersebelahan dengan Visitor Center ini. Ia dinamakan Apple Park. 

Bangunan mereka buat ni memang betul betul advance lah kiranya. Bayangkan, ada 12,000 staf akan masuk bekerja dalam bangunan ni. So, besar mana bangunan tu, fikirkan lah.


Cumanya, yang kami tengok tu replika sahaja. Nak tengok yang actual, kena guna iPad dan tunjukkan di replika itu. Ia akan nampakkan kita virtual keadaan sebenar di Apple Park tu. 

Siap kita boleh buat stimulation keadaan lighting. Kita boleh ubah timing matahari jam berapa, so leh tengok bangunan itu dari waktu pagi sampai waktu petang. 

Bumbung guna solar material so mereka boleh harvest light energy dan digunakan untuk menjana electric bangunan mereka. 

Mereka memang dah mula fokus kepada free energy. Mereka mahu menjaga alam sekitar demi kelangsungan generasi seterusnya.


Saya pun try juga.


Memang nampak canggih la bangunan ni.


Can you see it, gambar virtual dalam ipad.


Ini lah Apple Park yang baru tu.


GOOGLE HQ


Destinasi kami seterusnya adalah Google HQ. Sekitar 15 minit perjalanan dengan bas dari Apple Centre. 


Macam biasa, ambil gambar dari luar office je.


Gigih wei nak ambil gambar... So nampak macam dia orang tengah pegang GOOGLE tu... Sib baik lah photographer power.


 Inilah hasilnya yang jadi.

FACEBOOK HQ


Then kami ke Facebook HQ pula. Sekali nak ambil gambar kat sini ramai orang lak. Hadoyai. Kena lah tunggu.


Nak kena cakap kat Mark Zuckermberg ni, buatlah tanda macam ni banyak sket. Jenuh beratur wei nak ambil gambar kat satu-satunya Landmark Facebook ni.


Geng gegirl.

Alhamdulillah, dapat juga rezeki sampai di Silicon Valley, USA ni. Walaupun takde lah apa yang menarik sangat di sini, tapi at least dah sampai kan. Hehe.

Kalau saja-saja nak pergi, maybe tak sampai-sampai kot. Thanks Shaklee bawa kami ke sini.



MASTERS MARIA & FIRDAUS
Founder of MFMS EMPIRE
(The Most Fantastic Millionaires in Shaklee)
Motivating And Inspiring Others

=====================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top