"Ya Allah, Kau permudahkan urusanku untuk menulis pada hari ini. Berikan ilham kepadaku untuk aku menulis agar mereka yang membaca dapat merasai apa yang aku rasa. Semoga mereka yang membaca lebih memahami daripada aku yang menulis ini. Permudahkan urusanku. Jauhi aku dari sifat riya' dan bongkak dengan apa yang telah aku lakukan". Amin.

Assalamualaikum,

Puasa di Tanah Suci. Sesuatu yang tidak pernah ada difikiran saya.

Letih, panas, dahaga, haus, lapar. Tulis lagi seribu satu alasan untuk tidak berpuasa sunat di sana. Itu alasan yang saya nak berikan.

Sebabnya, saya bukan jenis seorang yang berpuasa sunat di Malaysia. Kalau dah di Malaysia saya tak boleh berpuasa. Macam mana nak berpuasa di sana.

Di Malaysia, kalau berpuasa sunat pun. Hanya puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. 10 Muharam. Dan hari hari yang betul betul besar ganjarannya. Baru saya berpuasa. Puasa sunat Isnin dan Khamis jauh sekali. Mengharapkan ganjaran dari Allah rupanya saya ni. Tapi tak salah begini.

Saya ada membaca kisah Prof Kamil dalam buku beliau mengenai puasa sunat di Tanah Suci. Namun, ia tak cukup untuk memberi semangat kepada saya. Pada peringkat awal, puasa sunat tak termasuk dalam perancangan ibadah saya di Tanah Suci.

Tapi, perjumpaan saya yang pertama pada hari Jumaat dengan Prof mengubah minda saya. Segala nasihat yang Prof berikan sudah saya ceritakan dalam Travelog Haji Part 22 - Nasihat Prof Kamil (III). Sila baca kembali bagi mereka yang belum membaca.

Saya harus mencuba. Saya tiba di Madinah pada hari Khamis. Dan bertemu Prof pada hari Jumaat. Ini bermakna saya hanya boleh berpuasa pada hari Isnin dan Khamis di bumi Madinah. Hanya 2 hari. Selebihnya, perlu disambung di Mekah.

Saya nak rasa macam mana yang Prof kata 'Puasa Khusus Al Khusus. Puasa semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Puasa Para Nabi'. Saya mengajak Maria berpuasa sekali. Alhamdulillah. Beliau bersetuju. Syukur dapat isteri macam ni.

Sebagai permulaan untuk berpuasa pada hari Isnin, saya makan lebih sikit pada malam sebelumnya.

Dan segalanya bermula pada awal pagi. Sebelum bertolak ke masjid, saya membawa 11 biji buah kurma dan botol air berisi air zam zam untuk persediaan bersahur.

30 minit sebelum masuk waktu Subuh, saya membaca doa dan bersahur.

"Ya Allah, aku hendak berpuasa semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Aku hendak berpuasa seperti para Nabi berpuasa. Ya Allah, aku hendak bersahur dengan memakan kurma dan air zam zam sahaja ya Allah. Aku mohon kepada Mu, jadikanlah apa yang aku makan ini mengenyangkan dan memberi tenaga kepada ku pada esok hari".

Alhamdulilah. Saya lulus ujian pertama. Pada hari pertama berpuasa di sana. Saya lebih banyak masa di masjid. Selepas solat Zuhur, saya tidak perlu pulang ke hotel untuk makan. Sebaliknya, saya iktikaf dan tidur di Masjid sahaja untuk berehat menghilangkan letih.

Satu jam tidur di masjid sudah memadai. Selepas bangun, saya rasa segar. Badan masih bertenaga dan saya tidak terasa lapar. Saya berasa hairan. Puasa tapi seperti tidak berpuasa. Syukur Alhamdulillah. Allah memudahkan saya.

Kadang kala terfikir, macam mana dengan hanya memakan kurma dan air zam zam boleh bertahan. Boleh tak lapar. Akhirnya, saya menyedari apa yang Prof katakan. Yang memberi kenyang kepada kita adalah Allah. Bukan apa yang kita makan. Makanan itu hanya asbab semata mata.

Saya terus ke bilik air untuk berwudhuk. Tidur di Masjid ada kelebihan berbanding balik ke hotel untuk tidur. Di masjid, saya tidak perlu berjalan pergi dan balik ke hotel. Saya tidak perlu bersembang, tak perlu makan. Jadi, banyak masa untuk berehat.

Kesannya, saya dapat bersedia awal di Masjid untuk bersolat Asar. Dan yang lebih penting, lebih mudah untuk saya ke Raudhah ataupun bersolat di saf pertama atau kedua di dalam Masjid.

Ada hikmah rupanya berpuasa ini. Allah menyuruh saya berpuasa sebagai cara untuk Dia memakbulkan doa saya lagi satu. Iaitu untuk bersolat di Saf Hadapan. Kalau tak, saya lewat ke masjid dan saf hadapan selalunya sudah pun penuh.

Sepanjang berada di Masjid, masa saya terisi dengan bersolat sunat. Berzikir. Membaca Al Quran. Menghafaz Al Quran dan sebagainya. Segalanya dilakukan semata mata kerana Allah.

Saya tidak berpeluang untuk mengumpat. Saya tidak berpeluang untuk menonton Astro. Dan ruang untuk membuat dosa tertutup rapat disana. Sedangkan ruang untuk mengejar pahala Allah terbentang luas.

Semasa berpuasa, ikhlas saya katakan saya tak rasa yang saya berpuasa kerana saya tidak merasa lapar. Cuma nafsu nak makan saja yang ada. Teringin nak makan walaupun tak lapar pun. Inilah yang dikatakan nafsu.

Dan lagi satu, saya merasakan masa berlalu begitu pantas. Sekejap saja, saya rasa sudah hampir masuk waktu Maghrib.

Di Madinah, saya tak perlu risau untuk berbuka puasa. Kerana di sana terlalu ramai orang Arab yang membuat kenduri untuk orang yang berpuasa. Dan ianya di dalam masjid. Di tempat kita bersolat. Tetapi, kami hanya berbuka dengan sedikit air zam zam, sedikit kurma dan sedikit roti. Itu sudah memadai.

Dan saya teringat nasihat Prof, doa orang yang berpuasa ini amat mustajab. Dari dia bersahur sehingga dia berbuka.

Saya tidak mahu melepaskan peluang ini. Sebelum berbuka, saya memperbanyakkan doa kepada Allah. Memohon segalanya. Kerana ini waktu mustajab berdoa.

Apabila azan Maghrib berkumandang. Saya berpuasa. Dan apabila saya meneguk sahaja air zam zam, saya terasa satu nikmat yang sukar digambarkan. Nikmat yang dirasakan dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Inilah 'nikmat berbuka' yang Prof ceritakan kepada saya hari tu.

Kami para jemaah hanya berbuka puasa dengan kurma, sedikit roti dan air zam zam sahaja. Tetapi nikmat berbuka disini terasa dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Di bahagian belakang masjid. Plastik direntangkan dan kurma serta air zam zam dihidangkan kepada mereka yang berpuasa. Semua ini disumbangkan oleh warga Madinah yang pemurah. Berebut mengambil pahala menjamu makan kepada mereka yang berpuasa. Sesungguhnya pahala mereka yang memberi makan kepada orang yang berpuasa adalah sama pahalanya seperti mereka yang berpuasa, tidak kurang sedikit pun.

Di bahagian hadapan masjid sebelah kanan. Hampir keseluruhan masjid ini dipenuhi dengan hidangan seperti ini untuk mereka yang berpuasa. Kita tidak perlu membawa apa apa bekalan untuk berbuka.

Anda perlu pantas berbuka. Hanya 5 minit diperuntukkan untuk anda berbuka. Selepas itu, pekerja yang berbaju biru (sebelah kanan atas gambar) akan mengutip semua plastik dan sampah untuk persiapan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Pokoknya, berbuka sekadarnya. Tidak seperti di Malaysia.

Seperti yang Prof katakan, benda ni sukar untuk diceritakan. Kalau kita sendiri berbuka puasa di sana. Kita sendiri akan merasai nikmat itu.

Dan sekarang, kalau Prof ada terbaca blog ini. Ingin saya katakan, "Prof, saya dah rasa nikmat berpuasa seperti para Nabi. Saya dah rasa nikmat berbuka yang terasa dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Seperti yang Prof ceritakan hari itu. Terima kasih Prof".

Kalau Allah tak menghantar Prof kepada saya, saya tak yakin saya boleh berpuasa ketika berada di sana. Syukur saya kepada Allah atas segala petunjuk yang diberikan kepada saya.

Lulus ujian berpuasa hari Isnin dan Khamis di Madinah. Saya bercadang untuk meneruskan apabila berada di Mekah pula.

Satu perkara yang saya betul betul nak kongsi dengan para pembaca:
Kita hanya akan suka melakukan sesuatu ibadah sekiranya kita merasai nikmat apabila melakukannya. Apabila kita merasai nikmat itu, kita akan berusaha melakukannya walaupun ia sukar. Dan kita tidak akan merasai sukar, kerana kita sudah merasai nikmat itu dan kita lakukannya semata mata kerana Allah.

Inilah yang saya rasa dengan ibadah puasa di Madinah. Saya dapat merasai nikmat berpuasa itu. Saya rasa gembira walaupun pelbagai cabaran terpaksa ditempuh.

Azam saya, puasa sunat Isnin dan Khamis akan diteruskan di Mekah pula. Dan yang pasti, bodohlah saya kalau tidak melakukannya ketika berada di Malaysia nanti.

Allah dah beri saya peluang merasai nikmat berpuasa seperti para Nabi. Rugilah saya kalau saya masih termasuk ke dalam golongan orang yang berpuasa tetapi hanya mendapat lapar dan dahaga.

Kepada Allah jua saya mohon untuk diberi kekuatan. Agar saya menjadi contoh kepada anak anak saya. Menjadi contoh kepada keluarga saya. Menjad contoh kepada masyarakat saya. Untuk kita semua sama sama melakukan puasa sunat Isnin dan Khamis.

Lihatlah betapa ramai jemaah di sana yang berpuasa sunat. Semoga senario sebegini dapat dilihat di bumi Malaysia suatu hari nanti. Insya Allah. Segalanya bermula dengan kita.

Ayuh warga blog MFUAD (MARIA FIRDAUS - USAHAWAN AYAM DAGING), marilah kita sama sama berusaha untuk mendekatkan diri kita kepada Allah dengan melakukan puasa sunat.

Semoga Allah menerima amalan kita yang tidak seberapa ini. Semoga Allah memilih kita menjadi insan yang 'terpilih'.

2 ulasan:

  1. Assalam,

    Alhamdulillah. Amin atas doa yang tuan haji panjatkan. Hati terasa sebak membaca catatan kali ini kerana nikmat Allah yang begitu besarnya buat hamba NYA.

    Disini saya dan teman teman saling ingat mengingati untuk puasa sunat. Alhamdulillah, setakat ini Allah permudahkan. semuga ia berkekalan hingga akhir hayat.

    Semuga Allah limpahkan kasih sayang NYA kepada tuan haji dan keluarga.

    Jazakaullahukhairan kathira'

    AJ

    BalasPadam
  2. Mubarak Madinah, hotel saya duduk masa umrah awal thn ni.. :) Punya laa dekat dgn masjid.. Alhamdulillah. Boleh bayangkan kesesakan lif dia..fuhh.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top