CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Pengalaman Bercuti 8D7N Di Kashmir, New Delhi, Agra India (Part 1)

Kashmir - Paradise On Earth - A Must Visit Place For All Of Us

Oleh : Mohd Firdaus Mat Saad

Assaalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita dan semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab Insya Allah.

Pengalaman Bercuti Di Kashmir, New Delhi, Agra Di India

Jika anda bertanya saya, "Mengapa Kashmir? Mengapa India?"  

Sejujurnya, sukar untuk saya jawab.

India bukanlah negara pilihan saya untuk dilawati. Tapi, selepas Maria 'terdengar' cerita dari kawan kawan yang mengatakan Kashmir sangat cantik, jadi Maria cuba buat fact finding mengenai Kashmir.

Sekali Maria bagi tahu saya, "Abang, Kashmir best la. Jom pi Kashmir. Ada kawasan pergunungan salji macam di Switzerland."

Saya terkejut sebenarnya. Maria bukan senang nak travel ke negara negara yang 'kurang bersih' macam India. Kalau Indonesia pun tak lepas spec Maria, macam mana dia nak ngadap karenah di India nanti.

But since Maria dah buat research dan dia sendiri nak pergi ke India ni, saya pun mula suruh dia cari agen mana kami nak ikut.

Setelah mendengar pandangan dan cari agen di Facebook serta internet, Maria buat keputusan untuk pilih agen yang menawarkan pakej RM4,280 untuk percutian 8 hari 7 malam di Kashmir, New Delhi dan Agra. Pakej termasuk kapak terbang, transportation, makan serta penginapan. Itu harga bersih yang kami bayar kepada pihak agen. No hidden charge.

Tarikh Yang Dipilih

Maria memang seorang yang agak teliti. Jadi dia baca di banyak blog dan tanya kenkawan yang dah ke Kashmir, rata rata memberi pandangan untuk melawat Kashmir pada bulan April.

Sebabnya, kata mereka bulan April masih ada salji, jadi masih boleh main salji, cuaca tidak terlalu sejuk dan pada masa sama boleh tengok bunga tulips yang mula berbunga pada bulan April.

Jadi, sebab itulah kami pilih untuk pergi pada bulan April.

Katanya, bulan November - Januari, cuaca di Kashmir boleh mencecah -5 sehingga -11 Degree Celcius.

Bulan 4 pula, cuaca di Kashmir sekitar 4 ke 6 Degree Celcius sahaja. Masih sejuk, tapi tidak terlalu sejuk.

Day 1 - Kuala Lumpur - New Delhi


Kami berkumpul di KLIA 1 sekitar jam 2 petang. Pihak agen sudah berada di aras berlepas menunggu ketibaan kami untuk Check In.


Saya dan Maria pakai baju tema biru hari ni. Adoi, berjalan ngan bini ku ni susah sket. Kalau pakai baju, nak kena sama warna. Huhu... Sementara bini masih sorang ni, ku layan jer la kemahuan isteri tersayang ni.


Selepas check in, kami diberi taklimat oleh pihak agen. Diikuti dengan bacaan doa selamat oleh pihak agen. Semua dah faham tentang perjalanan yang bakal ditempuhi nanti.

Ada dua team dari pihak syarikat, Team A seramai 30 orang. Mereka menaiki kapal terbang Malaysian Airlines. Kami pula dari Team B seramai 18 orang. Menaiki kapal terbang Malindo Air.

  Harga sama ja, cuma tiket kapal terbang dah penuh. Sebab tu kena ambil dua kapal terbang.


Cabaran pertama kami, tiket kami tidak di susun sebelah menyebelah dengan pasangan masing masing. jadi saya cuba cek tiket peserta lain dan tukar sesama kami untuk duduk sebelah pasangan memasing.


Saya dan Maria dapat duduk sekali. Tapi, ada juga suami isteri lain yang duduk terpisah dalam flight. Nak buat macam mana. Redha ajer lah yer.


Perjalanan dari KLIA ke Indra Gandhi Airport, New Delhi mengambil masa 5 jam 30 minit. 

Dalam kapal terbang, berlaku air turbulance yang sangat hebat. Masya Allah, seumur hidup saya, tak pernah lagi saya melalui pengalaman sebegini.

Kapal terbang bergoyang, bergegar dan sekali sekali jadi macam roller coaster. Fuh... Terus saya mengucap, "Lailahillalah......" kemudian berdoa dalam hati minta Allah permudahkan. Dalam hati, kalau nak mati pun, biarlah itu kalimah terakhir saya ucapkan.

Maria pula mula buka phone, terus baca Al Mathurat. 

Suasana dalam kapal terbang sunyi. Semua orang diam. Sesekali bila 'roller coaster' tu terjatuh ke bawah, semua orang menjerit serentak. Kemudian, suasana jadi diam semula.

Keadaan sebegini berlarutan selama 5 minit. Selepas itu, keadaan tenang kembali dan semua orang menghela nafas lega. 


Jam 9 malam waktu India, kapal terbang mendarat dengan selamat. Alhamdulillah, kami berjaya menjejak kaki di bumi India. 

Masing masing berkongsi pengalaman mengerikan sebentar tadi. Memandangkan semua sudah selamat, kami berasa teruja untuk memulakan percutian di bumi India ini.

Memandangkan tagline untuk negara India adalah, "The Incredible India...." Jadi, sama samalah kita saksikan apa yang 'Incredible' tu di India.

Di kaunter bagasi, semua orang mengambil beg mereka. Dan mula beredar keluar dari lapangan terbang.

Tinggal 3 orang lagi di situ pada waktu itu. 

Alhamdulillah, saya selalu juga travel dalam group berkumpulan sebegini. Macam macam masalah boleh berlaku. Jadi saya keluar lambat sikit.

Sebelum saya bergerak, saya perhati keadaan sekeliling. Takut takut ada peserta kami yang tertinggal beg di sini.

Tiba tiba, saya ternampak satu beg group kami ada tertinggal di situ. Saya tanya kepada seorang lagi yang nak berangkat dah, beliau mengatakan masih ada orang lain yang belum datang ke tempat bagasi.

Saya rasa musykil. Sebab rasanya semua dah datang tadi. Lagi pun, semua orang nampak macam ada partner. Kalau ada yang belum datang pun mesti ada dua beg. Bukan satu beg.

Saya tengok tag nama di beg ini, saya kenal tuan beg ini. Saya rasa dia dah keluar tadi. Maksudnya, dia tertinggal beg dia di sini

Waktu itu, hanya tinggal 3 orang sahaja lagi di situ. Saya, Maria dan seorang peserta lagi.

Saya beritahu dia, tolong keluar dan beritahu pemilik beg ini, dia tertinggal beg di sini.

Saya dan Maria berbincang, nak buat apa dengan beg ni.

Saya ni pula jenis agak berhati hati dengan keadaan sebegini. Saya memang tak nak bawa beg orang lain di airport. Sebab saya tak tahu apa yang ada di dalam beg ni. 

Seriously, saya jadi jammmm....

5 minit saya dan Maria tunggu. Saya bawa juga beg itu. Di depan mesin scan kastam India, saya berhenti. Abang pemilik beg ini tak datang datang.

Waktu itu, saya terfikir. Mesti orang yang dah keluar dari pintu Exit tu tak boleh masuk balik dah. Kalau tak, mesti dia dah datang ambil beg dia.

Saya dan Maria dalam dilema. 

Nak bawa beg orang 'melalui' scanner tu adalah satu benda yang agak 'stupid'. Dah la saya selalu tonton video National Geographic pasal masalah masalah di airport. 

Anything can happen. In case dalam tu ada 'benda terlarang'. Saya yang bawa beg ni akan jadi mangsa keadaan.

Memang orang akan rasa, "Ala... beg ahli kumpulan kita kot..... Kawan kawan kita.... Orang Malaysia. Takkan nak ada benda terlarang"

Saya membuat tafsiran sendiri. Brother yang tinggal beg ni nampak baik wajahnya. Hati saya mengatakan beliau orang baik baik. 

Then saya fikir lagi, dekat beg ni ada nama dia. Dekat beg ni pun ada tag check in kapal terbang nama dia. 

Jadi, in case anything. Saya masih lagi boleh defend diri saya.

Memandangkan saya memikirkan, risiko saya terpaksa tanggung versus kesusahan yang bakal ditanggng oleh abang ni dan semua ahli group kalau saya tinggalkan beg ini di dalam.

Dengan lafaz Bismillah, saya dan Maria ambil juga beg ni dan bawa keluar melalui scanner ini.

Lega semuanya selamat. 


Di luar pulak, suasana tenang aja. Mereka pula tertunggu tunggu saya. Bila diberitahu abang tu yang beg dia tertinggal, dia menafikan. Dia kata beg dia dah cukup. Tak ada yang tertinggal.


Bila saya tunjukkan beg yang tertinggal tu, pada waktu tu abang tu mula tersedar. Dia dah terambil beg orang lain yang sama warna, sama saiz dan sama bentuk. Sekarang baru dia tersedar yang saya bawa itulah beg dia.

Jadi, kami serahkan beg yang tersalah ambil itu kepada pihak keselamatan untuk urusan mereka mencari pemilik beg ini. Sebab dekat beg ini juga tiada nama di tulis.

Pengajarannya, bila nak travel. Cuba lekatkan something di beg kita seperti riben, kain perca atau sebarang tanda untuk membezakan beg kita dengan beg orang lain. Kita mungkin rasa takkan beg kita sama dengan orang lain. But, sometimes, things happen.

Alhamdulillah, semuanya selamat dipihak kami. So, kami bergerak ke hotel untuk tidur malam sebelum berangkat ke Kashmir keesokan harinya. 

Day 2 - New Delhi - Srinagar, Kashmir


Kami menginap di hotel ini.


Semua dah teruja. Nak memulakan hari kedua kami di India untuk ke Srinagar, Kashmir.


Kalau dah namanya 'traveller'. Pantang ada tempat nak bergambar, mesti ambil. 


Saya dan Maria bergambar di hadapan hotel sebelum check out untuk ke lapangan terbang. 

Baju Hard Rock ni saya beli semasa di Jepun. Jemput Baca Percutian Percuma Kami Di Jepun. Klik Untuk Baca


Semua orang dah happy. Naik bas untuk ke lapangan terbang.


Bas di India macam ada pembahagi antara penumpang dan pemandu. Agak unik. Tak pernah jumpa lagi macam ni ditempat lain.


Ni pula 'Tut-Tut' di India. Sangat banyak. Kecik ajer, tapi boleh naik sampai 7 ke 8 orang. This is India.


Orang minta sedekah di India ni memang sangat ramai. Gambar atas ni orang minta sedekah dari satu kereta ke satu kereta lain di lampu isyarat.  They are professional begger. Income mereka lagi tinggi daripada mereka yang bekerja biasa biasa. Huhu.. Jangan ingat mereka ni miskin yer.


Sekitar jam 9 pagi, kami tiba di lapangan terbang.  


Muka ada senyum..... Seronoklah tu. Cuaca di New Delhi pada waktu ini sekitar 30 Degree. Ini pada waktu pagi yer. Bila dah tengah hari, suhu meningkat kepada 36-40 Degree Celcius. 


Suasana dalam airport di India


Perjalanan dari New Delhi ke Srinagar, Kashmir menaiki kapal terbang adalah 1 jam 30 minit. 


Cantiknyer..... Ni gambar diambil di depan pintu tandas yer. Gambar pompuan maksudnya Tandas Pompuan. 


Jangan pandang rendah dengan India yer. Siap dapat Ranking No 1 lagi. No 1 Airport In The World untuk kategori > 40 juta penumpang setahun.


Lets continue the journey. Enjoy your trip.


Kami naik kapal terbang murah jer di sana. Spice Jet. Ala ala Air Asia la..
  
Gambar dalam kapal terbang.


Dari udara, kami mula nampak salji dikawasan pergunungan kawasan Kashmir. Kashmir terletak di kawasan utara India. Ia bersempadanan dengan Pakistan.

Sedikit Info Anda Perlu Tahu Mengenai Kashmir

90% penduduk di Kashmir adalah ummat Islam. Selebihnya adalah penganut agama lain.

Kebanyakkan penduduk di Kashmir ini orang miskin. Pendapatan utama mereka adalah daripada pelancongan.

Jika ada pelancong, adalah income buat kebanyakan mereka. Jika berkurang pelancong, makin susahlah mereka.

Asalnya, India, Bangladesh, Pakistan, Afghanistan adalah sebuah negara. Namun, pada satu masa berlaku pertelingkahan antara kawasan.

Pakistan dan Afghanistan lebih didominasi oleh orang Islam manakala India pulak didominasi oleh orang Hindu.

Disebabkan itu, Pakistan, Afghanistan dan India berpecah dari awal lagi.

Pada waktu itu, Bangladesh masih lagi berada di bawah takluk India. 

Namun, ramai penduduk Bangladesh beragama Islam dan mereka tidak suka berada di bawah jajahan India. Jadi, mereka minta bantuan Pakistan untuk mendesak India bagi membebaskan Bangladesh menjadi negara mereka sendiri.

Akhirnya, atas desakan penduduk Bangladesh sendiri, Bangladesh keluar dari India hasil pertolongan Pakistan.

Perkara sama berlaku di Kashmir.

Penduduk Kashmir ramai yang beragama Islam. Mereka tidak minat berada di bawah negara India. Mereka lebih suka menuntut kebebasan negara mereka atau berada di bawah naungan Pakistan.

Namun, sekitar 1970 an, pembesar di Kashmir telah berpakat dengan kerajaan India untuk kekal bersama dengan India.

Mengikut perjanjian dengan penduduk Kashmir, selepas 5 tahun, mereka semua akan membuat pungutan suara dari penduduk situ sama ada mereka mahu berada di bawah India, bebas di bawah negara mereka sendiri atau berada di bawah Pakistan.

Rupa rupanya, mereka tertipu. Sehingga hari ini, tidak ada pengutan suara yang dikatakan akan dibuat itu.

Disebabkan itu, penduduk Kashmir rasa tertipu dan tidak suka berada di bawah negara India.

Itulah sedikit sebanyak cerita Kashmir yang saya dengar dari Tour Guide di sana.

Jadi, jom kita beramai ramai ke Kashmir. Kita saport sket industri penduduk Islam di sana.


Welcome To Kashmir


Cuaca di Kashmir sedikit sejuk berbanding di New Delhi kerana Kashmir terletak di tanah tinggi.


Di Srinagar Kashmir, kami di bawa untuk makan tengah hari di sebuah restoran tempatan. Makanan di India jangan risau, memang sangat sangat sedap.


Di tengah jalan, ada kawasan tanaman pokok Canola. Bunga pokok ini digunakan untuk buat minyak wangi.


Dah macam model bunga Canola pulak ku tengok bini ku ni..


Shah Rukh Khan bertemu Kajol dalam filem Dilwale...


Kelas gitu.. Ala ala Kajol dah ku tengok bini ku ni.


Shah Rukh Khan buat lompatan lak...


Dalam perjalanan, kami berhenti di satu kedai menjual sari dan jaket kulit asli. Di situ juga kami menunaikan solat Zuhur dan Asar. 


Keadaan di dalam kedai, kami semua mula beli barangan yang diperlukan. Ada yang beli sari, ada yang beli jaket kulit. 


Saya beli jaket kulit asli ini. Warna coklat. Harga jaket ini hanyalah RM240 sahaja. Ada kawan di Malaysia minta tolong belikan. So, saya beli lah. Mana ko nak cari jaket asli semurah ni di Malaysia.


Memang smart. Di kedai ini saja saya beli 3 helai jaket kulit. Tak boleh tahan, harga tersangat murah. Jaket untuk saya dan Maria harga RM300 sehelai.

Selepas semua shopping, kami semua terus naik bas dan menuju ke Gulmarg. Tempat kami akan bermalam.


Sebelum mula pendakian menaiki Gunung Gulmarg, kami singgah di sebuah kedai. Kedai ini memberi servis menyewa baju sejuk tebal, sewa kasut boot dan lain lain untuk para pelancong.

Jadi, ingat yer. Kalau anda ke Gulmarg, tak perlu kalut kalut nak beli baju tebal tebal. Boleh ajer sewa baju di sini. Boleh ajer sewa kasut di sini. Kasut boot di sini pun kata mereka yang sewa bagi tahu, "Sedap di pakai.... Dan yang penting tak masuk air."


Disini juga ada orang jual sarung tangan, jual cermin mata gelap, jual stokin tebal dan macam macam lagi. Pendek kata, semua kelengkapan adalah di sini. Harga pula, Allahuakbar. Tersangat sangat murah. Sampai saya tertanya tanya, apa yang mereka ni untung dengan jual harga murah ni.


Bas meneruskan perjalanan ke Gulmarg. 


Pemandangan di kawasan ini, Subhanallah. Sangat cantik


Merenung masa depan...


Dari segi view, memang cantik Subhanallah. Sampai Maria kata, "Kalau dunia macam ni cantik, kat syurga nanti macam manalah agaknya yer..."


Menjelang petang, kami tiba di kawasan perumahan kami. 


Tak pernah sangka akan dapat peluang tidur di kawasan macam ni. Selama ni dok tengok dalam TV sahaja. Kali ni dapat merasai sendiri. Alhamdulillah.


Bilik pun cantik. Cumanya, super duper sejuk. Tersangat sangat sejuk.


Ini pula tempat makan malam kami. Anda tengok lah di luar tingkap tu, penuh dengan salji. Mereka beritahu, pada waktu winter. Salji lagilah tebal berbanding sekarang.


Bukan senang nak dapat peluang makan dikelilingi kawasan bersalji. Di belakang saya tu adalah salji.


Semua peserta makan malam... Alhamdulillah. Sedap. Selesai hari kedua kami. 

Day 3 - Gulmarg - Srinagar 

Hari yang dinantikan telah pun tiba. Kami beramai ramai breakfast bersama.

Apa yang saya perhatikan, mereka yang melayan kami akan cuba buat yang terbaik untuk kami.

Antara ayat yang selalu keluar dari mulut mereka adalah, "Are you happy sir? If you happy. Then I'm happy...."

Ayat ni dah jadi mainan di mulut mereka. Selalu tanya kami nak make sure kami berpuas hati dengan setiap servis yang mereka berikan.

Seperti yang saya katakan, pendapatan mereka adalah dari sumber pelancongan. Jadi mereka sehabis mungkin akan cuba buat kita semua happy.

Satu lagi budaya yang saya nak kita semua faham adalah mengenai budaya memberi TIPS. 

Penduduk Kashmir ni sangat susah. Jadi, sekiranya kita memberi tips, mereka sangat sangat gembira.

Biasanya kalau nak bagi tips, berilah sekitar 100 Rupees = RM6. Bagi mereka 100 Rupees ni sangat besar ertinya. 

Jadi, bagi yang melancong dan dah pergi ke kawasan sekitar macam ni, bawalah duit extra sket. Sambil melancong tu boleh kita menderma.

Berbalik kepada perancangan hari ni, this is the plan for us.

Jam 9.30 pagi, check out hotel. Terus menaiki Cable Car untuk ke Fasa 1 Pergunungan Gulmarg. Di sini, kami akan main Ski  (Tambahan RM60 untuk 45 minit - 1 jam), main Sledge (Tambahan RM60 untuk 1 rid) dan Snow Motor Bike (Tambahan RM90 untuk 15 minit)

Bagi yang tak nak main, tak perlu bayar apa apa. Boleh ajer duduk di tepi tu sambil ambil gambar orang lain main.


Antara geng kami, dari kiri. Abang Nasir serta Isteri, Abang Zamri dan Abg Azmin. Di sebelah kanan pula Abang Sham, Kak Nora, Kak Razimah serta Kak Yati.


Selesai breakfast, kami keluar dan ambil gambar sekitar kawasan tempat hotel kami ini.


Gulmarg juga merupakan kawasan lakonan filem Bobby, A Gale Lagja dan Sanggam. Peminat filem Hindustan lama tahu lah filem filem ni.


Bab gaya ni atas cadangan kenkawan yang lain. Huhu. Boleh tahan gaya dia orang suruh kami buat.

"Tere mete gangga, tere mete jamnata... Bole Radha boleh Sanggam go kabinahi...."

Faham ke tak ni? Haha...


Pemandangan sangat cantik. Subhanallah.


Selfie kejap dengan abam abam yang dok angkat beg kami dari hotel ke bas....


"Doooossss sedoss sena raha...... Peira peira kenar raha... Zendegie sena raha..." 

Tahu tak lagu apa ni? Boleh jadi hero dan heroin filem hindustan dah ni.


Di sini, memang sangat ramai orang yang berniaga. Mereka cari makan. Awal pagi lagi, mereka datang ke hotel kami, ada yang jual coklat, ada yang jual kerepek, ada yang jual meruku, ada yang jual sarung tangan, ada yang jual cermin mata hitam. Pendek kata, mereka cuba jual sehingga kita beli.


Anda kene datang Kashmir sekali ni... Dan pastikan datang kena timing yang betul yer. Sebab sekarang bulan April, salji dah start mencair. Jangan salah timing yer.


Ok, dah sampai ke tempat nak naik kereta kabel.


Ketinggian kereta kabel ini adalah 14,000 kaki tinggi. Ia adalah kereta kabel tertinggi di dunia. Amcam? Rasa teruja tak...


Semua dapat sorang satu tiket. Ready untuk naik.


Dah tak zabar lah tu... Semua orang pakai baju tebal.


Siap ada Boarding Pass lagi tau.... Harga dalam RM45 seorang untuk naik dan turun.


Ni lah ghupanya kereta kabel tu. Satu kereta naik 4 orang.


Dengan lafaz Bismillah kami naik kereta kabel tertinggi di dunia ni.


View jangan cakap lah. Memang sangat cantik. Terasa besarnya keagungan dan kehebatan Allah yang mencipta muka bumi ini dengan tersangat indah.

Perjalanan ke Fasa 1 mengambil masa sekitar 15 minit.


Tara... Dah sampai ke Fasa 1. Ready to play. Kami tak digalakkan naik sehingga ke Puncak Gulmarg ini sebab udaranya tersangat nipis. Oksigen kurang. So, duduk di Fasa 1 ni pun dah ok.


Shah Rukh Khan in the making.


It's time to play.


Kami bawa kasut dari Malaysia jer. Make sure kasut jenis kalis air yer. Kalau susah susah, sewa ajer kat kedai di sini. Dah tentu tentu kasut tak masuk air.


Nak guling guling sket boleh...? Jangan marah yer.... Pose pose macam ni atas cadangan kenkawan yang gi sekali.  


Geng gegirl main snow....


Dah jadi kanak kanak riang semuanya...


Next kita main ski pulak. RM60 untuk 45 minit ke 1 jam. 


Seumur hidup, ni first time saya berpeluang main ski. Nak main di Europe masa belajar dulu mana mampu. Dah la mahal... Ni di Kashmir, RM60 untuk 45 minit ke sejam bagi saya tersangat sangat murah. Nak murah macam mana lagi....


In total 13 orang main ski dari 18 orang group kami. 


Sekarang main sledge pulak. Di Europe ni Sledge ditarik oleh anjing.. Tapi di Kashmir India ni, mereka guna orang untuk tarik penumpang.


Buat wayang kejap, tarik Maria... Ni bukan tarik jalan mendatar yer, tapi tarik naik bukit. Sila nangis...


Cak... Wayang jer ni. Nak tarik tu memang ler boleh.


Orang ni dia tarik saya. So, ambil gambar kejap. Buat wayang macam saya yang tarik dia. Even dia tarik saya naik bukit tu, tapi banyak tempat yang saya jalan kaki sendiri naik. Kesian kat dia nak tarik. 

Nanti dah sampai atas, kami akan turun guna sledge ni ke bawah.

Saya dan Maria naik sekali masa turun dan meluncur bersama. 

Biasanya, kita akan duduk di belakang mereka. Siap kaki orang belakang tu nak kene duduk atas paha orang di depan. So, takkan lah pompuan nak berkepit sampai macam tu. So, kami naik dengan pasangan masing masing la masa nak turun tu.


Yang terakhir, main Snow Motor Bike. Dalam banyak banyak, ini yang paling best.... Ride sekitar 15 minit sahaja. Bayaran RM90 setiap seorang. Tapi sangat sangat best... Dan yang paling berbaloi berbanding yang lain.


Kami 4 orang jer yang naik...


Meluncur laju atas snow...

Ini saja yang kami sempat main kat atas tu. Total masa kami di atas lebih kurang 2 jam setengah. Habis aja main, kami semua turun ke bawah untuk lawatan ke tempat yang seterusnya.



Sekitar tengah hari, kami tiba di Srinagar kembali. Tour Guide menunjukkan kepada kami Houseboat. Ia akan menjadi tempat tidur kami selama 2 malam di Srinagar.


But, before kami dibawa ke Houseboat itu, kami semua ke Tulips Garden dahulu.


Welcome To Tulip Garden  


Ada puluhan ribu pokok bunga tulips yang ditanam di sini dari pelbagai warna


Sejujurnya, saya bukan seorang penggemar bunga. So, bila datang ke tempat ni, tak der lah terasa 'berahi' sangat. Layankan Maria ajer sambil ambil gambar.


Dalam sebulan lagi, bunga tulips ni akan lebih kembang mekar....


Ni burung merak. Actually mereka tanam pokok menjalar bawah tu. Tapi pokok belum membesar lagi. Nanti dah menjalar panjang, akan tutup semua besi ni dan membentuk burung merak yang sangat cantik.


Bunga warna macam macam ada di sini.


Kami sampai sini sekitar jam 6 petang. Dah nak gelap pun... Matahari pun dah nak melabuhkan tirainya...



Kalau Encik Husband datang sekali, ko layankan jer la isteri kau tu bergambar. Senyumlah depan kamera walaupun tak ikhlas. Haha... Tak larat nak bergambar dah ni sebenarnya...


Siap ada air pancut lagi. Habis pusing taman ni, kami bergerak ke Kilang Membuat Karpet pulak. Kiranya tempat Home Made Carpet.


Uncle ini menunjukkan cara mereka membuat permaidani atau karpet menggunakan tangan secara manual. Kalau tengok kertas oren tu, ia adalah 'formula' untuk memasukkan benang menjadi bentuk permaidani yang cantik.


Frankly speaking, it's not easy. Kerja renyah macam ni akan dibuat oleh pekerja wanita sahaja. Orang lelaki tak leh kerja macam ni sebab tak ada passion yang cukup tinggi.


Then, kami ditunjukkan hasil karpet yang dah siap untuk dijual. Sesambil tu, mereka cuba pengaruhi kami untuk beli. Yang saiz sejadah tu harga dia RM350. Ia tak murah sebab ia adalah Handmade sepenuhnya.

Malangnya, tak ada siapa pun diantara kami yang minat untuk beli. So, kami semua keluar dan mereka pun sangat kecewa. Huhu....


Sebelah malam, kami dibawa ke Houseboat. Ini bilik kami untuk 2 malam.


Dalam bilik ni pun sangat sejuk. Syukur kami diberikan blanket heater. Tapi waktu malam jam 12, elektrik akan dimatikan. Huhu...



Dah sampai, kita dinner dulu.



Makan di sini memang sangat sedap..


Ingatkan lepas makan dah habis aktiviti dan boleh rehat. Rupa rupanya ada orang pulak yang datang ke boat kami untuk menjual. Macam macam yang mereka jual sampai kami semua rambang mata. Tengok itu rasa nak beli, tengok ni rasa nak beli. Macam macam nak kena beli lah kalau macam ni.


Nampak dah smart untuk Maria. Dah berkenan. Tapi ada akak tu nak beli untuk anak dia... So, beri laluan dulu. Kami cari yang lain. 


Kak Nora dah jadi model lah pulak. Rega asal dia buka RM500. Tapi last last boleh dapat RM300 jer. Kena berani tekan rega sket. Tapi jangan rapat sangat tekan, kesian kat mereka. Nak cari makan juga. Ingat ni jer, mereka yang datang menjual tu orang Islam. Mereka susah. Mereka nak cari rezeki untuk anak isteri mereka. Jadi sambil membeli tu, niat nak menderma sama. 


Abang Nasir pun dah boleh jadi model ni. Sebenarnya, jaket yang mereka jual ni sangat berkualiti. Harga pulak murah. Nak banding dengan yang dijual di Europe, tersangatlah murah di sini.

Hampir jam 12 malam, barulah kami boleh masuk tidur. Kalau tak, rasa sayang lah pulak.

Day 4 - Srinagar - Sonamarg


Suasana awal pagi di Houseboat.


Kami mula dengan bersarapan dahulu. Alhamdulillah, memasing bergaya dengan jaket baru


Habis makan, ada orang jual sari pulak. Pashmina pun ada. Cincin pun ada. Pendek kata, memacam adalah. Sedia duit ajer. Yang canggihnya, dengan dia orang ni nak berniaga cukup senang. Nak guna kredit kad pun boleh, nak guna cash duit Malaysia pun boleh, nak guna duit rupee pun boleh. Janji kita beli jer.  


Kami bergambar dulu sebelum keluar berjalan lagi hari ini.


Atas boat pun leh ada taman cantik macam ni... Haha


Taman atas boat.


Ok. Kami nak ke bas dulu. Untuk ke bas, kami nak kena naik sampan ni dulu. Mereka kayuh secara manual untuk mengekalkan tradisi. Yang best, masa kita atas boat ni pun akan ada orang lain yang datang guna boat lain untuk menjual barang kepada kita. Memacam barang lah yang mereka cuba jual untuk kita.

Ingat yer, mereka yang datang menjual ni bukan orang senang. Jadi, jika kita ni Allah beri rezeki lebih. Belilah apa yang patut.


Maria ambil gambar dulu. Nampak tak, sebelah tu ada jer boat. Boat tu datang nak menjual lah...  Bila nampak ajer boat kita bergerak, mereka datang dengan sangat laju. Kayuh laju laju nak sampai dekat kita dengan penuh harapan agar kita beli. 


Nampak tak belakang tu, ada houseboat. Sini rasanya ada beribu ribu houseboat. Memang Srinagar ni terkenal dengan Houseboat atas tasik.


Sangat penting yer untuk pakai cermin mata hitam di sana. Jangan lupa bawa Sun Block sekali. Disebabkan di sini Humidity Low. Udara sangat kering. Bibir sangat mudah kering dan merekah. So, sila bawa apa yang patut untuk lembabkan bibir.


Dah sampai ke jeti... 


Selfie dulu dengan boat


Suasana di jeti juga haru biru. Terlalu ramai orang datang menyerbu kita sebab mereka nak berniaga. Nak suruh kita beli barang macam macam. Key Chain ada. Fridge Magnet ada. Pendek kata, macam macam ada


Topi ni ada member beli. Harga dalam RM9 jer.


Di awal pagi ni, kami ke Mughal Garden. Ada tempat ambil gambar dengan pakaian tradisi orang Kashmir lelaki dan wanita.


Memula tu, kami ambil gambar sendiri jer.


Sekali orang offer ambil gambar sekali dengan sewa pakaian rasmi. 10 gambar print saiz 8R harga RM60 seorang. Harga ni dah termasuk dengan kos sewa baju tu.


Dah bini nak.. Ku layankan ajer. Semua gaya ni mereka yang aturkan. Kita just pose saja. 


Photographer ni ada idea macam macam....


Seperti Shah Rukh Khan dan Juhi Chowla dah ku tengok.


" Ooooooo Mere Zendia....."


Bergambar dengan Hanim, Faroq Tour Guide kami dan juga Kak Laily.


Layankan jer la....


Selepas itu, bas meneruskan perjalanan ke Sonamarg. Satu lagi kawasan pergunungan salji. Ia mengambil masa 2 jam untuk ke sana dari Srinagar. Di pertengahan jalan, kami singgah di satu kedai. Shopping lagi nampak gayanya.


Ha sudah.... Nak beli ler tu.. Beli lah sayangku... Ini India. Barang murah. Kalau kene kat Europe, mau nangis. 


Hand bag ada.... Macam macam ada


Sari ada.. Jaket pun ada. Murah murah pulak tu. Apa lagi.. Membelilah dengan bahagianya yer...


Hamik kau.. Semua orang keluar dengan satu dua beg. Sejujurnya, kedai ni agak murah. Kena pandai nego aje. Jaket kulit leh dapat dalam 3000 Rupees = RM180 sahaja. Cuma kualiti mungkin berbeza dengan yang harga mahal.


Gambar di luar kedai on the way to Sonamarg.


Cantikkan.. This is India.. The Incredible India.


Selepas 2 jam. Kami tiba di Sonamarg. Kami singgah kedai ini dulu untuk makan tengah hari.



Makan buffet jer har ini.


Alhamdulillah, bab makan tak pernah mengecewakan di India ni. 


Selepas tu, bagi yang berminat boleh naik kuda. Sewanya hanya RM60 seorang untuk 1.5 - 2 jam perjalanan pergi dan balik. Memang murah dan sangat puas hati aih rasanya.


Kesian kuda, dahaga agaknya, Berhenti minum air dulu


Kami menaiki kuda melalui jalan raya ini menelusuri kawasan pergunungan ini yang bersebelahan dengan sungai. Pemandangan jangan cakap la. Memang Subhanallah, Maha Suci Allah.... Sangat cantik. 


Kuda saya dapat ni agak tinggi...


Kuda Maria kecik sket


Nanti ada orang yang akan ambil gambar. Kalau nak gambar ni, nanti boleh beli jer dari mereka soft copy. Satu gambar 50 rupees lebih kurang RM3 sahaja. Beli la 10 keping dalam RM30. Kesian mereka ni. Nak cari makan.


Kita dah duduk atas kuda. So angle angle macam ni memang kita tak ada lah. So, beli lah dari photographer yang dok jalan ikut kita ni.


Jauh tau naik kuda ni. Rasanya dalam 2km.


But, just enjoy the view. Sekali lagi, bila melihat keindahan alam ni. Terasa dalam hati, "Sini pun dah cantik. Macam manalah dalam syurga nanti...."


Dah sampai ke penghujung. So, kami berhenti sekejap untuk bergambar dengan salji.


Dengan air sungai yang cantik. Memang perfect lah kalau nak bergambar. Topi saya beli tu harganya RM6 sahaja. 


Background snow pulak


Boleh jadi model dah ni...


Sebelum pergi, habis dok study gaya gaya yang boleh digayakan depan kamera. Maka ini lah sebahagian daripada hasilnya.


Saya pulak tak ada gaya lain dah. Gaya nak terbang jer....


Lompat pulak


Sehati sejiwa. Semoga Allah beri kebahagiaan sehingga ke syurga Insya Allah.


Ok, masa dah time. Jom balik.


Adik ni umur 10 tahun. Tak belajar dah. Terus bekerja cari duit untuk menampung keluarga dia. Uhukss... Sian adik ni. Kecik kecik dah pandai cari duit 



Sampai ajer di house boat, dah malam. Kami naik balik Shikara ( Sampan ) ni untuk pusing tasik dan shopping lagi.


Shikara dah sampai tempah shopping.... So, kami shopping kejap sementara Shikara tunggu kami membeli belah.


Unik betul kawasan ni, nak shopping nak kena guna boat.


Kedai jual sari, jaket, cenderamata dan macam macam lagi...


Lepas habis shopping, kami balik house boat kami. Sekali dah ada orang jual jaket dok tunggu. Hmmm.. Ku beli lagi sepasang untuk kami berdua. Cantik sangat ni. Kain sedap, kualiti bagus, harga murah. Nak apa lagi..

Day 5 - Srinagar - New Delhi - Agra

Harini adalah hari travel. Dari Srinagar, kami akan naik flight menuju ke New Delhi. Lepas tu, naik bas 5 jam menuju ke Agra.

Dijangka tiba di Agra sekitar jam 8 malam.


Ambil gambar kenangan atas boat. Jangan berbulu yer, banyak sangat orang yang dok cadang macam macam gaya termasuk posing maut ni.. Huhu....



Gambar gambar terakhir sebagai kenangan. Jaket Maria beli ni murah jer, RM250, original leather.


Kami bergambar dengan Asyik, Captain yang jaga boat kami.


Antara dua boat


Di hadapan boat


Lets go. We will really miss the great moment at the houseboat.


Kami naik Shikara untuk balik ke Jeti nak naik bas.



Again, di sini memang ramai orang dok menjual. So, korang layankan ajer la. Ingat, mereka orang susah. Mereka nak cari makan. Bantulah mereka dengan membeli barangan mereka. Tapi jangan tekan rapat sangat. Kesian mereka.


Dia dah start posing dah... Habislah, aku gak nak kena jadi photographer nyer. Sajer lah nak share, untuk setiap satu gambar ni, saya nak kena ambil 4-5 kali tau. Nanti Maria akan pilih 1 yang cantik, yang lain semua delete. Gitulah caranya dia dok ambil gambar.


Guna kamera phone jer. Kalau nak gambar cantik macam ni, guna setting Potrait. Then, klik kat orang, lepas tu baru tekan untuk ambil gambar. Akan jadi bokeh macam ni. Blur di belakang. 


Yang ni setting dia Photo. Bukan Potrait. So, belakang masih clear.


Lets Fly again.


Makan tengah hari, kami diberikan makanan berbungkus. Nasi beriyani ayam. Boleh la, kami suami isteri makan satu jer. Lagi satu kami simpan. Kejap lagi nak naik bas sampai 5 jam, kami plan nak makan dalam bas jer la nanti kalau lapar.

Inilah sahaja sharing pengalaman saya bercuti di Kashmir, Srinagar, Gulmarg dan Sonamarg.

Selepas ini, saya akan sambung dengan entri saya di New Delhi dan Agra. Stay tune tau sebab di Agra saya pergi ke Taj Mahal.



Memang sangat best. Gambar pun santek santek.....

Stay tune.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

Sila Share Jika Anda Rasa Ia Bermanfaat. Sila Tinggalkan Komen. Nanti Saya Jawab Jika Ada Sebarang Pertanyaan.

================

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!



Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

COMMENTS

BLOGGER: 3

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1763,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Ibadah,1,Video Shooting,1,Video Sirah Nabi,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Pengalaman Bercuti 8D7N Di Kashmir, New Delhi, Agra India (Part 1)
Pengalaman Bercuti 8D7N Di Kashmir, New Delhi, Agra India (Part 1)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ_PyfgTu3QAjpV_l8bS_chjt5jeMl5eauXDGP2x6_vbgepFZ0i31CdBUZknlmQY9rcEuB-_PLUpbnnot1fWbOwKbOT_n6b7PzWGnGRJKemwhQvU21R2dGvc4OJGKv7BTGoudy79ZxG3c/s640/kashmir_india120.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJ_PyfgTu3QAjpV_l8bS_chjt5jeMl5eauXDGP2x6_vbgepFZ0i31CdBUZknlmQY9rcEuB-_PLUpbnnot1fWbOwKbOT_n6b7PzWGnGRJKemwhQvU21R2dGvc4OJGKv7BTGoudy79ZxG3c/s72-c/kashmir_india120.jpg
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/04/pengalaman-bercuti-8d7n-di-kashmir-india.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2019/04/pengalaman-bercuti-8d7n-di-kashmir-india.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy