Travelog Haji - Part 28 - Qiamullail di Madinah

Assalamualaikum,

Di Malaysia, semasa membaca buku Travelog Haji : Merubah Sempadan Iman tulisan Prof Kamil, beliau menceritakan pengalaman beliau yang bangun seawal jam 1.30 pagi sepanjang berada di Tanah Suci.

Saya kata, "Gila". Soalan seterusnya, "Nak buat apa lama lama. Sembahyang apa yang lama sampai macam tu?".

Macam mana nak tahan mengantuk. Waktu pagi tu mengantuk, nanti selepas Subuh pun mengantuk.

Semasa di Malaysia, hati saya berkata, "Kalau Prof boleh buat, kenapa aku tak boleh buat. Aku tak cuba lagi dah kata tak boleh. Buat dulu, kalau tak boleh lain cerita."

Dan perjumpaan saya dengan Prof pada hari kedua saya di Madinah betul betul merubah minda saya. Mengubah persepsi saya. Apa jua boleh dilakukan jika kita mempunyai perancangan yang betul. Kita seimbangkan keperluan rehat badan kita dengan keazaman kita untuk beribadah di Masjid Nabawi.

"Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kami mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan."

Ini doa yang saya selalu baca semasa di Malaysia. Saya mohon kepada Allah agar Allah menanamkan perasaan cinta, kasih dan sayang kepada Masjidil Nabawi. Dan sekali lagi, doa ini Allah makbulkan.

Saya tak kisah untuk bangun seawal jam 1.30 pagi semata mata untuk pergi ke Masjid Nabawi. Setiap hari tanpa 'miss'. Saya rasa rindu untuk berada di dalam masjid. Mengapa saya berasa begini? Tak lain tak bukan, kerana Allah yang mencampakkan perasaan itu ke dalam hati saya.

Mungkin, berkat usaha saya yang berterusan, keazaman yang membawa dan berkat doa saya semasa di Malaysia. Syukur Alhamdulillah.

Bukan mudah untuk pergi seawal jam 2 pagi ke masjid tanpa perasaan cinta, kasih dan sayang kepada Masjid Nabawi. Syukur, Allah berikan perasaan itu kepada saya.

Kalau dahulu saya bertanya Prof Kamil, "Apa yang nak dibuat antara pukul 2 pagi sehingga jam 5 pagi, iaitu masuk waktu Subuh?"

Saya yakin, anda akan bertanya soalan yang sama. Kalau dulu, Prof Kamil menceritakan kepada saya secara teori apa yang hendak di lakukan.

Semasa perjumpaan dengan Prof, Prof menekankan Allah pilih orang yang tertentu sahaja untuk bangun awal. Ada orang yang Allah pilih untuk pergi ke masjid pada pukul 2.00 pagi. Ada orang yang Allah pilih pergi ke masjid pada pukul 4.00 pagi. Ada yang bila nak azan baru nak bergerak ke masjid.

Saya tak mahu begitu. Saya mahu Allah pilih saya untuk pergi ke masjid pada pukul 2.00 pagi. Alhamdulillah. Allah memilih saya.

Insya Allah, sekarang saya akan menceritakan bagaimana saya mengisi masa selama 3 jam tanpa rasa mengantuk. Dan saya rasa seronok beribadah di sana.

Yang pertama sekali ingin saya tekankan. Ikhlaskan hati untuk beribadah semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Apabila kita ikhlas untuk melakukan semata mata kerana Allah, kita akan rasa seronok walaupun perkara itu menyusahkan.

Allah pasti membantu kita. Selangkah kita mendekatkan diri kepada Allah, seribu langkah Allah mendekatkan diri kepada kita.

Pokok pangkalnya, IKHLAS. Dan saya baru rasa nikmat melakukan ibadah SEMATA MATA KERANA ALLAH apabila berada di Tanah Suci. SEMATA MATA KERANA ALLAH adalah ibadah yang kita lakukan khusus KERANA ALLAH. Bukan sebab orang lain, dan bukan sebab kita mengharapkan ganjaran dari orang lain.

Kebiasaannya, seawal jam 1.30 pagi, saya sudah bangun. Saya terus ke bilik air dan bersiap serta mandi untuk menyegarkan badan. Jam1.45 pagi, saya mesti sudah keluar dari hotel.

Saya tahu kebolehan fizikal saya. Dan saya tahu saya cepat mengantuk. Bagi mengatasi masalah ini, saya mengambil 'food supplement'. Saya mengambil Multivitamin untuk memberi tenaga tambahan semasa di sana. Alhamdulillah, ia membantu dengan izin Allah.

Perjalanan dari hotel sehingga masuk terus ke hadapan masjid berhampiran Raudhah mengambil masa 10 minit.

Prof mengajar saya untuk berdoa, "Ya Allah, Kau berikan tempat yang terbaik untuk aku beramal ibadah". Dalam perjalanan ke Masjid, ini menjadi wirid di mulut saya.

Jam 1.55 saya berada di tabir pemisah jemaah lelaki dan perempuan.

Di pintu yang kebiasaannya dibuku dahulu. Dan, setiap pagi saya dapat masuk ke Raudhah. Lebih istimewa, seperti kata Prof, saya boleh pilih nak duduk bersolat di mana dalam kawasan Raudhah.

Saya bersolat dan berdoa sekitar 30 minit sehingga 1 jam. Bergantung panjang mana doa yang saya baca. Sekiranya saya baca kiriman doa para sahabat, pasti akan mengambil masa lebih lama, sekitar 1 jam.

Lepas itu, saya akan keluar dari Raudhah sekitar jam 2.45 - 3.00 pagi. Saya akan mencari tempat sama ada di saf hadapan ataupun di 'wing' sebelah kanan masjid. Jika bersolat di "wing" kanan masjid, saya sudah berada di antara 40-50 saf ke belakang imam.

Saya memilih tempat beribadah mengikut keadaan semasa. Saya tak kisah, kerana bagi saya di mana pun saya duduk untuk beribadah, itulah tempat yang terbaik untuk saya kerana itu doa saya kepada Allah.

Kalau disaf hadapaan, saf pertama hingga ke lima keadaan di situ kurang tenang. Orang ramai berpusu pusu berebut saf hadapan. Orang berjalan dibelakang kita untuk menziarahi Makam Rasulullah. Jadi, amal ibadah kita sedikit terganggu.

Sekiranya kita di sebelah 'wing' kanan atau kiri masjid. Kita berada sekitar saf yang ke 50. Dan keadaan di sini agak tenang dan sepi. Boleh beribadah dengan khusyuk.

Sekitar jam 2.45 - 3.00 pagi, saya mula menunaikan solat Tahjud sebanyak 6 rakaat. Tidak terlalu banyak, tidak terlalu sedikit.

Saya buat seperti yang Prof Kamil ajarkan. "Biarlah solat Tahjud kita 6 rakaat, tapi 6 rakaat yang berkualiti. Kita baca secara perlahan dan khusyuk. Bacaan biar betul dan biar ia menusuk ke dalam hati. Biar bersolat keseluruhannya. Anggota kita bersolat, hati kita turut bersolat"

Saya mengambil masa sekitar 30 minit untuk bersolat 6 rakaat. Bila saya bersolat begini, baru saya faham 'nikmat solat malam' yang Prof Kamil ceritakan. Hati saya rasa tenang. Gembira.

Baru saya faham, macam mana Prof boleh berqiamullail selama 3 jam.

Sekitar jam 3.30 pagi, selepas saya bersolat Tahjud. Saya akan berwirid kepada Allah. Saya pelbagaikan. Adakala berzikir. Ada kalanya, Zikir Munajat, mendengar nasyid, dan berdoa lagi kepada Allah.

Teringat Hadis yang Prof bacakan kepada saya hari itu,

"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah antara hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?
"


Inilah masa yang terbaik untuk saya meminta ampun kepada Nya. Memohon hajat kepada Nya. Kerana Allah menunggu nunggu (suka) saya memohon ampun daripada Nya.

Setelah lenguh duduk, saya menyambung ibadah malam saya dengan bersolat sunat Hajat dan Taubat. Segala hajat hajat saya pohon kepadaNya. Dan yang penting, meminta ampun dan bertaubat atas segala keterlanjuran sepanjang hidup saya. Hati berasa tenang bila beribadah di sini.

Kemudian saya membaca atau menghafaz sedikit surah surah Al Quran.

Apabila hampir masuk waktu subuh, saya bersolat sunat witir. Samaada 1 rakaat, 3 rakaat, 5 rakaat atau 7 rakaat. Bergantung kepada keadaan semasa.

Alhamdulillah, sekarang saya mula rasa 3 jam yang 'pendek'. 3 jam yang dilalui dengan penuh bermakna. Dan lebih menggembirakan saya, saya boleh melakukannya setiap hari di Madinah. Tanpa disuruh atau dipaksa oleh orang lain.

Lakukanlah ia semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Semoga Allah menerima amal ibadah saya yang tidak seberapa ini.

Dan ini boleh dilakukan secara konsisten kerana saya tidak mengubah waktu tidur saya di Madinah. Saya tidur waktu Malaysia seperti yang Prof nasihatkan. Alhamdulillah. Ia berkesan untuk saya.

Dan nasihat Prof yang seterusnya, jangan sesekali kita 'mengada-ngada' melewatkan waktu bangun. Dari 1.30 pagi ke 2.00 pagi Sekali kita lewatkan waktu bangun, kita akan terus melewat lewatkan waktu bangun. Hingga akhirnya, kita akan bangun pada pukul 4.00 pagi.

Akhir sekali, saya memohon ampun daripada Allah dengan apa yang saya ceritakan ini. Bukan niat dihati saya untuk menunjuk nunjuk atau berlaku riya'. Saya hanya menceritakan ini supaya para pembaca sama sama dapat merasai apa yang saya telah rasai. Betapa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Allah berhak 'mencampakkan' hidayah Nya kepada kita sekiranya kita berusaha mencarinya.

Yakinlah dan bersangka baiklah dengan Allah sentiasa. Allah 'menanti-nanti' kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Semoga anda mendapat gambaran suasana yang bakal berlaku di sana nanti. Dan tahu apa yang perlu dilakukan apabila kita berada di sana.

Semoga perkongsian yang saya lakukan ini dapat memberi sedikit iltizam kepada para pembaca untuk menguatkan amal ibadah semasa di Tanah Suci.

Wassalam

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Assalammualaikum...

    Ada kesilapan ejaan....kelebihan qiamullail....iaitu perkataan HANTAR==sepatutnya=>>ANTARA.

    Maaf kerana menegur.

    Wassalam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam,

    Terima kasih kerana menegur. Sudah dibetulkan.

    Saya suka ditegur kalau saya melakukan kesilapan. Saya ikhlas menerima teguran tak kira siapa pun yang menegur. Asalkan yang ditegur itu perkara yang betul.

    Sekali lagi, jutaan terima kasih saya ucapkan.

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Terasa macam saya yang turut qiamulail.

    Apa apa yang dilakukan kerana NYA, akan membuat hati tenang dan gembira yzng tak dapat diungkapkan.

    Semuga tuan haji dan keluarga dalam redha Allah.

    Syukran

    AJ

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,5,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,1,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,169,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,1,COQTrol,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,1,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,5,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,3,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,4,Kontraktor Reban Ayam,5,Korban,1,Krabi,2,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1681,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,7,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,67,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,136,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,1,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,116,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Reban Ayam Tertutup,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,2,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,168,Ternakan Ayam,310,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Haji - Part 28 - Qiamullail di Madinah
Travelog Haji - Part 28 - Qiamullail di Madinah
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2011/12/travelog-haji-part-28-qiamullail-di.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2011/12/travelog-haji-part-28-qiamullail-di.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy