Assalamualaikum,
"Apa barang yang nak dibawa ketika menunaikan Haji?"
Ini persoalan yang selalu timbul terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali hendak pergi menunaikan haji. Kes bertambah rumit jika mereka belum pernah menunaikan Umrah. Jadi, mereka tidak ada gambaran mengenai keadaan di sana nanti.
Mereka kurang arif, apa yang perlu dibawa dan apa yang tidak perlu dibawa.
Alhamdulillah, pengalaman saya menunaikan umrah tahun lepas banyak membantu. Yang membezakan kali ini, saya pergi untuk tempoh masa yang lebih lama. Jika dulu 14 hari, kali ini 46 hari. Sudah pasti lebih banyak barang yang perlu dibawa.
Satu perkara yang saya nak kita faham, di Mekah dan Madinah semua barang ada dijual. Cumanya harganya jauh lebih mahal berbanding harga di Malaysia terutama ketika musim haji. Musim umrah harga lebih murah.
Cuba bayangkan, satu kotak tisu 100 helai dijual sesuka hati mereka pada harga SR6 (RM5.50) Lepas ditawar, harganya menjadi SR3 sekotak. Tapi, kena beli 5 kotak sekaligus. Saya tak mahu menyalahkan peniaga, mereka cari makan. Dan musim haji adalah masa dimana apa saja harga yang mereka letak, orang 'terpaksa' membelinya.
Bagi lelaki, barangan yang hendak dibawa tidak menjadi masalah. Beg saya hanya separuh berisi. Beg Maria pula penuh. Biasalah perempuan. Beg dia penuh sehingga terpaksa menumpang beg saya. Bagi memastikan kita membawa barangan keperluan, saya memberi cadangan seperti berikut:
Barangan Untuk Di Bawa Jemaah Lelaki1. Baju Melayu ( 2 Helai )
2. Jubah ( 1 Helai - Selebihnya beli di sana )
3. Kain Pelekat Berjahit ( 2 helai )
4. Kain Pelekat Tidak Berjahit ( 1-2 helai )
5. Seluar track ( 2 helai )
6. Baju T-Shirt (2 helai )
7. Selipar yang nampak semua 5 jari kaki ( 2 pasang )
8. Kain Ihram ( 3 helai - bukan 3 pasang)
9. Setokin ( 3 Pasang )
Barangan Untuk Di Bawa Jemaah Perempuan1. ( Part Ini Akan Di Isi Oleh Maria Nanti )
Barangan Umum Untuk Di Bawa
1. Ubat Gigi 175g
2. Berus Gigi Baru
3. Pencuci Muka
4. Sabun Mandi
5. Cotton Bud
6. Tisu
7. Serunding. * Kalau anda takut tak lalu makan masakan sana.
8. Sos Cili ( Wajib - Bagi menambah selera semasa makan di sana )
9. Uncang Selipar
10.Cermin Mata ( Back Up - Takut Cermin Pecah atau Hilang )
11. Lip Balm
12. Hanger ( 6 Batang Setiap Seorang )
13. Cermin Mata Hitam ( Wajib )
14. Gunting Kecil
15. Name Tag Untuk Beg Tambahan ( Maklumlah, beg beranak di sana nanti )
16. Botol Spray ( Untuk ambil wudhuk ketika emergency )
17. Ubat-Ubatan ( e.g Ubat Batuk, Panadol Active Fast, Multivitamin, Minyak Panas )
Barangan Yang Tidak Perlu Di Bawa
1. Kad Pengenalan
2. Semua Kad-Kad Kredit dan Debit Kecuali Al-Rajhi Bank
3. Lesen Memandu
Bersambung nanti.....
* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti.
* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

THanks again firdaus... bole la aku bagik list nie kat parents aku kalau depa dapat panggilan haji nanti.... ;)
ReplyDeletethanks for the info ... sis maria bila nak update barang2 perempuan yg perlu di bawa .... emmm saya tunggu
ReplyDeleteTq maria. Sgt berguna utk sy. 2 minggu lg nak berangkat. Salam perkenalan
ReplyDelete