Assalamualaikum,
Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.
Semoga Allah mudahkan urusan kita semua.
Entri kali ini adalah perkongsian percutian saya dan keluarga ke Krabi, Thailand pada 23-26 November 2019 yang lepas.
Bagi anda yang bercadang untuk bercuti ke Krabi, ini adalah blog yang anda boleh jadikan rujukan untuk aktiviti di sana nanti.
Untuk trip ini, saya hanya 'MENYEWA' van dari Thailand sahaja untuk transportation kami. Sehari 4000 Batt untuk 1 buah van. Selebihnya, kami uruskan sendiri.
Nota Kaki :
Nak Booking Van Krabi, Sila PM Brother Ni : En Rashid : ++66937318811
Atau nak mudah klik ja En Rashid di sini : https://www.wasap.my/66937318811/TripKrabi
Sila guna voice message bila communicate dengan dia. Sebab kalau anda taip panjang panjang biasa dia tak reply. Mungkin sebab tak reti baca atau malas nak taip.
Kalau nak ke tempat tempat lain di Thailand pun, leh PM dia. Contoh ke Koh Li Pie, Koh Sa Mui, Saturn, Songkla, Hatyai... Highly Rekemen.
Bersambung cerita saya.
Day 1 : Memulakan Perjalanan Dari Padang Besar
Kami bertolak dari Parit Buntar jam 4 pagi. Kami bersolat di Masjid Changlun pada jam 6 pagi.
Kemudian breakfast dengan nasi lemak yang kami bawa bekal, kemudian parking kereta di KTM Padang Besar.
Tiba di Stesen Keretapi Padang Besar jam 7 pagi. Kami terus bergerak ke Imigresen Malaysia yang terletak bersebelahan dengan stesen keretapi ni.
Sekali que panjang. Nasib tidak menyebelahi kami. Kami sampai saja di stesen keretapi tu, ada satu keretapi baru sampai. Dan menurunkan penumpang yang sangat ramai. Dan mereka betul betul dihadapan kami. So, terpaksa beratur panjang di imigresen.
Since pasukan kami ada 27 orang, so kami sewa 3 buah van.
Van yang tunggu kami selepas Imigresen Malaysia membawa kami menuju ke Imigresen Thailand pula.
Di Malaysia tadi ok lagi, tapi di Thailand. Hanya Allah yang mengetahui, que super duper panjang. Total que time kami dari Imigresen Malaysia - Naik Van Ke Imigresen Thailand - Lepas Imigresen Thailand adalah 3 jam. Sila nangis. Huhu...
Selepas 3 jam beratur, akhirnya dapat juga memasuk Thailand. Since kami semua dah sarapan, perjalanan diteruskan ke Krabi.
Tips 1 : Imigresen Malaysia di Padang Besar dibuka jam 6 pagi. Kalau anda datang pada musim cuti sekolah, nak nak pula hari Sabtu / Ahad. Silalah sampai ke Imigresen seawal mungkin. Jam 6 terbaik. Jam 7 lewat. Jam 7.30 sila nangis.
Perbezaan anda tiba di imigresen tu sikit saja, tapi perbezaan tempoh beratur tu sangat mengazabkan terutama kalau anda bawa orang tua atau budak kecil.
Dengar jer lah nasihat saya, tiba jam 6-6.30 pagi di Imigresen Malaysia kalau musim cuti sekolah.
Tips 2 : Imgiresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam pula di buka jam 8 pagi. Harap maklum.
Dalam perjalanan, kami singgah makan nanas madu di tepi jalan. Suruh dia kupas siap siap, makan sekali dengan asam dia. Fuhh... Merecik.
4 Beradik + Mak Tersayang
Makan nenas dulu....
Saja la nak habaq, perjalanan dari Padang Besar ke Krabi akan ambil masa 5-6 jam. So, dalam perjalanan kita akan berhenti beberapa tempat untuk pit stop toilet dan lawatan tempat menarik.
Tempat pertama lawatan kami adalah Trang Andaman Gateway.
Anak anak dok naik gajah batu ni....
Pandai sungguh depa ni buat bentuk gajah. Jadi lak tu. Dah la buat dengan simen, macam manalah agaknya depa bentuk jadi macam tu.....
Ada berpuluh puluh ekor 'gajah' di situ
Kereta ni pun ada. Juga diperbuat daripada batu.
Ni pun dibuat dengan bantu.
Ni abang kedua saya. Prof Dr Arman Zaharil. Pakar plastic surgery reconstructif di MSU Specialist Center di Shah Alam. Kalau anda ada tahu kawan kawan, sedara yang kemalangan yang perlukan 'plastic surgery', ha ini lah pakar yang anda cari.
Ni FB Prof Dr Arman https://www.facebook.com/armanzaharil
Semua happening saja.....
Group photo lagi...
Ini mak dengan menantu bongsu dia....
Trademark di sini. So, kami ambil gambar dulu di sini.
Destinasi kedua kami adalah Le Khaokob Cave. Kita akan masuk dalam gua. Yang menariknya, kita naik sampan sambil barang untuk masuk dan keluar gua ni. Sebab syiling gua sangat sapat dengan badan kita nanti.
Bukan semua orang berpeluang naik sampan masuk dalam gua ni. Sebabnya, ia bergantung kepada keadaan air dalam gua. Jika air penuh, kita tak boleh naik sebab sampan tak boleh lalu. Jika air rendah, baru boleh naik.
Tunggu boat. Satu sampan boleh muatkan 4-6 orang.
Kami 6 beranak naik satu boat.
Angkatan bibik pun naik 1 boat juga. Tengok boat mereka tu, habis pecah pecah sebelah tepi sebab berlanggar dengan dinding dan syiling gua.
Ok, nak kena baring untuk masuk dalam gua ni.
Ok, dah sampai di dalam gua. Kami turun dulu untuk jalan jalan kat dalam gua.
Dibelakang tu mereka panggil 'Kaki gajah'. Nampak besar betul batu tu...
Banyak batu stalagtik dan stalagmit dalam gua tu yang bermacam macam bentuk.
Bila nak keluar, kami guna laluan lain. Ini laluan yang lebih mencabar. Tengok tu, ini kira ok lagi la. Sebab ada yang betul betul rapat sampai nak ambil gambar pun tak boleh.
Adakalanya, batu tu betul betul atas kepala kami. Dengan muka tu kira dalam 2-3 cm sahaja. Adakalanya, sampan betul betul tak boleh gerak. Pemandu di depan dan belakang sampai terpaksa tekan boat ke bawah supaya masuk dalam air sedikit dan baru boleh lalu kawasan sempit.
Alhamdulillah, semua selamat melalui 'perjalanan' mengerikan ini. Haha....
Semua enjoy dan happy masuk gua ni. Haha...
Then kami semua terus bergerak ke Krabi.
Bergambar di replika ketam hitam ni.
Kemudian kami bergerak untuk dinner
Nak dinner kena naik boat
Bismillah lah bebanyak sikit naik boat macam ni.
Dalam 10 minit perjalanan, kami tiba di restoran ini...
Anak anak suka pula tengok ikan yang mereka ternak dalam sangkar di sini
Waiting for our dinner to be serve.
Semua dah tak sabar nak makan ni... Lapar...
Team anak anak kecil duduk sekali...
Review : Makan di kedai ni sedap, cumanya portion dia bagi tu sangat sikit. Harga pulak, boleh tahan 'mahalnya'.
Kami bayar 7,260 Batt untuk 27 orang makan. Anggaran dalam RM1,000.
Day 2 : Island Hopping, Krabi
Hari yang ditunggu tunggu telah tiba. Semua budak budak ni tak sabar dah nak mandi laut.
Sebelum ke laut, kita sarapan dulu. Sarapan pagi ni harga 1260 Batt untuk semua orang. Roughly RM170 untuk semua orang makan.
Then kami ke jeti untuk naik boat. Tempahan island hopping ini diuruskan oleh driver van kami. Saya cadang, kalau nak buat Island Hopping, boleh ambil pakej dari Mariam Travel and Tours ni.
Harga berbeza mengikut lokasi kita pilih, jenis boat kita ambil dan berapa orang kita dalam satu group. Macam kami, kami ambil speedboat dan pakej 5 Island, siap sekali peralatan snorkeling dan jaket keselataman. Harga kami ambil 1100 Batt seorang dewasa dan 750 Batt untuk kanak kanak.
Kalau nak murah, boleh ambil yang Big Boat punya pakej atau Long Tail Boat.
Ok, dah tak sabar tu. Lets go.
Semua orang bergambar dulu sebelum naik boat.
Dia ada 3 pakej untuk buat island hopping ni. First Speed Boat. Selesa, laju dan mahal. Kedua Big Boat. Boat yang dalam gambar atas ni. Slow and steady. Ketiga Long Tail Boat, boat lebih kecil slow sikit tapi rega murah.
Dah adik beradik saya pilih nak naik Speed Boat, kami layan ja la.
Boat mula tinggalkan jeti
Speedboat yang besar dan selesa. Muat untuk kami 27 orang satu family. So, tak bercampur dengan orang lain dah. Keburukan campur boat dengan orang lain ni, anda akan duduk sekali dengan mat salleh dan minah salleh yang pakaian mereka sangat sangat 'mencuci' mata. Kurang sesuai dengan bebudak yang sangat ramai ni.
Dalam 15 minit, kami tiba di destinasi pertama.
Thailand memang sangat 'kaya' dengan pemandangan yang sangat cantik macam ni
Kami mandi di sini dalam 1 jam
Rupa bentuk 'pulau' di Thailand ni macam macam. Ada keunikannya yang tersendiri.
Ni anak abang saya, Sulaiman dengan bibiknya, Kakak Siti.
Ni lak Fawwaz dengan umminya. Puas ku fikir, apa benda kat tangan Maria dalam air tu. Rupa rupanya kaki itik. Huhu.. Maria, kaki itik pakai di kaki tau. Bukan di tangan. Haha...
Bismillah. Semua dah masuk dalam air.
Bebudak ni enjoy je. Layan mandi. Berenang sampai ke pulau batu depan tu. Nak pergi tu seronok lah, masih banyak energy. Nak patah balik tu azab wei. Tapi, ku dah bawa kaki itik siap siap dah. Memang puas hati lah.
Next destination adalah Chicken Island. Nampak tak kepala ayam tu. Ha, disitulah pulau tu dapat nama. Unik gila bentuk batu tu.
Mandi di sini best. Sangat banyak ikan dan coralnya pun cantik.
Semua mandi. Nasihat untuk yang bawa baby kecil, anda kena bawa jaket keselataman sendiri untuk anak tu tau. Sebab jaket yang mereka bagi tu besar besar. Kalau untuk 7 tahun kebawah, dinasihatkan ada jaket sendiri. Kalau tak pun, bawalah pelampung untuk anak kecik.
Memang banyak ikan di sini.
This is my 4 siblings. Our first time dapat bercuti bersama semua orang. Sebelum ni, ada ja yang tak cukup korum. Ya lah bukan senang nak cari masa yang sesuai untuk semua orang.
Then kami singgah mandi di Tualacave Island pulak.
Memang bersusun la boat di sini. Bayangkan betapa banyaknya pelancong yang melawat Thailand ni.
Then kami berhenti pula untuk makan tengah hari di Poda Island.
Ambil gambar dulu
Cantik juga batu ni. Terletak betul betul dihadapan Poda Island. Dekat bawah batu tu, depan 2 boat tu ada tempat kalau nak tengok Nemo.
View di Poda Island. Di sini, tak dapat nak tolong dah. Minah Salleh memang berbikini lah. Tak dapat nak lari dah.....Mereka berjemur dah macam sotong kering pulak tengok.
Pihak agen sediakan kami makanan buffet untuk tengah hari ni. Kami dah request awal awal makanan halal.
Selepas lunch di Poda Island, kami berpeluang untuk tengok Nemo.
Ni la batu besar tadi yang terletak depan Poda Island tadi
Sini tak dalam sangat, kalau berani boleh buat free dive. Kena buka life jacket lah. Amcam, ada beran?
This is Nemo. Ada berpuluh puluh ekor nemo boleh dijumpai di sini.
Nemo lagi
Ni abang kepada Nemo. Haha. Saya tak tahu nama apa ikan ni.
Masa dah time. Semua kena balik. Fateh kalau ada pelampung ni baru dia berani. Kalau tak, dia tak berani nak mandi.
Cantikkan ciptaan Allah ni. Subhanallah.
Jom balik... Kalau anda diberi pilihan, saya syor anda snorkeling ambil pakej yang 5 pulau pun dah cukup. Tak perlu ambil Phi Phi Island. Phi Phi Island terlalu jauh. Naik boat saja pun dah dekat 1 jam pi 1 jam balik. Buang masa atas boat saja. Ambil pakej yang 5 pulau lagi bagus, kita mandi dekat area Krabi sahaja.
Bebudak pun dah ngantuk
Dah tersadai lagi sorang tu.
Balik ke Jeti, kami dihantar guna lori ni ke hotel kami.
Terpaksa sumbat semua 27 orang dalam lori kecil ni.
Abang saya ni juga yang untung. Duduk depan.
Balik rumah, bebudak ni apa lagi. Sambung mandi pool pulak. Mengantuk pun dah hilang entah ke mana.
Malam ni, kami dibawa shopping dulu di kedai cenderamata dan baju t shirt yang murah.
Baju disini dijual pada harga yang lebih murah berbanding di tempat lain.
Nak topi pun ada
Ni tempat kami dinner malam ni. Area Krabi. Masa mula mula sampai, rasa macam punggah. Tak ada orang ka restoran ni. Nampak cantik. Mesti mahal. Huhu.
Alang alang dah sampai, belasah ja lah. Ini lah van yang kami sewa untuk ke Krabi. Sewa 4000 Batt sehari. Nak ke mana pun dia akan bawa.
Semua orang dok study nak makan apa.
Yang dok order ada macam macam selera. So, apa lagi. Memang banyak lah yang di order.
Udang masak butter. Sotong masak telor masin.
Siakap masak sweet sour.
Tom yam sea food + kerabu mangga
Siput lala. Setiap yang kami order ni, kami tempah 3 ke 4 hidangan. Maklumlah ramai yang nak makan.
Fuh. Kenyang. Malam ni makan lagi puas dari malam sebelumnya. Harga belum tahu lagi. Makan dulu, fikir nak bayar kemudian. Haha...
Kepala siakap pun kita ratah sampai licin.
Akhirnya. Berjaya juga habiskan. Mana yang sikit sikit tak habis tu, kita suruh dia bungkus. Bawa balik rumah. Kot kot pagi esok bebudak nak makan nasi. Ada la stok sementara nak pi breakfast.
Next destination, Krabi Night Market. Ia hanya dibuka pada malam Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Mula jam 6 petang, habis jam 10-11 malam.
Ni makanan kegemaran orang Malaysia. Pancake.
Ni lak aiskrim kelapa. Satu bekas 40 batt (RM6)
Sedap.... Memang sedap.
Pulut mangga pun ada. Sebekas 60 Batt = RM9
Ada macam macam lah dijual di sini.
Jom menembak.
The Sharp Shooter
Macam biasa. Memang power. Haha. Habis sudah agenda untuk malam ni. Kita pulang ke hotel untuk berehat dulu. Esok sambung lain.
Day 3 : Outdoor Activities
Untuk hari ke 3 kami di Krabi, kami bahagi kumpulan kami kepada 2. Satu group dewasa ke tempat aktiviti orang dewasa, satu trip geng budak budak untuk aktiviti budak budak.
Ni group budak budak. Diketuai oleh Datin Seri Maria.
Plan asal, mereka ni nak pergi tengok gajah saja. Then bergambar dengan gajah. Sekali bila ke sini, tak boleh tengok gajah. Kalau naik gajah baru boleh tengok gajah.
Kesian bebudak ni. Nak tak nak, terpaksa naik gajah. Baru group ni boleh mendekati gajah.
Sebenarnya, dari awal kami dah sepakat untuk tak nak naik gajah. Sebab rasa kesian kat gajah gajah ni. 'Dipergunakan' oleh manusia untuk buat duit.
Tapi bila dah sampai sana, dah nak tengok gajah pun tak boleh. Haha... Habis niat awal tu terpaksa dibatalkan.
Maafkan mereka yer Encik gajah.
Sulaiman teruja naik gajah. Dia naik dengan 'bibik'nya. Kakak Siti.
Fawwaz dan Fateh memang suka naik gajah ni. 30 minit sahaja. 3 orang ni naik kena bayar 1100 Batt. Lebih kurang RM150. Di bawa melalui jalan jalan tepi sungai, jalan denai dan macam macam lagi.
Yang Fawwaz tu ingat, "Abi, tadi elephant kencing banyak.... Yayak banyak...." haha.. itu jer yang dia ingat.
Seterusnya mereka ke Heavan 7. Nak masuk sorang kena bayar 100 Batt. Bebudak dan dewasa harga sama. Dalam tu ada banyak tempat untuk bergambar.
Geng budak budak.
Maka sangatlah boring bebudak ni.
Ambil gambar lagi. Sorang sorang muka dah boring tu.
Yang ok sikit, dalam ni ada tempat nak mandi. Sorang kena bayar lagi 140 Batt.
Mereka pun bermandi mandalah di sini dalam sejam. Lepas tu, balik ke villa yang kami sewa.
Agenda orang dewasa lain sikit. Kami akan main Water Rafting hari ni. Kami booking pakej ni di KLOOK.COM, harga pakej yang kami bayar adalah RM117 untuk Water Rafting + ATV + Flying Fox + Fish Spa + Monkey Cave.
Seawal jam 8 pagi, van dah bersiap sedia menunggu kami di lobi villa kami. Ia van syarikat water rafting tu. Perjalanan ke tempat tu mengambil masa 1 jam 35 minit. Huhu.. Macam jauh jer.
Setiba di sana, aktivti pertama kami adalah Flying Fox sejauh 250 meter.
Kita mulakan dengan bacaan doa dulu. Yang best, haha.. mak saya Mak Cik Senah pun join jugak. Steady lah mak. Dia kalau aktiviti lasak memang layan.
Semua beratur untuk naik. Kena pair. sekali naik 2 orang.
Saya naik dengan Farees.
Ainul naik dengan Duha.
Mak Cik Senah naik dengan abang saya. Seronok dia naik. First experience dia.
Terbaik !!!!
Aktiviti kedua, water rafting sejauh 7km melalui jeram jeram yang ganas...
Abang saya yang sulung. Anak anak dah lagi besar dari dia.
Geng kami hari ni, semua 13 orang. Akan naik 3 buah rakit.
Lets the journey begin
Mula mula air rilek sket... Lama kelamaan, makin mencabar.
Air makin ganas.
Kalau nak bawa kamera, syaratnya kena ada casing yang tergantung tu. Sebab mereka tak mahu risiko hand phone terjatuh dalam air.
Memang best...
Ada tempat yang airnya ganas macam ni.....
View memang cantik. Gajah pun ada.
Kalau nak bergambar tu, kat tempat tempat yang air tenang boleh la. Kalau tempat ganas, kami terpaksa pegang tali depan tu untuk elak terbalik.
Farees is very excited experiencing this water rafting.
Ni gambar yang diambil guna gopro. Memang sangat clear.
Peace... It is an amazing experience. Best sangat.
Next destination is Fish Spa
Geli jugak bila ikan ikan ni gigit kaki
Next is naik ATV. Kami boleh naik sorang satu. Kalau tak berani bawa, boleh share share.
Best....
Farees pun teringin nak bawa, so saya bagi lah dia bawa. Saya tolong guide dia di belakang.
Skema ja Farees bila bawa ATV ni.
Ammar pun nak bawa juga.
Ni Adam.
Then kami tengok gajah pula.
Ada dijual makanan kalau nak bagi gajah gajah ni makan.
Ada masa sket, kami berhenti untuk solat dulu. Aktiviti lasak kami dah habis. So, saya mandi cepat cepat di tandas, salin baju. Then solat. Barulah badan tu rasa selesa sket.
Our next destination is Monkey Cave.
Ni diluar monkey cave.
Ni gambar diluar. Tak masuk pun.
Ni gambar kalau di dalam cave.
Monyet monyet pun manja ja...
Ni gambar kami untuk dinner pula. Nama kedai ni Ruantalay Restaurant. Memang sangat puas hati makan di kedai ni. Sangat sedap.
Ni hasil tangkapan malam ni. Tempahan makan malam ni sekitar 5600 Batt ~ RM850.
Day 4 : Perjalanan Pulang Dari Krabi Ke Hatyai - Padang Besar
Our next day, on our last day kami ke Emerald Pool. Ia dalam perjalanan untuk kami dari Krabi ke Hatyai.
Ada dua laluan, satu laluan jarak 800 meter. Ia laluan kereta ke sana.
Ni jalan pertama...
Ni lak laluan kedua. Jarak 1400 meter. Jalan santai santai dalam 15 minit.
Laluan kami pilih adalah yang jarak 1.4km tu.
Jalan lebih cantik. Pemandangan pun cantik.
Fawwaz pun good boy ja. Boleh jalan the entire journey. Tak perlu nak dukung.
View pun cantik
Mula nampak pool pool yang cantik.
Finally, kami sampai ke Emerald Pool.
Group photo dulu.
Ada yang nak jumping juga
Underground photo
Sulaiman, 5 tahun. Dah pandai nak menyelam dalam air sambil tutup hidung.
Saya pun ambil gambar dalam air...
Fawwaz pun happy saja... Memang puas hati lah.
Sebelah petang, kami sampai di Hatyai. Makan nasi kromok dulu.
Sesambil tu, kami beli sedikit kacang dan kerepek untuk di bawa balik.
Gambar Villa
Ni gambar area villa kami. 2 tingkat. 5 bilik. Harga sewa adalah RM2,000 untuk 4 hari 3 malam. Wanna Dream Villa Ao Nang, kami booking di Booking.com sahaja.
Diluar rumah ada swimming pool.
Ruang dalam bahagian tamu....
Dalam bilik
Dalam bilik lagi
Sekian laporan saya untuk sharing percutian kami sekeluarga di Krabi.
Semoga ia bermanfaat untuk anda semua.
Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others
Nota Kaki : Nak Booking Van Krabi, Sila PM Brother Ni : En Rashid : ++66937318811
Atau nak senang klik jer link ni : https://www.wasap.my/66937318811/TripKrabi
Sila guna voice message bila communicate dengan dia. Sebab kalau anda taip panjang panjang biasa dia tak reply. Mungkin sebab tak reti baca atau malas nak taip.
Kalau nak ke tempat tempat lain di Thailand pun, leh PM dia. Contoh ke Koh Li Pie, Koh Sa Mui, Saturn, Songkla, Hatyai... Highly Rekemen.
Thanks for sharing! :)
ReplyDelete