Saturday, May 18, 2013

Kisah Susu Ibu di dalam Al-Quran

Assalamualaikum,

Hari ni Maria nak share tentang ayat-ayat Al-Quran yang menceritakan tentang SUSU IBU.

Alhamdulillah, masa pregnant anak sulung dulu, Maria banyak juga baca tentang kebaikan breastfeeding. So sebelum bersalin memang dah bercita-cita nak fully breastfeed.

Dan bila diteliti, rupa-rupanya banyak Allah ceritakan tentang susu ibu dalam Al-Quran.
“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Apa yang anda dapat simpulkan daripada firman Allah di atas?

Ayat ini sebenarnya berbentuk PERINTAH atau SURUHAN.

Maksudnya ia menjadi PERINTAH AGAMA supaya ibu-ibu menyusukan bayi mereka, selama 2 TAHUN, iaitu tempoh yang PALING SEMPURNA untuk kebaikan Ibu dan Anak.

Susu yang dimaksudkan pula, pastilah SUSU IBU dan bukannya makanan lain seperti susu lembu, susu formula atau bijirin bayi. (Klik untuk mengetahui Sejarah Susu Formula)

Ini kerana kalau yang dimaksudkan apa sahaja makanan bayi, tak payahlah Allah turunkan ayat ni. Fitrah sebagai ibu, mestilah kita akan bagi makan pada anak kan. Takkan nak biarkan anak kelaparan pulak.

Tapi ayat di atas adalah khusus untuk SUSU IBU, sebab ia makanan terbaik yang Allah ciptakan khas untuk bayi, berbanding lain-lain makanan bayi.

Bagi Maria, ayat di atas lah yang telah memberi motivasi kepada Maria untuk berusaha bersungguh-sungguh menyusukan anak-anak Maria dengan susu badan sahaja selama 2 TAHUN.



Betapa banyaknya kebaikan Susu Ibu kepada bayi. Sanggupkah kita sebagai ibu bapa menafikan HAK ANAK kita mendapatkan yang terbaik untuk dirinya?

Breastfeeding memang TIDAK MUDAH pada mulanya, terutama untuk pengalaman anak sulung.

Memang banyak halangan dan cabaran yang Maria hadapi untuk fully breastfeeding. Sebagai ibu bekerjaya, setiap hari 12 jam berjauhan dengan baby. Masa anak sulung, belum kenal vitamin Shaklee lagi, so rasa letih memang tak tau nak describe macam mana.

Ini termasuk terpaksa berjauhan dengan Farees selama 2 minggu untuk menunaikan Umrah semasa Farees berumur 10 bulan, dan meninggalkan 1 freezer yang penuh dengan susu yang dipam. Stok ini pun cukup-cukup dari waktu berlepas sehingga pulang. Kisah ini ada Firdaus ceritakan dalam Travelog Umrah kami (klik di SINI)

Tapi syukur Alhamdulillah, dengan ilmu penyusuan yang betul, doa dan semangat juang yang tinggi, Maria berjaya juga fully breastfeed anak pertama, Muhammad Farees sehingga berumur 2 tahun dalam segala kepayahan.

Untuk pengalaman menyusu anak kedua, sekarang ini adalah lebih mudah. Fateh sekarang berumur 8 bulan, dan masih fully breastfeed. Ditambah dengan bantuan supplemen SHAKLEE, badan sentiasa rasa cergas, mudah menyusukan dan susu pun lebih banyak.

Syukur Alhamdulillah, setakat ini anak-anak kami semuanya sihat dan cerdas. Kalau demam atau selsema pun, tidak teruk dan cepat juga sembuh. Mudah-mudahan Allah terus memberikan nikmat kesihatan kepada kami sekeluarga.

Kalau saya tetap tak boleh menyusu, boleh ke terus bagi susu formula?

Untuk masalah ini, mari kita baca firman Allah seterusnya dalam ayat yang sama:-

“Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya.  
Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan." 
Surah Al-Baqarah, ayat 233

Dalam ayat ini, menunjukkan kalau ibu kandung ada masalah yang menyebabkan langsung tidak boleh menyusu, ibu boleh berhenti menyusukan sebelum bayi berumur 2 tahun.

Tapi mestilah dikenalpasti dulu faktor kenapa ibu tu tak dapat menyusukan bayi. Kalau disebabkan tiada susu atau bayi tak mahu menyusu, perlulah dapatkan nasihat pakar terlebih dulu. Itu bukan ALASAN mudah untuk terus memberi susu formula.

Penyusuan perlukan ILMU. Jika cukup ilmu dan teknik yang betul, usaha yang gigih, InsyaAllah ibu pasti berjaya menyusukan bayi.

Tapi kalau tak mahu menyusukan sebab nak jaga kecantikan atau malas dengan hal-hal susu ibu yang leceh, agak-agak kita ikut tak suruhan Allah dalam ayat yang mula-mula tadi tu?

Melainkan si ibu menghadapi komplikasi kesihatan atau halangan yang betul-betul tak dapat dielakkan, barulah pergi kepada alternative IBU SUSUAN pula.

Ini satu lagi ayat Al-Quran yang berkaitan ibu susuan:-
”Dan Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya”
Surah At-Thalaq, Ayat 6


Jadi susu badan tetap sepatutnya menjadi makanan utama bayi, bukannya susu formula atau makanan lain buatan manusia.

Dan kalau memang dah tiada ibu susuan yang dijumpai dalam dunia ni, mungkin barulah kita boleh fikirkan tentang susu formula. Hmmm..

Dan yakinlah, jika Allah dah perintahkan sesuatu, pasti dan pasti ada hikmah dan kebaikan yang Allah nak berikan kepada kita. Tugas kita berusaha yang terbaik untuk mentaati perintah Allah itu.

Breastfeeding bukan saja baik untuk bayi, tetapi juga kepada ibu yang menyusu itu sendiri.



Semoga entry ini dapat MEMBUKA HATI dan MINDA kita semua tentang kepentingan susu ibu seperti yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran.

InsyaAllah, dalam entry yang lain Maria akan kongsikan ayat-ayat Al-Quran lain yang berkaitan dengan susu ibu.

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
 

Friday, May 17, 2013

Pengalamanku Sebagai Krew Program Dr Azizan Osman

Assalamualaikum,

Rasanya semua dah tahu, saya dan Maria menyertai program Advanced Marketing Power (AMP) anjuran Dr Azizan Osman yang diadakan di Shah Alam Convention Centre minggu lepas.

Saya sudah menyertai program Dr Azizan beberapa kali sebagai peserta. 

Kali ini Maria ingin sertai program ini. Mahu tak mahu saya pun terpaksa pergi ke Shah Alam juga untuk hantar Maria ke sana.

Mengambil kesempatan ini, saya mendaftar diri untuk menjadi Krew program. Pengarah Krew adalah Abang Zaidi. Hanya peserta yang pernah menyertai Program AMP terdahulu sahaja dibenarkan untuk menjadi krew AMP kali ini.

Saya saja nak cari pengalaman apa rasanya jadi krew. Nampak macam best aja.


Krew berkumpul untuk diberi taklimat ringkas pembahagian tugas oleh big bos. Abang Zaidi. 


Hari pertama, saya bertugas di kaunter pendaftaran. Saya jaga di tingkat atas. Orang tak berapa ramai sangat di bahagian atas.


Beginilah suasana di bahagian bawah pada hari  pertama. Agak lengang. Ini kerana hari ini dikhaskan untuk pendaftaran sahaja. Program belum bermula lagi.



Inilah suasana di hadapan tempat pendaftaran pada pagi program. Orang ramai berebut rebut untuk masuk ke dalam dewan dan ada juga yang baru hendak mendaftar pagi itu.


Suasana di dalam dewan. Harap maklum yer. Dalam dewan tak dibenarkan untuk mengambil gambar. Tapi, waktu ini Dr Azizan yang suruh kami ambil gambar.


Bersama fail yang mengandungi nota seminar.


Kami para krew diberi makanan. Brother yang duduk atas meja yang tengah suap makanan tu, baru setahun buat bisnes. Tahun ni dah jadi jutawan. In come sehari dalam RM2,000 bersih. Cukup la dia kata.


Saya bergambar bersama Aqif Azizan dan Raja Safuan. Dua orang jutawan muda yang dilahirkan oleh Dr Azizan.


Then, salah satu syarikat Dr Azizan yang bertanggung jawab untuk buat Branding membuat penjenamaan semula untuk syarikat Kopi Katz. Amcam? Cantik tak? Sebab tu la penting untuk kita buat Branding yang betul. Baru orang teruja nak makan.


Ini pula, Branding untuk supplier ayam. Grand Fresh Chicken. Cantik tak?


Keesokan harinya, kami terus berjumpa dengan En Azul, Pengarah Urusan Print Monster untuk buat Rebranding syarikat kami. Nanti kita tengok hasilnya ok.

Alhamdulillah. Selesai tanggung jawab saya sebagai krew. Kalau anda tanya, memang rasa penat gila. Sebab kami tak leh duduk sepanjang program. Asyik kena berdiri saja. Ramai krew yang kata 3 hari bertugas ni rasa macam nak tercabut lutut. 

Syukur Alhamdulillah, saya makan vitamin Shaklee, sedikit sebanyak membantu untuk mengekalkan kecergasan saya sepanjang program.

Oklah... Lain kali, kalau ada lagi tawaran nak jadi krew.. Rasanya tak dah kot... Saya nak jadi peserta aja la... Boleh tahan penat buat kerja krew ni. Tapi pengalaman memang best. Dapat jumpa krew krew lain yang  ramai dah bergelar jutawan. Sama sama kami ambil aura usahawan.

Oklah... Till then.

Wassalam

Thursday, May 16, 2013

BESTNYA BUSINESS DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE !!!

Assalamualaikum,

Sebelum ni, ada beberapa pembaca blog yang bertanya Maria, susah tak buat business Shaklee ni?
Modal banyak tak? Vitamin Shaklee ni mahal-mahal kan? Nak kena cari-cari dan jumpa orang ke? Hmm..

Pada Maria, business Shaklee ni adalah sangat sesuai bagi SEMUA ORANG. Bagi yang part time boleh, yang fulltime housewives pun boleh.

Kenapa Maria memilih business Shaklee? Inilah sebabnya:-
 

 

1) Company yang kukuh.

Shaklee telah wujud di Amerika Syarikat sejak 1956, dah lebih 50 tahun pun.
Shaklee Malaysia pula mula beroperasi pada 1995, So dah hampir 20 tahun di Malaysia.

Di seluruh dunia, Shaklee telah wujud di Canada, Japan, Mexico,Taiwan, China dan Indonesia.
InsyaAllah memang Shaklee company yang sangat kukuh setakat ini.


2) Shaklee adalah sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.

 

Shaklee telah melaburkan lebih daripada USD250 juta dalam pembangunan produk yang lengkap, penyelidikan dan clinical test.

 
Setiap tahun lebih kurang 83,000 ujian makmal dan kualiti dijalankan ke atas produk nutrisi dan bahan-bahannya sahaja.
 
Shaklee juga bebas daripada sebarang parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS) dan lain-lain bahan toksik dan tiruan.



2) Harga yang berpatutan dan mampu milik.

Serius, dulu Maria pun fikir Vitamin Shaklee ni mahal-mahal, untuk orang-orang kaya je. Tapi bila dah tau harga, rupanya sangat berpatutan dan mampu milik.

Kesihatan tu lagi mahal kan. HEALTH IS WEALTH. Nanti Maria akan ceritakan tentang harga produk yang mampu milik dalam entry yang lain yer.


3) Business Plan yang Menarik dan Adil

Sebenarnya, dah ramai yang bermula sebagai pengguna Shaklee, kemudian berpuashati dengan results dan terus berminat untuk join sebagai ahli.

Maria pun bermula dengan makan Set Bersalin Shaklee je. Memang rasa sangat berpuashati berbanding pengalaman bersalin & menyusu sebelum makan Shaklee. Jadi Maria pun terus berminat nak jadi ahli. (Click kisah pengalaman Maria di SINI)

Shaklee ada macam-macam supplement yang sangat sesuai untuk seisi keluarga, dari kanak-kanak, orang dewasa, lelaki, wanita, dan orang tua.

Bila kita dah tau produk Shaklee dapat selesaikan masalah kita, sepatutnya menjadi tanggungjawab kita BERKONGSI kebaikannya pulak kan. Mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat kepada orang lain pula. "Berdosa" kalau kita simpan kebaikan dan ilmu sorang-sorang. Betul tak? 


Alhamdulillah, bila dah jadi ahli, nampak pula peluang-peluang yang cerah dalam Shaklee business. Apa lagi, takkan nak tengok je ahli-ahli lain dapat faedahnya kan. Takkan nak tengok jer leaders semua dah dapat 4,5,6 ANGKA SEBULAN. Ish..tak boleh jadi ni, mesti nak grab juga...

Ini antara faedah-faedah yang Shaklee sediakan. Bila kita dapat achieve certain Target Sales , kita akan dapat CASH BONUS every month. Ada macam-macam lagi faedah yang diberi based on our own performance seperti Car Bonus dan Free trips bila kita dapat melepasi syarat-syarat tertentu.


Anda boleh baca entry Maria tentang Cara dan Kebaikan Menjadi Ahli Shaklee di SINI.

Tapi apa yang PALING PENTING, kita mesti memilih THE RIGHT GROUP and MENTOR untuk bernaung. Dalam group kami, kami ada ramai mentor yang memberi tunjuk ajar tentang business online dengan cara yang terbaik dan terbukti berjaya. Jadi kita cuma perlu ikut jejak kejayaan mereka, InsyaAllah, jalan kejayaan itu akan menjadi milik kita juga.

Memang ada banyak group di luar sana. Pilihlah yang terbaik. Jangan "tersalah pilih rumah", nanti anda juga yang menyesal.


4) Sistem DROPSHIP yang mudah.

Ramai orang yang 'beralasan' sibuk dan tak sempat nak buat business.

Dengan Shaklee, kita boleh mula business part-time secara online jer.  Kita cuma perlu berkongsi kebaikan produk dan testimony diri sendiri dan orang lain. Niat berkongsi untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah mereka.

Kalau ada yang berminat untuk membeli, kita boleh submit email order to Shaklee, dan Shaklee boleh tolong hantarkan produk terus kepada customer.

Mudah sangat kan? Itu yang Maria buat masa mula-mula buat business part-time. Nak pergi pos sendiri memang tak sempat.

Percaya tak? Sejak mula-mula buat business Shaklee 7 bulan lalu, baru sekali je Maria pergi ke Stokis Shaklee di Seberang Jaya, Penang. Itu pun sebab tumpang biras Maria, Ainul yang ada sedikit urusan di stokis masa tu. Saje je nak tengok macam mana rupa Stokis Shaklee. Hihih...

Lagi satu, percaya tak, kebanyakan ahli yang mendaftar di bawah group Maria, kami memang tak pernah berjumpa langsung. Segala urusan hanya melalui email, facebook dan phone.

Jadi, kalau anda jenis yang sangat sibuk (masih bekerja atau housewife yang super busy dengan anak-anak di rumah), takde masa nak keluar dan jumpa-jumpa orang selalu, maka SHAKLEE adalah BUSINESS YANG PALING SESUAI untuk anda.

Tak perlu buka kedai, tak perlu bayar sewa, elektrik, air, upah pekerja. Tak perlu beli stok banyak-banyak simpan di rumah/kedai. Tak perlu keluar jumpa orang selalu. Segalanya hanya mengikut kemampuan kita.

My Online shop is open 24 hours/day. 365 days/year.

ALHAMDULILLAH, BESTNYA BUAT BUSINESS DARI RUMAH DENGAN SHAKLEE!! :)



Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga? Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
 
Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)


Wednesday, May 15, 2013

Perginya Seorang Permata Hati Indah


Assalamualiakum,

Saya terbaca entri di satu post.... Tak dapat nak tahan... Termenangis juga akhirnya.... Saya kongsi kisah ini di blog ini supaya kita semua sentiasa bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.

Entri ini saya copy di : http://whitevincci.blogspot.com/

Sama sama kita doakan agar ibu bapa ini diberikan kekuatan dalam menghadapi cabaran ini.

Wassalam

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entry ini ditulis, bukan untuk meminta simpati apatah lagi untuk membuat kalian berasa sedih meratapi. Ini adalah sebagai  kenangan, kenangan terakhir kami bersama anak yang dikasihi.Aqil Hamzah. Permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah kepada kami.


25 April 2013 (Khamis)

Genap Aqil setahun 2 bulan. Aqil mula demam. Hari2 sebelumnya dia seorang anak yang ceria, aktif macam biasa. Makan pun berselera. Comel dengan keletahnya.Kami ingatkan demam ni mungkin demam nak "tambah akal" atau nak tambah gigi. Sebab kebiasaanya Aqil akan demam bila masuk "bulan" baru. Tapi kami tak pernah pandang remeh kalau Aqil sakit. Risau tu sentiasa ada. Petang tu kami ke DEMC, suhu Aqil 38.3. Dr. Aida check Aqil. Check telinga, nafas, heartbeat. Semua ok. Alhamdulillah. Doktor kata demam dan tekaknya merah sikit. Nafas pun ok takde bunyi. Doktor bagi paracetamol syrup dan ubat selsema. Aqil selsema sikit sebab doktor kata dalam hidung Aqil ada macam berkuping2 (hingus kering).

Lepas makan ubat, Aqil ok. Demam kebah. Aktif. Kami bagi dia ubat setiap 4-5 jam. 2 hari lepastu kami perasan Aqil demam lagi. Demam dia akan kebah 1-2 jam lepas makan ubat, tapi lepas tu panas balik. Masa demam dia kebah, dia aktif. Kami sempat ke birthday party Aish Sabtu tu. 

28 April 2013 (Ahad)

Badan Aqil panas. Panas dari demam yang sebelumnya. Hanya Allah yang tahu betapa risaunya kami haritu. Kami ke DEMC semula. Kali ni jumpa Dr Gulam. Suhu Aqil 39.7. Ya Allah. Tinggi sangat. Dr Gulam check  nafas Aqil, dia cakap ada bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb Aqil nampak lega. Blood test Aqil pun ok, Doktor kata takde virus infection ataupun denggi. Alhamdulillah. Kami lega. Doktor bagi paracetamol dan antibiotik. Antibitiok yang wajib dihabiskan dalam masa 3 hari. Kalau lepas habis antibiotik,dan Aqil masih demam,doktor nasihatkan ke DEMC semula.

29 April 2013 ( Isnin)

Esoknya Aqil dah tak demam. Syukur. Cuma kami perasan,dia selalu merengek. Bukan menangis,merengek.  Merengek sambil ketap mulut. Taknak menyusu. Makan nak,cuma nak yang lembik2 je. Masa ni memang ingatkan dia sakit gusi sebab perasan ada gigi baru.2 gigi bahagian atas. Dia merengek je. Dan nak mintak dukung sentiasa. Bila letak dia menangis. Malam tu kami risau sebab Aqil taknak tido.Merengek nak ayahnya minta dukung. Di bagi susu (direct), dia takmo. Tapi bila dibagi air kosong dari dalam botol air, laju je dia sedut. Bersungguh2. Aku pump,bubuh susu dalam botol air. Barulah dia minum. Malam tu kami pun tak tido, berusaha macam2 cara untuk tenangkan dan tidurkan Aqil. Bila dia dah tido, sekejap je..lepastu dia akan merangkak ke atas perut ayah dia mintak dukung. Ya Allah..sebaknya tengok dia. Manja sangat dengan ayahnya. Merengek je. Aqil masa tu nampak penat.

30 April 2013 (Selasa)

Terus kami bawa Aqil ke DEMC sebab risau tengok keadaan dia. Badan Aqil panas sikit. Nafas pun nampak kuat. Aqil nampak letih sangat, pucat. Memang kami bertekad, nak Aqil berehat dalam wad sebab kesian dia tak tido. Syukur Dr Gulam yang bertugas masa tu. Dia semacam terkejut tengok Aqil sebab 2 hari lepas dia jumpa Aqil aktif. Menangis2 masa neb. Kali ni Aqil nampak letih dan pucat. Perasaan aku masa tu hanya Allah yang tahu. Doktor check nafas Aqil, katanya agak kuat. Dada pun dengar bunyi sikit. Aqil kena neb. Lepas neb, Aqil kena amik darah untuk buat blood test. Dr datang dengan muka risau. Masa tu aku tau ada yang tak kena dengan Aqil. Ya Allah..kau beri kanlah aku dan suami kekuatan atas segala kemungkinan yang berlaku. Doktor kata sel darah merah, platlet sel darah putih Aqil turun mendadak dari blood test hari Ahad haritu. Masa tu memang sedih sangat. Kenapa dengan anak mama ni?? Mesti ada yang tak kena. Doktor buat xray dekat dada Aqil. Dr Ahmad, paedtrician DEMC pun ada sekali masa tu. Nampak Dr Gulam dan Dr Ahmad tengah berbincang sambil tengok xray Aqil. Aku dapat rasakan sesuatu masa tu. Dr Ahmad dan Dr Gulam datang pada kami. Masa tu Aqil baring dia atas badan ayahnya sambil buat neb. Xray Aqil menunjukkan paru2 Aqil sebelah kanan putih, ada "sesuatu". Penuh dilitupi dengan "sesuatu". Ya Allah..kau selamatkan anak ku. Tapi doktor pun tak pasti apa "sesuatu" tu. Mungkin pneumonia (jangkitan paru-paru). Tapi bukan pnuemonia biasa sebab kalau pnuemonia, sel darah tak berkurang. Aqil kemudian dipasangkan tiub oksigen, untuk bekalkan oksigen yang cukup dalam badan dia. Aqil admitted di High Dependy Unit (HDU). 

Sepanjang dalam wad, Aqil kena neb setiap 1 jam. Malam tu Alhamdulillah Aqil nampak tenang. Dia menyusu macam biasa dan tido. Cuma sesekali terjaga bila kena neb. Dr Ahmad datang check Aqil malam tu, dia arahkan tiub oksigen Aqil dibuka sebab bacaan oksigen Aqil dah ok. Syukur. 

1 Mei 2013 (Rabu)

Lepas Subuh nurse pasangkan balik tiub oksigen dekat hidung Aqil sebab bacaan oksigen Aqil rendah semula. Aqil nampak pucat tapi bertenaga banding hari sebelumnya. Pagi tu elok je dia, tak merengek.Kami suapkan dia breakfast. Dia nganga, buka mulut, makan. Suka kami masa tu tengok Aqil nak makan. Masuk suapan ke 4, Dr Ahmad masuk. Riak muka risau. Dia check Aqil..nafas, heartbeat. Rasa perut Aqil. Pandang kami dengan muka yang risau. Katanya, Aqil bukan pneumonia. Kalau pneumonia, kanak2 masih aktif. Aqil nampak lemah dan pucat. Diperiksa perut Aqil tadi, nampak membengkak. Hati dan limpa Aqil mula membengkak. Masalah Aqil serius. Dia terpaksa refer kes Aqil ke Hospital Kuala Lumpur haritu jugak sebab di sana ada lebih ramai doktor pakar. Ya Allah..anakku!!! Air mata berjujuran tak boleh disekat2 lagi.  Encik suami cuba untuk tenangkan aku, tapi tak boleh. Aku rasa takut setakutnya. Takut kehilangan anak tercinta. Ya Allah, kau selamatkan Aqil Hamzah. 

Jam 11 pagi, kami ke HKL dengan menaiki ambulans. Aqil ku peluk erat. Dalam hati tak putus2 berdoa agar Allah kuatkan Aqil. Sembuhkan penyakit Aqil. Kalau boleh nak amik sakit Aqil tu, biarlah mama yang sakit. Bukan Aqil. Sesampainya di Institut Paedratik HKL, Aqil dimasukkan di wad Kanak-Kanak 1. Ramai doktor2 mengelilingi Aqil. Doktor praktikal, doktor pakar. Ramai. Aqil nampak lemah. Taknak senyum. Taknak makan, dan minum. Sekali sekala Aqil terbatuk, dan macam nak termuntah. Mungkin tekaknya kering. Bibir Aqil kering. Aqil kemudian dibawa masuk ke 1 bilik, kami terpaksa tunggu di luar bersama kesayangan Aqil yang lain. Tok ayah, tok mama, opah, maklong, ayahlong, makngah, ayahngah, ibu, ayah GG semua ada dekat luar tunggu Aqil. Semua risaukan Aqil. Dalam bilik tu darah Aqil di amik untuk dibuat blood test. Seorang doktor datang, tanya ada ahli keluarga yang ada kanser? Kami jawab takde. Family aku dan family suami memang takde kanser. Hati ku memang berdebar2 sangat masa tu. Sedih, takut. Mereka suspect Aqil ada kenser darah atau luekimia sebab sel darah Aqil pecah2. Sel darah merah dan darah putih Aqil makin merosot. Ya Allah. Luluh hati ku dengar apa yang doktor tu kata. Datang lagi seorang pakar, katanya kemungkinan "sesuatu" di paru-paru kanan Aqil tu ialah tumor atau lymphoma ( kanser darah). Tak tertahan lagi rasa sedih kami. 

Tak lama lepastu datang lagi doktor, terangkan yang takde abnormal cell dalam darah Aqil, maksudnya kemungkinan bukan kanser. Syukur, rasa lega bila dengar penjelasan doktor. "Ya Allah, kau selamatkan lah Aqil". Doktor kata Aqil kena dijalankan "blood transfusion" dengan segera sebab Aqil makin pucat. Aqil tak boleh makan dan minum sebelum blood tranfusion dijalankan. Aku rindu sangat nak susukan Aqil masa tu. Sedih. Sebab bibir Aqil makin kering. Aku lembabkan bibir Aqil dengan vaseline. Petang tu Aqil dipindahkan di High Dependency Ward (HDW). Wad penjagaan separa rapi. Masa di sini, badan Aqil dah dipasang dengan 3 jenis wayar di badannya untuk memantau heartbeat dan nafasnya. Wayar di ibu jari. Tiub ubat dipasang di tangan kanan dan kiri. Sedihnya tengok keadaan Aqil. Malam tu "blood transfusion" dijalankan.Dimulakan dengan suku beg darah putih, kemudian separuh pain (kira2 200 ml) darah merah dimasukkan ke dalam badan Aqil. Aqil tido sepanjang proses dijalankan. 

Alhamdulillah aku diberi katil di wad sebelah untuk tido disitu. Susah nak lelapkan mata, walau badan penat, terasa macam nak sentiasa berada disamping Aqil. Pukul 2 aku masuk ke HDW, tengok Aqil tengah tido nyenyak. Ku usap rambutnya, bisik dekat dia " Aqil kuat ye sayang..mama tau anak mama kuat". Air mata memang jadi peneman setia sepanjang aku dekat hospital. Tak sanggup tengok keadaan Aqil.


2 Mei 2013 (Khamis)

Pagi tu lepas subuh, aku terus pergi tengok Aqil. Rindu tak terkata. Rindu nak peluk Aqil. Rindu nak susukan Aqil. Aku masuk HDW, tengok Aqil dah bangun. Aktif. Dia nampak aku, terus depakan tangan minta dukung. Ya Allah..anak mama macam dah sihat. Dah tak pucat. Kulit dah kemerahan2, bibir pun tak pucat. Ya Allah, syukur padamu. Aku dukung Aqil, letakkan kepala dia dekat bahu aku. Rindunya nak peluk dia macam tu. Walaupun wayar berselirat tapi nurse benarkan untuk aku dukung Aqil. Aqil kemudian semacam tak selesa, nak di tarik2 nya wayar yang berselirat dekat badan dia. " Tak boleh la sayang, tak boleh cabut semua ni, Aqil nak cepat sihat kan, Aqil kuat kan". Aku pujuk Aqil. Aqil merengek, nangis. Doktor kata awak boleh nyusukan dia kalau awak nak. Itu akan buat dia tenang. Aku suakan nenen, Aqil minum..macam haus sesangat. Aku sebak. Tengok Aqil minum susu. Aku bersyukur sebab Allah makbulkan doaku untuk susukan Aqil. Aku betul2 rindukan nak menyusukan Aqil. Aqil minum susu sampai dia tertidur. Bila dia dah tidur, aku angkat letak dia semula atas katil. Masa tu aku perasan badan Aqil macam berat sikit. Aku tatap muka dia masa dia tido. Indahnya perasaan tu."Cepat sembuh sayang, mama rindu nak tengok Aqil senyum"

Tengah aku menatap muka Aqil, nurse datang kata Aqil tak kencing dari malam tadi. Doktor datang dengan muka risau. Aku benci bila doktor buat muka macam tu. Sebab aku mesti ada yang tak kena dengan Aqil. Doktor kata, Aqil tak kencing sejak malam tadi. Mereka takut kalau jangkitan dah sampai ke buah pinggang Aqil, keadaan Aqil akan jadi lebih serius sebab buah pinggang tak dapat "mencuci" darah yang baru Aqil terima. Jadi doktor terpaksa masukkan ubat untuk buat Aqil kencing. Dan masukkan tiub kencing di bibird Aqil. Ya Allah..sakitnya Aqil!! Walaupun aku tak dibenarkan tengok waktu tiub kencing tu dipasangkan, aku tahu betapa sakitnya Aqil sebab aku pernah melaluinya. Lepas Aqil dipasangkan tiub kencing tu, dia nampak sangat tak selesa. Menangis. Sekali sekala dia cuba untuk bukak pampers dia, aku tau dia tak selesa kat situ. Sakit."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil. Kau kuatkan lah dia." Aku dukung dia. Bergilir2 dengan ayahnya. Aku mula perasan badan Aqil macam dah "membengkak" sikit. Kami pujuk Aqil, "Aqil kencing ye sayang..Aqil nak cepat sihat kan". Sedihnya aku tengok Aqil. Hati aku macam remuk sangat tengok keadaan dia.

Doktor datang, katanya buah pinggang Aqil dah tak berfungsi, jadi kena dilakukan "dialysis" dengan segera sebab badan Aqil makin membengkak. Badan Aqil dah penuh dengan air. Takut air dalam badan Aqil terlalu banyak, dan membuatkan paru-paru2 Aqil makin lembab. Mempercepatkan lagi kuman merebak. Kami diarah keluar untuk doktor pasangkan tiub ke pundi kencing dan buah pinggang Aqil. Dan proses dialysis akan dilakukan di ICU. Aqil akan dipindahkan ke ICU segera."Ya Allah..kau sembuhkanlah Aqil". 

Waktu Aqil dibawa ke ICU, sangat sedih perasaan aku ni. Aku tau, bukan aku je yang sedih..semua yang melihat keadaan Aqil waktu pun turut sedih. Seorang anak kecil, berselirat wayar penuh di badan. Dengan macam2 jenis "dadah" untuk bantu jantung Aqil terus berdenyut. Macam2. Aku masuk untuk tengok keadaan Aqil, dia tak sedar. Dah diberi ubat penenang. Tapi matanya terbuka separuh. Mata hitam dia merenung ke arah aku. Sebaknya aku waktu tu. Aku tau Aqil masa tu tak sedar lagi. Tapi matanya tu seolah2 nak memberitahu betapa sakitnya dia.Badan Aqil pun dah mula kebiru-biruan. Sedih teramat. Aku usap dahinya..cium pipinya. "Aqil kuat ye sayang". 

Doktor panggil aku, suami dan semua ahli keluarga terdekat masuk ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Doktor diagnose Aqil menghidapi Lobar Pneumonia akibat jangkitan Streptoccoccus bacteria yang paling kuat. Bakteria ni dapat dikesan di dalam urine Aqil. Kes Aqil agak luarbiasa sebab selalunya bakteria ni akan menyerang otak. Tapi dalam kes Aqil bakteria ni sangat cepat dan menyerang ke buah pinggang Aqil. Dan sepanjang dia bertugas, 98% pesakit yang kena kes macam ni akan meninggal. Tersedu sedan aku menahan sebak bila doktor cakap macam tu. "Kuatkan lah hati ku menerima dugaan mu ini Ya Allah". Doktor cakap mereka takkan berputus asa, tetap akan buat yang terbaik untuk selamatkan Aqil. Dia akan tetap lakukan dialysis dekat Aqil tapi risikonya ialah Aqil boleh "crash" bila2 masa je.Ya Allah.  Doktor tu nasihat yang dia hanya lah doktor. Apa2 pun ubat yang paling mujarab adalah doa, semuanya dari Allah.

Electric supply untuk "mesin2" di badan Aqil.
Lobar Pneumonia TRO (to rule out) Lymphoma.

Aqil dipasangkan alat bantuan pernafasan di mulut. Mata nya dah dilekatkan dengan plaster lutsinar agar matanya sentiasa tertutup. Kalau dibiarkan separuh terbuka, risiko matanya nya akan kering, dan dijangkiti kuman. Sedih tengok keadaan Aqil. Macam tak percaya. Baru pagi tadi nampak Aqil aktif, menangis, minum susu tapi tetiba dia dah terlantar. Kaku. Aku usap rambut Aqil, 2-3 helai rambut Aqil gugur. Ya Allah.Masa tu aku bisik dekat Aqil " Mama tau anak mama kuat, anak mama kuat. Tapi kalau Aqil tak mampu nak lawan, takpe sayang mama redha". Walaupun perasaan aku sedih, hati terasa sakit masa bisikkan tu dekat Aqil, tapi aku kena kuat. Redha. Aku tak sanggup nak tengok keadaan Aqil. Tak nak tengok dia menderita.

Petang tu kami didatangi doktor, katanya keadaan Aqil tenat. Sangat tenat. 4 jenis "dadah" digunakan untuk support jantung Aqil. Mungkin Aqil tak lama, dalam masa 24 jam je Aqil akan survive. Bagai dikoyak2 hatiku masa dengar penjelasan doktor.

Dalam hati ku tak putus2 berdoa " Ya Allah, kau kuatkan lah hati kami untuk menerima dugaanMu yang sangat hebat ini. Andai kau mahu ambil anakku, kau redha kan lah kami. Kau kuatkanlah kami " Malam tu aku dan suami tak tido. Sama2 bacakan yasin untuk Aqil. Solat hajat untuk Aqil. Aku takut kehilangan anak ku, tapi dalam masa yang masa aku tak nak tengok Aqil menderita.

3 Mei 2013 (Jumaat)

Pagi tu keadaan Aqil nampak tenang. Seolah2 dia tengah tido. Badan dia pun dah kecoklatan. Bibirnya merah. Tak pucat. Doktor kata keadaan Aqil stabil. Tapi masih memerlukan bantuan "dadah" untuk teruskan jantungnya nya berdenyut. Dialysis akan dilakukan dalam masa 48jam - 72jam. Kalau Aqil kencing dalam masa 48 jam, maksudnya buah pinggang Aqil berfungsi. Ramai yang datang untuk melawat Aqil. Alhamdulillah..ramai yang sayangkan Aqil. 

Lebih kurang pukul 2 ptg, aku perasan ada cecair semacam air kencing dalam urine bag Aqil. Lebih kurang 3 ml. "Anak mama dah kencing ke ni??" Gembira bercampur lega aku masa tu. Aku tanya doktor, Aqil dah kencing ke ni doktor?? Dia senyum. "Jadinya, buah pinggang Aqil dah boleh berfungsi kan doktor?". Doktor senyum lagi.."Saya tak boleh menjadi sangat positif". Even doktor taknak aku terlalu mengharap tapi aku terasa lega, nampak macam ada sedikit harapan. 

Petang, ada seorang ustaz datang untuk melihat keadaan Aqil untuk cuba menolong merawat Aqil. Rawatan alternatif. Ustaz Aziz membacakan ayat-ayat AlQuran di sisi Aqil di temani ayah Aqil. Sewaktu sesi mengubati dijalankan, bacaan nafas dan "heartbeat" Aqil "jatuh" secara tiba2. Mereka berdua diarahkan keluar sementara doktor dan nurse semua nampak tergesa2 berusaha selamatkan Aqil. Ustaz kata, kalau umur Aqil panjang, dia akan usaha merawat Aqil. Ajal di tangan Allah. Semuanya Dia yang tentukan. Kita kena kuat dan redha dengan sebarang apa yang akan terjadi. 

Lebih kurang 5 petang,doktor datang dan beritahu, tadi heartbeat Aqil "drop", nafas dia pun tak stabil. Darah mula keluar dari hidung dan mulut Aqil. Internal organ Aqil "crash".Ya Allah..anak mama.Aku nangis semahunya. Peluk mama, peluk mak. Doktor ada explain pasal ubat pencair darah,ubat ni, ubat tu tapi aku tak boleh fokus. Dalam hati aku, otak aku fikirkan Aqil.Aku nak masuk jumpa Aqil. Doktor nasihatkan jangan tinggalkan Aqil. Dia boleh pergi bila2 masa je.Mama tau anak mama tengah sakit. Aku tau Aqil kuat, berjuang melawan penyakitnya. Setiap hari dia memberi harapan pada kami. Tapi Aqil terlalu kecil untuk menganggung semuanya."Ya Allah..kau redhakan aku untuk lepaskan Aqil pergi"

Pukul 645 petang, doktor keluar, panggil kami untuk tengok keadaan Aqil. Aqil nazak. Aku dan suami masuk tengok keadaan Aqil. Luluh hati tengok keadaan Aqil. Badannya membengkak kebiruan, darah mengalir dari hidung dan mulutnya. Doktor bagi kami peluk Aqil dipangkuan kami. Diorang cabut wayar2 dari mesin supaya Aqil boleh berada dipelukan kami. Mama dan mak juga masuk untuk tenangkan Aqil. Kami bacakan Afatihah, bacakan syahadah. Kami selawat."La ila hailallah muhammadurrasullulah" tak henti2 di telinga Aqil.Seperti nak mendodoikan dia tido.Di pangkuan kami, aku nampak nafas Aqil turn naik. Dari mesin bantuan pernafasan Aqil, aku nampak bacaannya makin rendah dan rendah. Hinggalah doktor kata Aqil dah pergi.Tepat pukul 7 petang."Ya Allah..kau redhakan aku..kau redhakan lah aku"

Ayah Aqil minta doktor cabutkan segala wayar dekat badan Aqil dengan cara yang paling lembut sekali. Kami keluar sewaktu doktor "membersihkan" Aqil. Di luar, hujan mula turun dengan lebatnya. Semacam perasaan kami waktu itu. Sedih. Aqil Hamzah telah meninggalkan kami buat selamanya. Aku redha Ya Allah.

Esok paginya, Aqil dimandikan, dikafankan dan disolatkan dirumah. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk mandikan Aqil kali terakhir. Sewaktu dikafankan, muka Aqil sangat tenang. Macam tengah tido. Dia dipakaikan kain putih seakan2 jubah. Sucinya muka mu wahai anak.Ku cium dahinya buat kali terakhir. "Semoga tenang di sana sayang". Pertama kali dalam hidup aku menunaikan solat jenazah. Solat jenazah untuk anakku. Sewaktu dalam perjalanan ke tanah perkuburan, aku dan suami sama2 memeluk Aqil. Ayah Aqil mendukung dan memasukkan dia ke liang lahad. Perlahan2 jenazah Aqil hilang dari pandangan, ditutup dengan kayu sebelum ditimbus dengan tanah.

Alhamdulillah. Semuanya dipermudahkan. Semuanya berlaku terlalu pantas. Kadang2 terasa bagai mimpi. Anak yang selalu menghiburkan hati, comel, baik budi, telah pergi buat selamanya. Hari ini genap seminggu pemergian Aqil Hamzah. Aku redha. Aku bersyukur kerana dikurniakan ahli keluarga, sahabat handai dan saudara mara yang tak putus2 memberi sokongan, semangat,pertolongan dan doa dari saat Aqil Hamzah tidak sihat hingga sekarang. Aku bersyukur diberikan kekuatan dan semangat olehNya untuk membuatkan aku terus tersenyum meneruskan hidup. Aku juga bersyukur diberi peluang olehNya untuk membesarkan selama setahun 2 bulan, seorang ahli syurga.  Aku redha dengan pemergian Aqil Hamzah, permata hati yang cukup indah dipinjamkan oleh Allah. Aqil Hamzah bagaikan mimpi manis kami. Kenangan terindah kami. Kenangan indah bukan untuk ditangisi dan diratapi kan?? Rindu memang rindu, setiap hari dia didepan mata, tapi setiap hari aku mohon agar Allah berikan kami kekuatan, keredhaan. Bukan aku sahaja yang rindu, ramaiii yang rindukan Aqil. Ayah Aqil juga sangat merindukan Aqil. Aqil sangat manja dengan ayahnya. Tok mama juga rindu, opah, tok ayah, maklong, ayahlong, ibu, ummi semua rindukan Aqil.Tapi aku tak boleh mementingkan diri dengan hanya bersedih. Kalau aku terus bersedih, orang disekelilingiku juga akan bersedih. Aqil juga diatas sana akan sedih kalau tengok mama dia bersedih. Semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada ku dan suami untuk meneruskan kehidupan. Segala yang terjadi sudah ditentukan olehNya. Semoga dengan apa yang terjadi mendekatkan diri kami kepada Allah. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga tenang di sana sayang. 
Aqil selamanya di hati mama & ayah. Di hati kami semua.

Aqil Hamzah Bin Amir Fozy
23 Februari 2012- 3 Mei 2013

Al-Fatihah.

Jika anda mahu kongsi kisah ini dengan orang lain, anda boleh LIKE di bawah. Semoga kita semua dapat ambil iktibar daripada kisah ini. 

Perbanyakkan Syukur kita kerana Allah kurniakan anak yang sihat kepada kita...

Testimoni Peserta Advanced Marketing Power

Assalamualaikum,

Dua hari lepas, saya ada tanya pasal siapa nak ubah kehidupan. Sila daftar ke program IMKK. Saya tak tahu apa tindakan anda. Terpulang, itu hak masing masing.

Tapi, hari ini, saya nak share dengan anda testimoni peserta yang baru pergi kursus Dr Azizan Osman baru baru ini.

Ini Adalah Testimoni Beliau.

Antara buku yang saya suka baca adalah "The Magic of Thinking Big" dan "Law of Attraction"

Saya masih ingat, sudah 3 kali saya menyertai Seminar Percuma Dr Azizan.sejak 2012 tetapi bila seminar berakhir, hati saya sayu dan hanya mampu memandang mereka yang berebut-rebut membayar AMP atau IMKK. Jauh di sudut hati teringin sangat menyertai tapi apakan daya..poketku penuh habuk.

Tetapi Seminar Berani Berniaga di SACC pada 31Mac 2013 merubah segalanya. Semangat dan kata-kata Dr Azizan membakar habis semangat saya. Keluar dari seminar itu, saya nekad terus mendaftar walaupun hanya dengan membayar RM50 sebagai deposit tanpa memikirkan bahawa saya tiada duit pun sebenarnya untuk mendaftar pakej VIP.

Saya teringat kembali teori dalam buku “Law of Attraction”…Teorinya sama dengan kata-kata Dr Azizan cuma cara Dr Azizan menyatakannya lebih menyentuh hati iaitu, “Apa yang kita fikir adalah doa”

Di atas dorongan Dr Azizan itulah setiap hari saya fikirkan dan membayangkan bahawa saya sedang mengikuti AMP. Setiap masa saya berangan tentang AMP dan berdoa agar Allah bukakan jalan dan saya cukup yakin perkara ini akan berlaku.

Saya pernah terbaca dalam satu buku, Antara cara menjemput rezeki adalah dengan menderma. Lalu setiap Jumaat saya menderma RM10 dalam tabung masjid. Kalau dulu biasa RM1 sahaja. Saya buat begitu dengan harapan Allah murahkan rezeki saya.

Hari berganti hari. Tempoh pembayaran penuh semakin hampir. Saya semakin risau kerana duitnya tak muncul-muncul tapi saya yakinkan diri Allah akan mendengar doa hambaNya. Namun kasih sayang Allah tiada siapa boleh tahan. Tanpa disangka saya mendapat seorang pelanggan Takaful yang mengambil RM12k setahun dan dengan komisen itulah saya dapat bayar pakej VIP. Alhamdulillah,besarnya kuasa Allah.

Hari pertama sampai di pintu masuk SACC semasa AMP, hati saya sebak kerana mengenangkan kepayahan dan penat jerih untuk sampai ke AMP ini. Saya bertekad ingin menyerap segala ilmu yang bakal Dr Azizan ajarkan. Niat saya cuma ingin meningkatkan bisnes Takaful saya sahaja.

TETAPI APA YANG SAYA HARAPKAN JADI LAIN. Fikiran saya jadi huru hara kerana saya tidak menyangka bermacam-macam lagi peluang bisnes yang ada di AMP ini. Pembentangan tajuk tentang “Branding”, benar-benar membuat saya tak senang duduk. Idea timbul mencurah-curah. Ingin sahaja saya balik awal pada hari ketiga itu kerana tidak sabar nak memulakan perniagaan. Cemburunya saya pada mereka yang duduk di Hot Seat. Dalam hati mula membayangkan, “Suatu hari nanti, giliran aku pula akan duduk di atas pentas itu.”

Hari ini, saya rasakan seperti dilahirkan semula. Saya tidak lagi ragu-ragu untuk mendaftar pakej Diamond untuk IMKK akan datang. Duitnya masih tiada lagi tetapi saya yakin Allah dengar rintihan hambaNya. Allah akan bantu saya. Saya menanam azam agar mendapat peluang untuk Platinum Programme dan saya yakin suatu hari nanti saya akan dapat bersemuka dengan Dr Azizan, muka ke muka..

Hari terakhir semasa Dr membaca doa, baru saya dapat jawapan kenapa setiap program Dr Azizan berjaya. Pada saya, beliau mengajar dengan penuh kasih sayang dan penuh keikhlasan. Bukan kerana duit. Jarang saya lihat ramai lelaki melelehkan air mata.. termasuk saya..Tapi itulah yang berlaku. Setiap kata katanya sampai menusuk ke dalam hati setiap orang dalam dewan.

Dr. Azizan.. terima kasih..terima kasih.. terima kasih.. Allah sahaja yang mampu membalas jasa tuan. Jumpa di IMKK
 

Jom Berubah !!! Daftar Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan (IMKK)

Saya merayu jika ada di antara pembaca blog ini yang serius untuk berubah. Memajukan diri dan ekonomi, join program IMKK ini.

Anda boleh daftar dengan menghubungi Richwork, 019-2442244. Cakap nak register program IMKK.

Harga Pakej General. RM498.50 Untuk Kursus 4 Hari. ( 4-7 Julai 2013 di Menara PGRM, Cheras ).

Trust me, this is a very good program. Sesiapa yang dah register, kita boleh jumpa di sana.

Wassalam.

Tuesday, May 14, 2013

Advanced Marketing Power 2013 Seminar by Dr Azizan Osman

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Maria baru je selesai menghadiri seminar Advanced Marketing Power by Dr Azizan Osman pada 10-12 May 2013. Seminar bertempat di Shah Alam Convention Centre.

Maria hadir sebagai peserta. Firdaus pula terpilih jadi Crew. So Firdaus dapat masuk free, khas untuk bekas alumni Dr Azizan sahaja.

Seramai 3000 peserta yang menyertai seminar ni. Memang penuh satu dewan besar tu.
Apa yang Maria boleh katakan tentang seminar ni.. SUPERB!!

Walaupun cost seminar ni hampir RM1000, tapi sebenarnya investment pada ILMU lah yang terbaik.

Bila kita bertindak mengikut ilmu yang diberi, pulangan nya pasti berlipat kali ganda daripada investment yang kita dah keluarkan.

Tapi kalau kita dah belajar segala ilmu tapi masih TIADA TINDAKAN, satu apa pun takkan menjadi.

So Maria just nak share antara gambar-gambar sekitar seminar, ada yang diambil dari Facebook Page Alumni atau Bakal Alumni Program Dr. Azizan Osman.


 
Folder dengan nota-nota seminar.



 
Bila nak masuk dewan je mesti jam, bayangkan 3000 orang nak masuk dalam dewan ni.
 
 
 
Alhamdulillah kali ni organizer dah asingkan seat untuk lelaki dan wanita.
 
 
 
So rasa lebih selesa dan seronok nak buat Chicken Dance, menari Bara-Bere dan melompat-lompat exercise..hihihi..
Good Job Richworks!! I Like!!
 
 
Lagi gambar dari belakang dewan.
 
 
 

 
Gambar dari depan dewan pulak.
 
 
 
Dr Azizan Osman in action.

 
Sessi mengambil gambar masing-masing dalam dewan.
 
 
 
Dr Azizan bagi free books on Idea Pemasaran. Thanks Dr Azizan!!
 
 
Antara sahabat yang hadir, Kak Farihan berbaju oren, my classmate di University of Sheffield dulu. Kak Farihan x-Engineer Petronas, kini seorang usahawan tudung bawal fulltime, dah ada butik tudung sendiri di Selayang.
 
Yang 2 orang depan tu kenalan baru. Usahawan Petrol Station di Melaka.
 

Bersama Ramziah, my ex-officemate di Silterra. Kini part time usahawan Farmasi Cosway.
 

 
Kak Rozita bertudung hitam, my ex-officemate di Silterra. Usahawan part time cake, cookies, dan maruku di Kulim. Masing-masing menikmati chocolate chip cookies lazat dari Kak Rozita.
 
 
 
Tahniah to myself dan semua peserta kerana berani dan berjaya hadir ke seminar ini.
Sekarang masa untuk BERTINDAK!!
 
Alhamdulillah, seronok rasanya berada di kalangan orang-orang yang sentiasa positive dan berjaya.
 
InsyaAllah nanti Maria akan kongsikan beberapa ilmu yang kami belajar dari seminar ni.
 
Stay tuned!!
 
Thanks for reading this entry!!
 
 



Saturday, May 11, 2013

Ayahku Seorang Yang Gigih

Assalamualaikum,

Seorang sahabat saya ada menulis satu entri di blog dia. www.saufinoor.blogspot.com

Kisah ayahnya yang gigih.... Saya menarik dan rasa terpanggil nak share entri ini dengan anda semua. Just nak share, kalau kita berusaha, insya Allah rezeki tu pasti ada.

Tapi, kalau kita dok diam saja..... Rezeki pun tak nak datang kepada kita. Ini kisah yang ditulis oleh beliau.

Sama sama kita ambil iktibar.

Ayahku Seorang Yang Gigih 
 
Ayah saya seorang pesara guru.
Last position di PPD Kerian sebagai Penyelia Pembangunan.
Waktu berkhidmat dahulu, Ayah seorang yang sangat komited dengan kerja.
Dan kami sekeluarga sendiri dapat rasakan yang beliau sangat menyukai tugas yang disandang.
Walaupun sering kali keletihan, tapi Ayah Seorang Yang Gigih.
 
So bila dah pencen, Ayah terpaksa mula suaikan diri dengan suasana baru.
Duduk lepak di rumah tanpa ada sebarang aktiviti, amat membosankan Ayah.
Ayah mula cari aktiviti di luar.
Dan hasilnya........

Ayah berseluar biru sedang memantau aktiviti menggemburkan tanah

Ayah ada sebidang tanah warisan keluarga, di Kampung Kedah, Parit Buntar.
Tanah ni dah lama sangat terbiar.
So Ayah cadang nk usahakan jadi kebun sayur.
Kebetulan jumpa dengan seorang Bangla yang sudi nk kerja.

Sekarang tanah yang diusahakan baru 5" x 10"
Bangla tanam kangkung,bayam merah,bayam hijau dan sawi.
Mula-mula tanam ramai sangka macam tak hidup ja.
Tengok lah rumput dan semak sekeliling.

Tapi....minggu lepas dah mula tuai hasil.
Percaya atau tidak, tiap hari hasil yang di tuai tak kurang dari 20 kg !!!
Bayam,sawi dan kangkung sahaja.
Income harian sekitar rm30 - rm40.
Wow, itu baru yang sekangkang kera.
Kalau di buat bersungguh-sungguh,pastu lebih lumayam hasilnya.

Ayah hanya sekadar jual pada orang setempat.
Pagi jenguk sekejap dalam 30min.
Petang,sejam sebab orang dah mula datang nk beli.
Semakin hari semakin bertambah pelanggan yang datang.

Minggu ni dah mula jual borong pada pembekal di pasar Parit Buntar.
Alhamdulillah rezeki datang tanpa disangka.
Rezeki "berbakti pada tanah".....