Travelog Haji - Part 21 - Nasihat Prof Kamil (II)

Assalamualaikum,

3 kali bertemu Prof Kamil, bukan sedikit ilmu yang saya peroleh. Terlalu banyak nasihat yang beliau berikan menusuk masuk ke dalam hati saya. Bagi saya, Prof bukan sekadar 'penceramah' haji, sebenarnya dia 'pakar motivasi' haji.

Kenapa? Berbanding dengan penceramah penceramah lain, apa yang Prof cakapkan lebih mudah difahami dan dihayati. Ini kerana beliau menceritakan pengalaman beliau yang realiti. Dan beliau hanya menceritakan apa yang telah beliau lakukan. Beliau tidak menyuruh orang lain buat sesuatu yang beliau sendiri tidak buat.

Maksudnya, apa yang beliau suruh buat adalah apa yang boleh dibuat secara realitinya. Sebab beliau sudah lalui dan sudah lakukan. Dan yang beliau amat amat tekankan, datang haji kita mesti berubah. Memperoleh Haji Mabrur mesti menjadi sasaran kita. Dan kita mesti berusaha untuk menjadi 'insan yang terpilih' supaya kita boleh masuk ke dalam golongan yang 'satu'.

Lantas, beliau menerangkan bagaimana untuk menjadi insan yang terpilih. Termasuk ke dalam golongan yang 'satu'. Berikut merupakan nasihat nasihat Prof yang amat berkesan dalam hati saya:

1) TIDAK SYIRIK

"Firdaus, rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah. Kita berjanji hanya Allah yang kita sembah dan kita tidak akan sesekali menduakan Allah". Prof menyambung nasihat beliau kepada kami.

Kemudian beliau membaca maksud sepotong ayat Al Quran, Ayat 116, Surah An Nisa', "Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik dengan-Nya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu.”

Beliau menjelaskan, Allah boleh mengampunkan dosa semua umat manusia kecuali dosa syirik. Maksudnya, ini isu besar. Sekiranya kita ada melakukan perkara perkara yang menduakan Allah. Tempat kita di neraka. Nauzubillah.

Masalahnya, kita sebagai umat Islam selalu berkata. "Mana mungkin kita mensyirikkan Allah. Mana mungkin kita menyekutukan Allah". Ini yang kita rasa.

Tetapi hakikatnya, kita banyak melakukan amalan amalan syirik yang boleh menjejaskan akidah kita. Dan kita sewajarnya takut sekiranya dosa dosa ini tidak diampunkan Allah. Sudah pasti, kita tergolong dalam golongan 999 itu.

Sebagai contoh mudah, apabila kita sakit dan makan ubat. Kita kata, "Aku makan ubat ni yang baik sakit, kalau tak. Tak sembuh sembuh lagi la". Bunyi macam tak salah. Tetapi, kalau kita tersalah 'iktiqad'. Mengatakan yang menyembuhkan kita adalah ubat itu, kita boleh termasuk dalam golongan yang menyekutukan Allah.

Sepatutnya, kita mengatakan, "Alhamdulillah, selepas makan ubat ni. Allah sembuhkan aku".

Kita seharusnya mula 'menukar' cara kita bercakap. Kita selalu bercakap, Nasib Baik. Nasib baik. dan Nasib Baik.

"Nasib baik aku tak beli kereta tu, kalau tak susah aku sebab kereta tu kereta curi" sewajarnya ditukar kepada "Alhamdulillah, Allah gerak hati aku tak beli kereta tu. Rupa rupanya kereta tu kereta curi".

Sekarang ini, kita kena banyak sebut, Alhamdulillah. Kita kena ingat. Semua yang berlaku kerana Allah. Bukan sebab yang lain.

Contoh lain, apabila hendak buat kenduri pada musim hujan, kita meminta bantuan dari 'bomoh' untuk tolak hujan. Selepas itu, ada pantang larangnya yang perlu kita ikut. Tambahan pula, pantang larang yang disuruh tak logik difikirkan. Tapi kita ikutkan jua.

Dan ditakdirkan Allah, pada hari itu tidak hujan. Kita mula berkata, "Nasib baik aku minta tolong dari 'bomoh' tu. Tak hujan betul hari ini". Kita seolah olah merasakan hari itu tidak hujan sebab bomoh itu. Bukan kerana Allah yang tidak menurunkan hujan hari itu. Ini semu boleh dikategorikan sebagai menyekutukan Allah.

Apa salahnya, kita minta doa terus dari Allah. Minta doa bersungguh sungguh supaya Allah tidak menurunkan hujan di tempat kita pada hari itu. Itu lebih mudah. Dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba Nya.

Prof juga menegur, ada jemaah yang menunaikan haji, meletakkan Surah Yasin di dalam beg. Niatnya hanya satu. Supaya pihak imegresen tidak memeriksa beg mereka. Kenapa perlu begitu. Kenapa kita perlu 'berharap' pada surah Yasin. Kenapa kita tidak gantung harap kepada Allah. Nampak macam betul, tapi hakikatnya ia salah. Tapi, kita tidak sedar.

Bukan ini sahaja, banyak lagi contoh contoh lain yang kita sebagai 'orang Melayu' lakukan yang bercanggah dengan aqidah kita. Tidak perlu saya huraikan semuanya.

Syirik merupakan isu besar. Maka, untuk menjadi 'insan' terpilih, kita tidak boleh ada dosa ini. Namun, dalam masa yang sama, kita kadang kadang ada melakukan dosa ini tanpa kita sedari.

Apa yang harus kita lakukan? Berdoalah. Memohon ampunlah dari Allah.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku sekiranya aku ada mensyirikkan Mu. Menduakan Mu. Sekiranya ia berlaku, ia bukan diatas kemahuan ku, tetapi ia berlaku diatas kejahilanku. Kau ampunkan dosa syirikku"

Ini yang perlu kita doakan setiap kali lepas solat. Setiap hari. Mudah mudahan, sekiranya kita ada melakukan dosa dosa syirik yang tidak kita sedari, Allah akan mengampunkan kita. Mudah mudahan kita termasuk di dalam golongan yang satu.

Saya mula menyedari kepentingan doa ini. Terus, doa ini termasuk dalam doa harian saya.

Terima kasih kepada Prof di atas nasihat yang 'simple' ini, tapi teramat signifikan buat saya di dunia dan akhirat. Semoga saya tidak lagi melakukan 'syirik-syirik' kecil ini. Dan sekiranya terbuat pun, semoga Allah ampunkan.

Kepada masyarakat Malaysia, khasnya Melayu, berhati hatilah. Kadang kadang banyak yang 'orang orang tua cakap' betul pada adat. Tapi salah pada agama. Berhati hatilah. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang syirik. Nauzubillah.

2) SOLAT BERJEMAAH


Prof amat menitik beratkan Solat Fardhu Berjemaah. Bunyinya mudah, tetapi hanya 'insan' terpilih sahaja yang boleh istiqamah melakukannya. Tidak kiralah, berjemaah di Masjid, berjemaah di Surau, berjemaah bersama rakan sekerja di pejabat. Pokoknya, Solat Berjemaah yang bersesuaian dengan keadaan kita.

Prof bertanya kepada kami berdua, "Di Malaysia ada tak menunaikan solat di masjid secara berjemaah setiap waktu?".

Kami hanya mampu menggelengkan kepala.

Ikhlas saya katakan, walaupun surau hanya di hadapan rumah saya. Saya tak mampu menunaikan solat secara berjemaah sepenuhnya di sana.

Kadang kadang, saya sendiri yang mencipta alasan untuk tidak bersolat jemaah. Memilih untuk bersolat berseorangan di rumah. Ini saya, yang ada sedikit ilmu agama, yang ada kesedaran agama, yang rumah dekat dengan surau. Tapi, masih terbabas. Saya tak mahu berbicara mengenai orang lain.

"Di padang masyar nanti, soalan yang pertama ditanya kepada kita adalah mengenai solat." Ujar Prof. Adakah kita solat diawal waktu, adakah kita solat berjemaah, adakah kita solat bersendirian, adakah solat kita khusyuk, adakah kita bersolat sekadar melepaskan batuk di tangga.

Jadi untuk menjawab dengan 'kemas' semasa di padang masyar, tiada pilihan lain melainkan kita menunaikan solat secara berjemaah.

Ia amat dituntut oleh nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W. Ia amat dititik beratkan oleh baginda. Tetapi diringan ringankan oleh kita.

Apabila kita menunaikan solat secara berjemaah, sudah pasti pahalanya lebih. Sudah pasti kita bersolat diawal waktu, dan sudah pasti lebih sempurna berbanding bersolat bersendirian. Pokok pangkalnya, semuanya lebih jika kita bersolat berjemaah.

Mengapa kita memilih untuk bersolat bersendirian.

Prof mengajak kami untuk beriltizam bagi menunaikan solat secara berjemaah di masjid pada setiap waktu ketika berada di Tanah Suci. Jangan sesekali menunaikan solat di hotel secara bersendirian. Dan mohon doa daripada Allah, agar boleh diteruskan amalan ini apabila berada di Malaysia nanti.

Kemudian, Prof mendedahkan. "Firdaus, saya betul betul mengambil berat solat secara berjemaah. Tahu tak, sejak saya menunaikan haji 5 tahun yang lepas, baru dua kali saya tidak bersolat jemaah. Yang lain semuanya saya bersolat jemaah".

Subhanallah. Saya tergamam mendengar. Sungguh saya tak sangka. Ada orang yang mampu buat begini. Sesuatu yang tidak mampu difikirkan. Bagaimana ada orang boleh istiqamah sebegini. Tidak lain tidak bukan, kerana Allah telah memilih beliau untuk menjadi 'insan terpilih'. Kerana, beliau sendiri yang berazam dan mahu masuk ke dalam golongan yang 'satu' itu. Allah memudahkannya.

Kisah ini memberi pengajaran kepada saya. Memberi keazaman baru kepada diri saya. Mencorakkan hidup saya ke arah yang lebih baik. Saya mesti melakukannya. Saya mesti menunaikan solat secara berjemaah.

Dan segala-galanya bermula di Tanah Suci. Kalau saya gagal di Tanah Suci, pasti saya gagal di Malaysia nanti. Kepada Allah jua saya panjatkan doa.

Prof menambah, 'Kalau dah betul betul nak buat, lakukannya semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah. Insya Allah, Allah akan bantu. Yang penting, lakukannya semata mata kerana Allah"
Insya Allah Prof. Akan saya lakukan. Moga Allah bersama saya.

Gambar kenangan saya bersama Sheikh Abdul Rahman dan Nurul Huda. Huda yang mengajak saya untuk bertemu Prof buat kali kedua. Terima kasih Huda.
.
Insya Allah, saya akan masukkan nasihat nasihat Prof yang lain dalam entry berikutnya.

Wassalam

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Salam sejahtera,
    Saya doakan tuan diberkati dan dirahmati Allah.

    Barangkali saya tersilap, solat yang pertama sekali yang akan dihisab, bukan ditanya di dalam kubur.

    MKI

    ReplyDelete
  2. trm kasih kerana sudi berkongsi nasihat Prof dan pengalaman haji Tuan. Semoga Tuan dan keluarga dirahmati Allah

    -MR-

    ReplyDelete
  3. Assalam,

    Semuga kita semua menjadi insan NYA yang 'SATU' seperti yang dinasihatkan oleh prof. Kami mohon pertolongan MU, ya Allah. Permudahkanlah bagi kami melaksanakannya.

    Semuga tuan haji dan keluarga beserta prof dan keluarga di redhai Allah.

    Barakaullahufikum

    Jazakaullahukhairan kathira'

    AJ

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,5,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,2,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,170,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,1,COQTrol,1,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,14,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,6,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,Jom Shaklee,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,Keahlian Shaklee,6,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,3,Kontraktor Reban Ayam,4,Korban,1,Krabi,2,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1680,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,8,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,67,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,137,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,116,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,2,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,168,Ternakan Ayam,309,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,2,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Haji - Part 21 - Nasihat Prof Kamil (II)
Travelog Haji - Part 21 - Nasihat Prof Kamil (II)
https://2.bp.blogspot.com/-JP6TaQT_jlw/TuffkAqQuII/AAAAAAAADZE/tWHNjmpeLEY/s400/977.JPG
https://2.bp.blogspot.com/-JP6TaQT_jlw/TuffkAqQuII/AAAAAAAADZE/tWHNjmpeLEY/s72-c/977.JPG
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2011/12/travelog-haji-part-21-nasihat-prof.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2011/12/travelog-haji-part-21-nasihat-prof.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy