Assalamualaikum,

Pada hari Khamis, seminggu selepas kami berada di Tanah Suci Madinah, Pihak Zahafiz membawa kami menziarahi Bukit Magnet dan Kilang Al Quran.

Bukit magnet merupakan tempat terbaru dalam ziarah di Madinah. Saya belum mendengar mengenai tempat ini dalam ziarah Umrah yang terdahulu.

Memandangkan ini tempat baru dan saya pun belum pernah menziarahi Kilang Al Quran, saya menyertai program lawatan ini.

Para jemaah menaiki bas untuk program ziarah. Ada hampir 10 bas yang membawa kami semua.

Saya dan Maria di dalam bas.

Di sinilah tempat yang dikatakan Bukit Magnet itu. Tempat ini dikatakan mempunyai kekuatan magnet yang luar biasa. Ia boleh menggerakkan sebuah kereta yang berhenti statik dalam keadaan 'free gear'. Masalahnya, kami hanya diceritakan. Tidak ditunjukkan pun contoh kereta bergerak tu.

Mutawif memberi penerangan kepada kami para jemaah mengenai keistimewaan Bukit Magnet.

Kami sekeluarga bergambar di kawasan berhampiran Bukit Magnet. Tiada apa yang istimewa pun. Kerana kami tidak dapat menyaksikan sebarang 'kekuatan magnet' itu.

Para petugas Zahafiz yang bertungkus lumus memberi perkhidmatan terbaik untuk kami. Jutaan terima kasih kepada semua saya ucapkan.

Seterusnya, kami dibawa menziarahi Kilang Al Quran. Di sinilah semua Al Quran yang terdapat di dalam Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi dicetak. Kilangnya besar dan mampu mengeluarkan puluhan ribuan Al Quran dalam satu bulan.

Pemandangan di dalam kilang. Hanya jemaah lelaki yang dibenarkan masuk. Jemaah wanita tidak dibenarkan masuk.

Al Quran yang sudah dicetak dan disusun. Tetapi belum di'binding' lagi.

Lagi pemandangan di dalam kilang. Sebelah hujung sana mungkin tempat percetakan.

Jemaah wanita hanya dibenarkan masuk ke tempat menjual Al Quran. Di sinilah Al Quran dijual pada harga yang paling murah. Al Quran kecil SR31. Al Quran saiz sederhana SR50. Dan Al Quran bersaiz besar SR137. Sekiranya anda bercadang untuk mewakafkan Al Quran kepada Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Belilah Al Quran di sini. Kerana ia murah dan standard Al Quran di dalam kedua dua masjid ini.

Gambar Petrol Station di belakang. Di sana mereka menggunakan RON91 dan RON95. Harga minyak RON91 adalah sekitar SR0.30 seliter. Air mineral di Saudi dijual pada harga SR2 seliter. Nampaknya, air minuman 7 kali ganda lebih mahal dari minyak. Ini baru dikatakan negara yang ada minyak.

Nampak tak Ar Rajhi Bank dihadapan. Itu adalah Drive Thru untuk mengeluarkan duit dari dalam bank. Anda tidak perlu keluar dari kereta. Masukkan kad bank dan duit akan keluar dari mesin itu. Kalau macam ni di Malaysia, saya yakin mesti ada Back Hoe yang pecahkan mesin tu.

Ini tidak berlaku di sana kerana negara Arab Saudi mengamalkan hukum hudud bagi mereka yang mencuri. Jadi kes kecurian di Arab Saudi selama setahun bersamaan kes kecurian di New York selama sehari. Inilah keistimewaan menjalankan hukum hudud secara Islam.

Saya sedang berdoa agar Malaysia suatu hari nanti menjalankan hukum hudud. Semoga kita semua dapat hidup dengan lebih aman dan tenteram. Insya Allah.

Wassalam

3 ulasan:

  1. Assalam,

    Alhamdulillah dapat juga tengok melalui gambar yang disiarkan di sini kilang cetakan Al Quran.

    Terima kasih kongsi pengalaman.

    Semuga tuan haji dan keluarga dirahmati Allah.

    Syukran jazilan

    AJ

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum,

    Besarnya gambar kali ni. Saya suka. Saya suka.

    Tapi bila gambar besar, kurang clear.

    Apa pun, terima kasih atas perkongsian.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum...

    Tahniah. Entry anda setiap hari teruja, termasuk gambar2 ditanah suci.

    Sdr adalah bakal mewarisi Prof.MKI
    yg setiap hari saya ikuti.

    Didikan MRSM...usahawan berjaya!

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top