Assalamualaikum,

Dunia yang luas terasa kecil.

10 tahun lepas, saya mengenali Abang Dahaman Ishak. Di University of Sheffield, UK. Kami mula berkenalan disana. Ketika itu, saya di tahun kedua, beliau datang ke UK untuk menyambung pengajiannya dalam bidang phd, bahagian Machine Design. Electrical Engineering.

Kami dalam bidang yang sama. Cumanya, saya membuat degree dan beliau membuat phd. Memandangkan 'course' kami sama. Beliau banyak membantu saya dalam pelajaran. Beliau turut menjadi tutor kepada kami semasa Tutorial. Ditambah pulak, Final Year Project yang saya buat sama dengan projek dia. Alhamdulillah. Beliau banyak memudahkan kerja saya. Terima kasih Abang Dahaman.


Gambar kenangan pada tahun 2001. Abang Dahaman, sebelah kiri. Dan saya berbaju biru. Itulah saya 10 tahun lepas. ( Kepada warga Sheffield, ayuh teka. Dimana gambar ini diambil? )

Masa berlalu. Saya balik ke Malaysia pada tahun 2003 dan beliau pulang ke Malaysia sekitar tahun 2006 selepas berkerja di sana beberapa tahun. Ditakdirkan Allah, kami bertemu lagi. Beliau tinggal berhampiran dengan rumah saya. 10 minit perjalanan menaiki kereta. Beliau bertugas di Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan. Walaupun tinggal berhampiran, kami jarang berjumpa.

Dan sekarang, beliau dipilih oleh Allah untuk bertugas di Universiti Taibah, Madinah selama setahun. Allah memberi rezeki kepada mereka sekeluarga untuk tinggal di bumi Madinah.

Di Madinah, kami bertemu pada malam pertama saya di sana. Saya terlebih dahulu menghubungi beliau untuk bertemu selepas solat Maghrib, berhampiran tandas 11A. Dan, kami bertemu lagi di sana. Alhamdulillah.

Dari kanan: Bapa mertua saya, Saya, Dr Dahaman, Kak Ain dan anak mereka

Lagi gambar kami berempat
.
Alhamdulillah, sungguh tidak disangka dapat berjumpa beliau di sana. Beliau turut menunaikan haji pada tahun ini bersama isteri dan anak sulung mereka.
.
Beruntungnya mereka dapat menetap di bumi Madinah, walaupun untuk tempoh satu tahun cuma. Semoga, tempoh satu tahun itu dimanfaatkan oleh mereka semua dengan sebaiknya.
.
Kepada Dr Dahaman dan keluarga, moga kita berjumpa lagi apabila pulang ke Malaysia nanti. Insya Allah. Wassalam.

7 ulasan:

  1. Salam... any contact details for Abg Dahaman... lama x jumpa... slalu main bola kat tinsley park

    BalasPadam
  2. Abg Dahaman di Madinah boleh dihubungi melalui emel beliau.

    dahaman@eng.usm.my

    Beliau akan kembali ke Malaysia dan berkhidmat di USM pada hujung tahun hadapan. Insya Allah.

    Nurman, rajin juga hang dok baca blog ni..

    BalasPadam
  3. Insya Allah, Nurman akan datang menziarahi saya hari Sabtu ni.

    Kepada para pembaca, sesiapa yang berhajat untuk datang menziarahi saya, boleh menghubungi saya melalui emel. mfms1981@yahoo.co.uk

    Insya Allah, saya berbesar hati menerima kehadiran anda semua.

    Selagi stok kurma, air zam zam dan kacang cerdik masih ada. kalau dah habis, kita makan aja la apa yang ada.

    BalasPadam
  4. Assalam,

    Semuga mereka yang berkesempatan di jemput Allah bekerja di Madinah di beri taufiq dan hidayah dan diberkati Allah.

    Salam hormat

    BalasPadam
  5. Salam Fidot@Firdaus...

    Thanks very much for your effort in sharing all your experiences while doing hajj recently. Pembakar semangat n motivasi insha allah. Tak tau plak abg dahaman n wife ada kat madinah. Ada no phone abg dahaman r kak ain kat sini madinah tak?

    BalasPadam
  6. Salam Shikin,

    Contact Abg Dahaman yang pasti dahaman@eng.usm.my

    No phone tak ingat mana satu. Either one la:

    1) 05-372239405
    2) 05-37239405

    Try la dua dua nombor. Salah satu mesti betul.

    Wassalam

    BalasPadam
  7. ok.. terima kasih. Kirim Salam pada maria ye :)

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top