Assalamualaikum,

Salah satu program yang telah diatur oleh pihak Zahafiz kepada kami para jemaah ialah Jalan Jalan Tambah Iman sekitar Masjidil Haram. Kami akan dibawa untuk ditunjukkan tempat tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram.

Memandangkan nama program ini pun jalan jalan tambah iman, kami semua para jemaah perlu berjalan di sekitar Masjidil Haram.

Bagi saya, ia satu program yang amat baik. Kerana kami diceritakan dengan agak detail tentang tempat tempat bersejarah di sekitar Masjidil Haram.

Apa yang pasti, anda akan semakin teruja apabila pergi ke Masjidil Haram apabila mengetahui peristiwa peristiwa yang telah berlaku di tempat yang anda lalui ketika itu. Bila anda lalu, anda pasti akan terbayang peristiwa bersejarah yang telah berlaku 1400 tahun yang lalu.

Di sinilah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Sekarang ia dijadikan perpustakaan. Dan dengar khabarnya tempat ini akan dirobohkan bagi pelebaran masjid dan pembinaan hotel baru. Ia terletak di sebelah Bukit Marwah.

Di sinilah bekas tapak rumah Abu Jahal. Sekarang ia dijadikan tandas. Bersesuaian dengan status Abu Jahal yang amat anti Islam pada waktu dulu.

Di sinilah terletaknya bekas tapak rumah Saidatina Khadijah Binti Khuwailid. Isteri pertama Rasulullah.

Jabal Abu Qubais - Tempat dimana Nabi Ibrahim a.s. menyeru umat manusia menunaikan haji setelah membina Kaabah. Dan diatas bukit inilah Rasulullah s.a.w membelah bulan. Sekarang dijadikan Istana Raja Saudi. Ia terletak diluar masjid bersebelahan kawasan Saie.

Disinilah tapak Masjid Kucing yang sudah dirobohkan. Di sinilah juga tempat di mana Rasulullah memacak bendera kemenangan Islam setelah berjaya menawan kembali kota suci Mekah dari tangan orang kafir.

Ketika tiada umat manusia yang ingin beriman kepada Rasulullah, disinilah pokok berjalan datang kepada Rasulullah dan menyatakan keimanan kepada Rasulullah.

Masjid Jin - Tempat di mana jin pertama memeluk Islam

Terdapat banyak burung merpati di Mekah yang berterbangan disekitar kawasan Masjidil Haram. Bayangkan Masjidil Haram direka supaya tiada tempat bertenggek burung merpati di dalam masjid. Kesannya, burung merpati tidak masuk ke dalam Masjidil Haram. Hebat tak...

Disinilah bersemadi Saidatina Khadijah - wanita dan manusia pertama yang memeluk Islam. Dikatakan pokok ini tidak pernah mati dari dulu sehingga sekarang..Subhanallah

Babul Fatah. Rasulullah memasuki Masjidil Haram melalui pintu ini setelah menawan kota Mekah.

Hotel Hilton - Zam Zam Tower - Al Safwa Tower

Tapak rumah Saidina Umar Al-Khattab

Tapak rumah Saidina Abu Bakar

Bukit Safa yang terletak di dalam Masjidil Haram. Berbetulan dengan Hajarul Aswad. Disinilah bermulanya ibadah Saie. Pada zaman dahulu, Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail. Ketika Nabi Ismail menendang-nendang tanah, terpancut lah air zam zam. Disinilah sejarah Mekah bermula.

Batu di Bukit Safa.

Bukit Marwah. Tamat Saie pusingan ke 7 di sini.

Di tapak tiang inilah malaikat Jibril mengikat buraq semasa peristiwa Israq Mikraj.

Berdekatan tapak inilah Rasulullah dibedah jantungnya sebelum dibawa naik ke Israk Mikraj.

Tapak kaki Nabi Ibrahim di Makam Ibrahim.

Pintu Kaabah

Tempat imam menunaikan solat. Dibarisan pertama dihadapan Kaabah.

Pancur Emas. Terletak di dalam Hijir Ismail

Batu Hajarul Aswad

Tempat imam menunaikan solat. Lihat terdapat banyak mikrofon di situ.

Para petugas sedang menyiapkan tempat imam sebelum kedatangan imam.

Pintu Kaabah yang diperbuat daripada emas seberat 280kg bernilai SR13 juta. Disebelah kiri pintu kaabah terletaknya Multazam.

Hotel tempat kami tinggal. Yang kini hanya menjadi kenangan. Kerana ia sudah pun dirobohkan bagi memberi ruang kepada pembesaran kawasan masjid. Kami merupakan jemaah terakhir yang tinggal di hotel ini.

Saya berharap, selepas anda membaca entri ini. Anda akan lebih teruja untuk pergi menunaikan Haji atau Umrah. Teruja untuk menziarahi Masjidil Haram lagi dan lagi. Tempat yang penuh keberkatan dan penuh rahmat.

Semoga sekiranya anda dapat menjejakkan kaki ke tempat ini, anda dapat merasai sendiri sejarah sejarah penting yang berlaku 1400 tahun dahulu di sekitar masjid. Semoga perasaan cinta kita kepada agama kita semakin memuncak. Insya Allah.

Anda suka entri kali ini? Anda suka gambar gambar ini? Maka ucapkanlah terima kasih kepada sahabat saya, Haji Azmi Mohd Nazran yang mengambil semua gambar gambar ini.

Mari kita doakan semoga Allah memberkati usaha yang dilakukan oleh Haji Azmi Mohd Nazran ini.

Sekian. Wassalam

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

9 ulasan:

  1. Assalam,

    sungguh banyak sejarah yang tuan haji kongsikan buat kami semua.

    Terima kasih kepada Hj Azmi kerana share gambar gambar ini.

    Hati begitu teringin sangat untuk ke Baitullah. Perkenankanlah ya Allah.

    Semuga tuan haji & famili juga Haji Azmi di rahmati Allah.

    syukran

    AJ

    BalasPadam
  2. salam firdaus maria sefamili. alhamdulillah dapat info tersebut.terima kasih kpd. yang terlibat.

    BalasPadam
  3. salam alhamdulillah akhirnya dapat juga beri komen entri ni. roha

    BalasPadam
  4. Salam kak roha.

    Lama tak baca komen ka. Kalau tak der entri baru komen. Hehe. Lawak saja ok.

    Thanks for all ur comments.

    Wassalam

    BalasPadam
  5. berape lagi part haji ni ye? akak ingat mau hingga part 60-70 kot...

    BalasPadam
  6. Salam kak roha.

    Bunyi macam boring baca aja. Sy rasa dlm 70 kot. Di Mekah lagi bnyk cerita. Sy duduk di mekah 33 hari. Di Madinah baru 9-10 hari.

    Yg menjadi masalahnya skrg ni. Sy tak tahu mana nak letak dulu. Mana nak cerita kemudian. Esok punya cerita pun belum ada idea yg mana dulu.

    Sabar menanti yer kak roha. Dah habis nanti. Sy compile buat ebook. Lagi mudah kak nak baca sekali lagi. Dan beri kpd saudara mara yg lain.

    Mudah mudahan ia membantu.

    Wassalam

    BalasPadam
  7. Ali Al-Besuti (K.Trg)5 Jan 2012, 2:31:00 PTG

    Assalamualaikum...

    Saya cadangkan MFUAD teruskan penceritaan di Tanah Suci sehinggalah kembali ke tanah air.

    Elok dibuat secara kronologi ikut tarikh awal itu diawalkan.

    Didoakan sdr sekeluarga serta kita sentiasa diberakti dan mendapat redha Allah jua.

    Wassalam.

    BalasPadam
  8. Salam Firdaus Maria sefamili. Akak setuju dengan cadangan Ali Al-Besuti tu ,ikut tarikh yg.awal diawalkan. Semoga dipermudahkan kamu menyambung entri seterusnya. Untuk manfaat yg. membacanya.Alhamdulillahirabbil 'alamiin.

    BalasPadam
  9. saya tak tahu pun ada tapak rumah syaidina umar di mekkah. info bagus admin. lagi best ada tapak tempat dada nabi dibelah...

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top