Travelog Haji - Part 49 - Hari Hari Pertama di Mekah

Assalamualaikum,

Hari hari terawal setibanya saya di Masjidil Haram, saya rasa teruja. Rasa gembira kerana berada di tempat yang terbaik di dunia ini. Tempat yang penuh keberkatan dan tempat yang dijanjikan ganjaran yang amat besar.

Prof Kamil selalu menekankan, "Jangan takut dengan ibadah Umrah, ia amat mudah. Yang perlu kita risaukan adalah bagaimana mengisi masa kita di Masjidil Haram selepas menunaikan umrah sementara menunggu musim haji"

Bagi saya, secara peribadi. Ia amat tepat. Apa hendak di takutkan dengan kerja kerja umrah. Ia tidak mengambil masa yang lama. Kalau dari Madinah, ibadah umrah boleh disiapkan dalam tempoh masa 10 jam selepas kita berniat di Bir Ali. Dan kalau di Mekah sendiri, kita boleh selesaikan umrah dalam masa 3 jam.

Jadi, umrah mudah. Yang perlu dirisaukan. Nak buat apa selepas itu.

Hari hari pertama saya di Mekah, saya cuba menyesuaikan diri dengan perancangan ibadah yang hendak saya lakukan. Ia perlu selari dengan jadual aktiviti yang diatur oleh pihak Zahafiz. Ia juga perlu selari dengan waktu solat di Masjdiil Haram.

Ia bukan mudah. Kerana, untuk melakukan yang terbaik. Terlalu banyak yang perlu dikorbankan. Masa rehat perlu diminimumkan. Masa 'shopping' perlu di kosongkan. Tenaga perlu pada tahap maksimum.

Di Mekah segala cabaran bermula.

Jika di Madinah bagi saya ia lebih mudah. Hotel lebih dekat dengan Masjid. Di Madinah pula jalan dari hotel ke Masjid landai. Tidak perlu mendaki atau menurun bukit.

Di Mekah, Subhanallah. Walaupun saya katakan sebelum ini hotel saya dekat dengan Masjid. Sekitar 300m-350m. Tetapi setiap kali ke Masjid ia menurun bukit. Ia tiada masalah. Yang menjadi masalah adalah semasa pulang kerana saya terpaksa mendaki untuk pulang ke masjid.

Mengapa? Kerana Kaabah terletak di lembah yang paling lembah di bumi Mekah. Ia terletak di tanah yang rendah sekali. Dan dikelilingi oleh bukit disekitarnya.

Saya tetap bersyukur. Walaupun sedikit mencabar, ia tidak menjadi penghalang buat saya untuk beramal ibadah di sana.

Saya perlu fokus. Kerana memang dari Malaysia lagi saya sudah 'set' di kepala yang saya perlu berkerja keras di Mekah. Bagi saya, ia penting. Apabila anda sudah ada keazaman apa yang hendak di lakukan di Masjdil Haram. Mudah buat anda.

Jika tidak. Anda tak tahu nak buat apa di Masjidil Haram nanti.

Hari hari pertama saya di bumi Mekah, saya perlu menyesuaikan diri dengan segalanya. Jika di Madinah. Jadual harian saya agak mudah. Dan ia tetap setiap hari. Aktivitinya pun sama. Tetapi di Mekah saya perlu menjadikan jadual saya lebih fleksible.

Mengapa? Kerana di Masjidil Haram kita boleh melakukan Umrah Sunat dan Tawaf Sunat apabila kita berkelapangan. Dua ibadah ini jika hendak dilakukan memerlukan perancangan bila masa yang sesuai untuk kita lakukan.

SEKIRANYA HARI ITU SAYA TIDAK MELAKUKAN UMRAH WAKTU PAGI

Kebiasaannya, pada hari hari pertama saya di Mekah saya akan bangun sekitar jam 1.30 pagi. Kemudian saya akan mandi bagi menyegarkan badan saya dan sekitar jam 2.00 pagi saya sudah mula bergerak ke Masjid.

Apa yang mudah di Mekah adalah saya boleh pergi ke Masjidil Haram dengan Maria setiap pagi. Berbanding di Madinah, jemaah wanita dan jemaah lelaki agak sedikit 'bebas' bercampur di dalam masjid. Kami boleh masuk mengikut pintu yang sama, boleh melakukan ibadah tawaf bersama, boleh baca quran bersama dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama. 'Kebebasan' ini hanya terdapat di Masjidil Haram.

Di Madinah tempoh hari, semua jemaah wanita dan lelaki diasingkan sejak dari luar masjid lagi.

Kebiasaannya, setelah tiba di Masjidil Haram kami akan melakukan tawaf sunat. Pada waktu ini, dataran Kaabah masih belum padat. Dan kami mampu untuk melakukan tawaf sunat sekitar 30-45 minit. Kemudiannya, kami melakukan solat Sunat Tawaf dan terus berqiamullail.

Sejam sebelum masuk waktu Subuh, jemaah wanita tidak lagi dibenarkan bersolat di sekitar dataran Kaabah. Mereka dikehendaki pergi ke tempat yang dikhaskan untuk jemaah wanita bersolat. Ini bagi mengelak jemaah wanita bersolat dalam saf yang sama dengan jemaah lelaki.

Alhamdulillah, di Masjdil Haram saya masih dapat mengekalkan 'rentak' Qiamullaik seperti yang dilakukan di Masjidil Nabawi tempoh hari. Saya menunaikan solat Tahjud sebanyak 6 rakaat. Diikuti dengan solat Sunat Taubat dan Hajat.

Amalan ini diselang seli dengan sesi bermunajat, berdoa kepada Allah dan membaca Al Quran sehingga waktu Subuh.

Selepas Solat Subuh, saya akan balik ke hotel, bersarapan dan terus tidur untuk berehat. Sama seperti yang saya amalkan di Madinah hari tu.

Saya akan tidur sehingga jam 9.00 pagi dan bangun serta bersiap untuk kembali ke Masjid bagi ibadah yang seterusnya.

Sekitar jam 10 pagi, saya akan ke Masjid untuk terus menunaikan Tawaf Sunat dan kemudiannya menunaikan Solat Sunat Dhuha dan meneruskan dengan sessi menghafal Al Quran.

Saya akan berada di Masjid sehingga waktu Zuhur dan pulang ke hotel selepas itu. Saya akan bersegera untuk makan dan kemudian tidur sementara menunggu waktu Asar. Kebiasaannya, selepas Solat Asar, saya akan terus beriktikaf di Masjid sehingga waktu Isyak. Selepas Solat Magrib, saya akan menunaikan Tawaf Sunat. Ini bagi melengkapkan 'sasaran' saya iaitu 3 kali melakukan Tawaf Sunat setiap hari jika saya tidak melakukan umrah sunat pada hari itu.

Inilah rutin harian saya apabila saya tidak melakukan Umrah pada hari itu.

Jika disimpulkan, beginilah rutinnya.

Bangun jam 1.30 pagi. 2.00 pagi ke Masjid. Tawaf Sunat dan Qiamullail sehingga Subuh. Balik hotel, bersarapan dan tidur. Bangun jam 9 pagi dan berada di Masjid jam 10 pagi. Tawaf sunat dan Solat Sunat Dhuha. Ibadah sehingga Zuhur. Balik Hotel. Makan tengah hari dan tidur. Bangun jam 2.30 petang untuk ke Masjid. Terus berada di masjid sehingga Isyak. Makan dan terus tidur seawal mungkin.

SEKIRANYA HARI ITU SAYA MELAKUKAN UMRAH SUNAT PADA WAKTU PAGI

Sekiranya saya bercadang untuk mengerjakan Umrah sunat di sebelah pagi, pada hari itu saya akan bangun lewat sedikit untuk ke Masjid.

Dan rutin harian pastinya berubah sekiranya pada hari itu saya ada melakukan Umrah Sunat disebelah pagi. Mana mungkin saya boleh bangun 1.30 pagi dan terus melakukan Umrah Sunat selepas waktu Subuh. Saya tak yakin saya mempunyai tenaga yang cukup untuk itu.

Kebiasaannya, saya akan bangun sekitar jam 3.30 pagi dan berada di Masjid sekitar jam 4 pagi. Oleh kerana agak lewat ke Masjid, saya tidak melakukan tawaf sunat. Sebaliknya terus menunaikan Solat Sunat Tahiyatul Masjid dan Solat Tahjud. Sehingga masuk waktu Subuh.

Selepas Solat Subuh, saya akan balik ke hotel untuk bersarapan dan terus pergi ke Tanaim untuk berniat ihram.

Ibadah Umrah ini biasanya akan habis dalam tempoh 3 jam dari mula saya pergi berniat di Miqat.

Dan ibadah ibadah lain selepas waktu Zuhur masih boleh diteruskan seperti biasa.

Inilah rutin harian saya pada hari hari terawal saya di Masjidil Haram sementara menunggu Hari Wukuf di Arafah untuk menunaikan haji.

Walaupun jadualnya agak padat. Saya cuba untuk buat yang terbaik kerana saya perlu 'mengoptimumkan' masa saya di sana. Letih memang letih. Penang memang penat. Tapi, lakukanlah semata mata kerana Allah. Insya Allah. Akan hilang segala rasa letih dan penat itu.

Semoga para pembaca mendapat sedikit gambaran mengenai aktiviti harian yang boleh dilakukan di Masjidil Haram.

Jutaan terima kasih kepada Prof Kamil saya ucapkan atas segala nasihat yang telah beliau berikan melalui buku buku dan tazkirah yang banyak membantu saya dalam merancang ibadah di Tanah Suci. Semoga Allah membalas segala jasa yang Prof berikan.

Wassalam.

COMMENTS

BLOGGER: 4
  1. Assalam,

    Sesungguhnya Allah permudahkan urusan haji tuan dan keluarga. Alhamdulillah.

    Semuga Allah berkati hidup tuan haji dan keluarga.

    Syukran

    AJ

    ReplyDelete
  2. salam firdaus sefamili.alhamdulillah akak tertunggu entri seterusnya.semoga hidup dalam keredhaanNya. roha

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam,

    Terima kasih buat AJ yang sentiasa mendoakan saya. Semoga anda juga begitu hendaknya.

    Kak Roha, terima kasih la. Asyik dok tunggu saya punya entri yang seterusnya. Kadang kadang, dikala saya keletihan nak menulis, teringat kat Kak Roha tertunggu tunggu. Saya gagahkan juga untuk bangun menulis.

    Semoga apa yang ditulis ini memberi manfaat untuk kita semua.

    Wassalam.

    * Sedang mengarang entri ke 50. Tak siap dari pagi tadi. Banyak kerja yang perlu diselesaikan. Semgoa Allah permudahkan.

    ReplyDelete
  4. salam sefamili, itulah kena bagi semangat, baru boleh buat...

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,5,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,2,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,170,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,2,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,14,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,6,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,Jom Shaklee,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,Keahlian Shaklee,6,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,3,Kontraktor Reban Ayam,4,Korban,1,Krabi,2,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1680,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,8,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,67,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,137,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,116,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,2,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,168,Ternakan Ayam,309,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,2,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Haji - Part 49 - Hari Hari Pertama di Mekah
Travelog Haji - Part 49 - Hari Hari Pertama di Mekah
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travelog-haji-part-49-hari-hari-pertama.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travelog-haji-part-49-hari-hari-pertama.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy