Travaelog Haji - Part 43 - Pengenalan Haji

Assalamualaikum,

Bagi kita yang kurang mengambil berat mengenai Haji ( sama macam saya dulu ), rasanya kita hanya belajar mengenai haji semasa di Tingkatan 5. Setakat itu sahajalah ilmu kita mengenai haji.

Saya tidak terkecuali. Walau pun sudah beberapa kali mengerjakan Umrah, Haji masih berbeza. Pergi menunaikan umrah tidak sama seperti menunaikan haji. Menunaikan umrah hanya memberi sedikit gambaran mengenai haji. Tidak keseluruhan.

Setahun sebelum menunaikan haji, saya masih 'jahil' mengenai haji. Alhamdulillah, selepas mencari ilmu haji melalui kursus haji bersiri, membaca buku, mendengar ceramah, berbincang dengan mereka yang sudah mengerjakan haji. Ilmu haji saya bertambah.

Sebelum saya membawa para pembaca mengembara bersama saya dalam kerja kerja haji, saya rasa lebih baik saya kongsi dulu dengan para pembaca mengenai Haji itu sendiri.

Saya mahu, selepas para pembaca habis membaca blog saya. Para pembaca dapat memahami apa itu haji dan cara perlaksanaannya. Sekurang kurangnya, ia dapat membantu para pembaca membayangkan apa itu Haji.

PENGERTIAN HAJI

Haji pada maksudnya adalah mengunjungi Baitullah Al Haram ( Kaabah ) di Mekah pada bulan bulan haji untuk mengerjakan ibadat ibadat tertentu mengikut syarat syarat tertentu.

Inilah haji.

Kalau kita mengunjungi Kaabah diluar bulan bulan haji, ini bermakna kita tidak melakukan haji.

Dan sekali pun kita mengunjungi Kaabah pada bulan bulan haji iaitu Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah, kita masih perlu mengerjakan ibada ibadat tertentu mengikut syarat syaratnya. Barulah kita dikatakan mengerjakan haji.

SEJARAH HAJI

Haji telah difardhukan kepada Rasulullah pada tahun ke 5- Hijrah. Pada tahun ke-9 Hijrah, Rasulullah mengutuskan Saidina Abu Bakar bersama 300 para sahabat untuk mengerjakan haji.

Pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah, Rasulullah bersama isteri isteri baginda telah memulakan perjalanan mengerjakan haji bersama 124,000 para sahabat.

Haji tersebut dikenali sebagai Haji Wada'. Ini kerana Rasulullah hanya mengerjakan haji sekali seumur hidup baginda. Rasulullah mengerjakan Haji Ifrad. Namun ada para sahabat baginda yang melakukan Haji Tamattuk dan ada yang melakukan Haji Qiran.

JENIS JENIS HAJI

1) Haji Ifrad

Apa itu Haji Ifrad? Haji Ifrad ialah mengerjakan haji dahulu dalam bulan bulan haji. Selepas habis mengerjakan haji, baru mengerjakan umrah.

Kalau ditanya haji mana yang lebih afdhal. Jawapannya Haji Ifrad. Kerana melakukan Haji Ifrad memerlukan mujahadah yang tinggi untuk menjaga semua pantang larang ihram dalam jangka waktu yang lebih lama.

Mengapa?

Ini kerana, sekiranya kita melakukan Haji Ifrad, kita perlu menjaga pantang larang ihram bermula dari waktu kita berniat sehinggalah tiba waktu mengerjakan haji.

Misalnya, semasa saya menunaikan haji tempoh hari. Semasa bertolak ke Mekah dari Madinah, kami mempunyai tempoh masa selama 21 hari sebelum melakukan haji. Sekiranya saya memilih untuk membuat Haji Ifrad, ini bermakna saya perlu menjaga pantang larang ihram selama 21 hari.

Satu mujahadah yang tinggi diperlukan di sini.

Jadi, dalam kumpulan saya seramai 500 orang yang menaiki Penerbangan Awal dari Malaysia. Hanya 4 orang memilih untuk mengerjakan Haji Ifrad. 496 orang lagi memilih untuk mengerjakan Haji Tamattuk.

Ini bermakna, semasa di Bir Ali iaitu tempat bermiqat semasa perjalanan kami dari Madinah ke Mekah, mereka yang mengerjakan Haji Ifrad akan berniat "Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala"

Bermula dari saat ini, mereka yang mengerjakan Haji Ifrad perlu sentiasa berada dalam keadaan ihram. Dan tidak boleh melakukan larangan ihram selama 21 hari.

Namun, kebiasaannya hanya mereka yang menaiki penerbangan akhir akan melakukan Haji Ifrad. Ini kerana tempoh masa untuk menjaga pantang larang ihram adalah pendek kerana mereka tiba di Mekah sudah hampir dengan waktu haji. Iaitu 9,10,11,12,13 Zulhijjah.

Memandangkan Haji Ifrad menuntut mujahadah yang tinggi dan Haji Ifrad juga berniat haji di Miqat yang ditetapkan, mereka tidak perlu membayar dam seekor kambing.

Mereka hanya boleh 'keluar' dari pantang larang ihram selepas melakukan Tahlul Awal pada 10 Zulhijjah nanti.

Dan mereka ini hanya akan melakukan Umrah Wajib selepas habis mereka mengerjakan kerja kerja haji.

2) Haji Tamattuk

Berbanding Haji Ifrad, mereka yang memilih untuk melakukan Haji Tamattuk lebih mudah dan boleh dikategorikan sebagai haji yang bersenang lenang. Memang mudah. Ini bersesuaian dengan takrifan Haji Tamattu' itu sendiri iaitu:

Mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan bulan haji sebelum mengerjakan haji di tahun yang sama.

Bagi rakyat Malaysia, Haji Tamattu' yang paling popular.

Mengapa?

Ia mudah dan tidak perlu lama berada dalam larangan ihram. Inilah sebabnya, daripada 500 jemaah Zahafiz dalam penerbangan awal, seramai 496 memilih untuk mengerjakan Haji Tamattuk. Termasuklah saya sekeluarga.

Mari saya ringkaskan.

Semasa kami menuju ke Mekah dari Madinah, ketika sampai di Bir Ali iaitu tempat bermiqat, kami yang mengerjakan Haji Tamattuk hanya berniat untuk melakukan umrah iaitu.

"Sahaja aku mengerjakan Umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala"
Bermula dari saat ini, saya menjaga pantang larang ihram. Tetapi setibanya di Mekah, selepas saya menunaikan Tawaf, Saie dan Bercukur. Saya sudah bebas dari pantang larang ihram.

Ini bermakna, dalam tempoh 21 hari sementara menunggu hari Wukuf, kami yang melakukan Haji Tamattu' ini boleh memakai pakaian biasa sepanjang masa di sana. Dan tidak terikat dengan mana mana pantang larang ihram.

Bukankah ia sesuatu yang mudah. Memandangkan ia mudah, ia kurang afdhal berbanding Haji Ifrad.

Namun, ada juga jemaah Zahafiz yang pergi dengan Penerbangan Akhir yang tiba di Mekah sekitar 3-4 hari sebelum hari Wukuf yang melakukan Haji Tamattu'. Ia bukan suatu kesalahan. Ia adalah pilihan.

Bagi kami yang melakukan Haji Tamattuk, kami hanya berniat mengerjakan haji sehari sebelum hari wukuf. Iaitu ketika kami keluar hotel menuju ke Arafah, niatnya sama seperti Haji Ifrad, "Sahaja aku mengerjakan haji, dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala"

Dan kami hanya berada di dalam ihram selama 2 hari. Lebih mudah dan pendek tempoh pantang larangnya.

Pilihan terletak di tangan anda. Sekiranya anda yakin anda mampu untuk menjaga pantang larang ihram, ini bermakna lebih baik anda melakukan Haji Ifrad. Sekiranya tahap mujahadah anda tidak cukup tinggi, memadailah dengan melakukan Haji Tamattuk.

Jangan rasa bersalah jika memilih Haji Tamattuk. Ini kerana Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud, "Haji yang aku lakukan adalah Haji Ifrad, TETAPI sekiranya aku diberi peluang sekali lagi untuk melakukan ibadah haji. Pasti aku akan melakukan Haji Tamattuk"
Buatlah pilihan sebaiknya. Ikut kemampuan kita.

Tetapi, jemaah haji yang muda dan pergi bersama suami atau isteri. Sebaik baiknya, lakukanlah Haji Tamattuk sekiranya anda pergi dengan penerbangan awal. Janganlah menduga iman dengan melakukan Haji Ifrad. Takut nanti, mengejar yang afdhal, terbuat yang haram pula.

Apabila kita melakukan Haji Tamattuk, kita perlu membayar dam seekor kambing bernilai SR350. Ini kerana kita melanggar perkara Wajib Haji iaitu melakukan Niat Haji di Miqat yang betul.

Bagi penduduk Mekah yang memilih untuk melakukan Haji Tamattuk, mereka tidak perlu membayar dam seekor kambing kerana tempat miqat bagi mereka adalah di rumah mereka sendiri. Kita perlu faham ini.

Memandangkan saya sekeluarga memilih untuk mengerjakan Haji Tamattuk, maka 4 ekor kambing perlu 'dikorbankan' sebagai dam melanggar kesalahan itu.

Kalau anda tanya saya secara peribadi, haji jenis mana yang perlu dipilih. Jawapan saya, sekiranya anda pergi dengan penerbangan awal. Buatlah Haji Tamattuk. Tetapi sekiranya anda pergi dengan penerbangan akhir dan yakin anda mampu menjaga pantang larang ihram. Buatlah Haji Ifrad.

Jangan sesekali men'cerca' orang yang melakukan haji itu dan ini. Kerana apa yang mereka lakukan juga merupakan syariat yang diturunkan oleh Allah.

3) Haji Qiran

Haji Qiran agak kurang popular dikalangan rakyat Malaysia. Haji Qiran biasanya dilakukan oleh mereka yang pergi menunaikan haji dalam tempoh yang paling pendek. Misalnya pergi haji dalam tempoh 7 hari.

Haji Qiran adalah mengerjakan haji dan umrah dalam masa yang sama. Niatnya pula, "Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah, dan berihram aku dengannya kerana Allah Taala".
Haji Qiran ini biasanya dilakukan oleh jemaah Mesir dan Arab yang pergi menunaikan haji dalam tempoh 7-10 hari. Mereka tidak mempunyai ruang masa untuk melakukan umrah sebelum atau selepas menunaikan haji. Sebab itulah mereka menunaikan Haji Qiran dimana haji dan umrah dilakukan secara serentak.

Mereka yang mengerjakan Haji Qiran juga diwajibkan membayar dam seekor kambing.

Saya rasa, cukuplah dahulu saya menjelaskan kepada para pembaca mengenai jenis jenis haji. Saya sebenarnya pun pening memikirkan bagaimana cara terbaik untuk saya menerangkan kepada para pembaca mengenai jenis jenis haji ini. Supaya anda yang membaca mudah faham dengan apa yang saya ceritakan.

Saya mohon kepada para pembaca, memberi komen sama ada anda faham atau tidak dengan apa yang saya ceritakan mengenai jenis jenis haji ini. Sekiranya ramai yang tidak faham, maksudnya, saya perlu mengubah cara penceritaan supaya lebih mudah difahami. Sekiranya ramai yang faham, Alhamdulillah.

Wassalam

COMMENTS

BLOGGER: 7
  1. Assalam,

    Alhamdulillah!

    Setelah membaca penjelasan tuan haji, kini saya faham akan jenis jenis haji. Terima kasih.

    Semuga tuan haji dan keluarga di redhai Allah.

    AJ

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Alhamdulillah, penerangan yg mudah difahami. Jika ada dikalangan teman atau sanak saudara yg mahu menunaikan haji akan saya sarankan mengikuti blog Tuan selain menghadiri kursus.Saya doakan Tuan sama mendapat keberkatan dari perkongsian yg ikhlas semata mata kerana Allah.Semoga Tuan sekeluarga sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya. Amin
    Makcik M

    ReplyDelete
  3. Salam, Alhamdulillah, penerangan Firdaus sangat jelas. Akak dah berulang-ulang kali membaca catatan Firdaus ini. Akak juga dah memperkenalkan blog ini kepada kawan-kawan. Akak dan suami berhajat untuk menunaikan umarah seterusnya haji. Doakan kami agar menjadi tetamu Allah dalam waktu terdekat ini. Akak juga doakan kejayaan Firdaus di dunia dan akhirat. Semoga kita semua semakin hampir kepadaNya.... ameeen

    ReplyDelete
  4. Salam, alhamdulillah dan terima kasih di atas penerangan yang jelas. Looking forward to reading the rest of the entries.

    ReplyDelete
  5. Salam, terima kasih di atas penerangan yang jelas. Amiin untuk semua doa di atas. :-) Looking forward to reading the rest of the entries.

    ReplyDelete
  6. salam maria & firdaus, alhamdulillah kty faham apa yg diterangkan, terimakasih ssgt..

    semoga kty dan family pun ada rezeki mengerjakan haji suatu hari nanti.amin.

    ReplyDelete
  7. Salam,jzk bkongsi ilmu..mohon maaf krna ada bbrpa prkara yg sy rasa prlu dikongsi utk kebaikan bersama spt diperingatkan dlm Surah Al Asr..Alhamdulillah sy jg telah dijmput mnunaikn hj pd 2011 & in sya Allah dgn izinNya ke sana lg awal okt ini..kuasa Allah yg tak pnah dijgka utk hambaNya yg sgt dhaif, Alhamdulillah..bg yg bkesempatan mnmbah ilmu, selain dr buku Tbg Hj,antra sumber ruj yg bgus & mudah difahami adalah `Getting the Best Out of Al Hajj'tulisan Abu Muneer Davids,keluaran Darussalam Saudi, mggunakan rujukan karangan ulama muktabar dgn sumber rujukan dr Al Quran & Sunnah Nabi SAW/ Hadis Sahih, in sya Allah boleh dicari di MPH & Pustaka Darussalam..Sabda Nabi SAW `Ambillah dariku tuntunan manasik haji kalian.”(HR Muslim no1297)..pd mukasurat/ms35 buku tsbut, dr HR Muslim( sama sptmana dlm post Tn Hj) dijelaskan Nabi SAW melakukan hj Qiran krna baginda mbwa binatang korban swktu itu. Namun baginda menyuruh mereka yg tidak mbawa binatang korban melakukan hj tamattu. sekiranya baginda tidak mbawa binatang korban, baginda juga akan melakukan perkara yg sama. Kebanyakan ulama muktabar juga mengambil pendirian ini( boleh jga merujuk kpd website/blog yg ada jenis haji paling afdhal)..Jenis2 haji (ruj buku ms 36-39 scara rgkas): Hj tamattuk, hujjaj/ Jemaah hj yg tidak mbawa binatang korban & dr luar Mekah/miqat, mlakukan umrah kemudian haji dlm 2 niat yg berbeza...hj Qiran, hujjaj yg mbawa binatang korban & dr luar Mekah( contoh Madinah),haji bersama umrah dlm 1 niat..hj Ifrad, haji shj tanpa umrah & khas utk pnduduk Mekah/Miqat.. mrka ini tidak dibenarkan melakukan Hj Tamattu/Qiran, sbb itu haji boleh diselesaikan dlm tempoh yg pendek ie 5-7 hari shj..disebabkn haji Tamatuk & Hj Qiran membolehkan hujjaj melakukan umrah & haji bersama, mereka yg melakukannya disuruh mengorbankan `HADYU' ruj buku ms 154 ( petikan surah Al Baqarah 2: 196) sbg tanda terima kasih pd Allah yg telah memberi keringanan..bukanlah sbg DAM (dlm erti didenda) tp rahmat ksh syg Allah utk mmudahkn hambaNya..AllahuAkbar! Mnakala Dam atau Fidyah pula adalah rahmat Allah kepda hambaNya yg perlu membetulkan semula/ menebus kesilapan melanggar peraturan haji..Allah Maha Pengasih,DIA tidak menghukum tnpa mmberi kesempatan membetulkan, jadi jgnlah dipandang ianya sbg penalti..kalau mengikut pemahaman ini, tidaklah jenis haji paling afdhal ini bergantung kpd tahap keimanan atau mujahadah sesorg hujjaj, siapa yg lebih kuat dsbnya tpi bergantung kpd keadaaan semasa hujjaj itu melakukan haji.Wallahuaklam..sy mohon ampun dr Allah jika ada sebrang kesilapan..maaf atas fdbk yg pjg... jika ada yg kurang setuju, eloklah mrujuk kpd sumber yg paling sahih & diyakini & bdoalah mohon diberikan ilmu yg betul.. yang paling penting utk haji adalah bekalan taqwa( sabar & redha, hati yg bersih ikhlas, ahklak yg baik dll)sbgmana surah Al Baqarah 2: 197. Mga semua hujjaj dipermudahkan Allah dlm smua urusan, mjadi tetamuNya yg paling, paling, paling istimewa & dkurniakan haji yg mabrur, amin

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,4,Aidilfitri,5,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Aktifkan Keahlian Shaklee,2,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,3,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Atasi Nyanyuk,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Food,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,2,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,15,Biozone,6,Biozone Food Purifier,6,Birthday,1,Bisnes,2,Bisnes Shaklee,24,BLNC,2,Bomoh Patah Selama Perak,1,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,15,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,49,Business Opportunity,170,Business Shaklee,18,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Carotomax,1,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,2,CoQ10,2,COQHealth,2,Darah Tinggi,4,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,4,Dialisis,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,14,Energizing Soy Protein,7,Enfuselle,1,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,9,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,56,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,3,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hamil Dengan Shaklee,1,Hari Raya,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,4,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interior Design,1,Istanbul,2,Italy,6,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,Jom Shaklee,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,Keahlian Shaklee,6,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,4,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Kereta Sewa Baling,1,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Konsultan Reban Ayam,3,Kontraktor Reban Ayam,4,Korban,1,Krabi,2,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,2,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1680,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Lelaki Buat Bisnes Shaklee,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,2,Maria Firdaus Empire,8,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,7,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,12,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,67,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,26,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,12,MFMS Empire,51,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,7,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Nutriwhite,1,Offline Coaching,2,Omega-3,6,OmegaGuard,17,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,137,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kapar,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Klang,1,Pengedar Shaklee Meru,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,1,Pengedar Shaklee Port Klang,1,Pengedar Shaklee Terbaik,1,Pengedar ShakleeTeluk Pulai,1,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penyakit 3 Serangkai,2,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Performance Drink,5,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,Polifenol,1,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,116,Produk Tradisional Bahaya,2,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,20,Projek SPA,15,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,1,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,Reunion MRSM Taiping,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,2,Saintis Shaklee,1,Sakit Buah Pinggang,2,Sakit Jantung,4,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,5,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,3,Set Hamil Shaklee,1,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,12,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,2,Set Kesuburan,2,Set Kesuburan Shaklee,3,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,1,Set Kurus Shaklee,1,Set Lutut,1,Set Mengandung,4,Set Menyusu,15,Set Menyusu Shaklee,2,Set Minda Shaklee,1,Set Ramadan Shaklee,3,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,1,Set Sistem Imun,2,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,4,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,1,Shaklee Berkesan,3,Shaklee Business,35,Shaklee Business Leaders Conference,1,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Effects,8,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,21,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,1,Shaklee Japan Trip 2017,6,Shaklee Kids,1,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Murah,1,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,1,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,1,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Rewards,51,Shaklee Selamat,4,Shaklee Semulajadi,3,Shaklee Skincare,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Buah Pinggang,1,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,Skincare,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Stroke,2,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,5,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Tazkirah,168,Ternakan Ayam,309,Testimoni,6,Testimoni Buah Pinggang Rosak,1,Testimoni NECK,3,Testimony Alzheimer,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Nyanyuk,1,Testimony Pesakit Buah Pinggang,1,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,2,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,1,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,2,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,5,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,1,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,108,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,6,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,23,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tulang Rapuh,2,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Shooting,1,Visit Singapore,1,Vit E,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,4,Vitalea for Children,1,Vitalea for Kids,1,Vitamin C,6,Vitamin E,1,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vivix,17,Vivix Shaklee,2,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Womens Health Set,1,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,2,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travaelog Haji - Part 43 - Pengenalan Haji
Travaelog Haji - Part 43 - Pengenalan Haji
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travaelog-haji-part-43-pengenalan-haji.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travaelog-haji-part-43-pengenalan-haji.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy