CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Travelog Haji - Part 55 - Puasa Sunat Di Mekah

Assalamualaikum,

Puasa di Tanah Suci. Sesuatu yang tidak pernah ada difikiran saya.

Di Malaysia saya bukan jenis orang yang berpuasa sunat. Jadi, mana mungkin saya mampu berpuasa sunat di Mekah. Di Mekah cuacanya panas. Pasti ia meletihkan saya. Dahaga, haus dan lapar. Semua pakej ini menyebabkan saya langsung tidak berniat untuk berpuasa sunat.

Saya ada membaca kisah Prof Kamil dalam buku beliau mengenai puasa sunat di Tanah Suci. Namun, ia tak cukup untuk memberi semangat kepada saya. Pada peringkat awal, puasa sunat tak termasuk dalam perancangan ibadah saya di Tanah Suci.

Sebelum saya menunaikan haji, saya ada berdoa kepada Allah:

"Ya Allah, aku mohon kepada Mu, Kau temukanlah aku dengan orang-orang yang boleh mendekatkan diriku kepada Mu. Aku mohon kepada Mu, Kau tunjukkanlah kepadaku Kekuasaan Mu agar ia meningkatkan imanku terhadap Mu."

Maka, Allah temukan saya di Madinah dengan Prof Kami. Pertemuan dengan Prof Kamil mendorong saya untuk berpuasa sunat di bumi Madinah dan Mekah. Alhamdulillah. Allah kabulkan hajat saya.

Alhamdulillah, saya dapat berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis di Madinah. Saya cuba ikut apa yang Prof Kamil nasihatkan. Dan ternyata ia berkesan. Berpuasa di Madinah membantu saya untuk lebih kuat beribadah. Sila baca Travelog Haji - Part 29 - Puasa Di Madinah untuk membaca pengalaman saya berpuasa di sana.

Link http://mariafirdaus.blogspot.com/2011/12/travelog-haji-part-29-puasa-sunat-di.html

Selepas berpuasa sunat Isnin dan Khamis di Madinah, saya mempunyai keazaman yang baru. Iaitu saya mahu berpuasa sunat di Mekah pula. Saya ingin melakukan puasa Khusus Al Khusus. Iaitu "Puasa Semata Mata Kerana Allah". Seperti yang Prof Kamil ceritakan semasa saya di Madinah tempoh hari.

Di Mekah, saya mengajak Maria dan Mak Mertua saya untuk turut berpuasa sunat. Alhamdulillah. Allah memelihara kesihatan dan memberi kekuatan kepada mereka untuk berpuasa sunat di sana. Namun, Allah menguji Bapa Mertua saya di sana. Dia kurang sihat kerana sering batuk. Jadi dia tidak dapat berpuasa sunat.

Keadaan di dataran Kaabah pada awal pagi. Sekitar jam 2-3 pagi.

Saya dan Maria bersahur bersama dengan hanya memakan kurma dan air zam zam. Ditambah dengan buah seperti epal dan kadang kala kebab untuk mengalas perut.

Apabila saya berada di Mekah, saya dapati berpuasa sunat di Mekah jauh lebih mencabar berbanding berpuasa sunat di Madinah.

Mengapa?

Pelbagai faktor. Di Madinah sendiri, hotel kami berhampiran dengan Masjid Nabawi. Ini bermakna kami tidak mengeluarkan tenaga yang banyak untuk berulang alik dari Hotel ke Masjid walaupun berpuasa. Ditambah pula, keseluruhan Masjid Nabawi dilengkapi dengan Penghawa Dingin yang amat memberi keselesaan kepada kami para jemaah haji. Kedinginan berada di dalam Masjid Nabawi menghilangkan rasa penat berpuasa itu sendiri.

Di Madinah, kami tidak banyak berjalan. Kerana di Masjid itu sendiri tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan melainkan bersolat sunat, berzikir, membaca Al Quran. Kami hanya perlu duduk di satu tempat sahaja apabila berada di dalam masjid.

Namun, keadaannya berbeza sama sekali ketika berada di Mekah.

Pertama. Hotel kami walaupun antara yang paling hampir dengan Masjidil Haram iaitu sekitar 350 meter. Perjalanan ulang alik kami dari hotel ke Masjid agak memenatkan. Ditambah dengan Masjidil Haram terletak di kawasan lembah. Perjalanan pulang dari Masjid ke Hotel agak mencabar kerana kami terpaksa 'mendaki' bukit. Walaupun tidak terlalu jauh dan tidak terlalu tinggi, namun berjalan di bawah cuaca terik mentari agak mencabar. Cukup untuk meletihkan kami. Bertambah penat jika berpuasa.

Cuaca di Mekah lebih panas berbanding di Madinah. Sinar cahaya di lantai masjid ini menjelaskan segalanya.

Cuaca di Mekah jauh lebih panas berbanding cuaca di Madinah. Walaupun semasa kami menunaikan haji itu bukan musim panas, suhu sekitar 36C-41C cukup untuk memberi cabaran kepada kami semua untuk berpuasa sunat. Cuaca panas itu cukup untuk membuatkan tekak terasa kering.

Di Masjidil Haram pula tidak semua tempat berhawa dingin. Hampir 90 peratus kawasan Masjidil Haram tidak berhawa dingin. Maka, agak 'kurang selesa' di dalam Masjid walaupun tidaklah terlalu panas.

Berpuasa di Mekah lebih mencabar kerana terdapat pelbagai aktiviti di Masjidil Haram yang menggunakan tenaga. Misalnya tawaf sunat. Ditambah pula jika melakukan Umrah Sunat. Lebih banyak tenaga diperlukan untuk ke Tanaim, Tawaf dan Saie.

Pendek kata, berpuasa sunat di Mekah jauh lebih mencabar berbanding berpuasa sunat di Madinah.

Namun, nikmat puasa sunat yang saya rasai ketika berpuasa sunat di Madinah menyebabkan saya mahu meneruskan puasa sunat di Mekah. Saya mahu berpuasa "Semata-mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah."

Saya mahu mulakan di Tanah Suci ini amalan puasa sunat. Kerana saya mahu teruskan amalan ini apabila berada di bumi Malaysia nanti.

Saya bimbang kalau saya tidak mulakan di Mekah, saya takut saya tak dapat teruskan amalan ini apabila berada di Malaysia nanti. Satu kerugian yang amat besar buat saya yang Allah sudah berikan perasaan 'nikmat' berpuasa tiba tiba tidak dapat saya teruskan apabila berada di Malaysia nanti.

AMALAN INI PERLU DITERUSKAN. AZAM SAYA.


Pada suatu hari Ahad, saya tidak makan nasi pada waktu tengah hari. Ini kerana saya hanya makan 2 ketul ayam goreng dan kentang yang saya beli sendiri. Dan pada malamnya pula saya sekali lagi tidak makan nasi. Saya hanya makan roti sahaja.

Saya tidak teringat yang saya ingin berpuasa pada hari esoknya.

Sekitar jam 2.00 pagi, ketika keluar dari hotel ke Masjidil Haram. Saya teringat yang hari itu hari Isnin dan saya perlu berpuasa sunat. Subhanallah. Baru saya teringat. Perut saya betul betul kosong pada waktu itu.

Saya membawa sedikit bekal kurma untuk bersahur di Masjid nanti. Dalam perjalanan ke Masjid, saya singgah membeli kebab untuk dibuat bekalan sahur bagi menampung perut saya yang sedang 'berkeroncong'.

Semasa bersahur saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku ingin berpuasa pada hari ini ya Allah. Aku berpuasa semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Aku ingin berpuasa seperti para Nabi ya Allah. Berpuasa di tanah yang suci ini ya Allah. Aku mohon pada Mu, jadikanlah apa yang aku makan pada waktu sahur ini dapat mengenyangkan aku sehingga aku berbuka nanti. Jadikanlah ia sebagai pemberi kekuatan kepadaku untuk beramal ibadah pada hari ini"
Saya mula makan kebab, sedikit kurma dan minum air zam zam sepuas puasnya. Sekitar 1.5 Liter. Saya berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya dengan apa yang saya makan dan minum.

Selepas Solat Subuh, saya balik ke hotel untuk tidur bagi merehatkan badan setelah bangun awal pada waktu pagi. Sekitar jam 10.00 pagi, saya kembali ke Masjidil Haram untuk persediaan menunaikan Solat Zuhur.

Pada jam 10.00 pagi, matahari mula terik. Cuaca di sekitar Masjidil Haram mulai panas. Menjadi kebiasaan saya dan Maria untuk melakukan Tawaf Sunat pada waktu itu. Kami mula melakukan tawaf. Disebabkan cuaca agak panas, kami menggunakan payung bagi mengurangkan bahang yang terkena terus kepada kami. Alhamdulillah, ia sedikit membantu.

Selepas selesai tawaf sunat, kami berpisah. Saya menuju ke tempat lelaki dan Maria serta mak menuju ke tempat jemaah wanita.

Saya mula terasa letih. Melakukan tawaf sunat pada waktu puasa benar benar menguji ketahanan fizikal saya. Lidah terasa kering. Kering sehingga saya sukar untuk bercakap. Badan mula terasa letih. Panas makin terasa.

Bagi mengurangkan 'kesan' panas ini, saya menuju ke tempat di dalam Masjidil Haram yang berhawa dingin. Alhamdulillah. Ia sedikit membantu. Penatnya saya, sehingga saya tidak mampu untuk membaca Al Quran. Saya hanya boleh duduk di kawasan itu sambil berzikir di dalam hati. Hendak tidur, takut terbatal air sembahyang pulak.

Selepas Solat Zuhur, saya bercadang untuk tidur di Masjid. Tidak perlu pulang. Tunggu di Masjid sehingga waktu Isyak.

Namun, perancangan saya tidak menjadi. Saya tidak boleh tidur kerana tidur di atas lantai itu terlalu sejuk kerana tidak ada 'karpet'. Saya keletihan dan mengambil keputusan untuk balik ke hotel bagi merehatkan badan sementara menunggu waktu Asar.

Ada ketikanya, saya terasa seperti hendak berbuka puasa. Kerana ia hanyalah puasa sunat. Tetapi, saya kuatkan keazaman saya. Bahawa saya hendak berpuasa sunat di Tanah Suci. Dan saya mahu ia menjadi permulaan 'amalan' dalam hidup saya. Saya mahu, selepas saya balik ke Malaysia saya mampu untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Tetapi, langkah ini harus bermula di Madinah dan Mekah. Kalau saya gagal di Mekah ini, saya takut saya akan turut gagal di Malaysia nanti.

Saya kuatkan semangat, teruskan berpuasa dan balik ke hotel bagi merehatkan badan. Saya tidur sekitar satu jam bagi mengembalikan tenaga dalaman saya.

Sejurus selepas bangun, saya kembali ke Masjidil Haram untuk bersolat Asar. Saya membawa buah kurma dan buah epal sebagai bekalan untuk berbuka puasa.

Berbanding di Madinah, di Masjidil Haram ini saya tidak berjumpa dengan orang yang 'berbuka puasa' secara berjemaah secara percuma. Jadi, saya harus membawa bekalan saya sendiri.

Alhamdulillah, saya berjaya juga menghabiskan puasa sunat saya pada hari itu. Sujud syukur saya kepada Allah di atas kekuatan yang diberikan kepada saya dalam menghadapi saat saat yang mencabar itu.

Saya mulai rasa cabaran yang lebih untuk berpuasa sunat di Masjidil Haram. Namun saya yakin, cabaran yang lebih pasti memberikan 'pulangan' yang lebih kepada saya. Keletihan dan kepenatan adalah 'harga' yang perlu dibayar untuk meningkatkan 'secebis' iman di dalam diri saya. Bukan mudah untuk 'membeli' iman.

Di hari yang lain pula, ketika saya sekeluarga melakukan puasa sunat. Saya hendak 'menduga' iman saya.

Saya hendak melakukan Umrah Sunat dalam keadaan saya Berpuasa Sunat.

Saya tahu ia memerlukan kekuatan fizikal yang lebih. Melakukan Umrah Sunat itu sendiri sudah meletihkan. Ditambah dengan berpuasa sunat. Pasti dan pasti ia akan meletihkan saya.

Namun, di hati saya. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, aku hendak berpuasa semata mata kerana Mu ya Allah. Aku tidak mahu 'puasa' ini menjadi alasan untuk aku tidak melakukan amalan amalan sunat yang lain. Ya Allah, aku mahu yang terbaik ya Allah. Kau bantulah aku melakukan ibadah Umrah Sunat ini"
Saya melakukan Umrah Sunat seorang diri dalam keadaan berpuasa sunat. Sengaja hendak 'menduga' iman sendiri. Sejauh mana saya mahu melakukan ibadah sunat ini.

Kalau anda tanya kudrat saya, pasti dan pasti saya akan berkata saya tidak akan mampu melakukan umrah sunat dalam keadaan saya berpuasa.

Namun, di sudut hati saya, saya yakin yang Allah akan tolong saya menyempurnakan ibadah tawaf dan sai nanti. Ibadah yang memerlukan saya berjalan sekitar 5 km. Tanpa minum air dan terus bertahan sehingga waktu Maghrib.

Selepas Solat Subuh, saya pergi berniat ihram di Tanaim. Kemudiannya, saya berpatah balik ke Masjidil Haram untuk bertawaf dan bersaie.

Subhanallah. Orang begitu ramai pada hari itu. Tawaf umrah saya mengambil masa sekitar satu jam 15 minit. Saya tidak boleh tergesa gesa melakukan tawaf kerana perlu menyimpan tenaga untuk saie pula.

Sekitar jam 10 pagi, saya selesai melakukan tawaf. Tahukah anda apa yang terjadi?

Saya pancit!!

Sudahlah saya melakukan umrah sunat itu seorang diri. Saya tidak ada seseorang untuk 'push' saya. Tiada teman dan tiada kawan. Saya keseorangan. Maria dan Mak awal awal lagi sudah 'surrender' untuk melakukan Umrah sunat dalam keadaan berpuasa.

Saya berehat sebentar. Tetapi tidak boleh terlalu lama. Saya perlu menghabiskan umrah saya ini. Jika tidak saya perlu menjaga segala pantang larang ihram.

Saya mengambil keputusan untuk melakukan Saie di tingkat bawah tanah. Ini kerana bersaie di bawah tanah adalah dalam keadaan berhawa dingin. Dan lebih sejuk berbanding saie di tingkat biasa.

Bersaie ditingkat bawah tanah lebih selesa. Kerana berhawa dingin dan kurang sesak.

Saya berjalan perlahan lahan antara Safa dan Marwah. Sambil berzikir dan berdoa agar Allah memberi kekuatan kepada saya. Kudrat saya dikerah sepenuhnya.

Setelah bersusah payah, pada pusingan ke 6 saie, saya berehat sebentar di Bukit Safa. Bersolat Zuhur disitu dan menghabiskan pusingan ke 7 selepas itu.

Alhamdulillah. Saie berjaya diselesaikan dan saya terus bertahlul agar diri ini bebas dari ilham. Saya segera pulang ke hotel untuk berehat.

Pada waktu itu, baru saya tahu nikmat makan. Baru tahu nikmat sedap. Inilah hikmahnya berpuasa. Agar kita mengingsafi berapa banyak orang susah yang tidak dapat makan. Sedangkan kita pula makan berlebihan sehingga dibuang buang. Allah menyuruh saya berpuasa untuk 'mengajar' saya erti syukur, erti nikmat yang Allah banyak berikan kepada saya ketika ini.

Alhamdulillah, 'mesej' yang Allah hendak sampaikan saya terima dengan jelas.

Taktala kita menikmat pelbagai nikmat yang tidak terkira banyaknya, ingatlah pada mereka yang susah agar kita dapat menginsafi dan mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan.

Kebiasaannya, selepas solat Asar saya akan duduk terus di Masjid sehingga waktu Isyak. Namun, sekiranya pada hari itu giliran saya untuk menolak Pak Cik Tajudin ke Masjidil Haram bagi menunaikan Solat Maghrib dan Isyak, maka saya terpaksa pulang ke hotel selepas Asar bagi membawa pak cik ke Masjid.

Membawa pak cik ke Masjid dalam keadaan berpuasa memerlukan tenaga tambahan. Dan Alhamdulillah. Allah berikan saya tenaga itu. Syukur saya padanya.

Namun, satu perkara yang ingin saya kongsikan. Walaupun saya letih dan saya agak penat berpuasa di Mekah dengan pelbagai ibadah yang dijalankan, saya dapat merasai nikmat dan kemanisan berpuasa.

Saya letih dan saya penat. Tetapi, letih dan penat itu menggembirankan saya kerana saya dapat melakukan puasa di Tanah Suci. Pastinya, melakukan amal ibadah dalam keadaan saya berpuasa akan diganjarkan lebih daripada Allah. Namun, bukan itu yang saya kejarkan. Saya lakukan semata mata kerana Allah. Semata mata kerana Allah.

Bila saya lakukan kerana Allah, segala penat dan letih itu akan hilang dan digantikan dengan perasaan nikmat yang tidak dapat digambarkan.

Ada hari, saya berpuasa. Tapi saya terlupa untuk berbuka puasa. Saya tidak sedar yang saya dalam keadaan berpuasa. Inilah yang dikatakan nikmat berpuasa. Saya tidak sedar yang saya berpuasa. Letih dan dahaga tetapi tidak terlalu dirasai. Syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan itu.

Azam saya, jika di Madinah dan Mekah saya dapat berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis. Saya mahu meneruskan amalan puasa ini di Malaysia nanti. Ini azam baru saya.

Allah menemukan saya dengan Prof Kamil untuk diajar saya bagaimana untuk berpuasa sunat Isnin dan Khamis.

Sekiranya saya lulus ujian puasa Isnin dan Khamis ini. Saya bercita cita untuk berpuasa seperti Nabi Daud. Iaitu berpuasa selang sehari. Semoga Allah permudahkan cita cita dan impian saya ini untuk mendekatkan diri saya kepada Nya.

Saya mohon para pembaca dapat mendoakan saya agar saya dapat Istiqamah dalam melakukan amalan ini. Semoga yang sedikit ini diterima Allah. Semoga saya semakin hampir kepada Nya.

Wassalam

* Saya mohon kepada anda untuk kongsikan dengan sahabat atau saudara mara anda mengenai perjalanan haji yang telah saya lalui ini. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat dan semoga ia menjadi 'pencen kubur' saya suatu hari nanti. 

* Anda juga bebas untuk copy & paste segala artikel berkaitan haji dalam blog ini di blog anda asalkan anda letakkan linknya di situ selagi ia tidak bertujuan komersial. Anda juga boleh print segala doa doa yang telah saya tulis di dalam blog ini. Semoga kita semua mendapat manfaat dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

COMMENTS

BLOGGER: 6
  1. salam ya salam firdaus sefamili , alhamdulillah puasa sunat isnin n khamis semoga kita semua teruskan. wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam kak roha. Esok hari Isnin. Ayuh kita berpuasa sunat. Mulakan ia. Semoga dapat diteruskan.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  3. salam firdaus sefamili, alhamdulillah terima kasih mengingati. insyallah, wassalam

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Roha,

    Agak agak dalam sehari berapa kali Kak Roha buka blog saya ni. Sebab saya rasa macam banyak kali aja kak buka dalam sehari.

    Kerap dapat motivasi dari kak.

    Thanks.

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam , ya benar almaklumlah baru2 ni ada ruang berfb, buka blog2, bolehlah mengetahuinya. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Assalam,

    Beberapa kali menjengok blog tapi belum ada update. Alhamdulillah kali ini banyak cerita yang membawa kita untuk istiqamah melakukan yang sunat walau sedikit sedikit tapi consistent. Terima kasih.

    Semuga tuan haji, keluarga dan semua warga MFUAD Allah beri rahmat dan terus melakukan amal ibadat dengan istiqamah.

    Jazakaullah

    AJ

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1763,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Ibadah,1,Video Shooting,1,Video Sirah Nabi,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Travelog Haji - Part 55 - Puasa Sunat Di Mekah
Travelog Haji - Part 55 - Puasa Sunat Di Mekah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4eNAA4Wlg-NhFpvAWct-EFm5S9IEBebsLOhxQT76WN3fILNiNu7oJpMwrtmnrlHpMTCPnVNwK0Mki271KRSIqheZaDESBoQvND6c1ZakkiWTq49SIzgj-1D2hEg0xuviomRjTTSJKlTeY/s400/2.JPG
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4eNAA4Wlg-NhFpvAWct-EFm5S9IEBebsLOhxQT76WN3fILNiNu7oJpMwrtmnrlHpMTCPnVNwK0Mki271KRSIqheZaDESBoQvND6c1ZakkiWTq49SIzgj-1D2hEg0xuviomRjTTSJKlTeY/s72-c/2.JPG
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travelog-haji-part-54-puasa-sunat-di.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/01/travelog-haji-part-54-puasa-sunat-di.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy