Assalamualaikum,

Saya doakan pembaca blog Mariafirdaus sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Saya doakan "Anda Kaya Dan Berjaya".

Kisah dibawah ini adalah sambungan kepada Bab 1 : Mengapa Saya Tulis Ebook Ini Sila Klik Jika Anda Belum Baca Bab 1.

Ia adalah sebahagaian daripada kisah yang ditulis dalam Ebook Now Everyone Can Kurus.


Dapatkan Ebook Ini Percuma. Sila Whatsapp Maria. Taip "Nak Kurus" Ke 019-2592731.

Sambungan Bab 2 : Bagaimana Saya Dibesarkan

Saya dibesarkan dalam keadaan suasana kampung. Arwah abah saya merupakan seorang kerani sekolah dahulu dan emak saya pula merupakan seorang pembantu jururawat.

Arwah abah dan emak serta adik beradik saya yang lain.

Saya mempunyai 5 orang adik beradik.

Saya sangat bangga dengan ibu bapa saya, kerana mereka telah membesarkan kami dengan baik sekali.

Sejujurnya, kami dari keluarga yang sederhana. Berapalah sangat gaji seorang kerani sekolah dan juga pembantu jururawat.

Tetapi, mereka memang tak ‘berkira’ bab makan dengan kami. Emak suka beli makanan untuk kami dari pasar malam. Arwah abah pun sama. 

Boleh dikatakan, setiap minggu 1-2 kali kami makan makanan dari pasar malam.

Boleh dikatakan sate, pulut, ayam goreng, murtabak, burger akan dibeli silih berganti buat kami.

Sejak dari kecil, kami sudah dibiasakan dengan makanan sebegini. Saya tidak pernah melihat semua makanan ini sesuatu yang tidak sihat. 

Bagi saya, ia makanan yang sedap dan menyelerakan.

Mak Suka Memasak …. Sedap Pulak Tu

Hobi emak saya adalah memasak. Setiap kali masak, mak akan masak lebih. Katanya, “Senang masak banyak-banyak, nanti boleh makan sekali lagi”

Di rumah kami sudah di ‘train’ untuk kerap makan. Sarapan pagi, kemudian makan lagi jam 10 pagi. Makan tengah hari, minum petang, dan makan malam selepas jam 8.00 malam.

Apa yang lebih best, setiap kali makan, kami pasti akan makan makanan yang ‘berat’. 

Kami selalu bersarapan dengan nasi lemak, mee goreng, nasi goreng, telur goreng, cucur kodok, pisang goreng, pulut, kuih kuih manis dan lain lain lagi.

Pendek kata, saya tidak pernah merasakan apa yang saya makan itu tidak sihat. Bagi saya, semuanya ‘ok’. Saya sudah dibiasakan dengan suasana begitu.

Kalau dibuka pintu peti ais pula, makanan sentiasa penuh. Ais krim dan coklat selalu memenuhi ruangan peti ais bahagian atas.

Saya tidak pernah merasakan yang ais krim dan coklat itu makanan yang tidak sihat. Bagi saya, ia biasa.

Pendek kata, saya tidak pernah berlapar ketika di rumah.

Mereka membesarkan kami sepertimana kebanyakan ibu bapa di Malaysia membesarkan anak-anak mereka.

Emak dan arwah abah sentiasa menggalakkan kami semua adik-beradik untuk belajar di asrama ketika di Tingkatan 1. Katanya untuk mengajar kami hidup berdikari. Kami semua 5 beradik tinggal di asrama bermula di Tingkatan 1.

Semasa di Tingkatan 1, saya belajar di SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang sehingga ke Tingkatan 3. Kemudian, saya belajar di MRSM Taiping sebelum ke Kolej Mara Banting dan kemudiannya ke University of Sheffield, United Kingdom. 

    Ketika di MRSM Taiping.

                  Ketika di United Kingdom. Berat saya hanya 63kg pada waktu itu. Slim dan macho. Sebab tu la Maria minat dekat saya. (Ala korang ni, nak gurau pun tak boleh)

Memandangkan sejak dari Tingkatan 1 saya sekolah berasrama dan tinggal berjauhan dengan keluarga, saya memang slim sehingga saya menamatkan pelajaran di United Kingdom.

Selepas Pulang Ke Malaysia

Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2003, saya bekerja sebagai Engineer di Kulim, Kedah. 

Memandangkan saya masih lagi bujang pada waktu itu, setiap hari saya akan makan di luar. Takkan orang bujang nak masak di rumah. ‘Memang tak lah kan….’

Sarapan pagi sudah dibiasakan dengan yang berat berat. Nasi goreng, bihun goreng, mee goreng, roti canai telur dan yang seangkatan dengannya. 

Minuman kegemaran pula tentulah teh tarik. Saya memang hantu teh tarik pada waktu itu. Takkan nak minta air suam pulak. Takut nanti orang kata saya kedekut. Lagi sedap kalau diletakkan susu pekat manis lebih. Nikmatnya terasa sampai ke halkum.

 Makanan ‘Sihat’… Kegemaran Rakyat Malaysia

Waktu tengah hari juga saya makan di luar. Makanan bergoreng, berkuah dan bersantan sudah menjadi kebiasaan. Sayur? Hmm… Saya tak suka makan sayur. 

Biasalah tu. Tak pernah terlintas di fikiran saya ‘makanan seimbang’. 

Perkataan itu tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya pada waktu itu.

Jadi, saya mula mengumpul lemak-lemak di badan selepas saya bekerja. 

Manakan tidak, sebelum saya pulang dari United Kingdom, berat saya 63kg. Tetapi selepas pulang ke Malaysia berat badan saya melonjak kepada 68kg dalam tempoh beberapa bulan sahaja. 

Perhatikan perubahan fizikal saya selepas pulang ke Malaysia. Makin membesar.

Ada saya kisah pada waktu itu?

Tak… Saya rasa saya masih ok. Saya sihat je. 

Perasaan ok itulah sebenarnya yang menyebabkan badan saya semakin menaik secara perlahan-lahan tanpa saya sedar. 

Berhenti Kerja Dan Mula Menjalankan Perniagaan

Pada tahun 2005, saya berhenti kerja. Saya mula menjalankan perniagaan saya sendiri sebagai Penternak Ayam Daging dan saya tinggal bersama dengan keluarga saya di Parit Buntar.

Saya bukan saja menternak ayam daging, tapi proses ‘menternak’ lemak dalam badan pun bermula pada waktu itu. Saya mula menjadi seorang penternak lemak yang ‘berjaya’. 

Berat badan semakin meningkat kepada 70kg. Saya ok. Alah.. Baru 70kg.’

Disebabkan saya tinggal di rumah bersama ibu bapa saya, makanan di rumah semuanya diuruskan oleh emak saya. Kerja saya makan saja.

Apa lagi, saya membesar bagai seorang kanak-kanak yang riang. 

Di rumah, makanan memang tersedia setiap waktu. Kalau mak buat sarapan, mesti dia buat lebih untuk kami makan kali kedua pada jam 10.00 pagi.

Waktu petang wajib ada kuih di rumah kami. Sama ada mereka akan beli di pasar malam atau pun mak akan buat sendiri. Biasanya kami makan kuih-muih manis atau pun bergoreng seperti pisang goreng dan cucur udang.

Makan malam kami sekeluarga pula, biasanya selepas solat Maghrib.

Bagi saya, saya tidak melakukan sebarang ‘kesalahan’. Apa yang saya lalui adalah apa yang majoriti rakyat Malaysia lakukan. 

Jujur saya katakan, apa yang saya ‘belajar’ sepanjang kehidupan saya, itulah yang mencorak pemakanan saya selepas itu. 

Saya tak pernah rasa bersalah dengan apa yang saya makan walau pun ianya tidak seimbang dan tidak menyihatkan.

Begitulah kehidupan saya, dibesarkan seperti mana kebanyakan rakyat Malaysia. 

Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan sesiapa termasuk ibu bapa saya. Saya sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana saya tidak pernah ‘ambil berat’ kesihatan saya.

Usah cakap bab senaman, lagilah saya memang tidak bersenam.

Suplemen? Memang saya tak pernah ambil. Nak makan buat apa? Sayakan sihat.

Ia melengkapkan pakej ‘gaya hidup tak sihat’ yang saya amalkan.

Bab 3 : Akan bersambung Selepas Ini


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

Jika Anda Rasa Kisah Ini Bermanfaat, Sila Tekan Button SHARE Di Bawah. Kongsikan Kisah Ini Dengan Sahabat Anda Yang Lain

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top