By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Sejak 9 tahun yang lepas, iaitu bermula 2005, saya sudah menjalankan perniagaan ternakan ayam daging. Alhamdulillah, perniagaan ini dipermudahkan Allah. Ia berkembang dengan baik. Syukur Alhamdulillah.

Namun, pada Jun 2012. Saya mengubah kehidupan saya. Ia berlaku selepas saya menghadiri Kursus Advanced Marketing Power anjuran Dr Azizan Osman di Kuala Lumpur. Saya mahu memperkembangkan perniagaan saya.

Bukan sedikit wang yang saya keluarkan untuk belajar ilmu perniagaan. Saya sudah membelanjakan ribuan ringgit. Banyak ilmu yang saya belajar.

Saya hadiri Kursus Dr Azizan Osman, saya hadiri kursus Irfan Khairi. Semua ini saya lakukan sebab saya mahu mengubah kehidupan saya ke arah yang lebih baik.

Pelajari Ilmu Bisnes Online

Selepas saya belajar cara perniagaan bisnes online, saya cuba mengamalkannya. Mangsanya adalah Maria.

Saya tak mampu nak buat bisnes online sebab saya sibuk dengan perniagaan yang sedia ada.

Maka, Marialah tempat saya mengaplikasikan segala ilmu yang saya pelajari daripada kursus dahulu.

Saya suruh Maria buat bisnes online.

Dah banyak duit kami laburkan untuk menceburi bidang bisnes online ini. Dah banyak ribu kami rugi. Dan dah banyak ribu juga kami untuk melalui bisnes online ini.

Namun, kami bersyukur. Kerugian ribuan ringgit adalah 'harga' yang kami perlu bayar untuk belajar ilmu marketing dengan betul.

Buat Bisnes Shaklee

Maria mula buat bisnes Shaklee sekitar Oktober-November 2012 selepas 'dipaksa' saya untuk buat bisnes. Maria bukan seorang yang minat dengan bisnes.

Dalam kepala otak Maria dah tersemat, terkunci rapat bahawa untuk hidup mesti kerja makan gaji. Itu sahaja yang dia boleh buat.

Alhamdulillah, saya berjaya 'mencuci otak' Maria untuk cuba buat bisnes. Maria mula menceburi bisnes Shaklee bermodalkan RM75 sahaja, sebagai yuran keahlian.

Daripada buat suka-suka, saja nak test, akhirnya bisnes Maria jadi huru-hara. Pada peringkat awal, Maria langsung tak percaya dia boleh berjaya dalam bisnes Shaklee. Pernah Maria bertanya kepada saya.

"Abang, macam mana kita nak berjaya dalam bisnes Shaklee. Barang pun harga puluh-puluh saja. Macam mana nak untung ribu ribu. Bila nak kaya kalau buat bisnes Shaklee?"

Saya katakan kepada Maria.

"Cuba tengok orang lain yang dah lama buat bisnes Shaklee, boleh saja depa tu buat. Kaya jugak pun. Ada yang income 4 angka, 5 angka dan 6 angka. Kalau depa boleh buat, kenapa kita tak boleh buat"

So, Maria pun start bisnes Shaklee hanya sebab nak cuba. Alhamdulillah dengan tunjuk ajar dari mentor yang betul, teknik yang betul. Akhirnya Maria berjaya. 

Bermula dengan income 2 angka sebulan, Maria merangkak dengan income 3 angka sebulan selama 2 bulan lagi. Maria hanya dapat 4 angka pada bulan ke empat.

Akhirnya, pada bulan ke enam Maria terpaksa berhenti kerja kerana tak mampu nak handle kesibukan melayan customer. 

Syukur Alhamdulillah, bermula August 2013, iaitu selepas 10 bulan buat bisnes, Maria berjaya memperoleh pendapatan 5 angka sebulan.

Bukan Mudah Untuk Berjaya

Apa yang Maria kecapi hari ini bukan datang dengan mudah. Ia satu pengalaman yang sangat berharga. Untuk berjaya, Maria terpaksa membayar dengan harga yang mahal.

Semasa Maria berkerja, Maria terpaksa bersengkang mata. Tidur lewat malam dan bangun awal pagi. Ini semua dilakukan demi mengejar kejayaan dalam perniagaan.

Sampai satu tahap, hidup Maria memang huru-hara. Satu tangan pegang baby, satu tangan pegang handphone. Melayan customer. Adakalanya Maria update Blog dan Facebook sambil menyusukan baby Fateh.

Kasihan... Memang kasihan saya melihat Maria pada waktu itu.

Tapi, saya beri tahu Maria. Bukan senang nak berjaya. Semua orang yang berjaya mereka semuanya susah pada peringkat awal.

Maria kuatkan semangat untuk terus cekal dalam bisnes. Pantang Maria berundur. Sebab, selepas menyertai bisnes Shaklee, Maria dah mula ada TARGET dalam hidup. Dah mula ada misi, visi dan impian yang ingin dicapai.

Inilah yang Maria belajar dalam bisnes Shaklee.

Perubahan Pada Diri

Sekarang, Maria dah jauh berubah berbanding Maria yang saya kenal dahulu. 

Jika dahulu, Maria seorang yang PEMALU. Seorang yang tak suka bersembang dengan orang lain.

Alhamdulillah, hari ini Maria dah jadi seorang yang PERAMAH. Dah mampu bercampur dengan orang lain dengan baik.

Jika dahulu, Maria seorang yang suka memberi ALASAN. Tapi, sekarang Maria dah pandai mencari jalan PENYELESAIAN. Tidak lagi focus kepada masalah seperti dahulu.

Alhamdulillah, Maria memang dah berubah.

Jika dahulu, Maria fikir nak buat bisnes sebab nak cari UNTUNG. Sebab nak side income. Sebab nak duit. Sebab nak kaya. Tapi sekarang Maria dah berubah.

Maria buat bisnes sebab nak MEMBANTU orang lain, menambah nilai hidup orang lain dan menyelesaikan masalah orang lain. Maria mahu mencari kekayaan agar kekayaan itu dapat digunakan untuk membantu orang lain yang lebih memerlukan.

Inilah yang diajar oleh mentor-mentor Maria dalam group Shaklee. Erti Hidup Pada Memberi.

Amalan Solat Dhuha sebanyak 4 rakaat kini sudah menjadi kewajipan buat Maria. Setiap hari, Maria melatih dirinya untuk banyak berzikir, istighfar dan berselawat.

Alhamdulillah, seronok saya tengok perubahan dalam diri Maria.

Ramai Yang Bertanya

Setiap hari, semakin ramai yang bertanya macam mana Maria buat bisnes Shaklee. Susah ke? Bagus sangat ker? Seronok sangat ker?

Akhirnya, saya buat keputusan. Segala pengalaman Maria ini perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan agar ia dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang lain untuk berjaya.

Setakat hari ini, Maria sudah berjaya membantu ramai orang untuk memperoleh pendapatan 4 angka sebulan. Yang dapat 3 angka sebulan tak boleh dibilang dengan jari. Sudah terlalu ramai. 

Mereka semuanya masih baru dalam bisnes. Tapi, Alhamdulillah dengan teknik yang betul. Mereka menjadi lebih mudah untuk menjalankan perniagaan.

Syukur Alhamdulillah, selepas berhempas pulas meluangkan masa untuk menulis EBOOK ini. Akhirnya saya dengan rasa rendah diri ingin berkongsi dengan anda semua.

Sebuah kisah  kejayaa yang penuh motivasi, padat dengan kisah-kisah inspirasi. Anda boleh membaca suka-duka, jatuh bangun perjuangan seorang wanita bernama Maria untuk berjaya dalam bidang bisnes yang dia ceburi.

Saya ingin tunjukkan kepada masyarakat di Malaysia, di mana ada jalan di situ ada kemahuan.

Saya mahu kongsikan kepada anda semua, untuk berjaya dalam perniagaan, anda sebenarnya tak memerlukan modal yang besar. Anda tak perlu memiliki yang kilang yang besar. Anda tak perlu memiliki pekerja yang ramai.

Apa yang anda perlukan? Cukuplah jika anda mempunyai HATI YANG KENTAL, JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH. Insya Allah, segalanya akan dipermudahkan Nya.

Jika anda berminat untuk membaca kisah perjalanan Maria menjalankan perniagannya. Anda boleh download ebook ini secara PERCUMA. Ya.. Percuma.

Saya berikan percuma kepada anda kerana saya mahu menambah nilai hidup anda. Saya mahu anda berjaya. Bahagia di dunia dan berjaya di akhirat.

Jika anda selama ini tak pernah berniaga, jika anda selama ini tak tahu apa nak berniaga. Ayuh... Saya tunjukkan jalannya. Jalan pintas untuk berjaya.

Anda bacalah, hayatilah apa yang saya kongsikan ini. Semoga, ia akan memberi inspirasi kepada anda untuk lebih berjaya satu hari nanti.



SILA DOWNLOAD EBOOK PERCUMA DI :

HARAPAN SAYA

Jika tidak menyusahkan anda, jika saya tidak membebankan anda, saya berharap sangat. Anda dapat tekan LIKE button di bawah ini. Kalau boleh, saya mahu lebih ramai yang mendapat manfaat daripada ebook ini.

Mungkin, satu klik daripada anda mampu menjadi titik perubahan buat rakan-rakan anda yang lain. Sama-samalah kita mencari pencen kubur.

Kepada anda semua, saya mohon. Ayuh kita sama-sama doakan. Agar Maria mampu memperoleh pendapatan 6 angka sebulan pada tahun 2015. Itu impian Maria pada hari ini.

Jemput tonton MARIA FIRDAUS SUCCESS JOURNEY:-




Terima kasih kerana sudi membaca entri ini.

Wassalam.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,
    tumpang tanya...sy dh masukkan nama & alamat email tp xde trima email pun.t.kasih

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah tuan..sy azmi mohon dikongsi ebook ini. fariszemi@gmail.com

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top