Assalamualaikum,

Entri kali ini adalah apa yang saya tulis dalam Ebook Now Everyone Can Kurus. Semua kisah saya dalam ebook ini kita dimasukkan ke dalam blog bagi memberi ruang kepada lebih ramai orang untuk membacanya.

Jika anda nak kisah ini dalam bentuk Ebook. Sila Whatsapp Maria di 019-2592731. Taip "Nak Kurus" sahaja. Ia percuma untuk anda.

Bab 1 : Mengapa Saya Tulis Ebook Ini?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Saya bersyukur kepada Allah kerana hari ini Allah telah memberi peluang kepada saya untuk hidup dengan lebih sihat, kurus, cergas dan bertenaga.

Jujur saya katakan, kurus dan sihat adalah satu nikmat yang sangat besar. Ia impian bagi semua orang. Semua orang nak kelihatan kurus, cantik, ‘macho’ dan yang paling penting adalah SIHAT.

Saya Sudah Berjaya

Alhamdulillah, hari ini saya sudah pun berjaya menurunkan berat badan.
Namun, di lubuk hati saya, saya terasa ‘berdosa’.

Ini kerana guru saya ada memberitahu, ‘berdosa’ jika saya mempunyai sesuatu atau tahu sesuatu perkara yang baik, tapi saya simpan seorang diri.

Saya rasa bersalah. Saya tidak pernah berkongsi segala pengalaman yang saya miliki ini dengan orang lain. Saya kurus, tapi saya kurus sorang-sorang.

Mengapa saya hanya berjaya seorang diri?

Apa salahnya kalau saya sudah berjaya, lepas itu saya bantu 1000 lagi orang untuk berjaya seperti saya?

Banyak pahalanya tu! Ya, saya mesti bantu orang lain.

Saya mesti kongsikan ilmu dan pengalaman saya ini dengan orang lain.

Sebab itulah saya sanggup meluangkan banyak masa saya untuk menulis perkongsian ini.

Semoga, perkongsian ini dapat menjadi pencen kubur buat saya nanti.

Masalah Saya Dahulu



Leher tak ada


 Pencapaian ‘Terbaik’ Saya Sebelum Ini

Setelah sekian lama berat badan saya mencecah 80kg pada ketinggian 169 cm dengan BMI 28.0, akhirnya Allah memberi hidayah kepada saya untuk mula menjaga kesihatan tubuh badan saya.

Seperti yang saya kongsikan sebelum ini, saya nak kurus dan sihat. Bukan sekadar kurus tapi tak sihat.

Saya bersyukur kepada Allah, saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11.5kg dalam tempoh 100 hari.

Kejayaan ini terlalu banyak memberi perubahan dalam hidup saya. Paling ‘best’ kini saya semakin mudah untuk membeli pakaian.



Kini dah boleh pakai baju Slim Fit

Jika dulu, saya terpaksa beli yang bersaiz XL, tetapi sekarang saya boleh membeli baju yang bersaiz M. Dan yang lebih seronok, saya kini dah boleh memakai baju slim fit. Sesuatu yang saya tak mampu nak buat dulu.

Kalau saya pakai baju slim fit dahulu, ia kelihatan seperti buah nangka yang disarung, buruk sangat.

Usah dibayang perut saya, saya tidak mempunyai ‘Six Pack’, tapi saya mempunyai ‘One Pack’ yang ‘comel’.

Ia seperti satu ‘Air Bag Original’ yang sangat ‘power’.
Pernah seorang sahabat berkata kepada saya, ‘Bagus ada perut macam ni, kalau kereta accident masih selamat. Sebab ada ‘air bag’. Organ dalaman akan selamat.’

Perghh…. Sentap sungguh saya rasa.
Sebelum ini, saya pernah cuba untuk menurunkan berat badan. Tetapi disebabkan tidak ada ilmu yang betul, turunnya sedikit tetapi selepas itu berat badan naik dengan lebih banyak.

Alhamdulillah, sejak saya berjaya menurunkan berat badan. Saya rasa stamina saya semakin meningkat. 

Jika dulu bila berjogging sedikit saya dah rasa semput. Tapi sekarang saya mampu berjogging lebih jauh dan masih kekal cergas dan bertenaga.

Selain itu, untuk pengetahuan anda, saya juga merupakan seorang penceramah motivasi pelajar cemerlang. Boleh tak anda bayangkan, saya memberi motivasi kepada orang lain. 

Tetapi saya ‘gagal’ untuk memberi motivasi kepada diri saya sendiri untuk kurus.



Nampak ‘Rendang’ Bila Berada Di Hadapan. Terpaksa Pakai Baju Berjalur Untuk Nampak Kurus.

Dulu, bila bercakap dihadapan khalayak, keyakinan saya sangat rendah.

Tetapi, apabila saya menurunkan berat badan, keyakinan saya semakin tinggi.

Saya boleh memakai baju yang lebih kemas dan saya semakin berkeyakinan semasa berucap.

Perut saya kini tidak menonjol kehadapan lagi, tidak PJK lagi. (PJK - Perut Jauh Kedepan).

Mengapa Saya Tulis Ebook Ini

Jika anda bertanya kepada saya mengapa saya tulis ebook ini?



Sejujur dan seikhlas hati ingin saya nyatakan saya tulis ebook ini semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah, semata-mata kerana Allah.

Saya ada sedikit ilmu yang Allah kurniakan, saya tidak mahu ilmu ini dipersiakan.

Saya mahu anda juga boleh menurunkan berat badan dengan cara yang mudah dan hidup dengan lebih sihat.

Mungkin ada di antara anda yang berkata, “Alah, dia ni tak gemuk sangat pun…. Senang lah nak turun berat.”

Sebenarnya, saya telah pun mencapai tahap obes tetapi belum di tahap yang serius. Ini kerana Allah telah memberi hidayah kepada saya lebih awal. Syukur Alhamdulillah.

Masalah Besar Rakyat Malaysia

Tahukah anda, selama ini kita rakyat Malaysia dibesarkan dengan cara pemakanan yang salah terutamanya orang Melayu.
Kita dibiasakan untuk makan makanan yang kurang berkhasiat dan tidak sihat.



Makanan Yang Tidak Sihat Tetapi Menjadi Kegemaran Rakyat Malaysia

Betul tak, kita semua dibesarkan dengan makan nasi lemak, roti canai, murtabak, makanan bergoreng, makanan segera seperti KFC, Pizza Hut serta Mc Donald (Jangan makan yer, kita boikot Mc D).

Ini belum dicampur dengan makanan bergula, berminyak, bersantan, bergaram seperti kari, masak lemak, dodol, pulut, kuih muih yang manis, cucur kodok, goreng pisang, cendol, ais kacang dan lain-lain lagi.

Jika minuman pula, kita selalu dihidangkan dengan teh, nescafe, kopi yang biasanya dicampur dengan susu pekat manis yang sangat tinggi kandungan gulanya.

Ini belum dicampur dengan minuman bergas seperti Coca Cola, Pepsi dan minuman dalam tin serta kotak. Semua ini turut mempunyai kandungan gula yang tersangat tinggi dan tidak baik untuk tubuh badan kita.

Bagi saya, tak salah kita nak makan semua makanan di atas, tetapi kita perlu tahu bila kita boleh makan, berapa kuantiti nak makan dan apa yang perlu dilakukan selepas kita makan.

Selain itu, kebanyakan rakyat Malaysia dibesarkan dengan cara hidup yang kurang sihat. Kita tidak dididik untuk rajin bersenam.

Betul atau tidak, kita tidak suka menggunakan tangga? Kita lebih memilih untuk menaiki lif di pasaraya atau di pejabat.

Kita lebih selesa untuk menaiki motosikal untuk ke kedai atau surau yang jaraknya tersangat dekat dengan rumah kita.

Kita tidak memberi masa kepada diri kita untuk bersenam sekurang kurangnya 3 kali seminggu.

Kita juga tidak pernah ambil sebarang suplemen untuk meningkatkan kesihatan diri kita.
Bagi kita, semua ini tidak penting. Kita tidak pernah ambil berat kesihatan kita. Sebab apa? 

Sebabnya kita rasa kita masih sihat dan belum sakit. Kita rasa ok je!

Kesan Dan Akibat Cara Hidup Kita Selama Ini

Disebabkan pengambilan makanan yang tidak terkawal, jarang bersenam dan tidak mengamalkan cara hidup yang sihat, maka lahirlah satu golongan di negara ini yang mempunyai masalah obesiti.



60% rakyat Malaysia GEMUK. Malaysia Negara Orang Gemuk??!! Oh Tidak!!

Sebab Itulah Saya Tulis Ebook Ini

Saya tahu, ramai orang di sekeliling saya yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, berbadan besar, atau setidak-tidaknya perut mereka buncit.

Sebelum ini, saya tidak dapat membantu mereka kerana saya pun salah seorang daripada mereka.

Tetapi sekarang, dengan kejayaan saya menurunkan berat badan, saya rasa mungkin saya dapat membantu ramai di kalangan pembaca ebook ini untuk kita sama-sama menurunkan berat badan.

Saya nak anda yang berbadan besar, jika belum berkahwin anda dapat menurunkan berat badan dan mendapat pasangan yang anda impikan.

Mungkin, anda belum ada jodoh disebabkan saiz badan anda. Maafkan saya jika ada yang tersinggung.

Dan ramai yang menganggap, jika dia berbadan besar dia akan mendapat pasangan yang berbadan besar juga.

Jom kita ubah persepsi ini, kalau anda berbadan besar, jom turunkan berat badan, Insya Allah lebih mudah untuk anda mendapat pasangan seperti yang anda impikan.

Saya tulis ebook ini sebab saya nak, jika anda sudah berkahwin dan berbadan besar, anda dapat menurunkan berat badan untuk pasangan anda.

Berapa ramai isteri yang menjadi janda setelah suami mereka meninggal dunia akibat pelbagai penyakit berkaitan obesiti di usia muda, seperti penyakit 3 serangkai iaitu darah tinggi, sakit jantung dan diabetes.

Jujur saya katakan, jika diberi pilihan, saya yakin pastinya majoriti suami suka melihat isterinya cantik dan ‘selim melim’ di hadapannya. Bukan cantik di hadapan orang lain yer. Kita tidak boleh menafikan hakikat ini. Ia adalah fitrah semulajadi seorang lelaki.

Seorang isteri pula, jika di beri pilihan, saya juga yakin ramai yang suka melihat suaminya fit, handsome, macho di matanya.

Ini juga fitrah, anda mungkin boleh menafikan kerana anda takut suami anda mencari orang lain.

Tetapi, alangkah bahagianya, jika suami dan isteri yang berbadan besar, kedua-duanya berusaha bersama-sama untuk mendapatkan berat badan ideal. Bukankah ini lebih baik?
Hidup kita lebih cergas, lebih sihat, lebih ceria dan bertenaga. Barulah rumah tangga kekal bahagia.

Percayalah, kita berhak untuk hidup dengan lebih bahagia.

Percubaan Demi Percubaan Tetapi Gagal

Saya tahu ramai orang di luar sana tidak cukup motivasi untuk menurunkan berat badan dengan sendiri. Mereka dah cuba berkali kali, tapi berat tak turun-turun juga.

Apa yang berlaku, berat badan turun 5kg, kemudian naik balik sehingga 10kg.

Saya tahu, semua ini berlaku kerana kita tidak mempunyai MENTOR, tidak mempunyai ILMU dan tidak mempunyai KEINGINAN yang tinggi untuk menurunkan berat badan.

Alhamdulillah, selepas berjaya menurunkan berat badan, saya rasa sebenarnya nak kurus itu mudah, tersangat mudah kalau kita tahu caranya.

Sebab itulah, saya rasa saya perlu kongsikan ilmu ini dengan para pembaca.

Saya berikan ebook ini PERCUMA sebab saya mahu mendidik rakyat Malaysia agar kita semua sama-sama dapat mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

Pengorbanan Yang Telah Saya Lakukan

Sekadar berkongsi dengan anda, sebelum saya menulis ebook ini, saya telah membelanjakan ratusan ringgit untuk mencari ilmu bagaimana saya boleh menurunkan berat badan dengan mudah.

Saya yakin, jika saya menurunkan berat badan dengan ilmu. Insya Allah ia akan lebih mudah dicapai.

Selain itu, saya juga melaburkan banyak masa untuk membaca dan mengkaji pelbagai ebook dan menonton video-video di Youtube mengenai tips menurunkan berat badan.

Tujuannya mudah, jika saya berjaya menurunkan berat badan, selepas ini saya dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia menurunkan berat badan.

Hari ini saya sudah pun berjaya mencapai berat badan yang saya mahukan, sekarang saya mahu anda pula yang berjaya. Saya mahu anda kurus, anda sihat dan bahagia bersama insan tersayang.

Saya mahu anda tahu, untuk menurunkan berat badan, anda hanya perlu melakukan perkara yang sama yang telah dilakukan oleh orang lain yang telah terbukti berjaya.

Insya Allah, jika anda menggunakan teknik yang sama seperti yang saya gunakan dahulu. Anda akan berjaya sama seperti saya. Mungkin, anda boleh mencapai lebih baik lagi.

Hayatilah perjalanan hidup saya, dari seorang yang tidak mengambil berat akan kesihatan dan berat badan, akhirnya saya menjadi seorang yang ‘health concern’.

Harapan saya, agar anda yang membaca buku ini akan terinspirasi dengan kisah kejayaan yang telah saya capai. Saya mahu anda tahu, untuk menurunkan berat badan, saya bekerja keras selama 100 hari. Kejayaan memerlukan pengorbanan.

Saya doakan, anda yang membaca buku ini akan dapat mengamalkan segala ilmu dan rahsia yang saya kongsikan. Semoga satu hari nanti, anda akan berjaya mencapai berat yang anda impikan.

Saya harap sangat, selepas ini anda dapat hidup dengan lebih sihat dan bahagia bersama insan yang tersayang.

Selamat Membaca!

Anda Nak Baca Bab Kedua Bertajuk : Bagaimana Saya Dibesarkan Akan?  KLIK DI SINI


Sila Support Untuk Sama Sama Kita Beri Motivasi Kepada Sahabat Yang Lain Untuk Menurunkan Berat Badan. Tekan Button SHARE Di Bawah Sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top