By: Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Nota: Ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini:-

Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 1

"Ya Allah, bantulah aku untuk menulis entri kali ini. Permudahkanlah aku  agar apa yang aku tulis ini dapat memberi kesan kepada diriku dan mereka yang membaca. Aku pohon pada Mu, masukkanlah kami semua ke dalam syurga Mu tanpa dihisab"

Bagaimana Saya Bermula?

Alhamdulillah. Untuk saya bermula, tidaklah sukar.

Ini kerana saya mula melakukan Qiamullail sejak saya pergi menunaikan haji pada tahun lepas.

Pertemuan dengan Prof Kamil di Madinah banyak membantu dalam memberi motivasi kepada saya untuk melakukan Qiamullail.

Anda boleh baca nasihat Prof Kamil kepada saya tentang Qiamullail di sini :-

Travelog Haji - Part 23 : Nasihat Prof Kamil (IV)

Di sana, saya bangun seawal jam 2.00 pagi dan melakukan Qiamullail selama 3 jam sementara menanti masuk waktu Subuh pada jam 5.00 pagi.

Prof Kamil mengajar saya  bagaimana untuk mengisi masa 3 jam ini agar kita tidak terasa yang ia terlalu lama.

Dan Prof Kamil selalu memesan kepada saya untuk berdoa dalam setiap kali selepas solat.

"Ya Allah, berikan kekuatan kepadaku untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Berikan kekuatan kepadaku untuk menunaikan solat fardhu secara berjemaah. Berikan kekuatan kepadaku untuk rajin bersedekah. Berikan kekuatan kepadaku untuk istiqamah menunaikan solat Sunat Dhuha setiap hari."

Jadikan apa yang saya baca ini sebagai satu azam dalam hidup saya.

Itu yang dipesan oleh Prof Kamil.

Dan saya membaca doa ini sejak dari Mekah lagi.

Prof Kamil menerangkan. Saya perlu ada matlamat. Saya perlu ada perancangan apa yang saya mahu lakukan selepas pulang dari menunaikan haji nanti.

Prof mengatakan, jika saya tiada perancangan ibadah, beliau khuatir takut takut masih tidak ada perubahan dalam hidup saya sebelum dan selepas saya menunaikan haji nanti.

Dan, saya bersyukur kepada Allah.

Allah memperkenankan doa saya.

Terus terang saya katakan, walaupun saya tidak mencapai tahap 100% dalam apa yang saya impikan.

Sekurang kurangnya, saya berusaha sedaya upaya setakat yang saya mampu untuk mengekalkan ibadah ini.

Namun, salah satu faktor yang saya rasa mengapa saya berjaya mengekalkan ibadah ini adalah daripada kekuatan doa yang saya baca.

Saya baca doa tadi setiap hari. Saya mohon kepada Allah agar Allah memberi kekuatan kepada saya untuk istiqamah melakukan Qiamullail setiap malam, melakukan solat fardhu secara berjemaah, kuat bersedekah dan menunaikan solat sunat Dhuha.

Dan selepas sekian lama saya amalkan. Ia terkesan di hati saya. Saya ingin berkongsi dengan anda satu perkara.

"Apa yang kita selalu fikir, apa yang kita selalu cakap, apa yang kita selalu sebut, apa yang kita selalu doa, apa yang kita selalu buat. Itulah yang kita akan dapat"

Dan ia teramat benar.

Saya rasa ada kekuatan dari dalam diri saya untuk melakukan perkara perkara yang saya mahu lakukan.

Ini lah yang saya ceritakan dalam entri yang lepas, TAHU, MAHU dan MAMPU.

Kita TAHU, tapi kita perlu MAHU. Insya Allah, ia akan mencetus MAMPU.

Jadi, nasihat pertama yang saya ingin berikan kepada mereka yang baru mahu belajar melakukan Qiamullail.

PERBANYAKKAN DOA KEPADA ALLAH. MOHON DOA KEPADA ALLAH AGAR DIA MEMBERI KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK MELAKUKAN QIAMULLAIL SETIAP HARI. YA SETIAP HARI.

INSYA ALLAH, KITA AKAN MAMPU MELAKUKANNYA DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.

Mulakan dengan azam. Insya Allah. Allah akan bantu anda. Kalau Allah izinkan, tiada perkara yang boleh menghalang kita daripada melakukannya.

PENGALAMAN SAYA UNTUK MULA BANGUN

Bangun menunaikan Qiamullail di Mekah dan di Malaysia tidak sama. Di sana, ia lebih mudah dilakukan.

Di Mekah, saya tidak ada komitmen kerja di sebelah siang hari.

Saya boleh bangun di Mekah dan Madinah pada jam 2.00 pagi dan melakukan Qiamullail sehingga jam 5.00 pagi. Dan selepas jam 7.00 pagi, saya masih boleh berehat dan tidur dihotel sekitar 2 jam.

Di Malaysia, senarionya berbeza. Pada sebelah siang, kita semua mempunyai komitmen kerja yang tersendiri.

Inilah yang menyebabkan mengapa ramai orang yang berjaya melakukan Qiamullail di Tanah Suci tetapi gagal melakukannya ketika di Malaysia.

Namun, kita harus bijak menyeimbangkan antara bangun menunaikan Qiamullail pada sebelah malam dan melakukan kerja di sebelah siang.

PERINGKAT AWAL

Pada peringkat awal, bukan mudah untuk saya bangun melakukan Qiamullail. Ia agak sukar. Ini kerana saya perlu bekerja pada siang hari.

Jika saya bekerja keras pada siang hari, ia memberi cabaran lebih untuk bangun di malam hari. Saya keletihan dan kepenatan.

Namun, saya bersyukur, Allah memberi saya ILTIZAM dan KEMAHUAN yang tinggi.

Saya selalu terfikir.

"Allah dah pilih aku untuk bangun menunaikan Qiamullail setiap malam. Aku tak boleh berhenti melakukannya. Aku takut. Kalau aku berhenti sehari dua. Takut nanti Allah tarik balik hidayah tu. Habis cerita. Bukan senang nak bermula semula"

Alhamdulillah. Ia sedikit sebanyak membantu dalam memberi kekuatan kepada saya.

SEBELUM TIDUR

Ini yang penting, sebelum tidur. Kita perlu berazam dalam diri yang kita akan bangun untuk melakukan Qiamullail pada esok hari.

Berdoalah kepada Allah.

"Ya Allah, aku nak bangun melakukan Qiamullail pada esok pagi semata mata kerana Mu ya Allah. Bantulah aku. Berikan kekuatan kepadaku"

Sebenarnya, bila kita dah berazam untuk bangun menunaikan Qiamullail, kita sebenarnya sudah menghantar mesej kepada minda bawah sedar kita yang kita akan bangun esok pagi.

Dan, insya Allah. Minda bawah sedar ini akan 'mengawal' otak kita semasa tidur untuk bangun di sebelah pagi.

Ia terjadi kepada saya. Dan ia sudah terjadi kepada ramai orang sebenarnya.

Pernah tak anda dengar, ada orang yang setiap hari dia akan 'terbangun' sendiri jam 5.00 pagi walaupun dia tak pasang jam loceng? Ada orang kata, malaikat yang datang mengejutkannya.

Kadang kadang, ia terjadi kepada saya. Ada hari, saya akan terbangun sendiri sebelum jam 4.30 pagi.

Mengapa? Kerana saya sudah set di minda saya yang saya nak bangun jam 4.30 pagi. Maka, minda bawah sedar saya akan bangunkan  saya pada waktu itu.

Dan loceng yang saya pasang hanya pelengkap untuk saya bangun.

SELEPAS BANGUN

Semasa loceng berbunyi, anda pasti akan terjaga untuk menutup kembali loceng itu.

Saya ingin kongsikan dengan anda betapa sukarnya untuk bangun malam bagi mereka yang baru hendak memulakannya.

Selepas terjaga, anda akan terdengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang mengatakan.

"Penatlah. Letihlah. Mengantuklah. Esok nak kerjalah. 5 minit lagi lah"

Dan akhirnya. Kita tertidur kembali.

Dan apabila esok pagi, bila kita terbangun. Kita akan rasa menyesal dalam diri.

"Masya Allah. Kenapa aku tak bangun tadi"

Saya pun pernah mengalami pengalaman sebegini dahulu.

Sebagai perkongsian dengan anda, apabila anda terbangun. Anda perlu terus cepat cepat bangun.

Anda tak boleh biarkan 'suara budak kecil' dalam diri anda berbisik. Kalau 'dia' sempat berbisik. Bahaya. Takut kita 'tergoda'.

Itulah kebiasaannya yang saya lakukan. Kalau dah terbangun, jangan berlengah lagi. Terus bangun dan pergi ke bilik air.

Berdasarkan pengalaman saya, yang susah sebenarnya adalah perasaan untuk melawan nafsu untuk bangun. Kalau dah terbangun. Insya Allah. Semuanya setel.

Dan bila dah cuci muka di bilik air dan berwudhuk. Badan kita akan mula terasa segar dan bersedia untuk melakukan Qiamullail. Insya Allah. Kita akan mampu untuk melakukannya.

Insya Allah, dalam entri selepas ini, saya akan kongsikan dengan anda secara detail solat apa yang saya lakukan, zikir apa yang saya baca untuk mengalirkan air mata dan doa apa yang saya baca.

Semoga, apa yang saya tulis ini dapat 'menggerakkan' hati anda untuk mengatakan. "Insya Allah, aku pun mampu untuk melakukannya"

ANDA INGIN MELAKUKANNYA?

Pada pandangan saya, sekarang adalah masa yang terbaik untuk anda memulakannya.

Mengapa?



Kerana, sekarang ini kita berada dalam bulan Ramadhan. Sekarang ini semua syaitan diikat dan dirantai. Sekarang ini, kita hanya perlu 'berperang' dengan nafsu kita sahaja. Tidak ada syaitan untuk menghasut kita untuk tidak melakukannya.

Percayalah, ia lebih mudah jika dibandingkan dengan bulan bulan lain.

Jika pada bulan ini kita tidak mampu memulakannya, usah bermimpi kita akan berjaya memulakannya pada bulan lain.

Dan pada bulan ini juga, Allah menyediakan malam Lailatul Qadar untuk kita. Maka, 'tawaran' yang Allah berikan kepada kita tidak boleh kita lepaskan. Ia lebih baik daripada 1000 bulan. Masya Allah.

Sama samalah kita berusaha. Ayuh kita mulakan segera. Semoga kita menjadi insan terpilih dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Wassalam.

Sila layari kisah selanjutnya di sini:

Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 3

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE di bawah dan SHARE entry ini. Mudah-mudahan ia menjadi pencen kubur untuk kita semua. Amin. 

-----------------------------------------------------------------------------------------------


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Rahsia Maria Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. 
Kini Maria Menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah. Semoga bermanfaat..

3 ulasan:

  1. Assalam,

    Semuga sentiasa diberi ilham dari Allah bagi berkongsi tips.

    Teruskan share doa, tips buat kami.

    Semuga sentiasa dalam rahmat Allah dan redha NYA.

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    TQVM..

    sangat terkesan..

    -yusfarazi-

    BalasPadam
  3. salam..
    seronok dan bersemangat membaca blog abg firdaus.sy ada send e-mail mengenai projek ternakan ayam daging kat e-mail abg. Minta jasa baik abg firdaus utk baca.tq

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top