CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 1

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,



Berkali kali saya berfikir, bagaimana cara saya perlu menulis supaya saya dapat berkongsi dengan para pembaca bagaimana caranya untuk melakukan Qiamullail setiap malam?

Ya. Setiap malam.

Bagi saya, ia topik yang amat penting. Kalau saya tersalah cara menulis, saya takut mereka yang membaca tersalah faham dan tak dapat merasai nikmat berqiamullail yang saya rasai.

Saya hanya mahu berkongsi untuk memberi inspirasi kepada kita semua. Tiada niat lain dari itu.

"Ya Allah, ampunkanlah dosaku sekiranya terdetik perasaan riya' dan rasa bangga diri ketika aku menulis topik ini, jika ia berlaku ia bukan di atas kemahuan ku. Tetapi ia berlaku atas kejahilanku. Ampunkan dosaku ya Allah"

Sebelum Menunaikan Haji

Sebelum saya menunaikan haji, saya bukan seorang yang 'kaki' bangun malam. Jika saya bangun malam sekalipun, hanya untuk saya menonton perlawanan bola sepak melibatkan pasukan pilihan saya, Manchester United.

Nak suruh saya bangun solat tahjud. Bukan tak pernah saya lakukan. Pernah. Namun ia tidak terkesan di hati. Fizikal saya sahaja yang melakukannya tanpa roh.

Bolehlah, saya bangun bersolat tahjud dan bersolat hajat. Namun, ia mungkin cuma sehari dua dalam sebulan. Itupun kalau terbangun. Jika tidak. Impian melakukan solat hajat hanya tinggal impian.

Bagaimana Saya Mencintai Qiamullail?

Sebelum saya bercerita lebih jauh. Saya ingin berkongsi dengan para pembaca mengenai konsep TAHU, MAHU, MAMPU.

Kebanyakan daripada kita TAHU mengenai Kelebihan Berqiamullail. Semua orang pasti bersetuju mengatakan Qiamullail itu bagus dan kalau boleh teringin untuk melakukannya secara istiqamah.

Namun, TAHU sahaja tidak mampu 'mengubah' TAHU itu kepada MAHU. Mengapa?

MAHU memerlukan emosi kita 'disentap'. Apabila emosi kita 'tersentap', kita akan sedar kita perlu melakukan apa yang kita TAHU itu.

Jika kita MAHU melakukan Qiamullail. Tetapi emosi kita tidak tersentap. Kita akan berjaya untuk bangun Qiamullail. Namun ia sukar untuk dikekalkan. Kita mungkin akan berjaya bangun untuk satu atau dua malam, tetapi selepas itu kekuatan MAHU kita itu akan berkurangan.

Inilah masalah yang berlaku kepada saya dahulu.

Saya TAHU kelebihan untuk melakukan Qiamullail. Namun, tahap MAHU saya tidak begitu tinggi.

Dan saya yakin, perkara yang sama akan berlaku kepada diri anda. Anda TAHU, tetapi tahap MAHU itu juga tidak begitu tinggi.

Berapa ramai diantara anda jika saya bertanya, "Mahukah anda melakukan Qiamullail setiap malam?" Anda akan menjawab "Ya".

Namun, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi, tidak sukar untuk dilakukan jika kita, TAHU, MAHU dan MAMPU.

Insya Allah, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana kita boleh mencetuskan MAHU dalam diri kita dan seterusnya MAMPU untuk kita terus kekal beristiqamah melakukannya setiap hari.

FIKIR, EMOSI DAN TINDAKAN

Kebiasaannya, untuk kita berjaya melakukan 'sesuatu yang sukar' kita memerlukan pemikiran yang hebat. Emosi yang hebat dan tindakan yang hebat.

Inilah yang saya belajar daripada Dr Azizan Osman ketika saya menghadiri Kursus Advanced Marketing Power di Kuala Lumpur awal bulan ini.

Saya ingin membawa konsep yang sama dalam topik melakukan Qiamullail ini.

Semua orang tahu, bukan mudah untuk melakukan Qiamullail secara istiqamah setiap malam. Maka, kita boleh kategerikan ini sebagai suatu matlamat yang 'sukar' untuk kita capai.

Maka, kita memerlukan pemikiran yang hebat, kita memerlukan emosi kita disentap dengan begitu hebat, dan kita perlu melakukan tindakan yang hebat. Barulah kita akan terasa mengapa pentingnya kita melakukan Qiamullail setiap malam.

Dan secara perlahan lahan, ia akan mengubah TAHU kepada MAHU dan kemudiannya MAHU kepada MAMPU.

Saya tidak mahu anda sekadar TAHU kelebihan melakukan Qiamullail.

Saya tidak mahu anda sekadar MAHU melakukan Qiamullail.

Saya mahu kita semua MAMPU melakukan Qiamullail secara istiqamah setiap malam. Setiap hari. Sehinggalah Allah menjemput kita untuk melakukannya. Mudah mudahan ia begitu. Insya Allah.

Bila Emosi Saya Disentap?

Terus terang saya katakan. Emosi saya tersentap untuk melakukan Qiamullail setiap malam selepas bertemu dengan Prof Kamil di Madinah semasa saya menunaikan haji pada tahun 2011. Pertemuan selama 4 jam dengan Prof Kamil dalam 3 sessi yang berbeza benar benar mengubah cara pemikiran saya.

Dan saya bersyukur dapat bertemu dengan beliau.

* Untuk mengetahui secara detail, apa yang Prof Kamil nasihatkan saya. Sila baca Travelog Haji - Part 20 - Part 24 - Nasihat Prof Kamil yang saya tulis sekitar bulan Disember 2011. Saya yakin tak rugi jika anda membaca sekali lagi walaupun anda pernah baca sebelum ini.

Anda boleh baca nasihat Prof Kamil tentang Qiamullail di sini :-

Travelog Haji - Part 23 : Nasihat Prof Kamil (IV)

Semasa bertemu dengan Prof Kamil, beliau menasihatkan saya untuk merubah sempadan iman saya. Beliau mahu saya meningkatkan tahap iman saya ke suatu tahap yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.

Dan untuk MERUBAH SEMPADAN IMAN saya. Saya perlu MERUBAH DIRI SENDIRI dahulu.

Saya perlu melakukan apa yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini.

Prof mula merencanakan untuk saya, apa yang perlu saya lakukan untuk MERUBAH SEMPADAN IMAN saya.

Antara nasihat Prof untuk saya adalah melakukan Qiamullail, menjaga solat berjemaah, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, bersedekah, menunaikan solat Sunat Dhuha dan pelbagai ibadah lain lagi.

Namun, saya ingin FOKUSKAN kepada Qiamullail untuk dikongsi dengan anda hari ini.

Jika dahulu, saya hanya TAHU mengenai kelebihan Qiamullail, kemudian tercetus perasaan MAHU melakukan Qiamullail. Namun, sekarang saya bersyukur kerana Allah memilih saya antara jutaan hamba Nya yang MAMPU melakukan Qiamullail setiap malam. Jutaan syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan kepada saya.

Apa Yang 'Menyentap Emosi' Saya Untuk Melakukannya?

Ada dua perkara yang Prof cakapkan yang betul betul menyentap emosi saya.

Pertama:

Prof mengajak saya berdua berfikir dengan sebuah Hadis Qudsi yang bermaksud. "Di akhirat kelak, Allah menyuruh Nabi Adam membawa seluruh umatnya ke muka pengadilan. Dan hanya seorang dalam seribu dari umatnya yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab."
Prof mengajak saya untuk merenung kematian. Kematian akan datang pada bila bila sahaja. Ia tidak mengenal usia.

Misalnya, kakak saya meninggal dunia pada awal tahun 2012 pada usia beliau 36 tahun akibat kanser.

Dan baru-baru ini, sahabat saya di UK dahulu meninggal dunia akibat jantung. Allah menjemput beliau ketika berusia 33 tahun.

Satu perkara yang 'menyentuh emosi' saya adalah. Allah boleh menjemput saya untuk bertemu dengannya pada bila bila masa. Dan adakah saya sudah bersedia untuk bertemu dengan Nya?

Sukar untuk saya jawab pada ketika itu.

Dan seperkara lagi yang 'menyentuh emosi' saya adalah apabila saya mati dan dibawa ke muka pengadilan nanti, adakah saya termasuk ke dalam golongan seorang daripada seribu yang akan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

Ya. Hanya seorang daripada seribu dikalangan ummat manusia yang akan masuk ke dalam syurga TANPA DIHISAB.

999 orang yang lain akan dimasukkan ke dalam neraka sama ada sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan, setahun atau selama lamanya.

Saya tak mahu masuk ke dalam api neraka walaupun sesaat. Saya mahu masuk ke dalam syurga TANPA DIHISAB.

Selepas pertemuan dengan  Prof, saya selalu berfikir, apakah amalan yang saya telah lakukan sepanjang hidup saya untuk saya layak memperoleh rahmat Allah untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.

Bila difikirkan. Saya takut untuk menjawab. "Tiada".

Saya tidak nampak apa yang istimewa yang saya lakukan untuk melayakkan saya menjadi seorang daripada seribu yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.

Dan ini amat menakutkan saya. Saya tak mahu 'singgah' ke neraka walaupun sesaat.

Untuk masuk ke dalam syurga tanpa dihisab. Saya perlu menjadi 'insan yang terpilih.'  Seorang daripada seribu. Hanya 0.1% daripada manusia yang akan masuk ke dalam syurga tanpa dihisab.

Saya mahu saya dan keluarga saya termasuk ke dalam golongan itu.

Untuk menjadi insan yang terpilih, saya perlu melakukan apa yang tidak dilakukan oleh orang lain.

Saya perlu belajar untuk melakukan Qiamullail secara istiqamah. Ini kerana ramai dikalangan ummat Islam yang berasa sukar untuk melakukannya. Termasuklah saya.

Saya terfikir, jika saya saya MAMPU untuk melakukan Qiamullail setiap malam. Peluang untuk saya menjadi INSAN TERPILIH SEORANG DARIPADA SERIBU lebih tinggi.

Saya akui, kita memasuki syurga Allah atas Rahmat Allah. Namun, Allah nak tengok juga apa yang kita lakukan untuk kita 'layak' diberi Rahmat Nya.

Menjadi 'insan terpilih' menjadi matlamat hidup saya hari ini. Saya sekarang sering berdoa kepada Allah agar memasukkan saya dan ahli keluarga saya ke dalam syurga TANPA DIHISAB.

Saya tak boleh memberi alasan lagi, saya tiada pilihan. Saya harus melakukannya.

Saya mula belajar cara cara untuk melakukan Qiamullail daripada Prof Kamil.

Dan Alhamdulillah. Amalan ini dapat diistiqamahkan hingga hari ini walaupun  tidak mencapai tahap 100%.

Emosi saya 'meronta-ronta' untuk memastikan saya menjadi insan terpilih. Seorang daripada seribu. Ia benar benar memberi kekuatan kepada saya untuk melakukannya.

Kedua:

Prof Kamil juga berkongsi dengan saya sebuah lagi hadis.

"Allah turun ke langit dunia, ketika satu pertiga malam masih tersisa. Allah menyeru: Adakah hantar hambaku yang mahu berdoa kepadaku supaya aku mengkabulkan permintaannya? Adakah antara hambaku yang meminta ampun kepadaku supaya aku mengampunkannya? Adakah antara hambaku yang meminta kepadaku supaya aku memenuhinya?" (Hadis direkodkan Bukhari dan Muslim)

Prof Kamil menerangkan kelebihan menunaikan Qiamullail kepada saya.

Prof menerangkan kepada saya, setiap malam Allah akan turun ke langit dunia di sepertiga malam yang tersisa. Ya. Setiap malam.

Bukan sekadar Allah turun ke langit dunia, Allah mencari hamba Nya yang bangun malam dan berdoa kepada Nya untuk dikabulkan doa itu. Allah juga mencari hambanya yang memohon ampun kepada Nya untuk diampunkan.

Ia berlaku setiap malam.

Namun, hanya disepertiga akhir malam yang tersisa.

Namun, berapa ramai diantara kita yang mahu merebut peluang ini.

Dahulu, saya termasuk ke dalam golongan yang 'tidak' mampu untuk bangun malam.

Selepas mengetahui kelebihan ini, sekali lagi. Emosi saya tersentuh.

Allah sebenarnya mahu membuka ruang yang luas kepada kita untuk berdoa kepada Nya. Dan Allah senantiasa mencari cari hamba Nya yang mahu berdoa memohon sesuatu kepada Nya. Dia mahu mengkabulkannya. Dia mahu mencari hamba Nya yang mahu bertaubat kepada Nya. Dia mahu ampunkan.

Tetapi, kita sering 'mengambil' mudah hal ini.

Selepas mengetahui dua hadis ini daripada Prof, emosi saya meronta ronta.

Saya tak boleh melepaskan peluang untuk melakukan Qiamullail. Saya perlu bangun setiap malam untuk berdoa kepada Allah. Saya perlu memohon ampun kepada  Nya setiap hari. Mudah mudahan, jika saya mati keesokannya harinya. Mudah mudahan saya sudah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah.

Saya berharap agar saya mati dalam keadaan bersih dan 'bertemu' dengan Allah dalam keadaan Allah mahu bertemu dengan saya.

Dua hadis ini mengubah hidup saya. Saya bersyukur kepada Allah yang memberi hidayah kepada saya.

Mahal sungguh 'hidayah' Allah ini. Bukan semua orang menerimanya. Hanya insan insan yang Allah pilih sahaja yang mendapatnya. Dan saya bersyukur kerana Allah 'memilih' saya buat masa ini. Semoga saya dapat kekalkan ibadah ini hinggalah saya dijemput untuk bertemu dengan Nya.

Kekuatan TAHU dan MAHU akan mencetus MAMPU

Bagi saya, amat penting untuk kita mengeTAHUi mengapa kita perlu melakukan Qiamullail setiap malam. Selepas mengetahuinya, kita akan tersedar. Emosi kita akan tersentuh dan kita akan MAHU untuk melakukannya. Dan insya Allah. Ia akan melahirkan MAMPU. Kita hanya akan MAMPU untuk melakukannya secara istiqamah jika kita betul betul MAHU melakukannya.

Sedikit perkongsian pengalaman daripada saya

Apabila anda mahu melakukannya, pada awal pagi. Semasa loceng anda berbunyi. Anda akan terasa begitu 'malas' untuk bangun.

Anda akan terdengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang mengatakan.

"Tak palah. Tak yahlah. Lima minit lagi. Nantilah. Tidur sikit lagi lah." Allah Allah. Bermacam macam bermain difikiran kita semasa hendak mula melakukannya.

Namun, saya bersyukur. Tahap keMAHUan saya  tinggi. Dan saya berjaya menenggelamkan 'suara budak kecil' itu. Saya sudah halau suara budak kecil itu dari hidup saya.

Alhamdulillah. Sekarang saya lebih mudah untuk bangun.

Insya Allah. Dalam entri selepas ini. Saya akan berkongsi dengan para pembaca bagaimana saya melakukannya dengan lebih detail. Solat apa yang saya lakukan dan doa apa yang saya baca.

Semoga, sedikit cerita saya ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk berebut rebut untuk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin kepada Nya.

Semoga kita menjadi insan yang terpilih dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. Amin.

Saya merayu kepada para pembaca. Ayuh. Marilah kita semua melakukannya semata mata kerana Allah. Kita tiada pilihan.

Jadikanlah Ramadhan kali ini sebagai pemangkin dalam diri kita untuk memulakannya. Lebih mudah untuk memulakan Qiamullail pada bulan Ramadhan.

Ini kerana pada bulan ini, anda hanya akan mendengar 'suara budak kecil' dalam diri anda yang menghalang anda untuk melakukannya. Tapi, pada bulan bulan lain. "Suara budak kecil" ini akan lebih kuat kerana syaitan turut bersama Nya.

Dengarlah apa yang saya katakan ini,

"Lakukanlah Qiamullail walau TERPAKSA. 
Bangunlah malam untuk bersolat walau TERPAKSA. 
Mohonlah keampuanan Allah diwaktu malam walau TERPAKSA. 
Kerana sesuatu kebaikan itu kadangkala sifatnya TERPAKSA. 
Dan keterpaksaan itu, perlahan lahan akan menemukan HIKMAH dan akhirnya hati kita akan menjadi ikhlas kerana Nya"

Saya sudah melaluinya. Saya sudah paksa diri saya untuk MAHU melakukannya. Dan dari keterpaksaan itulah, saya akhirnya mencetus MAMPU melakukannya.

Saya mahu anda juga begitu. Ayuhlah. Kita sama sama berlumba lumba untuk memasuki syurga Allah tanpa dihisab. Amin

Wassalam.

Sila layari kisah selanjutnya di sini:

Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 2

Jika anda rasa entry ini bermanfaat untuk orang lain, mohon anda tekan button LIKE di bawah dan SHARE entry ini. Mudah-mudahan ia menjadi pencen kubur untuk kita semua. Amin. 

------------------------------------------------------------------------------------------------


EBOOK MOTIVASI USAHAWAN PERCUMA!!


DOWNLOAD EBOOK INI SEMENTARA IA MASIH PERCUMA !!! 
Rahsia Maria Menghasilkan Jualan RM1 Juta Dalam Tempoh 9 Bulan At 'Zero Cost Marketing' Selepas Mengikuti Seminar Dr Azizan Osman Sehingga Terpaksa Berhenti Kerja. 
Kini Maria Menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) Dan Menjana Pendapatan 5 Angka Sebulan Hanya Dari Rumah. Semoga bermanfaat...

COMMENTS

BLOGGER: 13
  1. Assalamu'alaikum,

    Perkongsian yg sangat baik dan bermanfaat dari seorang 'anak murid' Prof. Teruskan menulis selagi ada bahan yg tuan fikir boleh mencuit hati pembaca terutama orang seperti saya- yg sentiasa mencari KEKUATAN.

    Semoga bahan yg tuan tulis menjadi saham akhirat yg sangat berharga, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Assalam,

    Semuga dalam kasih sayang Allah.

    Terima kasih berkongsi ilmu yang berharga dengan kami semua.

    Semuga dengan izin Allah kita istiqamah dalam melakukan qiamulai.

    Jazakaullah

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.

    Saya terkesan dengan tulisan saudara.
    I/Allah saya juga ingin mengubah tahu + mahu menjadi mampu.
    Alhmdulillah Allah menggerakkan hati saya untuk melayari blog saudara setelah diberitahu oleh seorang rakan, yg sama-sama menunaikan haji tahun lepas bersama ZAhafiz. Saya masih igt wajah saudara suami isteri.Melalui blog ini,sy dpt tahu kita berkongsi idola yg sama..Prof Kamil dan isteri.Smg saudara terus diberi hidayah untuk terus menulis

    ReplyDelete
  4. Kepada para pembaca, terima kasih kerana sudi berkongsi pandangan anda di blog ini.

    Cuma, kalau boleh lain kali tulislah nickname. Memudahhkan saya untuk membalas komen anda.

    Kepada abang/akak yang pergi menunaikan haji bersama saya tahun lepas, semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus beribadah.

    Semoga kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum,

    Akak ingin bertanya, pukul berapakah yg paling sesuai utk berqiamulai, pkl 3 am atau 4 am.agar kita tidak mengantuk sewaktu bekerja. Ya Allah terasa jahilnya akak, kerana akak jarang sgt melakukannya. Semasa di Tanah Suci thn lps mmg lah sentiasa melakukannya...... Semoga Allah memberi hidayat/kekuatan kpd akak untuk terus beribadat. Terima kasih kerana mengingatkan akak, akak juga nak dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, perkongsian yang sungguh betmakna dan tepat sekali masanya. Saya sendiri baru ini mendengar menerusi program Celebrate Mercy (tentang sirah Rasulullah sallalhu alihi wa alihi wa sallam di Mekah) tersentap mendengarkan bahawa umat Islam terawal di Mkeah diwajibkan solat malam setiap malam. Sehinggalah peristiwa Isra Mikraj, di mana kita menerima perintah solat 5 waktu, barulah Allah meringankan perintah itu kepada hanya kalau kita boleh. Untuk Rasulullah, baginda masih mengerjakannya setiap malam. Maknanya umat Islam terdahulu dan para sahabat sekalian menjadi insan yang hebat, salah satu faktornya mestilah kerana solat malam ini. Dan siapakah kita untuk meninggalkannya, lebih-lebih lagi kita tidak merasa tarbiyah Rasulullah salllahu alaihi wa alihi wa sallam?

    ReplyDelete
  7. Btw, Firdaus kenal arwah Dr Azim? Pemergiannya sungguh mengejutkan, namun ramai yang menghadiri solat jenazahnya. Insan yang sungguh istimewa.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    Kak Beejaana,

    Saya sendiri tak tahu pukul berapa yang terbaik untuk kita bangun.

    Prof Kamil bangun jam 2.30 pagi SETIAP HARI. Ya. Setiap hari. Dan dia tak mengantuk pulak di siang hari masa kerja.

    Saya pula hanya mampu bangun jam 4.30 pagi. Itu sahaja yang saya mampu lakukan. Insya Allah.

    10 malam terakhir Ramadhan ni saya azam untuk bangun jam 3.00 pagi. Mencari Lailatul Qadar.

    Bagi mengelak mengantuk, banyak berdoa kepada Allah semasa melakukan Qiamullail utk bagi kesegaran dlm kesihatan kita di esok hari.

    Dan kalau ikut sunnah. Bagus tidur sekejap dalam 15 minit sebelum Zuhur. 15 minit tidur sebelum zuhur bersamaan tidur 2 jam pada waktu lain.

    Saya tak pandai nak bagi nasihat. Sebabnya, sekarang ni saya sendiri pun masih tercari cari rentak untuk menjadi hamba Allah yang diredhai. Banyak lagi yang perlu saya perbaiki diri ini.

    To Mama Ponkey,

    Saya kenal Dr Azim. Pernah tidur dirumahnya ketika di Belfast. Dan pernah bertemu lagi dengan beliau di Jordan.

    Allah lebih menyayangi beliau. Semoga beliau dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

    Wassalam

    ReplyDelete
  9. pada mulanya mmg begitu sukar. saya hanya melakukannya dahulu semasa saya di sek men. itu pun jarang2. sesudah berkahwin terus saya meninggalkannya. setelah bercerai untuk menenangkan hati saya, saya bersolat malam semula. tetapi tidak beristiqamah. hanya bila tidak dapat tidur dan apabila sy mengadu pd ayah saya... beliau berkata senang saja...solatlah jika x boleh tidur. tetapi apabila saya ditimpa musibah yang teramat dahsyat dimana Allah mengambil semua milik saya dan menghinakan dan mengaibkan saya ... barulah saya tersedar yang saya perlukan hanyalah Allah. Ya Allah aku sangat berterimakasih diatas musibahMu. Jika terlepas solat tu 1 malam betapa seharian aku resah. ada satu buku yang saya baca tertulis
    Imam Fudhail ibn 'Iyadh berkata
    "Telah disampaikan kepadku, bahawa Allah berkata ketika datangnya waktu malam: Dimanakah manusia yang mendakwa mencintaiKu pada waktu siang? Adakah seorang kekasih tidak suka bersunyi-sunyian dengan kekasihnya? Maka sekarang ini, Aku meninjau2 kekasihKu yang hadir bercakap-cakap denganKu dengan penyaksiannya, esok Aku akan menggembirakan diri mereka di dalam syurgaKu"
    Kata2 inilah yang memotivasikan diri saya agar terus bangun setiap malam kerana janji Allah itu benar. Sekiranya Ya Allah aku mendapat cintaMu walau sebesar zarah sekali pun aku amat bersyukur. Tetapi aku tahu yang untuk mendapt cintaMu terlalu banyak ujian yang begitu menyesakkan dadaku namun aku amat bersyukur atas rahmatMu Ya Allah.

    ReplyDelete
  10. Apabila diri terasa tidak berdaya untuk bangun maka sy teringat kata2 ini;
    Imam Fudhaail ibn 'Iyadh berkata;
    Telah disampaikan kepadaku, bahawa Allah berkata ketika datangnya waktu malam: Di manakah orang yang mendakwa mencintaiKu pada waktu siang?Adakah seorang kekasih tidak suka bersunyi-sunyian dengan kekasihnya? Maka sekarang ini, Aku meninjau-ninjaukekasihKu yang hadir bercakap-cakap denganKu dan berbicara denganKu dengan penyaksiannya, esok Aku akan menggembirakan diri mereka di dalam syurgaKu.
    Y a Allah... janjimu adalah benar.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih bnyak2 . . Susah untuk qiamulail di sekolah , tp entri nie beri semangat baru .

    ReplyDelete
  12. Allahu Allah. terkesan sungguh di hati saya. sedikit perkongsian. saya juga seorang yang 'tidak' mampu untuk bangun malam. tapi, setelah melalui beberapa fasa. alhamdulillah .. Dia sentiasa memilih saya untuk berdua-duaan dengan-NYA pada waktu malam. sedangkan saya ini sudah banyak melakukan dosa tapi Dia masih juga memilih saya untuk berbual dengan-NYA ;-(

    ReplyDelete
  13. Salam. Terima kasih kerana bukan sahaja memberitahu kosong tentang qiamullai. Malah tuan juga memberi isi yang padat untuk pembaca. Saya berumur 21 tapi ingin sangat merasa kemanisan dalam berqiamulai. Semoga Allah memakbulkan doa tuan. Amin ya rabbal alamin.

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1763,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Ibadah,1,Video Shooting,1,Video Sirah Nabi,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 1
Qiamullail - Bagaimana Melakukannya? Part 1
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7J5hi77uS0NYOCIfd2RTtw0vJa1HPypyaDQ5ry51VkJgQLDoyjJrnCGEeZ15tsOwJ-_gqPxqCkI9ogHBzvmyjYOdt0gsDHCqDISAoaRjm7vqmPfrwhUEvgMvEmwV7ljNnLaHuacFLOzU/s1600/Qiamullail.png
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7J5hi77uS0NYOCIfd2RTtw0vJa1HPypyaDQ5ry51VkJgQLDoyjJrnCGEeZ15tsOwJ-_gqPxqCkI9ogHBzvmyjYOdt0gsDHCqDISAoaRjm7vqmPfrwhUEvgMvEmwV7ljNnLaHuacFLOzU/s72-c/Qiamullail.png
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/07/qiamullail-bagaimana-melakukannya.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2012/07/qiamullail-bagaimana-melakukannya.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy