Assalamualaikum,





scaleRasanya dah lama saya tak kupas topik berkenaan turunkan berat badan. Sejak kebelakangan ini saya banyak tumpukan penulisan saya berkaitan kesihatan dan gaya hidup. Namun saya sedar, kebanyakan pembaca blog ini masih tertumpu kepada mereka yang sedang cuba untuk turunkan berat badan atau yang nak kekalkan berat badan sepanjang hayat.
Untuk tidak mengecewakan pembaca semua, saya ingin kongsikan suatu rahsia mutlak dalam weight loss dan weight maintenance yang wajib diketahui oleh semua rakyat jelata. Ia merupakan 5 syarat atau asas yang mana jika anda setia berpegang padanya, berat badan anda akan dijamin 200% turun dengan jayanya.
Bukan itu sahaja, malah anda berupaya kekal dengan hasil kejayaan itu untuk sepanjang hayat (no yo-yo effect / kembali kepada berat badan yang asal). Kalau boleh bookmark lah entri ini pada browser anda, atau print kepada beberapa salinan dan lekatlah di beberapa tempat yang anda boleh lihat setiap hari.

1 – Objektif biar jelas, biar lebih dari satu
Semua orang nak turunkan berat badan supaya kelihatan menarik dan segak. Tetapi matlamat atau objektif seperti ini terlalu common sebenarnya. Bukan itu sahaja, dengan meletakkan satu sasaran juga bererti anda cuma ada satu ‘drive factor‘ yang akan membawa anda ke puncak kejayaan, mana cukup!
Seeloknya, letakkan 2 hingga 3 sasaran. Lebih banyak lebih bagus, tetapi janganlah terlalu banyak sampai anda rasa demotivate untuk capai kesemuanya.
Kereta, kalau seorang saja yang tolak, memang takkan bergerak. Melainkan anda betul-betul kuat..
Ibarat seperti Kereta, kalau seorang saja yang tolak, memang takkan bergerak. Melainkan anda betul-betul kuat..
Jika anda masih mensasarkan ingin kelihatan menarik, cuba ‘spesifik’ kan sedikit matlamat tersebut, contohnya sebab nak tackle perhatian seorang lelaki atau wanita yang kita minat/sayang. Ini sekadar contoh untuk menunjukkan bahawa objektif itu tak boleh terlalu umum, tetapi biarlah jelas atau spesifik. Saya dahulu juga meletakkan beberapa lagi sasaran selain dari ingin kelihatan kurus dan berkeyakinan, antaranya sebab untuk memberikan kejutan kepada keluarga (sebab dah lama obese kan), serta ingin mengurangi kesakitan yang sering muncul di tumit kaki kiri (sebab berat badan berlebihan).

2 – Tahu cara menguruskan kalori
Yang ini secara asas saya pecahkan kepada 2 komponen. Pertama, kena tahu berapa keperluan kalorianda (DCR) dan kedua, kena tahu cara untuk menguruskannya. Rasanya untuk syarat no.2 ni saya tak perlu nak cerita panjang lebar kerana semuanya sudah saya curahkan dalam blog ini.
Namun kepada mereka yang pertama kali dengar perkataan kalori ini dan ingin mempelajarinya dengan lebih lanjut, saya sarankan anda mulakan dengan membaca entri ini. Bila dah faham, praktikkanlah konsepnya satu persatu.
20130305_143038
Untuk lebih praktikal, saya sarankan anda cuba menggunakan planner harian Diari Diet (rupanya seperti gambar atas) supaya anda dapat membiasakan diri dengan konsep kalori secara mudah. Ia bertindak sebagai Diari harian + Buku (nota-nota berkaitan kalori) + motivator” – kesemuanya 3 dalam 1. Dalam Diari ini, semua yang anda perlukan dari A sampai Z sudah disediakan, cuma tinggal untuk dilaksanakan sahaja.

3 – Bersenam
walkKalau ikutkan, tanpa bersenam juga berat badan anda boleh turun dan dikawal. Walaubagaimanapun, saya sarankan anda perlu juga bersenam atas beberapa faktor yang mana kalau tak buat, amatlah rugi bebenor. Antaranya seperti
  • Membantu meningkatkan metabolisma (bakar lebih banyak lemak)
  • Anda akan lebih gembira dan tak stress (paras endorphine meningkat)
  • Memperbaiki psikologi dan fisiologi anda (hormon-hormon beredar dengan baik)
  • Memantapkan sistem kardiovaskular anda (ingat, sekarang ni pembunuh no.1 populasi dunia adalah penyakit jantung, sila latih jantung anda sebelum terlambat)
  • Memantapkan kekuatan otot dan postur (anda ingin sihat hingga tua bukan?)
  • Menguatkan daya ingatan hingga tua (disebabkan pencegahan penyusutan otak)
  • Mencegah beberapa penyakit kronik termasuklah kanser.
  • Memastikan proses mengawal berat badan lebih berkesan.

4 – Disiplin
Disiplin di sini bermaksud anda kekal konsisten / istiqamah melakukan apa yang di highlight kan di atas. Jangan baru amalkan 2 – 3 minggu, terus nak timbang berat badan dan bila tengok tiada perubahan, terus rasa kecewa (dan tak nak teruskan). Itu sangat malang namanya.
discipline
Sebagai rujukan, sila letakkan paras rujukan dan kekal disipilin PALING KURANG untuk 2 bulan. Ya, anda tak salah dengar, 2 bulan. Lemak badan adalah sumber yang bertenaga tinggi, bererti perlu mengambil sedikit masa untuk menyusut / habis. Ciri-ciri ini penting untuk survival manusia lebih-lebih lagi ketika kebuluran melanda (tak cukup makanan).
1g lemak –> 7.7 kalori
1g glukosa (tenaga harian biasa) –> 3.8 kalori 
Percayalah, there is no such thing as lemak boleh hilang berkilo dalam masa kurang dari sebulan. Kalau berlaku, barangkali yang banyak turun tu adalah dari jisim-jisim lain seperti air dan otot. Kalau tak percaya juga apa yang saya katakan di sini, rujuklah sendiri buku teks biochemistry, chapter Fatty Acids Metabolism.
Sebelum terlupa, satu lagi cara untuk anda kekal berdisiplin adalah dengan merekodkan makanan dan senaman yang anda amalkan (food and exercise log). Kos untuk menyediakan sebuah log yang baik cumalah RM1 sahaja (guna buku latihan sekolah yang kulit warna coklat tu). Apa yang penting adalah komitmen untuk memantau diet dan senaman tu.
2
Anda juga boleh menggunakan planner harian khusus seperti Diari Diet dalam membantu memantau pengambilan kalori – semua sudah disediakan di dalamnya, tinggal untuk dilaksanakan sahaja (gambar atas). Persembahannya yang ‘mesra pengguna’ berupaya memastikan anda kekal disiplin dan motivasi dengan apa yang dilaksanakan. Jika anda benar-benar bersungguh, anda pasti boleh BERJAYAmacam kawan kita di bawah ini.
min-diari
Sekiranya anda berminat untuk memiliki Diari Diet ini, boleh rujuk sini. Atau rujuk side bar sebelah kanan blog (klik gambar Diari).

5 – Jangan kembali kepada tabiat yang lama, JANGAN!
Kembali kepada tabiat makan dan gaya hidup yang lama, bermaksud anda sudah membuka semula pintu ‘kegelapan’ yang telah anda tutup beberapa bulan yang lalu, lalu bersedialah anda kembali kepada diri anda yang asal. Bahaya bukan? Sepatutnya pintu itu sudah terkunci rapat, dan kalau boleh di ‘seal‘ sekali dengan papan plywood serta mangga tambahan.
keep-out
Itu sebab saya lebih suka menggalakkan mereka yang hendak menurunkan berat badan agar ‘membiasakan’ diri dengan makanan di sekeliling (pantau saiz hidangan / kalori). Diet-diet ekstrim sememangnya memberi kesan yang cepat, namun dalam masa yang sama mudah membawa anda kembali ke tabiat yang lama sekiranya mental tak cukup kuat. Ingat, anda menjadi ‘besar’ adalah disebabkan oleh tabiat makan dan gaya hidup anda yang tak aktif. Justeru untuk mengubah fizikal anda, anda harus ubah gaya hidup anda ke arah yang lebih baik dan kekal mengamalkannya sepanjang hayat. Bukannya menjadi ‘ekstremis diet‘.
Demikianlah tadi 5 syarat wajib jika anda ingin turunkan dan kekalkan berat badan ideal anda untuk tempoh sepanjang hayat. Sebagai rangkuman, saya ulang kembali 5 syarat ini untuk peringatan kita bersama, iaitu ObjektifKaloriBersenamDisipilin, dan jangan kembali ke tabiat lama.
Harapan saya agar seluruh warga yang ingin turunkan atau kekalkan berat badan di luar sana faham dengan ke lima-lima ‘rules’ ini. Anda pasti ingin BERJAYA seperti individu-individu dalam kisah kejayaan ini bukan? Nak turun berat dari 120kg hingga 69kg seperti cik Tasya? Jika jawapan anda YA, maka praktikkanlah rahsia yang saya kongsikan ini dan ingat sampai bila-bila. Sila kongsikan juga entri ini kepada sahabat dan rakan-rakan yang lain untuk manfaat kita bersama.

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top