Assalamualaikum,

Saya dah kongsikan dengan anda terlalu banyak perkara yang saya belajar dari kelas Dr Azizan Osman.

Pengajaran Pertama
Pengajaran Kedua
Pengajaran Ketiga
Pengajaran Keempat
Pengajaran Kelima

In fact, saya sendiri dapat merasai perubahan dalam diri saya selepas menghadiri kelas kelas Dr Azizan Osman.

Saya dah pergi kelas Advanced Marketing Power (AMP), Intensif Jutawan Industri (IJI), Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan (IMKK). Kesan dalam kehidupan saya tersangat 'superb'.

Bukan sahaja saya merasai perubahan hidup dari segi kewangan yang semakin bertambah, tetapi saya dapat merasai perubahan dari segi akhlak dan cara pemikiran saya.

Sebab itulah, saya teramat menggalakkan anda untuk pergi ke program Dr Azizan Osman. Bukan saya ada komisen pun. Saya hanya mahu anda merasai perubahan dalam kehidupan anda ke arah yang lebih baik.

Komen Pembaca EBOOK Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.

Terus terang saya katakan, salah seorang pembaca EBOOk saya ini merupakan seorang sahabat saya berusia 32 tahun. Beliau secara tak sengaja 'terbeli' ebook saya ini.

Kemudian, beliau membacanya. Selepas membaca, beliau 'tergamam'. Sejak berkawan dengan saya dahulu, beliau juga seorang pelajar yang berjaya. Tetapi, beliau melihat saya lebih berjaya dari beliau.

Cumanya, pada waktu itu beliau tidak mengetahui rahsia rahsia yang menjadi amalan saya sehingga saya menjadi pelajar Terbaik di University of Sheffield, United Kingdom.

Sehinggalah beliau baca ketiga-tiga EBOOK ini:

BUKU #1 : DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM

 BUKU #2 : RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

BUKU #3:  RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA



Baru beliau tersedar. Banyak perkara yang saya amalkan dahulu ketika saya bergelar pelajar yang tidak beliau amalkan. Beliau baru tahu 'shortcut' bagaimana mahu berjaya dengan lebih mudah.

Terus beliau bertanya kepada saya, "Mengapa saya tak tulis buku ni masa kami belajar di Tingkatan 4 dahulu?"

Aduh... Mana saya boleh tulis lagi buku tu masa di tingkatan 4. Sebab masa tu 'teknik-teknik' yang saya gunakan belum betul-betul terbukti berkesan.

Apabila saya dah berjaya sehingga ke universiti, barulah semua rahsia ini mempunyai 'testimoni' yang telah terbukti berjaya. Barulah saya lebih yakin untuk kongsikan ilmu ini dengan lebih ramai orang.

Kesan Perubahan Kepada Sahabat Saya

Selepas membaca ketiga-tiga EBOOK ini, sahabat saya terus berubah. Jika sebelum ini beliau hidup biasa biasa. Sekarang beliau sudah hidup luar biasa. Beliau terinspirasi dengan kisah kejayaan yang saya capai yang saya ceritakan dalam EBOOK saya ini.

Beliau mula tergerak hati untuk buat bisnes. Dan saya bantu beliau dalam perniagaan beliau. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat. Bisnes beliau semakin berjaya. Sehinggalah tak sampai satu bulan, beliau maklumkan kepada saya. "Surat Resignation" sudah siap. Hanya tunggu masa untuk dihantar kepada majikannya.

Beliau ucapkan jutaan terima kasih kepada saya atas penulisan saya dalam EBOOK berkenaan. Amat memberi inspirasi kepada beliau. Bahkan, beliau turut menghadiahkan EBOOK ini kepada adik-adik beliau yang lain. Beliau mahu adik-adiknya mengetahui rahsia untuk berjaya dengan cemerlang dengan lebih mudah.

Kalau boleh, beliau mahu adik-adiknya berjaya sehingga ke luar negara. Insya Allah. Sama-sama kita doakan.

PERTANDINGAN PERKONGSIAN PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN SELEPAS MEMBACA EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Mengapa saya tulis ketiga-tiga EBOOK ini, sebab saya mahu melihat lebih ramai anak bangsa saya berjaya. Itu sahaja. Saya mahu melihat anak bangsa saya bangkit. Saya mahu berkongsi segala pengalaman saya dahulu dengan anak-anak anda yang sekarang ini masih belajar di sekolah, kolej dan di universiti.

Saya mahu mereka menjadi pelajar yang cemerlang. Cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

Percayalah, dah ramai yang membaca EBOOK ini. Ramai yang memberi respon yang sangat positif kepada saya. Syukur Alhamdulillah.

Saya mahu lebih ramai anak bangsa saya yang berjaya.

Saya sendiri merasai lebih banyak perubahan selepas menghadiri program-program Dr Azizan Osman. Dan sekarang, saya mahu ANDA LEBIH KAYA, LEBIH BERJAYA dari sekarang.

Saya ingin memberikan hadiah kepada pembaca EBOOK saya. Syaratnya mudah sahaja.

1) Baca EBOOK yang saya tulis.
2) Hayati dan fahami semua kisah kisah yang saya kongsikan.
3) Amalkan sebarang teknik yang saya kongsikan dalam EBOOK berkenaan.
4) Rasai perubahan dalam hidup anda selepas membaca EBOOK ini.
5) Kongsikan dengan saya apa perubahan hidup anda selepas membaca EBOOK ini.
(TAPI BUKAN SEKARANG. PERTANDINGAN INI AKAN BERMULA BEBERAPA BULAN DARI SEKARANG. SAYA AKAN BUAT POST DI BLOG INI BILA PERTANDINGAN INI AKAN DIMULAKAN)

* Sekarang adalah masa untuk anda baca, dan amalkan segala tips yang telah diberikan dan rasai perubahan dalam hidup anda.

HADIAH YANG DITAWARKAN

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya komited untuk melihat perubahan dalam hidup orang lain. Saya mahu lebih ramai anak bangsa saya yang berjaya. Baca perubahan hidup saya dalam link yang saya berikan di atas. Dah banyak yang saya berubah.

Sebab itulah saya mahu menawarkan hadiah yang amat hebat.

HADIAHNYA : TIKET MENGHADIRI PROGRAM INTENSIF MENTOR KEKAYAAN DAN KEJAYAAN BERSAMA DOKTOR AZIZAN OSMAN.

3 TIKET YANG AKAN MENJADI REBUTAN BERNILAI RM998. TIKET INI SUDAH SAYA BELI, CUMA MENANTI PEMENANGNYA SAHAJA.

Percayalah, sekiranya anda pergi ke program IMKK ini, anda akan merasai perubahan hidup yang teramat luar biasa. Saya sudah merasainya. Sebab itulah, semasa saya menghadiri program ini. Saya membeli 3 tiket extra. Saya mahu menghadiahkan kepada mereka yang bertuah. 3 orang yang mengalami perubahan hidup yang paling besar selepas membaca EBOOK saya ini.

Saya sebenarnya tersangat teruja untuk melihat lebih ramai yang berjaya selepas membaca blog Maria Firdaus ini. Insya Allah, kalau anda rasa gembira dengan perubahan hidup anda selepas membaca EBOOK ini, saya 1000 kali lebih gembira sebenarnya.

Inilah pencen kubur buat saya nanti. Inilah jalan pintas untuk saya sampai ke syurga nanti. Apalah sangat dengan duit yang saya belanjakan untuk membeli 3 tiket untuk anda ini.

Saya harap anda 'clear' dengan tawaran saya ini. Saya ikhlas membantu anda.

Bagi yang dah baca EBOOK saya ini, ini peluang keemasan buat anda untuk hadir ke program Doktor Azizan Osman secara percuma. Memang mahal untuk hadir ke kelas beliau. Biasanya, tiket paling murah pun RM998.

Jika anda yang masih belum membaca EBOOK ini, anda boleh dapatkannya. Caranya mudah sahaja:

Sila lakukan seperti berikut:

1) Sila Bank In RM30 ke Akaun Maybank : KAM MARIA BINTI ABDUL MUTALIB
2) No Akaun Maybank : 1621 8835 2350
3) Jika Transfer Online : Letakkan Emel Penerima mariafirdausblog@yahoo.com
4) Emelkan Detail Pembayaran Ke mariafirdausblog@yahoo.com
5) Dalam Emel Tersebut, Sila Berikan detail dibawah :
i) Nama Penuh
ii) Nombor Telefon
iii) Alamat Rumah ( Saya sedang bercadang untuk memberi hadiah istimewa kepada anda, sedang difikirkan)
iv) Emel Facebook Account Anda. Buku ini akan diberikan melalui Facebook Secret Group.

Detail maklumat EBOOK ini boleh dibaca di http://www.mariafirdaus.com.my/2013/06/pelancaran-ebook-rahsia-kejayaan_6.html

DAN.... JIKA ANDA TIDAK MEMPUNYAI WANG. ANDA MISKIN? ANDA SUSAH? TETAPI ANDA MAHU MELIHAT PERUBAHAN DALAM HIDUP ANAK ANDA.

Emel kepada saya. Saya akan berikan hadiah EBOOK INI SECARA PERCUMA kepada anda. Niat saya hanya ingin membantu anda dan anak-anak anda agar mereka lebih berjaya dalam kehidupan mereka.

Semoga, ia menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

Salam Kekayaan Dan Kejayaan,
Mohd Firdaus Mat Saad.

* Jika anda rasa post ini bakal memberi manfaat kepada orang lain, anda boleh LIKE di bawah ini. Terima kasih.

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top