Assalamualaikum,

Sebelum ini, saya tidak pernah menghadiri Program Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan daripada Dr Azizan Osman (DAO).

Hanya pernah dengar sahaja mengenai program ini. Tapi tak pernah hadir pun.

Syukur Alhamdulillah, minggu lepas. Selama 4 hari saya berkampung di Menara PGRM, Cheras bersama Dr Azizan Osman.

Bagi saya ia satu program yang tersangat best.

Terlalu banyak ilmu yang diajar oleh Dr Azizan Osman sepanjang 4 hari kami bersama beliau.

Syukur Alhamdulillah, ada beberapa pembaca blog ini yang turut sama menyertai program ini. Antaranya, Arham ( Classmate saya di MRSM Taiping dulu ) bersama isterinya, Ustaz Saufi, Abang Hafiz ( Biras saya ), Kak Marlina dan suami, Kak Siti Hawa dan ramai lagi yang tak muat nak letakkan nama di sini.


Bergambar bersama Arham Zulqarnaen. Classmate di MRSM Taiping 97/98 dahulu. Dah 13 tahun tak jumpa dia.

Saya terasa sangat best. Banyak ilmu baru yang diajar oleh DAO. Antaranya, macam mana menetapkan matlamat, rahsia mencapai matlamat, rahsia kuasa minda, rahsia murah rezeki, amalan-amalan orang kaya, rahsia menarik duit, rahsia mencapai apa yang kita mahukan, dan bermacam-macam perkongsian lagi yang DAO berikan.


"No Biawak Zone". Maksudnya, janganlah terlalu cepat mengalah, mengeluh dan jangan sesekali berfikiran negatif.


DAO agak pantang dengan orang yang berfikiran negatif. So, kalau nak masuk kelas, mesti sentiasa berfikiran positif.

Saya yakin, ilmu ini teramat mahal harganya.

Frankly speaking, banyak perubahan yang dapat saya rasakan selepas pulang dari Seminar Rahsia Hidup Luar Biasa dan IMKK ini. Yang paling penting, setiap hari saya dah peluk mak saya. Minta dia doakan saya. Benda yang saya tak pernah buat sebelum ini.

Then, saya memaafkan semua dosa semua orang terhadap saya. Sama ada mereka sengaja atau tidak. Saya maafkan semuanya.

Tahap kebergantungan kepada Allah semakin tinggi.

Saya dan Maria juga faham konsep penyucian jiwa yang diajar oleh DAO.

Secara asasnya, apa yang diajar oleh DAO adalah bagaimana untuk berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Insya Allah, selepas ni saya akan kongsikan beberapa ilmu yang saya pelajari di sana dahulu.

Wassalam

* SIAPA BERMINAT UNTUK KE PROGRAM IMKK DR AZIZAN OSMAN PADA NOVEMBER 2013 NANTI. SAYA ADA BELI 3 TIKET EXTRA PADA HARGA MURAH. SIAPA NAK, PLEASE PM SAYA DI FACEBOOK : MOHD FIRDAUS MAT SAAD. SIAPA CEPAT DIA DAPAT.

1 comments:

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top