Assalamualaikum,

Sebenarnya, saya tak berhasrat untuk bercerita panjang mengenai apa yang saya belajar di kelas Dr Azizan Osman semasa program Intensif Mentor Kekayaan Dan Kejayaan baru baru ini.

Saya rasa, lebih baik anda pergi dan merasainya sendiri. Kalau saya cerita, nanti bila anda pergi dah jadi tak best.

Tapi saya nak cerita kepada anda. Apa yang berlaku kepada saya selepas pergi ke kelas Dr Azizan Osman untuk program IMKK baru baru ini.

Anda Nampak Saya Baik

Anda nampak saya macam baik? Anda baca di blog ni, anda mesti rasa "Eee.. bestnya Firdaus ni".

In fact, ramai ibu bapa yang suruh anak mereka baca blog saya. Macam mana saya tahu? Sebab itulah yang diberitahu kepada saya oleh para pembaca blog ini bila saya berjumpa mereka.

Saya juga selalu jumpa kawan saya, dan mereka selalu rekemen kawan kawan mereka untuk baca blog saya. Then, mereka bagi tahu saya. best baca cerita saya di blog ini.

Di blog Maria Firdaus ni, saya hanya menceritakan perkara-perkara baik sahaja di blog ini. Sebab saya tak suka perkara-perkara negatif masuk dalam fikiran saya dan fikiran anda. Tapi hari ini, saya nak menceritakan satu kisah yang amat negatif.

Tetapi, kisah ini dah jadi positif. Sebab itulah saya nak cerita dengan anda.

Krisis Yang Melanda Diri

Saya sebenarnya hanya nak berkongsi dengan anda kisah yang teramat peribadi. So, ada perkara yang saya boleh ceritakan. Dan ada perkara yang tidak boleh saya ceritakan. Dan, kita semua ambil kisah saya ini sebagai pengajaran dalam kehidupan kita.

Saya sebenarnya ada konflik dengan bapa mertua saya. Saya dah kahwin dengan Maria 6 tahun. Syukur, Alhamdulillah. Kami bahagia.

Hubungan saya dengan adik beradik Maria yang lain amat baik. In fact, dengan semua biras pun saya baik jugak. Dengan mak mertua saya pun, saya teramat baik.

Saya dah anggap mak mertua saya seperti mak saya sendiri.

Tahun 2010, saya memenuhi hajat mak mertua saya untuk menunaikan umrah. Kami pergi bersama. Saya, Maria dan Mak Mertua saya. Kisahnya ada DI SINI.

Saya memang rapat dengan mak mertua saya.

Tahun 2011, sekali lagi. Saya memenuhi impian mak mertua saya untuk menunaikan haji. Cuma kali ini, bapa mertua saya akan ikut saya sekali dengan Maria. Kami pula ambil pakej 4 orang sebilik.

Sejak dari Malaysia lagi, saya tak boleh bayang apa akan jadi antara saya dan pak mertua saya di Mekah nanti. Saya memang kalau boleh tak mahu pergi sekali. Tapi, saya dah tak dapat nak elak. Terpaksa juga pergi sekali. Masa tu, nak ambil pakej 2 orang sebilik, tak mampu la pulak.

So, saya pun berdoalah agar tiada apa-apa yang berlaku antara kami di sana. In fact, saya selalu berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, satukanlah hati kami atas landasan agama Mu ya Allah. Kau jauhkanlah pertelingkahan dan perselisihan faham antara kami di sana nanti"

Saya memang takut. Takut akan ada konflik antara saya dan pak mertua saya.

Di Malaysia, sejak kahwin pun. Saya memang jarang bercakap dengap pak mertua saya. Tak perlulah saya ceritakan mengapa. Dan, pergi menunaikan haji sekali dan duduk sebilik bagi saya 'teramatlah sukar'.

Tiada pilihan. Kami semua tinggal sebilik. Hubungan saya dengan Maria dan mak mertua memang tersangat baik. Cuma, dalam bilik saya amat jarang bersembang dengan pak mertua saya.

Ditakdirkan Allah. Suatu hari, perkara yang saya takuti telah berlaku. Dan ia berlaku di bumi Mekah.

BOMMMMMMMM................................................

Meletup bilik kami.

Waktu tu, saya cuba mengawal perasaan saya. Saya tak cakap apa pun. Saya diam. Saya cuba kawal perasaan saya. Saya tak mahu memburukkan keadaan. Sebab saya pun masih dalam perjalanan haji. Saya tak mahu memburukkan suasana.

Thing Happen..... Starting from that moment. Saya dah berazam, saya tak mahu cakap lagi dengan pak mertua saya. So bad... Jahilnya. Tapi, saya tak mahu bercakap bukan sebab saya tak nak. Cuma saya fikirkan, lagi banyak saya bercakap dengan dia. Makin banyak konflik yang akan timbul.

Saya memohon ampun kepada Allah, saya minta maaf kepada Allah. Saya tak berniat tak mahu bercakap dengan pak mertua saya. Tapi, saya merasakan. Itu yang terbaik buat saya. Kalaulah bercakap akan memudharatkan. Lebih baik saya tak bercakap.

Dari tarikh hari yang berlaku, saya masih ada 26 hari lagi untuk bersama beliau untuk menghabiskan perjalanan haji kami.

Sepanjang waktu itu, saya teramat kurang bercakap dengan beliau. Kalau boleh, saya cuba elakkan. Di Arafah dan di Mina, kami tinggal dalam khemah yang sama. Tapi, saya memilih tempat tidur yang jauh dari pak mertua saya. Saya tak mahu orang lain nampak kami dalam masalah. Lagi pun, itu tempoh haji.

Saya tak mahu memburukkan keadaan. Biarlah saya menunaikan haji sebaik mungkin.

Hari demi hari berlalu, sehinggalah tamat perjalanan haji saya sekeluarga. Kami memang kurang bercakap. Dan saya pun dah tak ada hati nak bercakap. Sepatah di tanya, sepatahlah saya jawab. Apa yang berlaku di hotel ketika di Mekah amat amat 'menghantui' diri saya.

Di lubuk hati kecil saya, saya rasa sedikit bersalah. Tak patut seorang anak menantu buat macam tu. Tapi lepas difikirkan, saya rasa. Kalau saya tak bercakap dengan dia, dia tak sakit hati dengan saya. Saya pun tak sakit hati dengan dia. Itu lebih baik saya rasakan.

Selepas pulang ke Malaysia. Saya dah pun berazam. Saya tak mahu bercakap dengan pak mertua saya. Biarlah apa yang berlaku. Saya dah tak berminat nak cakap dengan beliau.

Semasa saya pulang ke rumah Maria di KL, saya memang mengelak untuk bercakap dengan beliau. Kalau beliau tanya sepatah, saya jawab sepatah. Kalau boleh, saya nak meminimumkan 'contact' dengan beliau.

Mak mertua saya menyedari apa yang berlaku antara kami. In fact, semua adik beradik lain pun tahu. Cuma, masing masing buat buat tak tahu. Sebab tak mahu memburukkan keadaan.

Saya tak pernah menceritakan kepada sesiapa pun apa yang berlaku di Mekah. Biarlah itu rahsia kami sekeluarga. Sehinggalah satu hari, saya berjumpa dengan seorang ustaz. Saya menceritakan hal ini kepada beliau kerana beliau tidak mengenali bapa mertua saya.

Ustaz ini menegur saya. Apa pun, saya mesti minta maaf dengan pak mertua saya dan mesti memperbaiki hubungan dengan bapa mertua saya. Pada waktu itu, ustaz ini ambil telefon saya dan 'paksa' saya telefon bapa mertua saya waktu itu juga.

NO WAY !!!!!

Saya terus balik rumah meninggalkan ustaz itu.

Tapi, di sudut hati saya masih merasakan apa yang saya lakukan ini betul. Saya cuma tak mahu bercakap dengan dia sebab saya tak mahu memburukkan keadaan antara kami. Saya tak mahu bergaduh dah dengan dia.

Sejak dari itu, kalau saya balik KL. Saya cuba elak berhadapan dengan bapa mertua saya. Kalau dia tengok tv, saya masuk bilik. Kalau dia makan di dapur, saya tak pergi makan sekali. Kalau makan pun, saya diam sahaja. Tak bercakap walau sepatah pun.

Dan perkara ini berlarutan sehingga 2 tahun. Bagi saya, saya tak ada masalah. Tak ada apa pun yang hendak disembangkan dengan pak mertua saya. Lagi saya menjauhkan diri, itu lagi bagus. Itu yang saya rasa. ( Sebenarnya, syaitan sedang berseronok melihat kedegilan saya ini ).

Sehinggalah saya pergi ke kelas IMKK Dr Azizan Osman baru baru ini. Akhirnya, Dr Azizan Berjaya meruntuhkan tembok pemisah antara saya dan pak mertua saya. Dr Azizan berjaya mencuit hati saya untuk memperbaiki hubungan dengan pak mertua saya.

Saya tak mahu cerita apa yang beliau ceritakan. Tapi, ini adalah surat yang saya karang semasa program itu untuk bapa mertua saya.


Anda boleh baca. Semasa saya karang surat ini, air mata saya jatuh berguguran. Menyesali tindakan bodoh saya selama ini. Terlalu mengikut perasaan.


Dr Azizan Berjaya mengajar saya untuk meminta maaf dari semua orang. Terutama dari orang yang saya bersalah.


Dan ini penutup surat tersebut.
 
 
Nampak macam kelakar, saya menangis teresak esak waktu ni. Terbayang mengapalah saya buat macam tu sebelum ini. Susahkah sangat saya nak belajar meminta maaf dan memaafkan orang lain.
 
Apa faedah yang saya dapat? Tak ada.
 
Sebab itulah saya decide, saya mesti buat sesuatu hari itu. Saya rasa, that's the day. Syaitan syaitan yang berjaya meracun pemikiran saya akan mula menangis.
 
Balik dari kelas IMKK Dr Azizan pada hari terakhir, di rumah Maria. Saya terus bersalam dengan bapa mertua saya. Saya cium tangan dia. Saya dah tak ingat bila kali terakhir saya salam dan cium tangan dia. Saya peluk dia. Saya minta maaf kepadanya atas segala kesilapan saya yang lalu.
 
Aduh.... Drama swasta la pulak masa ni. Air mata saya bergenang. Aduh.......
 
Kemudian, saya berikan hadiah kepada bapa mertua saya. Handphone Samsung SIII Mini.
 
Malam itu, saya mula bersembang dengan beliau. Sambil mengajar beliau cara menggunakan telefon itu. Allah Allah... Indahnya pengalaman ini. Allah memberi peluang kembali kepada saya untuk membahagiakan bapa mertua saya. At least, itu yang saya mampu lakukan waktu itu.
 
Esok pagi, kami bersarapan sekali. Saya bersembang dengan beliau beberapa perkara. Alhamdulillah. Syukur rasanya. Saya berasa gembira. Bersyukur kerana Allah memudahkan segala urusan saya.
 
Frankly speaking. Sebelum ini, saya tidak ada masalah dengan semua orang. Kecuali bapa mertua saya. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Hati saya semakin bersih. Lebih berusaha untuk mendekatkan diri kepada Nya.
 
Saya terbayang, andailah salah seorang dari kami menghembuskan nafas terakhir sebelum saya sempat meminta maaf. TAK DAPAT BAYANG, APA BERLAKU KEPADA SAYA DI AKHIRAT NANTI.
 
Nauzubillah. Sekurang kurangnya, sekarang ini. Saya lapang dari satu perkara... Syukur Alhamdulillah.
 
Banyak pengajaran yang saya belajar dalam kes ini. Belajar memaaf. Belajar melupakan kesalahan orang lain terhadap kita. Dan belajar mendoakan orang yang kita marah tu. Dan yang lebih best, saya belajar untuk beri hadiah kepada orang yang kita tidak suka.
 
Saya yakin, apa yang saya lakukan ini akan dilihat oleh Allah. Allah pasti gembira dengan apa yang saya lakukan ini.
 
Mungkin, Allah takdirkan apa yang berlaku kepada saya ini agar kisah ini dapat menjadi pengajaran kepada orang lain.
 
Kepada anda semua............ Peliharalah hubungan anda dengan semua orang. Belajarlah untuk meminta maaf. Belajarlah untuk memaafkan. Dan tak perlulah kita mengambil berat perkara perkara yang kecil
 
Perbaikilah hubungan dengan semua orang semata mata kerana Allah. Insya Allah. Allah akan mempermudahkan urusan kita semua selepas ini. Amin.
 
Program IMKK best??? Saya tak mahu komen panjang panjang. Anda bacalah komen di bawah ini yang ditulis oleh para peserta.





Siapa yang bercadang nak ke program IMKK Dr Azizan Osman pada November 2013 nanti. Please let me know.

Dr Azizan Osman ada buat offer. Pakej VIP RM998 untuk 2 orang atau pakej General RM998 untuk 3 orang.

Jika anda berminat untuk pergi, anda boleh daftar pakej VIP RM998 = 2 orang atau General RM998 untuk 3 orang.

Anda boleh pergi dengan sahabat atau pasangan anda. Atau dengan ahli keluarga anda. Pergilah. Mesti best. Masalahnya, offer harga atas ni hanya untuk peserta IMKK kali ini. Anda yang tidak pergi tak entitle offer ni.

So, kalau anda nak pergi. Please let me know. You can get this price if I buy the ticket for you. Berita yang tak bestnya, hari Khamis ni last date.

So, kalau anda nak pergi.... Cepat, contact saya. PM saya di FB. MOHD FIRDAUS MAT SAAD.

Percayalah, anda tak akan rugi pergi program ini. Especially kalau pergi suami isteri. Hubungan anda akan semakin baik lepas tu.

Kalau anda rasa kisah saya di atas ini memberi inspirasi kepada anda. Dan mungkin akan membantu rakan rakan anda yang lain. Anda boleh pilih untuk tekan LIKE button di bawah.

Semoga, ia dapat memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam.

2 ulasan:

  1. IMKK memang best :) Pertama kali naik kerusi. Terus tak nak turun lagi

    Lain benar perasaannya. Bila kita dah buat lebih baik, baik tidak lagi memadai

    Terima kasih saya ucapkan pada Tuan. Saya join kursus Dr Azizan ni pun sebab Haji Firdaus yang sarankan.

    Kalau tidak, balik kampung isteri di Melaka, nampak Signboard Dr Azizan saja mesti kata "Penipu"

    Memang mahal harganya percaya membabi tuli.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top