Assalamualaikum,

Hari ini 6 Jun 2013 merupakan Hari Lahir saya yang ke-32. Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya selama ini. Terlalu banyak nikmat yang diberikan. 

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Hari ini juga merupakan hari yang amat istimewa buat saya.

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, saya dengan rasa rendah diri  ingin melancarkan:
  EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG.

* NOTA : INI ADALAH EBOOK, BUKAN BUKU FIZIKAL


Kelahiran 3 buah Ebook ini amat memberi makna yang amat besar dalam hidup saya. Inilah impian saya selama ini.

Sebelum ini, bertahun-tahun saya fikir.

"Apalah yang aku boleh lakukan untuk memberi manfaat kepada orang lain?"

"Apa yang aku boleh lakukan untuk menambah nilai hidup orang lain?"

"Apa yang aku boleh lakukan untuk mencari "Pencen Kubur" buat bekalan aku di sana nanti"

Alhamdulillah, akhirnya Allah ilhamkan saya untuk menterjemahkan segala pengalaman hidup saya semasa belajar dahulu dalam bentuk penulisan. Maka terbitlah tiga buah Ebook ini.

Saya amat bersyukur kepada Allah. Selama dua bulan saya berhempas pulas untuk menyiapkan buku ini. Hampir setiap hari, saya menaip 3-5 muka surat sebagai komitmen untuk menyiapkan buku ini.

Saya yakin, kisah kejayaan yang telah saya capai dahulu mampu untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar hari ini untuk turut berjaya.

Hari ini, saya secara rasminya ingin mempersembahkan 3 Buah Ebook kepada Tuan-Tuan dan Puan Puan.


 EBOOK #1 : DARI KAMPUNG KEDAH KE UNITED KINGDOM


EBOOK #2: RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG


BUKU #3: RAHSIA PELAJAR LUAR BIASA

Kenali Penulis Buku Ini

Nama saya Mohd Firdaus Bin Mat Saad. Saya berasal dari Kampung Kedah. Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Dahulu ayah saya bekerja sebagai seorang kerani di sekolah manakala emak saya pula bekerja sebagai seorang pembantu jururawat.

Saya mempunyai 5 adik beradik. Abang Jan yang sulung, Abang Arman yang kedua, Arwah Kak Hani yang ketiga (Telah Meninggal Dunia Akibat Sakit Kanser), saya anak yang keempat dan adik saya Dzuha merupakan anak yang bongsu.

Dahulu, semasa di sekolah rendah saya telah melakukan kesilapan dalam pelajaran. Saya cuai dan tidak bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Saya gagal mendapat 4A dalam peperiksaan UPSR.

Saya menyesal. Saya gagal mendapat tawaran dari mana-mana MRSM atau pun sekolah berasrama penuh. Syukurnya pada waktu itu, saya diterima masuk ke SMKA Al Mashoor (L) Pulau Pinang.

Di sinilah kehidupan saya mula berubah. Abang-abang saya mula berkongsi dengan saya teknik belajar yang berkesan. Mereka menceritakan kepada saya rahsia bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang.

Saya amalkan apa yang mereka nasihatkan. Di situlah kehidupan saya mula berubah. Sejak dari itu, saya tidak menoleh ke belakang lagi.

Saya memperoleh 9A dalam PMR dan ditawarkan masuk ke MRSM Taiping. Di MRSM Taiping, saya memperoleh 9A dalam SPM dan ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Kolej MARA Banting untuk program International Baccalaureate. Alhamdulillah, saya terus cemerlang di situ dan dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara di University of Sheffield, United Kingdom.

Alhamdulillah, di sana saya masih mengamalkan segala rahsia dan teknik yang telah dikongsikan oleh abang-abang saya. Syukur, saya mendapat First Class Honours dalam tahun terakhir saya di sana.

Apa yang lebih menarik, daripada 100 orang pelajar dari seluruh dunia dalam Department Electrical Engineering pada tahun itu, saya merupakan pelajar yang terbaik dan Final Year Project juga mendapat Anugerah Projek Terbaik.

Selepas melalui semua peringkat pengajian ini, saya dapat membuat kesimpulan. Belajar sebenarnya lebih mudah kalau kita tahu caranya. Saya hanya menggunakan teknik yang digunakan oleh abang-abang saya dahulu. Teknik-teknik yang dikongsikan oleh abang-abang saya terbukti berkesan.

Abang Jan juga memperoleh First Class Honours di University of Manchester Institute Science and Technology (UMIST) dalam Electrical Engineering. Abang Arman juga antara pelajar terbaik dalam Jurusan Perubatan di Trinity College Dublin, Republic of Ireland.

Alhamdulillah, adik saya juga menggunakan teknik yang sama semasa belajar dahulu dan beliau juga berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara iaitu di University of Sheffield dalam bidang Mechanical Engineering.

Syukur Alhamdulillah, kami berempat semuanya berasal dari sebuah kampung, dari keluarga yang biasa biasa, tetapi apabila menggunakan teknik yang betul, Alhamdulillah kami mendapat keputusan yang luar biasa.
Mengapa Saya Tulis Buku Ini?

Ikhlas saya katakan, saya sebenarnya rasa 'berdosa' kerana saya tidak pernah berkongsi dengan orang lain sebelum ini bagaimana saya berjaya dahulu.

Saya telah pun berjaya, tapi saya hanya berjaya seorang diri. Saya tak pernah membantu orang lain untuk turut sama-sama berjaya.

Sehinggalah satu hari, saya tersedar kesilapan saya ini. Saya rasa saya perlu berkongsi segala pengalaman saya ini dengan para pelajar yang masih belajar.

Saya mula memberi Ceramah Motivasi Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang di sekolah-sekolah sekitar Parit Buntar. Kemudian, saya menerima jemputan memberi ceramah motivasi di MRSM Taiping, MRSM Kepala Batas dan MRSM Merbok.

Alhamdulillah, respon yang diberikan oleh para pelajar amat positif. Mereka suka dengan cara penyampaian saya. Ramai yang tersentuh dengan kisah kejayaan saya dahulu. Semasa memberi ceramah, saya sebenarnya hanya berkongsi apa yang saya lakukan dahulu. Saya menceritakan semua yang saya praktikkan.

Alhamdulillah, saya semakin dikenali di kalangan guru-guru MRSM dan universiti. Saya terus dijemput untuk memberi ceramah di MRSM Johor Baharu, UNISZA Terengganu, Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa tempat lagi.

Saya berasa amat gembira kerana dapat berkongsi pengalaman saya ini dengan ramai pelajar. Ramai  pelajar yang terinspirasi dengan kisah kejayaan saya.

Malangnya, saya tak dapat memenuhi semua jemputan ceramah motivasi kerana sibuk dengan perniagaan saya. Saya berasa amat sedih.

Sehinggalah satu hari, Allah mengilhamkan saya untuk berkongsi kisah kejayaan saya ini dalam bentuk penulisan.

Apa yang saya sampaikan dalam ceramah motivasi saya, perkara yang sama saya tulis dalam buku ini. Saya rasa, dengan cara ini saya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pelajar yang lain. Saya dapat membantu lebih ramai pelajar untuk berjaya dalam kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.

Ini kerana, dalam buku ini saya menyelitkan unsur-unsur pendidikan agama untuk difahami dan diamalkan oleh para pelajar.

Saya mahu para pelajar hari ini berjaya bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi mereka juga harus mempunyai sahsiah diri dan pekerti diri yang baik. Saya mahu mereka mempunyai akhlak yang terpuji seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Saya berani menjanjikan ketiga-tiga buku ini amat unik. Anda tidak akan berjumpa buku sebegini di pasaran. Ini kerana saya memberi motivasi kepada para pelajar dalam bentuk cerita. Ia 100% berdasarkan pengalaman saya semasa belajar dahulu. Di samping pemerhatian saya terhadap pelajar-pelajar lain di sekeliling saya. Semua ini dinukilkan secara santai untuk memberi impak yang maksima kepada para pelajar.

Saya amat-amat berharap agar apa yang saya tulis ini akan menjadi "Pencen Kubur" buat saya apabila saya sudah tiada nanti.

Pengalaman Menulis Buku Ini

Untuk makluman anda, saya mengambil masa selama 2 bulan untuk menyiapkan 3 buah buku ini.

Sepanjang tempoh ini, saya sering menunaikan Solat Sunat Hajat. Saya berdoa kepada Allah.

"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku tulis buku ini semata-mata kerana Mu ya Allah, semata-mata kerana Mu ya Allah, semata-mata kerana Mu ya Allah. Janganlah Kau paling niat aku menulis buku ini. Ya Allah, aku mohon ampun kepada Mu sekiranya semasa aku menulis buku ini timbul perasaan riya' dan ujub di hatiku ya Allah, jika ia berlaku. Ia bukan di atas kemahuanku. Tetapi ia berlaku di atas kejahilanku.Ampunkanlah dosaku."

"Ya Allah, aku mohon kepada Mu. Kau ilhamkanlah kepadaku untuk menulis apa yang Kau mahu aku sampaikan kepada orang lain ya Allah. Aku mohon kepada Mu, bukakanlah hati mereka yang membaca bukuku untuk memahami apa yang ingin aku sampaikan ya Allah. Mudah mudahan mereka akan mendapat inspirasi daripada kisah kejayaan ku dahulu. Aku mohon kepada Mu, Kau berikanlah kejayaan kepada mereka ya Allah"

"Ya Allah, jadikanlah segala amalan ku ini sebagai amal ibadah yang diterima Mu ya Allah"

Alhamdulillah, saya amat yakin Allah banyak membantu saya dalam menyiapkan penulisan ini. Saya dapat merasai kelancaran dalam proses menyiapkan buku ini.

Apabila buku ini hampir siap 95%, saya mula memberikan buku buku ini kepada sahabat-sahabat saya untuk mereka baca dan beri pandangan mereka mengenai buku ini. Alhamdulillah, respon daripada mereka teramat positif.
Apa Terkandung Dalam Ebook Ini?


 Sinopsis  Buku ini menceritakan pengalaman hidup seorang anak kampung yang kurang cemerlang ketika di sekolah rendah. Kehidupannya mula berubah semasa di Tingkatan 1 semasa belajar di SMKA Al Mashoor (L) selepas mendapat tahu rahsia dan teknik belajar berkesan melalui abang-abangnya yang telah berjaya. Kemudian, beliau bangkit semula dan terus berusaha hingga berjaya.


Pengalaman beliau ketika belajar di MRSM Taiping dan Kolej Mara Banting turut dikongsikan dalam buku ini. Selain itu, beliau turut menceritakan pengalaman belajar di United Kingdom dalam bidang Electrical Engineering sehingga berjaya menjadi Pelajar Terbaik Di University Of Sheffield, UK.

Hayati suka duka, pahit manis kehidupan beliau sepanjang melalui kehidupan sebagai seorang pelajar. Insya Allah, mereka yang membaca pasti akan mendapat inspirasi dan motivasi untuk berjaya seperti beliau.


Sinopsis Buku ini adalah kesinambungan daripada buku Dari Kampung Kedah Ke United Kingdom. Jika di buku pertama ia menceritakan kisah kejayaan adik beradik penulis serta kejayaan beliau di sekolah, kolej dan universitibuku kedua pula mendedahkan semua rahsia yang digunakan mereka ketika belajar dahulu.

Ketahui 25 teknik dan rahsia belajar berkesan yang telah digunakan oleh penulis dan adik beradiknya sehingga mereka semua berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran.

Semua teknik ini dinukil berdasarkan pengalaman sebenar penulis sehingga menjadi pelajar terbaik di University of Sheffield, United Kingdom


SinopsisBuku ini menceritakan 11 Rahsia Pelajar Luar Biasa. Semua rahsia ini ditulis berdasarkan pengalaman penulis semasa beliau belajar dahulu sehingga menjadi pelajar luar biasa.

Antara sedar atau tidak, kebanyakan rahsia ini telah diketahui umum. Malangnya, ia tidak dipraktikkan dalam kehidupan mereka. Mereka yang beramal dengan rahsia ini akan menjadi seorang insan yang hebat

Rahsia ini bukan sahaja boleh digunakan semasa belajar, tetapi amat praktikal untuk digunakan sepanjang kehidupan.


Buku ini Insya Allah akan memberi panduan kepada para pelajar bagaimana untuk mengubah kehidupan mereka. Ia akan membuka mata dan minda mereka untuk mencari jalan yang lurus dan di redhai Allah.
Apa Kata Mereka Yang Sudah Membaca Buku Ini?

Seperti yang saya ceritakan, buku ini telah diberikan kepada 20 orang pembaca awal yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Sebahagian daripada mereka merupakan pensyarah, doktor, jurutera, kaunselor, guru sekolah, pelajar universiti, pelajar pra-universiti dan pelajar sekolah menengah.

Respon daripada mereka yang sudah membaca amat positif. Syukur Alhamdulillah. Anda boleh membaca testimoni mereka dengan klik link di bawah ini.

Testimoni Pembaca 1-3

Bacalah testimoni daripada mereka. Saya yakin anda akan teruja. Testimoni-testimoni pembaca lain akan saya masukkan dalam entri-entri berikutnya.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Buku Ini?

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, saya akan memberikan harga promosi untuk anda semua pada hari ini. Ya, pada hari ini sahaja.

Harga Asal Untuk Ketiga-tiga Ebook Ini Adalah RM50 (Tidak Dijual Berasingan. Mesti Beli Tiga Buku Sekaligus).

Tetapi, setakat ini saya menawarkan harga kepada anda sebanyak RM30 sahaja.

Syaratnya : Anda hanya perlu LIKE Facebook Button pada entri ini ( LIKE sama ada di atas atau di bawah). Kemudian LIKE Facebook Fanpage EBOOK RAHSIA KEJAYAAN PELAJAR CEMERLANG. Itu sahaja syaratnya. 

Anda boleh buat keputusan sama ada anda mahu membeli buku ini atau tidak. Terpulang buat anda. Tiada paksaan.

Tapi saya rasakan buku ini amat bermanfaat jika anda belikan kepada anak-anak atau adik anda yang masih belajar sekarang ini. Percayalah, mereka akan rasa bersyukur jika didedahkan dengan segala tips dan ilmu ini. Mereka akan berterima kasih kepada anda kerana telah membantu memudahkan proses pembelajaran mereka.

Bagi Mereka Yang Bersedia Untuk Membeli Ebook Ini Pada Harga Promosi !!

Sila lakukan seperti berikut:

1) Sila Bank In RM30 ke Akaun Maybank : KAM MARIA BINTI ABDUL MUTALIB
2) No Akaun Maybank : 1621 8835 2350
3) Jika Transfer Online : Letakkan Emel Penerima mariafirdausblog@yahoo.com
4) Emelkan Detail Pembayaran Ke mariafirdausblog@yahoo.com
5) Dalam Emel Tersebut, Sila Berikan detail dibawah :
i) Nama Penuh
ii) Nombor Telefon
iii) Alamat Rumah ( Saya sedang bercadang untuk memberi hadiah istimewa kepada anda, sedang difikirkan)
iv) Emel Facebook Account Anda. Buku ini akan diberikan melalui Facebook Secret Group.

Adakah RM30 Terlalu Mahal Untuk Asbab Perubahan Hidup Anak / Adik Anda?

Sekiranya anda merasakan RM30 ini terlalu mahal disebabkan anda susah. Anda betul-betul miskin. Anda tidak mempunyai wang. Wang yang ada cukup-cukup untuk membeli makan minum anda sekeluarga sahaja. Tetapi anda benar-benar berharap agar hidup anak anda berubah. Anda tidak mampu membeli buku ini. Jangan risau, saya boleh memberikan buku ini secara PERCUMA kepada anda. Anda hanya perlu emel kepada saya, dan katakan anda tidak mampu untuk membeli buku ini. Insya Allah, saya berbesar hati untuk memberi percuma Ebook ini kepada anda.

Sekiranya Anda Tidak Berpuas Hati Dengan Ebook Ini?

Selepas mendapat buku ini, anda boleh membaca dahulu semua kandungan buku ini. Jika selepas membaca anda dapati buku ini tidak bermanfaat, tidak mampu memberi nilai kepada hidup anak anda, anda tidak perlu memberikan buku ini kepada mereka.

Hubungi kami semula, beritahu kami anda tidak berpuas hati dengan EBOOK ini. Kami akan mengembalikan 100% wang anda tanpa sebarang soalan. Yang lebih menarik, anda tidak perlu memulangkan Ebook yang telah kami berikan kepada anda.

Anda boleh simpan atau terus delete buku ini daripada komputer anda.

Harapan Saya Daripada Anda

Kepada para pembaca yang saya kasihi, saya hanya mohon satu perkara daripada anda. Saya mohon anda doakan agar buku ini dapat memberi manfaat kepada ramai pelajar hari ini. Saya tahu, para pelajar hari ini dari kalangan anak bangsa saya perlukan bantuan. Mereka perlukan sesuatu untuk mereka berjaya. Saya amat yakin, Insya Allah buku ini akan sedikit sebanyak memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka untuk terus cemerlang. Mereka boleh menjadikan buku ini sebagai panduan untuk berjaya.

Kalau boleh, saya mohon anda tekan LIKE Facebook Button pada entri ini dan LIKE Facebook Fanpage di bahagian atas blog ini. Mungkin satu klik anda ini akan memberi sinar harapan buat pelajar lain yang masih tercari-cari panduan dan sumber inspirasi untuk berjaya.

Saya berharap ENTRI INI AKAN MENDAPAT SEKURANG-KURANGNYA 50 LIKE. BOLEHKAN ANDA MEMBANTU SAYA?

Semoga apa yang saya lakukan ini diberkati Allah. Dan saya amat-amat berharap agar Allah terus memberi kekuatan kepada saya untuk memberi.

Wassalam

14 comments:

  1. Salam Firdaus,

    Saya berminat untuk membeli ebook diatas, masih boleh lagi kah.

    ReplyDelete
  2. Wslm Adah,

    Ebook ini masih boleh dibeli. Sila rujuk cara mendapatkan buku ini di atas yer. Thanks :)

    ReplyDelete
  3. salam,

    Saya nk beli ebook ni..harga untuk hari ni berapa..sebabnya sy tengok utk tarikh 6jun rm30...

    ReplyDelete
  4. Salam....saya nak ada tak dijual lesen PLR atau MRR utk ebook ini. Saya sangat berminat

    ReplyDelete
  5. sy teringin utk beli eBook ini..bagaimana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Anda boleh dapatkan ebook ini di http://www.rahsiapelajarcemerlang.com dan ikut arahan yang diberikan. Terima kasih.

      Delete
  6. As Salam, saya sangat berminat untuk mendapatkan ketiga-tiga buku ini untuk anak-anak saya. Saya berasal dari Singapura. Ada kah ia boleh di dapati dikedai buku di Angsana atau di Larkin, Johor Bahru... Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Setakat ini, buku ini hanya boleh didapati dalam bentuk ebook (digital) sahaja.
      Sila layari http://www.rahsiapelajarcemerlang.com untuk mendapatkan ebook ini dan ikuti arahan yang diberikan. Terima kasih.

      Delete
  7. Puan, boleh tak saya dpt kan buku ni di mana2 kedai buku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum,
      Setakat ini, buku ini hanya boleh didapati dalam bentuk ebook (digital) sahaja.
      Sila layari www.rahsiapelajarcemerlang.com untuk mendapatkan ebook ini dan ikuti arahan yang diberikan. Terima kasih.

      Delete
  8. Assalamualaikum puan promosi ni sampai bila? Saya sgt2 berminat dgn buku ini sebagai rujukan saya dan anak2 saya. In Shaa Allah. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Anda boleh dapatkan ebook ini di http://www.rahsiapelajarcemerlang.com dan ikut arahan yang diberikan. Terima kasih.

      Delete
  9. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  10. salam firdaus.....akak nak beli....boleh lg ke...how

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top