Assalamualaikum,

Harini Maria nak share dengan anda semua tentang satu lagi produk yang Maria sendiri gunakan dan sangat berkesan, iaitu Set Bersalin Shaklee. Maria nak bandingkan experience bersalin anak pertama (without Shaklee) dan anak kedua (with Shaklee).

27 MAY 2009 - KELAHIRAN MUHAMMAD FAREES



Pengalaman mengandung kali pertama, memang satu perasaan yang tidak boleh digambarkan. Cita-cita sangat tinggi untuk beri yang terbaik untuk anak yang bakal dilahirkan. Sebelum Farees lahir lagi, Maria dah beli pam Medela Freestyle yang berharga RM1700. 

Memang berazam nak fully breastfeed baby sampai 2 tahun. Maria sangka yang breastfeeding akan comes naturally, so hanya bayangkan yang indah dan mudah sahaja, tanpa ilmu yang cukup.

Rupa-rupanya pengalaman pertama tidak semudah itu. 

Kisah kelahiran Farees ada kami ceritakan di SINI. (sila click)

TIDAK CUKUP ILMU PENYUSUAN

Alhamdulillah, Farees selamat dilahirkan secara normal. Sebaik saja Farees lahir, Maria terus cuba untuk breastfeed.

Malangnya disebabkan ini adalah pengalaman pertama handle newborn baby, Maria tak tau cara menyusu yang betul. Hospital tempat Maria bersalin pun bukanlah hospital yang fully support breastfeeding.

Pada hari pertama, bila nurse bawa baby kepada Maria untuk menyusu, susu langsung tak keluar. So, nurse tu terus cadangkan susu formula sebab dia kata baby nangis sebab lapar.

Disebabkan itu pengalaman pertama dan tak tahu apa-apa, Maria pun setuju, maka jadilah first food yang masuk ke perut baby Farees adalah susu formula. (sila click untuk mengetahui SEJARAH SUSU FORMULA)

Unfortunately, that's the BIGGEST MISTAKE that I've done to my baby. Dan rupa-rupanya Farees ada allergy to cow's milk. Patut lah sejak masa dalam pantang lagi Farees selalu kena ruam.

Kesian anak Ummi..Maafkan Ummi sayang atas kejahilan Ummi masa tu...

Bila dah mula introduced to bottle, Farees jadi susah nak direct breastfed, mungkin juga disebabkan cara menyusu yang salah.

Bila takde stimulation from baby, memanglah susu lambat terhasil, so for the first 3 days tu Farees minum susu formula saja. Sedih sangat masa tu, wonder why..adakah aku ni memang jenis takde susu?


JAUNDICE LEVEL YANG TINGGI

Sebelum bersalin, Maria ada beli Set Bersalin A****. Dalam tu ada macam-macam jamu yang kena dimakan ikut jadual. Tapi semuanya Maria tak berani makan pun sebab takut baby jaundice.

Ingat nak start makan lepas a few days, tapi akhirnya sampai ke sudah terus tak makan. So immediately lepas bersalin tu memang takde makan apa-apa supplement pun.

3 hari pertama Farees langsung tak minum susu ibu. Pada hari ke-4, jaundice level terus naik mendadak dan kena admit ke hospital.

Maka bermula lah satu pengalaman yang agak teruk dalam hidup Maria. Kisah jaundice ini pun ada Firdaus ceritakan di SINI.

BADAN LETIH DAN STRESS

Kami mengambil keputusan untuk admit ke hospital kerajaan Parit Buntar sebab ia paling dekat dengan rumah. Masa tu pulak encik hubby tengah sibuk uruskan penjualan ayam. Malam pertama di hospital, Maria terpaksa jaga Farees sendirian sebab hospital tak benarkan orang lain teman.

Malam tu Farees asyik meragam tak nak tidur. Dah la beberapa malam Maria tak cukup tidur sejak lepas bersalin. Maria rasa sakit kepala dan badan keletihan yang amat sangat. Susu pun tak berapa nak keluar, sampai jadi sakit.

Bila duduk di hospital kerajaan, kita kena uruskan baby sendiri, so turun naik katil banyak kali dalam keadaan luka bersalin yang belum sembuh. Yelah, baby kan kerap nak menyusu, so kena bangun kerap untuk bancuh susu.

Lepas tu bila dah tukar diaper, kena jalan ke toilet untuk buang diaper kotor. Lepas tu kena angkat balik baby letak bawah lampu biru tu. Berulang-ulang. Huhuh. Sungguh menyakitkan dan meletihkan!!!

Farees nangis, Ummi dia pun nangis sama sampai bengkak-bengkak mata sebab Ummi SAKIT dan STRESS.

Walaubagaimana pun, Syukur Alhamdulillah, pada hari ke-6 Farees dah boleh keluar dari hospital. Selepas tu, Maria mula belajar tentang ilmu penyusuan dgn lebih banyak melalui Internet.

Selepas mengamalkan tips-tips penyusuan yang betul, akhirnya selepas 3 minggu, barulah Maria dapat berhentikan susu formula secara berperingkat. Akhirnya Maria berjaya juga fully breastfeed Farees, sehinggalah berumur 2 tahun.

Syukur Ya Allah atas nikmat ini walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran pada mulanya.


8 SEPT 2012 - KELAHIRAN MUHAMMAD FATEH


ILMU PENYUSUAN YANG LENGKAP

Pengalaman bersalin anak pertama banyak mengajar Maria untuk melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan. Jadi kali ni, Maria memang bertekad untuk memberi susu ibu sahaja kepada Fateh. Tak kisahlah apa orang lain nak cakap, baby lapar ke, susu tak cukup ke.

Yang penting Maria yakin setiap bayi yang dilahirkan, Allah dah sediakan rezeki yang cukup untuk mereka, iaitu susu ibu makanan terbaik untuk bayi. Ini juga yang Allah perintahkan di dalam Al-Quran (Click KISAH SUSU IBU DI DALAM AL-QURAN)

Dan syukur Alhamdulillah, Maria diperkenalkan dengan produk Shaklee oleh biras Maria, Ainul yang bersalin 2 bulan lebih awal daripada Maria.

Selepas mendengar testimoni dari Ainul sendiri, Maria pun terbuka hati untuk mencuba. Maria pun mula makan produk Shaklee 2 minggu sebelum bersalin.


RASA SIHAT, CERGAS DAN TIDAK STRESS

Syukur sangat, kali ni Maria rasa lebih BERTENAGA sebelum, semasa dan selepas proses kelahiran. Saat-saat contraction yang agak lama pun Maria dapat hadapi dengan tenang. Kisah kelahiran Fateh ada kami ceritakan di SINI.

Sebaik saja baby Fateh lahir, Maria terus berjaya menyusukan Fateh. Awal-awal tu memang normal susu belum banyak. Anda boleh baca di SINI (sila click) untuk mengetahui keperluan sebenar bayi di awal kelahiran.

Bayi hanya perlukan sedikit susu sahaja, kerana perutnya hanya sebesar guli di awal kelahiran.

Tapi oleh kerana adanya continuous stimulation dari baby, selepas hari ke-3 susu semakin banyak!!! Syukur Alhamdulillah...

Pada beberapa malam pertama, Fateh memang kurang tidur malam. Perkara ni adalah normal untuk baby baru lahir kerana susu ibu sangat cepat dihadam menyebabkan bayi akan cepat lapar kembali dan menangis, dan bukannya sebab susu ibu tak cukup.

Tapi Maria tetap rasa CERGAS dan TIDAK LETIH. Jadi Maria dapat teruskan breastfeeding walaupun Fateh bangun setiap setengah jam sekali.


JAUNDICE BABY TERKAWAL

Alhamdulillah, mungkin berkat khasiat susu ibu sepenuhnya, jaundice Fateh agak terkawal. Setiap hari bila check jaundice level, masih di tahap yang selamat dan tidak perlu admit ke hospital.

Semua perkara ini membuatkan Maria rasa sangat TENANG, HAPPY dan langsung TAK STRESS sepanjang tempoh berpantang, tidak seperti pengalaman pertama dahulu.

Ketika masih bekerja sebagai Engineer dulu, Maria keluar bekerja dan berjauhan dengan Fateh setiap hari selama 12 jam iaitu dari pukul 7am-7pm. Tetapi Alhamdulillah, Maria masih mampu menyediakan stok susu yang cukup untuk Fateh setiap hari.

Maria amat bersyukur kerana Allah pertemukan Maria dengan produk Shaklee yang sangat membantu dalam hal ini.

Pada usia Fateh 6 bulan (April 2013), Maria telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai Engineer dan menumpukan perhatian kepada keluarga.

Alhamdulillah, kini Maria telah bergelar Working-At-Home-Mum (WAHM) dan menjalankan business Shaklee secara sepenuh masa dari rumah. Jadi sekarang ini, breastfeeding memang tiada masalah lagi. Semoga Maria berjaya menyusukan Fateh sehingga berumur 2 tahun. InsyaAllah.


MESTI BELAJAR ILMU PENYUSUAN

Sebab tu, Maria amat menggalakkan setiap ibu yang mengandung MESTI belajar ilmu breastfeeding sebelum bersalin. Because it will not come naturally.

Konsep Supply vs Demand dlm breasfeeding amat penting. Konsep asas iaitu direct feeding ketika bersama baby, kerap pam ketika berjauhan, pastikan pemakanan ibu cukup khasiat dan minum air kosong at least 3 litre sehari, InsyaAllah breastfeeding akan berjalan lancar.

Vitamins Shaklee bukan saja sebagai milk booster, tetapi yang jauh lebih penting, ia melengkapi keperluan nutrien agar Maria sebagai 'Supply' mampu utk menampung 'Demand' dari baby.

Ini untuk pastikan badan IBU sentiasa SIHAT dan CERGAS, terutama di waktu awal kelahiran bayi, supaya susu mudah terhasil.

Kita hanya berusaha yang terbaik, dan yakinlah Allah pasti memberikan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita ini.

Kalau para ibu ada masalah dalam breastfeeding, perlu cepat-cepat dapatkan bantuan dan support dari orang yang berpengalaman. Percayalah, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

INGAT! Pemberian SUSU FORMULA bukanlah satu jalan penyelesaian, sebaliknya ia adalah KESILAPAN TERBESAR dan faktor utama yang akan MENGGAGALKAN penyusuan susu ibu sepenuhnya. 



SET BERSALIN SHAKLEE yang lengkap khasiatnya untuk keperluan ibu dan bayi.

Inilah Set Bersalin Shaklee yang Maria gunakan. Alhamdulillah, memandangkan Maria sendiri sudah merasai kebaikan produk ini, Maria rasa bertanggungjawab untuk berkongsi kebaikannya dengan semua orang, iaitu para ibu, bapa dan bakal ibubapa, agar semua bayi akan mendapat manfaat susu ibu sepenuhnya.

Semoga ini juga dapat menjadi salah satu pencen kubur untuk diri Maria nanti. Amin.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang kebaikan dan fungsi setiap produk dalam Set Bersalin Shaklee ini, anda boleh baca di SINI. (sila click)

Thanks for reading! :)

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


Kam Maria
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)

5 comments:

  1. Susu ibu susu yg plg mahal kat dunia

    ReplyDelete
  2. Salam kenal,bila baca post maria ni rasa mcm sedih sgt untk pmulaan bf ank ptama.
    Tp hati kita ibu2 ni memg kuat n tabah.
    Tahniah bjaya fullybf.
    Alhamdulillah,rzki Allah bg untk ank2 kita bf mesti ada.kita kena usaha n sbr je. :-)

    ReplyDelete
  3. Salam

    saya nak berkongsi pengalaman

    keluarga kami pengguna Shaklee sejak tahun 1997


    makcik saya yang makan Shaklee mula2, dan introduce kepada kami

    sekarang beliau dah berumur 51 tahun

    tapi bila di FB orang ingat beliau umur early 40s


    dan beliau pengguna Set Bersalin Shaklee dan Set Penyusuan Shaklee sejak tahu 1997


    saya pula menggunakan Set Bersalin Shaklee sejak tahun 2007

    Set Kehamilan Shaklee sejak tahun 2006


    dan tak pernah guna sebarang jamu

    alhamdulillah

    anak saya tak pernah sorang pun dapat kuning (anak saya 4 orang)

    tak pernah kembung

    alhamdulillah

    dapat menyusu penuh (dah 6 tahun menyusu)


    cadangan saya jika nak buat pilihhan set bersalin, selain dari meminta cadangan dan recommendation kawan2, boleh juga ikut Panduan Memilih Set Bersalin di sini....

    dalam memilih set bersalin, yang penting ialah ianya selamat untuk ibu dan bayi

    semoga perkongsian saya ini bermanfaat ya

    terima kasih

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak maria,

    sy siti hamidah,
    sy baru je 2 minggu menambil supplement shaklee.
    sekarang sy pregnant 2 bulan.
    sebelum ambil vitamin ni, selalu cramp kaki pada waktu malam..
    sakit sangat..sampai nangis2..dan tertido semula..hehe
    tapi lepas ambil vitamin shaklee, sy tidak mengalami cramp kaki lagi.
    dan tiada masalah letih2 badan.
    memang bagus.
    alhamdulillah sebab hati sy terbuka utk ambil suplement shaklee ini.
    dan semalam, sy baru sahaja mendaftar sebagai dealer shaklee.
    harap dapat tunjuk ajar dari kak maria..

    thanks,
    siti-permatang pauh, penang.

    ReplyDelete
  5. Set ini memang terbaik..

    http://bondashmiza.blogspot.com

    ReplyDelete

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top