Walau Apa Yang Berlaku Dalam Hidup, Senyum Jer!

Ini yang saya belajar.

Dari segi karektor, saya ni memang selalu gak marah marah orang.

Sampai saya tulis, salah satu perkara yang saya nak ubah dalam hidup adalah nak kurangkan marah.

Saya memang sayang semua pekerja saya. Tapi, bila time naik hangin, saya rasa saya marah melampau lampau.

Maki yang saya taburkan sampai saya rasa lepas tu bersalah pun ada.

Bila tersedar, dia rasa macam... "Kenapa aku cakap macam tu...."

Beberapa kali saya jadi macam ni. Kemudian insaf kembali.

Lepas tu jadi lagi.

Bila difikirkan, saya sendiri rasa ter'over' saya marah bebudak saya tu. Macam melampau.

Tapi tak dinafikan. Sangat jarang depa ni nak kena sembur dengan saya. Sebab bila buat betul, saya memang selalu puji. Selalu belanja.

Cuma, bab nak buang rasa marah tu tak berjaya.

Hari Sabtu baru ni, saya 'dipaksa' ke KL oleh Maria. Even saya baru aja sampai ke Parit Buntar hari Jumaat pagi dari Terengganu, hari Sabtu dah patah balik ke KL.

Maria paksa join program dari Afnan Rosli, secara jujurnya saya cakap program beliau tersangat bagus.

Kalau korang ada peluang nak join, join lah.

Dan salah satu yang saya belajar adalah jangan marah, but be happy.

Bila kita marah, vibration kita akan jadi low. Dan kita akan mula menarik benda benda negatif dalam hidup.

Bila kita ceria dan happy, vibration kita akan jadi high. Dan kita akan mula menarik benda benda positif dalam hidup.

Sebab, benda negatif banyak berlaku at low vibration dan benda positif akan berlaku at high vibration.

Ini kajian dari sains.

Kita akan menarik vibration yang sama dengan kita.

Jadi, mulai semalam saya mula insaf. Dan rasa dalam hati saya, nak try hidup dengan lebih happy.

Buat yang terbaik dalam hidup. Dan always happy what ever happen in life.

"Anything that didn't kill you, will make you stronger....."

Macam dalam gambar ni kan, apa jadi pun, kena senyummm sokmo ok!



0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top