Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Cikgu Asriyah - MRSM Taiping 1983-2018

Cikgu Asriyah adalah cikgu legend di MRSM Taiping. Hampir ke semua pelajar MRSM Taiping mengenali beliau.

Dan saya beruntung kerana Allah pilih beliau untuk jadi Cikgu Homeroom saya ketika saya belajar di MRSM Taiping dahulu.

Dan tahun lepas, beliau bersara setelah berpuluh tahun menabur bakti di MRSM Taiping.

Sebagai menghargai jasa beliau kepada seluruh pelajar MRSM Taiping, saya sebagai anak homeroom Cikgu Asriyah mengumpul duit dengan kawan kawan untuk bagi hadiah percutian kepada beliau. 

Cadangan asal, hadiah percutian akan diberikan berdasarkan jumlah kutipan duit itu nanti.

Kami plan beri hadiah ikut kutipan, sama ada ke Medan Indonesia, Beijing China, Perth Australia, Seoul Korea, Turki, atau Umrah.

Akhirnya kami kumpul lebih dari RM10,000. 

Dan kami hadiahkan kepada beliau pakej percutian ke Turki. Siap sekali dengan duit belanja ke sana.

Tapi, rupa rupanya Cikgu Asriyah dah pernah ke Turki. Jadi setelah berbincang, beliau tukar hadiah ke Europe.


Sekarang cikgu sedang bercuti di Europe bersama suami tersayang.


Gambar di Holland


Europe sekarang ni memang musim bunga tulips. So, memang cantik lah kalau bergambar.


Holland memang terkenal dengan kincir angin.


Turut serta dalam percutian ini, Cikgu Ruhimi. Juga cikgu MRSM Taiping dahulu.

Cikgu Asriyah dan Suami ke Europe menggunakan pakej dari Kembara Sufi Travel And Tours Sdn Bhd.

Feedback yang cikgu berikan, "Agen Kembara Sufi memang terbaik.... Sangat puas hati."

Image result for kembara sufi europe

Buat yang ingin travel ke Eropah bersama Kembara Sufi, boleh cari mereka di Facebook atau Website mereka. Saya sendiri pernah ikuti pakej percutian dengan Kembara Sufi. Alhamdulillah, puas hati.

Sekian.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others


1 comments:

  1. Tahniah, dah rancang ke Turki akhirnya bercuti ke Europe, rezeki dapat melancong dengan tajaan.

    BalasPadam

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top