Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dipermudahkan hidup dunia dan akhirat.

Pelihara Kucing Lebih 100 Ekor

Bebaru ini, saya ke rumah kawan saya. Beliau bukanlah orang yang senang.

Buat kerja kampung sahaja. Pendapatan tu memang sangat tidak menentu.

Tapi....

Allah beri kelebihan kepada beliau iaitu, "Ada Rasa Ihsan Terhadap Kucing......"

Semasa ke rumah beliau, saya terkejut. Kenapa terlalu banyak kucing ada di rumah beliau.

In total ada 100 ekor lebih.

Yang menghairankan saya, kucing yang ada tu bukan kucing cantik cantik.

Hampir kesemuanya kucing kucing terbiar.

Bila saya tanya, "Mana hang dapat kucing ni?"

Dia jawab, "Aku kutip kucing kucing yang orang biar di tepi jalan.... Kalau ada orang jumpa kucing terbiar, depa call aku. Aku pi lah ambil....."

Allahuakbar.

Dia menambah lagi...

"Hang tengok kucing kucing ni kira ok la, aku ada bawa balik kucing yang muka dia pecah. Then luka dah berulat separuh. Aku bawa balik, aku cuci sampai dia baik..... Kucing kucing ni biasanya lepas tu akan stay sini. Depa tak mau pi tempat lain dah...."

Allahuakbar sekali lagi.

Terdetik dalam hati saya. Mulianya hati hang..

Sanggup kutip kucing kucing di jalanan. Kemudian, bagi rawatan dan bagi makan pula.

Kalau sekor dua boleh tahan, tapi kalau sampai 100 ekor lebih. Mana leh handle.

Tapi dia menjadi semua kucing ini dengan penuh kasih sayang.

Kalau anda tengok gambar kucing kucing ni pun, ini antara kucing kucing yang terbiar. Ada yang ditinggalkan ibu kucing. Ada orang buang anak kecik.

Ada yang cacat di muka. Ada yang terlalu kecil. Tapi terpaksa hidup berdikari.


 Sedih tengok kucing nie. Kurus sangat dan sakit. 😢


Anak kucing yang terpaksa hidup tanpa ibu di sisi.

Kawan saya ni bukan ada pekerja khusus nak jaga kucing ni. Dia dan keluarga yang dok jaga.

Ada sekor kucing ni, dah KKU (Kucing Kurang Upaya). Dua dua kaki belakang kucing ni dah lumpuh. Tak boleh jalan.

Ada juga kucing yang sakit yang kena pakai pampers. Huhu...


Luruh habis bulu kucing nie. Kalau lah dia boleh bercakap macam manusia, mesti dia akan bagitau macam mana rasa sakit dia.


Kesian kucing nie sakit mata. 

Bukan senang nak bela wei.. Kucing cantik ghamai la yang nak bela. Kucing sakit, sapa nak jaga.

Saya tanya dia dari segi kos rawatan.

Dia kata kalau dia ada duit lebih, kalau ada kucing sakit, dia akan bawa ke klinik. Dan doktor di klinik pun selalu bagi harga diskaun dekat dia sebab bukan orang senang.

Saya tanya la, "Apa kucing ni makan?"

Dia jawab, "Hari hari aku pi beli daging di market Parit Buntar. Daging daging potong yang balance lemak.... Sekilo RM1 depa juai. Aku beli sehari 20 kilo..."

"Balik rumah, masak dulu then baru bagi depa makan..."

Allahuakbar sekali lagi.

Ghajinnya....

Saya pun cakap lah, "Banyak duit tu nak bagi kucing ni makan.... Sebulan sampai RM600."

Dia kata, "Alhamdulillah lah, setakat ni kucing kucing ni tak da la sampai tak makan... Kot mana pun aku usaha juga cari makan untuk depa..."

Kalau kawan saya ni ada pendapatan tetap yang bagus, saya boleh tahan lagi. Tapi beliau hanyalah bekerja sebagai seorang penggali kubur.

Ada orang mati, adalah income untuk beliau. Kalau tak ada orang mati, buatlah kerja kerja kampung yang mana ada.

Sebelum balik, saya sumbang sedikit duit untuk sahabat saya ni. Buat beli makan kucing kucing ni.

Saya pun cakap lah, "Aku tak minat sangat bela kucing.. Tapi apa hang buat ni aku rasa kagum. Hang ada rasa ihsan dekat kucing kucing ni... Tak ramai orang yang Allah bagi rasa ni... Bagus lah...."

Semoga Allah beri ganjaran syurga buat sahabat dan keluarga yang jaga kucing kucing ni.

Just in case, ada di antara kenkawan blog yang terbaca. Dan rasa nak menyumbang seringgit dua untuk kawan ni buat beli makan dan jaga kucing. Leh la pm saya. 019-5782515.

Kita tong tong sorang sket, kita bantu kawan ni untuk jaga kucing.

Kita memang tak mampu buat macam yang sahabat ni buat. Tapi saya rasa kita mampu untuk bantu mudahkan urusan dia membela kucing kucing ni.

Sumbangan yang dicadangkan ni One Off sahaja. Sebab saya pun tak cukup rajin nak kumpul dan pi serah tetiap bulan.

Ok yer....

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

#takminatbelakucing
#tapinakbantukawanbelakucing

Tolong Tekan Button Share Yer. Mungkin Ada Sorang Dua Kawan Kita Boleh Bantu.

================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!



Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top