Assalamualaikum,

Di surau, kami adakan majlis berbuka puasa setiap malam. Ia PERCUMA.

Hari pertama, kami jangka kehadiran 100 orang. So, makanan disediakan untuk 100 orang.


Kehadiran hari pertama. 


Wanita dan kanak kanak pun ramai yang hadir.

Tapi yang datang hari pertama sekitar 115 orang.

So semalam terpaksalah ada yang kena makan berlima satu talam.

Hari ni, kami buat extra sket makanan. Bajet untuk 120 orang.

Semua sumbangan kepada surau dikumpulkan dalam satu tabung, kemudian diuruskan.

Dengan kehadiran macam ni, bajet harian meningkat. Satu kepala biasanya antara RM7 ke RM8.

So, setiap hari sekarang nak kena allocate dalam RM840-RM960.

Mana duit tak cukup tu, kita guna aja tabung surau.

Image may contain: 4 people, people sitting, table and indoor

Hari ketiga, atas permintaan. Kita bagi KFC buat mereka.

Image may contain: 10 people, including Mohd Lutfi, people smiling, people sitting, table and indoor

Seronok bebudak ni dapat makan KFC

Image may contain: 4 people, people sitting and indoor

Petang ni hujan. Tapi disebabkan KFC, ramai yang hadir walaupun hujan tu lebat selepas waktu asar. 

Untuk semalam, kami belanjakan sekitar RM1000 untuk beri makan kepada semua orang.

Terima kasih yer buat sahabat sahabat yang menyumbang.

Selamat menuai hasil di akhirat nanti.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others



0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top