Aduh, siannya... 

Assalamualaikum,

Bebaru ni, ada kucing ni kena langgar dengan kereta depan rumah. Itulah, sapa suruh main main tengah jalan. Berkejar kejaran dengan kawan dia.

Keadaan dia sangat kritikal nampak gayanya.

Kaki belakang macam patah. Tak leh jalan. Mulut keluar banyak darah.

Terus tersadai tepi jalan ni.

Adoi la En Kucing... nak accident pun janganlah depan rumah ku...

Huhu...

Saya call kawan saya yang dok jaga kucing terbiar tu. Terus dia datang ambil bawa balik kucing ni ke rumah dia.

Pagi ni saya pm kawan tu, dia bagi laporan. Kucing dah meninggal dunia.

Rahang mulut dia pecah. Mungkin kepala pun kena langgar juga kot.

Sudah sampai masa mu En Kucing.... Esok pagi, member inform, kucing dah selamat meninggalkan alam yang fana ini. 


Setiap yang hidup pasti akan merasai mati.

Sekian

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top