No photo description available.

Sumbangan Ramadhan Yang Diterima

Sumbangan Majlis Buka Puasa Di Surau 

Haritu saya ada buat tawaran di FB ni, sesiapa nak sumbang untuk majlis buka puasa di surau saya di Parit Buntar.

Alhamdulillah.

Sumbangan yang diterima berjumlah RM5450 (Termasuk RM600 akan ditransfer pada bulan Ramadhan - Nak Sumbang Pada Bulan Ramadhan)

Saya bagi pihak surau ucapkan terima kasih buat semua penyumbang.

Semua duit ini, saya serahkan kepada pihak surau untuk urusan mencari Catering yang akan menyediakan juadah makanan buat para tetamu nanti.

Pihak surau telah pun melantik 5 AJK untuk menguruskan urusan menyediakan makanan untuk majlis berbuka puasa pada tahun ini.

Nanti saya akan update gambar gambar majlis buka puasa yang tajaan surau yang duitnya diperoleh dari sumbangan orang ramai.

Biasanya setiap tahun surau akan dihadiri oleh 80 orang pada setiap malam. Namun kami menjangkakan akan ada lebihan tetamu pada tahun ini kerana kami sudah menjadikan surau kami mesra kanak kanak.

Melalui program Iqra dan Al Quran di surau, makin ramai anak anak datang ke surau untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah.

Kami menjangkakan mereka akan turut serta memeriahkan lagi majlis buka puasa pada tahun ini.

Terima kasih semua.

Semoga Allah memasukkan anda semua ke dalam syurga tanpa dihisab. Insya Allah.

Wassalam.

Mohd Firdaus Mat Saad
Motivating And Inspiring Others

#sukabuatbaik

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top