Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah. 

Semoga Allah memasukkan kita semua ke dalam syurga tanpa dihisab.

Toyota Hilux Memang Power

Ni komen saya yang pertama. Saya beli kereta ni tahun 2012. Harga masa saya beli adalah RM98k sahaja.

Selepas 6 tahun pakai kereta ni, Alhamdulillah loan saya dah habis bayar. So saya ada dua pilihan.

Beli Hilux baru atau pun Modify Hilux ni bagi nampak baru sket. Baru rasa syok nak bawa.

Since kalau beli baru, Hilux sekarang dah mahal. Harga dalam RM120k all in. Tak pasal pasal nak buat hutang baru pulak. 

Dan yang best, kalau Hilux tahun 2012 ni nak jual, saya tengok market price masih sekitar RM60k. Not bod. Harga macam boleh tahan. Tak jatuh. Oklah, kiranya pakai 6 tahun susut harga baru RM40k. Dan kereta ni masih lagi steady. Tak ada masalah.

Malas nak buat hutang baru, saya rasa lagi baik kalau saya modify ajer kereta ni bagi cantik sket. Saya bajet dalam RM10k untuk modify. 


Ni gambar kereta saya yang asal. Original standard. Tak ada modify apa apa pun.


First sekali, pi tukar tayar dan sport rim dulu. Bagi nampak besar sket.


Ok. Dah tukar 4 tayar dan 4 sport rim. Harga RM2,200 sahaja. Trade in tayar dan sport rim yang lama. 


Then saya tukar rear bar yang belakang ni. Bagi sama macam Hilux baru punya model. Harga RM800. Trade in yang lama. 


Tukar yang side bar ni juga. Bagi sama macam Hilux baru. Ni harga RM800 juga untuk kiri kanan.


Pasang stabiliser sket untuk bagi stabil.


Pasang kat dalam tayar tu supaya tak kotor bahagian dalam. 


Ni jadinya selepas dah modify. Fasa seterusnya adalah cat. 


Sebelum cat, kereta ni nak kena touch up dulu.


Semua yang kemek kemek kene ketuk dan tampal simen balik.


Di balut dan dicat undercoat dahulu


Then  baru dimasukkan warna cat yang sebenar


Inilah jadinya bila dah siap cat


Side lagi satu.


Next step tukar kusyen baru dalam kereta. Saya pakai yang PU leather sahaja. Murah sikit. Baru harga RM580 untuk satu kereta.


Seat belakang


Saya paling suka sebab boleh boh print MF kat seat kereta ni.


Then beli pelapik kaki leather ni di lazada. Agak mahal. RM180. 


 Pasang lining merah dalam kereta. Harga RM9. Beli di Lazada dan pasang sendiri jer.


Last step, pasang sticker di body kereta


Pasang lampu LED Day Light RM90. 


Side tepi.


Side belakang.


Dah balik rumah, kawan tegur. Mariafirdaus.com kat belakang kereta tu tak nampak clear. So, saya pun pi kedai sticker sekali lagi untuk tukar jenis lain bagi nampak lagi clear. 

Ha.. Pasang macam ni baru cantik.


Tulis "Ya Allah, Permudahkanlah Urusanku" di tepi kereta. So setiap kali naik kereta akan teringat Allah.


Boh signage Maria Firdaus kat depan bonet kereta.


Balut Plate kereta dengan cop.


Logo MF kat belakang


Pasang kat cermin depan

Ni Summary Kos Modify Kereta Saya :

1. Tayar dan sport rim, tolak duit trade in yang lama = RM2200 ( Jawi, Nibong Tebal )
2. Tukar Side bar, Rear Bar, Stabiliser = RM2700 ( Kedai 4x4 Permatang Pauh )
3. Pasang Monitor LCD TV + Reverse Camera = RM480 ( 012-5275447 )
4. Pasang LED Day Light = RM95 ( 012-5275447 )
5. Tukar PU Leather Seat = RM580 ( 012-5275447 )
6. Sticker = RM600 ( Joy Juru - 013-4664868) 
7. Cat (RM700)+ Upah Cat (RM1700) = RM2400 (Chon - Nibong Tebal - 012-5451169)
8. Polish Kereta = RM300 (019-4955559 - Farid - Parit Buntar)
9. Polish Lampu Kereta = RM120 ( Farid Parit Buntar )

Total Cost Lebih Kurang RM9,375. May be ada lebih sket. Tapi tak sampai RM10k.

Sekian sharing dari saya. So sekarang jangan ngada ngada nak tukar kereta baru dah. Pakai lah kereta ni untuk 4-5 tahun lagi pas ni yer Firdaus.

Wassalam.

Sekian Sharing.

Mohd Firdaus 
Motivating And Inspiring Others


================

Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?


Hubungi kami untuk:-

KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!


CONTACT : Click to CALL (019-2592731)

Click to WHATSAPP










~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 


Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



==================


Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?





Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top