Sticker Kereta MARIAFIRDAUS.COM

By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semalam saya gi pasang sticker kereta mariafirdaus.com di Vellfire saya. 

Saya beli Vellfire ni masa ada offer Mega dari Naza World tahun 2015. Mereka nak habiskan stok. So saya dapat kereta ni pada harga RM165,000 sahaja.

As of now, kereta berada dalam keadaan yang sangat baik. Tidak ada sebarang masalah. Alhamdulillah.

Selepas 4 tahun pakai kereta ni, kami pun terfikir kenapa tak letak nama blog di kereta. Kereta ni kami dok selalu guna pi merata. So boleh la sket sket memasukkan nama mariafirdaus.com ni dalam kepala otak orang ramai.

Ada member di Juru buka kedai sticker. Actually bukan senang nak jumpa orang kita buat kedai sticker.

So, sebagai tanda sokongan kepada anak muda ini, saya pun buatlah sticker dengan beliau walaupun ada juga kedai sticker lain di Parit Buntar.


Joy, baru berumur 28 tahun. Tapi dah 7 tahun pengalaman dalam bidang sticker kereta ini.


Mesin printer untuk potong sticker ikut design kita buat dalam komputer.


Sticker akan pre cut. Terus buka dan leh tampal kat kereta terus.


Tepi pun kita bubuh mariafirdaus.com


Pandangan sisi selepas dah siap


Ni bahagian belakang

Actually ada banyak lagi design anda boleh buat untuk kereta anda. Nak body wrap satu kereta pun boleh. 

Pendek kata kalau nak modify kereta simple simple, leh la gi kedai dia di Juru. Ni no dia. 014-4664868. 

Kos printing kat bahagian atas kiri dan kanan side RM150. Bahagian bawah kiri dan kanan side RM150. So total dah RM300. Bahagian belakang RM50. Total RM350 

Kalau anda jenis rajin, boleh jer beli sticker di Lazada. Beli "Oracle Car Sticker". Harga RM30 jer segulung. Then potong sendiri guna pisau. May be tak secantik guna mesin tau.

Macam saya ni malas nak fikir teruk teruk, buat ajer lah dengan kawan ni. 

Saport kenkawan apa salahnya.

Alrite. Wassalam.

Mohd Firdaus
Motivating Ang Inspiring Others






0 comments:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top