CARA ORDER SHAKLEE ONLINE - HARGA TERMURAH TERUS DARI HQ!

Pengalaman Di Universal Studio Singapore



By : Mohd Firdaus Mat Saad

Assalamualaikum, 

Saya doakan anda yang menziarahi  blog ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Jemput baca pengalaman kami di Legoland Malaysia. KLIK SINI UNTUK BACA.
Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki saya untuk melawat Singapura baru baru ini. Dan destinasi kami adalah UNIVERSAL STUDIO.
Sebelum ini, Allah murahkan rezeki saya untuk melawat Universal Studio Hollywood. KLIK SINI UNTUK BACA 
Kalau anda nak tahu, Universal Studio Hollywood adalah yang terbaik di dunia untuk jenama Universal Studio. Ride di situ lebih amazing dan SUPER DUPER BEST.
Kalau nak banding dengan Universal Studio Singapore (USS), US Holywood ni jauh lagi best. Kira untuk level Asia, USS ni kira ok la.
Tiket Masuk Universal Studio
Kami dah ricky hari tu, harga tiket ke USS ni sekitar RM205. Ini harga paling murah. Ada banyak website jual harga ni.
Cuma, sehari sebelum kami nak ke sini, 11street.my buat offer harga tiket USS ni hanya RM158 sahaja untuk dewasa. Cuma dia kena ambil masa 2 hari untuk pos tiket. So, tak dapat nak nolong.
End up kami beli tiket di online guna Aplikasi KLOOK. Harga kami dapat adalah RM211 seorang untuk dewasa. Tapi kami diberikan KUPON PROMOSI RM300 untuk belian melebihi RM2000.


Klook Aps

Kalau nak beli guna KLOOK, try la cari PROMO CODE kat online. Mana tau dapat diskaun power. Try cuba coupen code YES300. Mana tau dapat diskaun RM300.
Apa apa pun, kalau nak mudah untuk ke USS, anda ambil pakej dari company ini. Dia sediakan bas dari Johor ke Singapore, direct ke USS. Klik Sini. Harga sekitar RM255 untuk tiket USS dan bas.
Since kami beli tiket online, kami diberi E-Ticket sahaja. Just tunjuk E-ticket di depan pintu masuk.
So, jom tengok gambar gambar kami di dalam Universal Studio Singapore.

Ini dah jadi trademark Universal Studio. Semua tempat ada Globe ni di hadapan pintu masuk.


Maria aja yang sempat ambil gambar depan ni, saya ngan abang sibuk uruskan tiket nak masuk ke dalam Universal Studio ni. Huhu.. Tak ada gambar family depan ni. Sob sob sob. Ramai orang ada kat depan ni, nak ambil gambar family yang tak ada orang lain kiranya tak senang la.


Dengan lafaz Bismillah, jom masuk ke dalam.


Di hadapan pintu masuk, ada diberikan pamplet tempat tempat menarik di dalam USS ni. So, sila ambil. Ia PERCUMA. Ia akan memudahkan anda membuat perancangan.


Farees confident ajer baca map ni. Haha... Kesilapan kami, terlupa bawa kasut untuk budak budak. Rasanya kalau pakai kasut lebih bagus dari pakai seliper. So, bila naik ride yang ganas ganas, terpaksalah buka selipar bebudak ni. 

Since cuaca dijangka panas, kami bagi anak anak pakai baju nipis sahaja. 


Tema kami hari ni warna biru. Bibik saya pun, boleh tahan melaram dengan cermin mata hitam. Yang kanan tu bonda tercinta saya.  


Kami ke sini hari Rabu, so tak lah ramai sangat orang.


Masuk masuk aja US ni, dah terserlah roller coaster ni. Ia di sebelah kanan pintu masuk. Dan dekat sini juga terletak surau untuk bersolat. 

And good news, di dalam USS ada Free Wi- Fi. Tapi tak kuat sangat yer signal nya. Kalau pakai Celcom, roaming aja. Hanya RM4.99 untuk Data Plan Roaming sehari. 

Bila masuk ke dalam USS ni, kami bahagikan kepada dua group. Satu group bawa budak budak kecil, satu group bawa budak budak besar. Senang nak naik ride. Saya seperti biasa, bapa mithali, bawa anak anak kecil untuk berjalan. Maria bawa budak budak besar.


Bagi anda yang bawa baby, kalau tak bawa stroller, boleh sewa di sini yer. Harga sewa usah dikenang la.


USS ni tak besar tau. Untuk kanak kanak kecil, better ke sebelah kiri lepas masuk. Dan untuk orang dewasa, terus ke kanan. Dia berbentuk bulat macam donut. So, pusing aja la. Tak besar pun. Kecik ajer. Trust me. Kalau nak banding ngan US Hollywood dan USS, tak terbanding saiznya.


Since saya bawa budak budak kecil, ride pertama kami naik adalah Madagascar, A Crate Adventure. Lebih sesuai untuk budak budak sebab Fawwaz pun boleh naik.



Ni video Ride Madagascar.


Selesai naik Madagascar A Crate Adventure, kami naik ni pula. "Party Go Round..."


Fateh awal awal lagi cakap, "Ateh nak naik lion..."

Fateh mula menunjukkan muka tak puas hatinya sebab naik ride simple simple saja. Fawwaz gak yang senyum naik benda ni. Dia naik dengan bibik dan mak saya.

That's it. Habis area Madagascar. So, kami pergi ke area lain pulak. Far Far Away area. Just sebelah dengan Madagascar.


Area Far Far Away pun sesuai untuk kanak kanak. Masuk saja kawasan ni, kami nampak Roller Coaster kecil. Apa lagi, meloncat la Fateh.


Enchanted Airways. Junior roller coaster. Alhamdulillah, Fateh lepas ketinggian yang ditetapkan iaitu 102cm.


Boleh tahan gak la lajunya. Fateh suka... Kami naik yang ni berulang ulang kali. Terpaksalah ku layan saja anak ku yang sorang ni.



Ini video Enchanted Airways. Tidak berbahaya untuk kanak kanak. Kira ok la.



Sebelah Roller Coaster ni ada Shrek 4D. Apa lagi, kami terus masuk ke sini. Ia adalah tayangan video secara 4D. Best gak la cerita ni. Dia cerita macam mana Shrek menyelamatkan Princes Diana.

Sepanjang cerita, kita duduk atas kerusi yang akan bergerak dan bergegar ikut 3D dekat cermin mata kita tengok tu. Bila kat TV tu ada donkey bersin, terus ada air di spray kat muka kita dari kerusi depan. Huhu. Terasa macam orang  bersin depan muka kita jer.

Bila ada angin, terus terasa angin ditiup ke muka kita.

Bila ada nampak serangga kecil di atas lantai, terus ada bulu bulu kecil bertali yang ditiup ke kaki kita bagi geli.


Selepas itu, kami ke Donkey Live. Anda tengok donkey atas pentas tu, dia boleh bercakap secara live dan berinteraksi dengan penonton. Siap ada gaya, gelak gelak, lompat lompat lagi. Kira best gak la.

Yang baju merah ni kira host untuk hari tu la. Dia akan guide para penonton untuk berinteraksi dengan donkey atas pentas tu.


Selepas itu, kami ke area Dino Sorin di The Lost World area. Kami kena cari ride yang budak budak kecil boleh naik. Bibik saya bawa Fateh.


Saya bawa Fawwaz... Dia pun boleh naik gak. Sebelah ni abang saya.



Ateh dekat area Jurrasic Park.



Seperti yang diceritakan, Maria dan adik saya bawa budak budak besar. Mereka ke sebelah kanan lepas masuk. So, ride yang mereka naik pun lebih mencabar. Area Sci Fi City.



Farees bergambar dengan Optimus Prime. Ambil gambar dari depan kena bayar, kita ambil dari tepi ajer lah.


Yang yang mereka naik 3D Transformer. Seriously BEST. Ini acara wajib yang kena naik untuk orang dewasa.


Dah keluar, muka pun senyum. Puas hati naik ni.


Bumble Bee.... Cuaca agak panas hari ni, ambil gambar pun berkerut muka Farees.


Besar giller...


Next mereka target nak naik Cylon dan Human. Dua roller coaster paling best dalam USS ni. 


Ok, untuk naik Cylon dan Human ni. Anda tak boleh bawa sebarang beg, termasuk handphone dan beg duit. Semua mesti di simpan dalam loker. Pende kata, poket kena kosong. So, nak tak nak dia orang ni terpaksalah letak barang di loker di sini.


Tempat loker dekat ajer, sebelah Cylon dan Human tu.


Satu roller coaster kaki tergantung, lagi satu kita duduk atas kereta saja. Ternyata, yang kaki tergantung tu ( Cylon ) 3-4 kali lagi best berbanding yang warna merah tu (Human).

Yang Cylon siap ada 3 kali buat pusingan kepala ke bawah. Bila kaki kita tergantung, waktu dia pusing tu terasa macam kaki tercabut jer. Hehe...


Memang laju roller coaster ni.


Dah naik, muka best.. Farees tu pucat ke aper? Hehe... Tak der lah, he really enjoy the ride. Dia naik Cylon 3 kali dan Human tu pun 3 kali. 


Then bebudak ni nak minum dan makan jajan pulak.... Adik saya beli air botol Transformer ni. Harga botol dan air ni hanyalah SD26 sahaja sebotol.

Haha.. SD26 sahaja. cer kali 3.08 untuk dapat harga dalam RM. Air botol transformer ni harga sampai dekat RM80. 

Kelebihannya, air ni boleh refill unlimited times dalam Universal Studio untuk hari tu. Harga refill pula sangat murah, iaitu SD2 untuk air berkarbonat atau SD5 untuk air manggo juice. 

Apa lagi, rajin la kami pi ulang alik isi manggo juice. Bayar SD5 sekitar RM15 tapi dapat manggo juice sebekas besar tu. 


3 Biras bertemu. Ni first time kami bercuti dalam satu family besar. Maria, Kak Mazlyn dan Ainul.


One happy family. Mereka memasuki area Ancient Egypt City


Dekat area Ancient Egypt, ada dua ride sahaja iaitu Treasure Hunter dan The Mummy.  Untuk treasure hunter ni, kita akan naik kereta, jalan ikut track yang disediakan. So, budak budak ni naik satu kereta.


Orang tua naik satu kereta.


Ada Hippo dekat sini.. tapi batu la.


Kita bawa kereta tapi ada track la kat sini. Tak leh keluar dari track.


Pemandangan dalam kawasan USS ni cantik gak la.


Muka boring sebab naik kereta Treasure Hunt tu tak best.


Area Ancient Egypt City lagi. Belakang tu la ride The Mummy. Tips nak naik ride ni, sila pilih SINGLE RIDER. Que lebih pendek. Bila anda pilih single rider ni, anda tak boleh duduk dengan kenkawan atau family. Akan naik kereta ni sorang sorang. So, kalau nak naik satu family satu roller coaster, sila que yang biasa ya.   


Ride The Mummy  adalah roller coaster dalam gelap. Haha...  Laju tak ingat dunia, gelap pulak. Memang best la. 


Fateh tak leh naik. Sob sob sob..



Pakaian orang dulu zaman zaman Firaun dulu.


Dah tengah hari, jom makan dulu. Kami makan di Oasis Spice Cafe. Area Ancient Egypt. Makanan di sini halal. Dekat dalam USS ni, ada banyak tempat makanan halal. Jangan risau. Harga pun tak lah mahal sangat untuk level makan kat dalam USS. Kami makan Lamb Shank Biryani. Harga SD18 sahaja. 

Tapi, kami dapat diskaun SD5. Bila beli tiket USS, biasanya akan dapat voucher SD5 untuk pembelian makanan dan SD5 untuk souveniour. So, SD13 untuk Lamb Shank ni kira murah gak la.



Harga makanan lain


Nasi Biryani Ayam harga SD15. Tolak SD5 diskaun guna vouvher, hanya SD10. Lebih kurang RM30 la. Portion dia besar. Boleh share dua orang. 


Tapi Duha dan Maria, yang masuk makan first batch tak tahu pasal voucher diskaun SD5 ni. So mereka bayar harga full. 


Saya dan geng geng budak kecil pun pi sekali ke situ untuk makan. So, kami bertemu kat situ la. Semua bebudak tu dok cerita keseronokan depa naik ride ride sebelum ni.



Sedapnyer..... Harga SD13 after discount


Jam 2 petang, kami ke Waterworld. Masa masuk, anda kena perhatikan jam berapa show akan di mulakan. 

Macam masa kami masuk, dah diberitahu show akan bermula jam 11:00 pagi, 12:15 tengah hari, 2 petang, 5 petang dan 7 malam. So, boleh pilih waktu mana yang kita suka.


Sini ada persembahan LIVE. Memang best. Action movie depan mata. Saya sangat suka. Sebijik macam yang di US Hollywood punya show. Dia punya action nampak real berlaku depan kita.  

Kalau ada pistol punya tembakan, mesti keluar asap dan nampak effect dia yang real kena tembak kat mana. Kalau ada bom meletup, bunyi dia kaw kaw punya. Bila ada tembakan terkena kat air, apa lagi, terpercik lah air. Memang effect yang dia buat nampak real.

Nampak tak tu, kapal terbang datang terbang betul betul depan kita. Siap terhempas atas air lagi.



Since Fateh nak naik roller coaster, so kami patah balik ke Jurassic Park.


Baju biru Farees, depan dia tu Ammar. Untung la, dia orang lepas semua ketinggian untuk naik ride. 


Bersyukurlah Fateh pun lepas juga tinggi. So, kira dia puas hati gak la.


Kat luar area ni, ada Dinasor yang dibawa jalan jalan atas lori. Siap leh gerak lagi.


Ni replika dari batu. Tak leh gerak yer. T-Rex.


4 geng ni memang nampak puas hati datang ke sini.


Alhamdulillah, keceriaan terpancar diwajah mereka. 


Lepas tu, semua orang nak naik Jurrasic Park Rapids Adventure. Ride ni mungkin akan basah sket.


Masa nak masuk, Fateh pula tak lepas tinggi. Minimum tinggi untuk ride ni 110 cm. Sekali lagi, Fateh sentap. Sob Sob Sob.


Dia orang yang boleh naik, terus naik ride ni.


Saya tak leh naik sebab temankan Fateh ke tempat lain. Adik saya cakap, naik ride ni basah sket. Kasut dia pun basah sebab ada satu side tu, air termasuk dalam raft mereka. Huhu.... Kalau pakai kasut, then basah, memang jammmm la. Siap ada stokin lagi. Huhu..


Dekat dalam USS ni ada surau. Ia terletak di antara Roller Coaster Human dan Ride The Mummy. Surau kat dalam ni tak lah besar sangat, untuk lelaki boleh la kalau nak berjemaah 5-6 orang sekali. Tempat wudhuk ada di dalam. 

Kami berhenti solat seketika untuk ambil energy balik. Sambil solat, sambil rehat.


Lepas tu, kami jalan jalan ke area lain pulak. Patah balik ke area Sci Fi. Bawa Fateh naik ride ni pulak.


Si Fateh tak puas hati dengar cerita abang abang yang naik macam macam roller coaster ganas ganas. Dia naik Accelerator aja. Terus tak puas hati. Then dia ajak mak saya ulang naik Transformer 4D ride sekali lagi. Mak saya terpakalah melayan cucu sorang ni. Hehe.


Sekitar jam 5 petang, barulah saya dan abang saya berpeluang nak naik ride yang ganas ganas yang lain. Budak budak kami serah kat orang lain. 


Here we go


Fawwaz dah siap tukar baju lagi. 


Fawwaz dan cousin dia, Sulaiman.


Sekitar 6 petang, baru saya dan abang saya berpeluang masuk ke ride The Mummy ni. Huhu...  Sebelum ni fokus jaga anak anak saja. Seriously best. Kami ambil line Single Rider punya. Lebih cepat.

Lepas tu, Fateh bagi tahu saya dia tak puas lagi naik roller coaster. Adoyai. Saya bagi tau kat yang lain, korang semua boleh rehat atau naik lah apa apa ride yang nak naik. 

Saya nak kena bawa Fateh naik roller coaster lagi.

Since dah dekat jam 7 malam, orang pun dah tak ramai kat situ. So naik roller coaster pun dah tak perlu que. Terus naik ja. Apa lagi, saya bawa Fateh naik dekat 3-4 kali sampai dia puas dan kata "Ok, Ateh tak nak naik dah..."


Dah surrender nak balik. Letih katanya.


Jom balik. Alhamdulillah. 

Sekitar jam 7:30 malam, kami semua bergerak keluar dari Universal Studio. Alhamdulillah. Saya seriously puas hati.

Untuk level Asia, ada Universal Studio ni kira ok lah. Even tak terbanding dengan Universal Studio di US dan Disneyland, tapi for me USS ni kira not bad. Boleh la bawa anak jalan ke sini. Nak bawa ke US mahal sangat. Huhu.

Tips Dan Panduan Di Universal Studio

i. Untuk masuk ke Singapore, saya dan family bawa kereta. Kos yang kami terpaksa tanggung untuk bawa satu kereta sekitar RM250 sehari. RM80 adalah untuk beli insurans kereta sehari ke Singapura dan RM150 untuk beli "Autopass", ala ala Touch N Go di Malaysia. Dah nama pun Autopass, so setiap tempat memang automatik ditolak duit dari kad kita. The worst thing is, kalau nak keluar Singapura nanti baki tak cukup, kita boleh kena denda sebanyak SD1000. 

ii. Bagi yang tak ramai orang, saya cadangkan anda ambil aja bas. Guna agen yang pick up anda dari JB  dan bawa terus ke USS dengan bas. Tambang pergi balik hanya RM50 seorang. Then beli tiket USS sekali ngan dia RM205. So, total anda keluarkan RM255 untuk tambang dan tiket. Peace of mind.

iii. Dalam USS, kalau family ramai. Pecah kepada dua group. Satu group besar satu group budak kecik. Kalau jalan sekali, pasti akan rasa boring. Budak besar boring tengok budak kecik naik ride yang untuk kanak kanak riang. Budak kecik pula boring tunggu budak besar naik ride yang dia tak boleh naik.

iv. Nak masuk USS, beg akan di cek. Makanan tidak dibenarkan bawa masuk. Tapi, kalau anda nak bawa masuk rasanya tak kantoi kot. Dia cek beg pun gitu gitu ajer.

v. Bawa botol air kosong, sebab di dalam ada banyak tempat boleh refill air kosong untuk minum. Ia PERCUMA. Kalau nak beli kat dalam, huhu. Sila menangis. Air minerl 500ml sebotol harga SD3 satu.

vi. Surau ada yer kat dalam USS. Rujuk gambar bawah untuk surau.


vii. Makanan halal ada banyak kat dalam USS. Cuma harga boleh tahan mahal. Kami makan di Oasis Cafe dekat area Ancient Egypt. Nak rujuk list tempat makanan halal di dalam USS, KLIK DI SINI.

viii. Anda tanya saya ride mana best? Banyak yang best. Saya listkan beberapa ride yang WAJIB anda naik kalau ke USS.

  1. Transformers Ride 
  2. Battlestar Galactica: Human vs. Cylon. Cylon lagi best berbanding Human.
  3. Revenge of the Mummy - Another roller coaster ride for the thrill seekers.
  4. Jurassic Park’s Rapid Adventure
  5. Waterworld - Acara WAJIB 
  6. Madagascar
  7. Shrek 4D
  8. Puss in the Boot Giant Journey
Kalau nak tengok semua ride yang ada, KLIK DI SINI. 

ix. Kalau nak naik ride tak mau que pepanjang, elakkan datang waktu weekend masa cuti sekolah. Kami pi hari Rabu, even waktu cuti sekolah, kira ok gak la. Orang tak ramai. Yang terbaik, pergi weekday masa bukan cuti sekolah. Insya Allah, orang tak ramai.

x. Anda rasa nak ke sini mahal? Memang mahal. Anda rasa membazir? Saya rasa tak? Sebab bagi saya, saya nak bagi pengalaman lain buat anak anak. Saya datang ke USS ni bukan sebab saya sangat, tapi sebab anak anak. Kami selalu travel ke oversea naik ride ride macam ni, tapi anak selalu kena tinggal. So, ini macam nak bagi peluang kepada mereka rasa apa yang kami rasa.

Jika anda tak mampu sekarang, it's ok. Di Malaysia pun ada banyak tempat boleh naik. Boleh ke Sunway Lagoon, boleh ke Legoland dan sebagainya.

Rasanya, ini lah sahaja perkongsian dari saya untuk entri ini.

Semoga bermanfaat.

Wassalam

Mohd Firdaus
Motivating And Inspiring Others


================


Ingin mendapatkan suplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka setiap bulan dari rumah?

Hubungi kami untuk:-
KONSULTASI PERCUMA,
HARGA PRODUK TERBAIK DAN
PELUANG BISNES BERSAMA SHAKLEE!

CONTACT : Click to CALL (019-2592731)
Click to WHATSAPP

FACEBOOK : Kam Maria Abdul Mutalib

INSTAGRAM : Kam Maria Abdul Mutalib

EMAIL : come_maria@yahoo.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~

EBOOK PERCUMA!



Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

==================

Adakah anda suka dengan perkongsian di Mariafirdaus.Com.My?
Nak dapatkan update blog terbaru terus ke WHATSAPP anda?

Click link ini : http://mariafirdausblog.wasap.my

Kami akan broadcast update blog terbaru yang bermanfaat, terus ke WHATSAPP anda. Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami.

COMMENTS

BLOGGER: 3
  1. Article menarik admin. :) Silakan juga melawat page saya, LOVE TRAVEL di https://www.facebook.com/lovetravel86 . Kami ada jual tiket-tiket menarik pada harga PROMOSI seperti USS, SEA AQUARIUM, GARDEN BY THE BAY, NIGHT SAFARI, MADAME TUSSAUDS, SINGAPORE ZOO dan banyak lagi pada harga special.. Contohnya USS pada harga SGD74 atau RM230 sekarang.. Servis lain ada seperti Singapore City Tour, Bus Rental & Private Transportation Service. Berminat boleh lah contact saya. Thanks ! JESSICA, +6012-7760219, jessica.travel8686@gmail.com, LOVE TRAVEL >>> https://www.facebook.com/lovetravel86

    ReplyDelete
  2. pengalaman menarik terima kasih berkongsi.. :) jika berminat nak ambil SG City Tour Package/ beli any Tiket Masuk Singapore (USS dll) All at %Discount Price! bole juga hubungi saya WHATSAPP +6012-7760219 - Agent SG & JB *Contact: +6012-7760219 ya, TQ

    ReplyDelete

Name

3C Shaklee,17,5 Sebab Perlu Kolagen,1,5 Star Trip to Bangkok,1,5 Star Trip to Italy,7,Advance Joint Health Tablet,3,Advance Marketing Power,4,Agen Banda Aceh,1,Ahli Shaklee,5,Aidilfitri,7,Aidilfitri 2020,1,Aidilfitri 2023,1,Air Kencing Kuning,1,AJHT,3,Al-Quran Tagging,1,Alahan,1,Alfafa,2,Alfalfa,1,Alfalfa Complex,1,Allergic,1,Allergy,1,Allergy Test,1,Amalan Hari Jumaat,1,AMP,5,Anak Sihat & Pintar,1,Anggur Muscadine,1,Anti Aging,2,Anti Penuaan,2,Aquaria KLCC,1,Arman Zaharil,1,Awet Muda,1,Awet Muda.,1,B-Complex,1,Baby Development Guide,1,Baby Shaklee,1,Bagaimana Memilih MInyak Ikan Omega-3 Berkualiti Tinggi,2,Bahaya Beli Shaklee di Lazada Shopee 11thStreet,1,Bahaya Painkiller,1,Bahaya Ubat Penahan Sakit,1,Banda Aceh,1,Basic H,1,Batu Maung,1,Batuk Berkahak,1,Bayi Kahak,1,Bayi Selsema,1,BComplex,1,Beauty On The Go,4,beli lampu murah,1,Berani Berniaga,2,Berpuasa dengan Shaklee,1,Beza Vivix Resv Shaklee,1,bina,1,Bina Reban,16,Birthday,1,Bisnes,3,Bisnes Online Shaklee,5,Bisnes Shaklee,33,BLNC,2,BMW,1,BMW X4,1,Bomoh Patah Selama Perak,1,BOTG by MFMS,4,Breastfed Baby,1,Breastfeeding,10,Breastfeeding Tips,16,bromo,1,Buah Pinggang Rosak,1,Buasir,1,Buat Duit Hari-Hari,3,Buat Rumah Sendiri,7,Bukit Bendera,3,Bukit Merah Laketown,1,Bukti Kajian Klinikal Shaklee,1,Busines,2,Business,48,Business Opportunity,182,Business Shaklee,19,butik feedmilk Shah Alam,2,Cameron Highlands,1,Car Bonus Shaklee,1,Car Sticker Juru,1,Cara Elak Osteoporosis,3,Cara Elak Tulang Rapuh,2,Cara Melakukan Qiamullail,3,Cara Order Shaklee Online,1,Carotomax,1,Cash Rebate,2,Cash Rebate Shaklee,2,Cegah Osteoporosis,3,CEO Shaklee,1,Ceramah Motivasi,26,Chewable Vit C,2,Cholesterol,1,Collagen,6,CoQ-Trol,3,COQ-TROL PLUS SHAKLEE,1,CoQ10,3,COQHealth,1,COQTROL Tenaga,1,Coronavirus,1,Covid19,1,Darah Tinggi,2,Delivery Servis,1,Detox Shaklee,2,Diabetes,1,Diet,1,Disneyland,1,Dr Hamid Arshat,1,Dr Zubaidi,1,Duit Raya,1,Duit Raya Awal,1,Duit Raya Shaklee,1,Dzuha,1,Ebook,11,Ebook Percuma,1,Ebook Sorry Boss Saya Terpaksa Berhenti Kerja,1,Eczema,2,Empayar Maria Firdaus,13,Energizing Soy Protein,7,EPO,1,Escape Penang,1,ESP,12,ESP Protein,2,ESP Shaklee,2,ESP Untuk Ibu Hamil,1,ESP Untuk Kurus,1,ESP Untuk Otot,1,ESP Untuk Tenaga,1,Evening Primrose Oil,1,Exclusive Dinner Jutawan Shaklee,1,Faedah Menjadi Ahli Shaklee,2,Fakta Kolagen,1,Family,119,Family Day,1,Farees,67,Fateh,8,Fawwaz,5,Feedmilk,2,feedmilk jubah menyusu popular,2,Fish Oil,1,Florida,1,Formula Mudah MESTI Kurus,8,Founder NECK,1,Free Trip Shaklee,57,Free Vitalea,1,Friends,20,Fungsi Kolagen,3,Fungsi Omegaguard,4,Gama Linoleik Acid,1,Gambar Kaabah,1,Gambar Raya,1,Garlic Complex,1,General,136,Genetically Modified Organism,1,Genset,1,GLA,1,GLA Complex,5,Global Allergy Centre,1,GMO,1,Good & Services Tax,1,Grand Canyon,1,Grand Seminar 2018,1,GST,1,Gunung Kinabalu,1,Haji Muda,3,Halal,1,Hari Raya,1,Hari Raya Dengan Shaklee,2,Hari Raya Open House,1,Helicopter Tour,1,Herb-lax,1,Hero Kiddo,1,Hiasan Dalaman,1,Hiasan Rumah,3,Holiday,3,Home And Mobile Spa,3,Home Exterior Design,1,Homestay di Desaru,1,Homestay Di Kok Lanas,1,Homestay Di Machang,1,Ibu,1,Ibu Hamil Batuk,1,Ibu Menyusu Batuk.,1,Ibu Menyusu Berpuasa,1,IF,1,ijen crate,1,IKEA Personal Shopper,1,Ikhlas,1,Immune Booster,1,Immune System,2,India,2,Indonesia,2,Insentif Shaklee,4,Inspirasi Mariafirdaus,4,Intensif Jutawan Industri,6,Interchange,1,Interior Design,1,Intermittent Fasting,5,Istanbul,2,Italy,7,Jakarta Trip,1,Jam Dinding Kaabah,1,Jamuan Aidilfitri,1,jenama baju feedmilk,2,Jom Detox,3,Jom Detox Jutawan,3,Jom Detox NECK,2,Jom Detox Now Everyone Can Kurus,2,Jom Rileks,1,JomDetox,1,Jubah Menyusu,2,Jubah Mia,2,Jubah muslimah,2,Jutawan Shaklee,1,Kaedah Merancang Semulajadi,1,Kalsium,1,Kanser,1,Kanser Kolon,1,Kanser Usus,1,kawah ijen,1,Keahlian Shaklee,4,Kebaikan Kolagen,2,Kebaikan Omegaguard,3,Kebaikan Shaklee Collagen,4,Kebaikan Susu Ibu,1,Kebaikan Vitamin E Untuk Lelaki Wanita,1,Keburukan Intermittent Fasting,1,kedai lampu murah puchong,1,Kelas Bisnes Facial,1,Kelebihan Ahli Shaklee,4,Kelebihan Shaklee,1,Kembara Sufi,9,Kembara Turki,8,Kencing Manis,1,Kepentingan Protein,1,Kepentingan Suplemen,2,Keperluan Makanan Bayi,1,Keperluan Wanita Mengandung,2,Kesan Gadjet Pada Sikap Anak-Anak,1,Kesan Kehilangan Kolagen,2,Kesan Merokok,1,Kesan Susu Ibu,1,Kesihatan Bayi,1,Kesihatan Jantung,4,Kesihatan Minda,1,Kesihatan Sendi,2,Kesihatan Tulang,3,Kesuburan Lelaki,1,Kesuburan Wanita,1,Keunikan Vivix,1,Kiriman Doa Di Depan Kaabah,1,Kisah Kejayaan Bisnes,3,Kisah Pesakit Kanser,1,Kolagen,5,Kolesterol,3,Kompilasi Info Produk Shaklee,6,Komtar,1,Komuniti Bisnes Shaklee,3,Konsultan Reban Ayam,59,Kontraktor Reban Ayam,53,Korban,1,Krabi,2,Kursus Ayam Daging,64,Kursus Dr Azizan Osman,3,Kursus Haji,2,Kursus Haji Online,1,Kursus Solat,1,Kursus Umrah,3,Kursus Umrah Online,2,Kursus Umrah Percuma,2,Kurus dan Sihat,2,Kurus Dengan Cepat,2,Kurus Sebelum Raya,1,Las Vegas,2,Lasik,2,Latest Post,1763,Lecithin,2,Legoland,1,Legoland Malaysia,1,Life Inspiration,1,Look Younger Longer,2,Los Angeles,1,Magic Aura Shaklee,1,Magnesium,1,Makan Sedap,2,Mamacilik Empire,1,Manfaat Omegaguard,3,Maria Firdaus,6,Maria Firdaus Empire,6,Maria Firdaus Kids,1,Maria Firdaus Millionaires in Shaklee,6,Maria Firdaus Mobile SPA Academy,16,Mariafirdaus,2,Mariafirdaus Baby,1,Mariafirdaus Kids,1,Mariafirdaus Travelog,68,Mariafirdaus Villa,2,Master Celebration Maria Firdaus,8,Master Coordinator Shaklee,33,Master Maria Firdaus,1,Mealshakes,6,Mengandung Semasa Umrah,1,Mercedes Benz C200,1,MFMS,5,MFMS Academy,16,MFMS Empire,61,mia jubah popular,2,Minum Susu Untuk Kalsium,1,Modify Hilux,1,Most Fantastic Millionaires in Shaklee,5,Motivasi,86,Motivasi Usahawan,3,Motivation,4,MRSM PDRM Kulim,1,MRSM Taiping,4,Multivitamin,1,Multivitamin Pertama di Dunia,1,Muscadine Grape,1,My Shaklee Effect,1,MYVI,1,Natural Skincare,1,NECK,7,Non-GMO,1,Norafizal Mat Saad,9,Now Everyone Can Kurus,54,nursingwear,2,Nutrien Untuk Tulang Kuat,2,Nutriferon,2,Nutrisi Semulajadi,1,Nutrisi Untuk Lelaki,2,Offline Coaching,2,Omega-3,7,OmegaGuard,16,Omegaguard Shaklee,1,Omegaguard Untuk Ibu Dan Bayi,2,Omegaguard Untuk Kesihatan Jantung,1,Omegaguard Untuk Kesihatan Otak,1,Omegaguard Untuk Kurus,1,Online Business,139,Organic Skincare,1,Orlando,3,Ostematrix,6,Osteporosis,2,Pakaian Menyusu,2,Panduan Didik Anak Solat,1,Panduan Perkembangan Kanak-kanak,1,Parenting,1,Parit Buntar,1,Pedoman Hidup,1,Pemilihan Soy Protein,1,Penang,4,Penang Hill,2,Pencen Kubur,20,Pengalaman Bersalin,1,Pengalaman di Gunung Kinabalu,1,Pengalaman Haji,3,Pengalaman Umrah,3,Pengedar Shaklee,2,Pengedar Shaklee Alor Setar,1,Pengedar Shaklee Bandar Darulaman,1,Pengedar Shaklee Bukit Jambul,1,Pengedar Shaklee Changloon,1,Pengedar Shaklee Jitra,1,Pengedar Shaklee Kepala Batas,1,Pengedar Shaklee Nibong Tebal,1,Pengedar Shaklee Parit Buntar,2,Penjagaan Kulit Shaklee Youth,2,Penternak Ayam Daging,62,Peranan bapa dalam penyusuan susu ibu,1,Perbezaan Ubat dan Suplement,2,Percutian Di Kashmir,2,Percutian Shaklee,6,Performance Drink,5,Perintah Kawalan Pergerakan,1,Period Pain,1,Perokok,1,Personal,1,Photoshoot,1,Phytocol-ST,2,Piramid Makanan,1,PKP,1,Polifenol,2,Politik,1,Port Dickson,1,Postnatal SPA,2,Potret Kejayaan,14,Pra Haji,7,Pregnancy Set,3,Premium Beautiful,5,Produk Shaklee,130,Produk Tradisional Bahaya,1,Projek Blog Mega Shaklee,1,Projek Buat Duit,7,Projek Buat Duit MFMS,24,Projek SPA,19,Promosi Shaklee,4,Protein Soya Terbaik,1,PT3,1,Puasa dengan Shaklee,1,Public Sharing,1,Pulau Pangkor,1,Pulau Perhentian,1,Pulau Pinang,1,Pulau Redang,1,Qiamullail,3,Rahsia Merancang Keluarga Semulajadi,1,Rahsia Pelajar Cemerlang,12,Ramadan Shaklee,2,Ramadhan,1,Ramuan Vivix,1,RAST Test,1,Raya Dengan Shaklee,1,Reban Ayam Tertutup,57,Resepi ESP,1,Resepi Sihat dan Sedap,1,Resipi Jutawan Bertaqwa,1,Restoran Pen Mutiara,1,Results SPM,1,ResV,1,ResV Shaklee,1,Reunion MRSM Taiping,1,Reverse Aging,1,Rich Dad Poor Dad,1,Roger Barnett,1,Rome,1,Rumput Sungai Buloh,1,Saintis Shaklee,1,Sakit Jantung,2,San Francisco,1,Selamberselak,2,Sembelit,1,Senggugut,1,Set Anak Pintar Sihat,1,Set Bajet Kesihatan Optimum.,1,Set Berpantang,12,Set Berpantang Shaklee,1,Set Berpuasa Shaklee,7,Set Berpuasa Shaklee Kanak-Kanak,7,Set Bersalin,11,Set Bersalin Shaklee,8,Set Bersalin Terbaik,1,Set Breasfeeding,10,Set Cantik Shaklee,1,Set Detox Shaklee,1,Set Gastrik Shaklee,1,Set Haji & Umrah,1,Set Haji Shaklee,4,Set Hamil Shaklee,2,Set Hello New You,1,Set Ibu Hamil Shaklee,3,Set Ibu Hamil/Bersalin/Menyusu,15,Set Jantung,1,Set Kanak-Kanak,8,Set Kanak-kanak Shaklee,3,Set Kecantikan,4,Set Kecantikan Shaklee,5,Set Kesihatan Lelaki Shaklee,3,Set Kesihatan Wanita Shaklee,3,Set Kesuburan,1,Set Kesuburan Shaklee,2,Set Kulit,1,Set Kulit Shaklee,1,Set Kurus,2,Set Kurus Shaklee,7,Set Lutut,1,Set Mengandung,5,Set Mengandung Shaklee,3,Set Menyusu,17,Set Menyusu Shaklee,5,Set Minda Shaklee,1,Set Puasa Shaklee,2,Set Ramadan Shaklee,3,Set Raya Shaklee,1,Set Sendi,2,Set Shaklee Untuk Pendakian,1,Set Shaklee Untuk Tenaga,1,Set Shaklee Untuk Umrah dan Haji,2,Set Sistem Imun,2,Set Slimming,1,Set Slimming Shaklee,1,Set Umrah Shaklee,5,Shaklee,73,Shaklee 5 Star Trip,1,Shaklee Awards,2,Shaklee Baby,3,Shaklee Bagan Serai,2,Shaklee Berkesan,2,Shaklee Business,50,Shaklee Business Leaders Conference,2,Shaklee Business Leaders National Conference,1,Shaklee Car Bonus Achievers,5,Shaklee Collagen Powder,7,Shaklee dan Israel,1,Shaklee dan Makanan Sunnah,1,Shaklee Difference,2,Shaklee Effects,16,Shaklee for Kids,2,Shaklee Free Trip,25,Shaklee Free Trip to Switzerland,1,Shaklee Fun Day,1,Shaklee Global Conference 2016,2,Shaklee Global Conference USA 2014,17,Shaklee Halal,2,Shaklee Incentive Trip,3,Shaklee Independent Distributor Terbaik,1,Shaklee Japan Trip,2,Shaklee Japan Trip 2017,7,Shaklee Kids,2,Shaklee Leaders,1,Shaklee Lovers,1,Shaklee Mama,4,Shaklee Murah,2,Shaklee National Conferences Award,8,Shaklee National Convention 2018,1,Shaklee Nibong Tebal,2,Shaklee Nilai,1,Shaklee Parit Buntar,2,Shaklee Product Trainer,1,Shaklee Ready Stock,1,Shaklee Rewards,64,Shaklee Selamat,3,Shaklee Semulajadi,2,Shaklee Shop,1,Shaklee Skincare,1,Shaklee Story,1,Shaklee Success Seminar 2015,1,Shaklee Terbaik,1,Shaklee Total Detox Solution,2,Shaklee Trip Cruise,1,Shaklee Trip To Langkawi,2,Shaklee Untuk Darah Tinggi,1,Shaklee Untuk Jantung,1,Shaklee untuk Jemaah Haji dan Umrah,1,Shaklee untuk Kanak-kanak,3,Shaklee USA Trip 2014,1,Shaklee USA Trip 2019,1,Shaklee Vita-E Complex,1,Shaklee Vitamin E,2,Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,11,Shaklee Youth Skincare,2,Shakleebaby,1,Shakleebaby Gentle Wash,1,Shakleebaby Massage Oil,1,Shakleebaby Soothing Lotion,1,Shopping Trip,1,Sijil Halal,1,Sistem Imun,1,SKPTM,8,SMKA Al Mashoor,1,Success Stories Shaklee,4,Success Story TWB,12,Super Star Libra Cruise,1,Supervisor Shaklee,2,Suplemen Shaklee,2,Suplemen Untuk Lelaki,2,Supplement untuk Berpuasa,1,Supplements Shaklee,2,Supplements Terbaik,2,Surabaya,1,Surah Al-Kahfi,1,Sustained Release Vit C,7,Susu Ibu,1,Susu Ibu dalam Al-Quran,1,Switzerland,2,Tahi Ayam,6,Tazkirah,173,Ternakan Ayam,344,Testimoni,5,Testimoni NECK,3,Testimoni Shaklee,1,Testimony AMP,2,Testimony ESP,1,Testimony ESP Untuk Menyusu,2,Testimony Gastrik,1,Testimony NECK,6,Testimony Set Ibu Hamil,3,Testimony Set Menyusu,3,Testimony Shaklee Set Bersalin,1,Testimony Shaklee Set Ibu Hamil,1,Testimony Shaklee Set Menyusu,2,The Gravityz,1,The Landmark Study,1,The Most Fantastic Millionaires in Shaklee Empire,1,The Shaklee Difference,1,The Walking Beauty,12,Tiket Murah Aquaria KLCC,1,Tip Tambah Susu Ibu,6,Tips Anak Pandai,1,Tips Awet Muda,2,Tips Bercuti Di Legoland,1,Tips Berhenti Merokok,2,Tips Berpuasa,2,Tips Bersalin,1,Tips Bisnes,1,Tips Business,1,Tips Cemerlang,1,Tips Elak Batuk Berkahak,1,Tips Haji,2,Tips Hamil,1,Tips Jarak Anak,1,Tips Memilih Protein,1,Tips Mudah Berpuasa Untuk Kanak-Kanak,3,Tips Mudah Menyusukan Bayi Di Tempat Awam,1,Tips Penyusuan,11,Tips Travel,1,Trampoline for kids,1,Travelog Haji,110,Travelog Istanbul,1,Travelog Shaklee Trip Italy 2015,10,Travelog Shaklee Trip Japan 2017,7,Travelog Shaklee Trip USA 2014,14,Travelog Shaklee Trip USA 2016,3,Travelog Shaklee Western Mediterranean Cruise 2018,9,Travelog Turki,9,Travelog Umrah,24,Travelog USA 2019,23,Trip Indonesia,2,Trip Yogyakarta,1,Tukar Nombor Plate,1,Tulang Rapuh,2,tumpak sewu,1,Turkey Trip,3,Turki Trip,7,Turunkan Kolesterol Secara Semulajadi,2,TWB,18,TWB by MFMS,17,Ubat VS Supplement,1,Ubat Vs Vitamin,1,Universal Studio,1,Universal Studio Singapore,1,Urin Kuning,1,US Trip,1,USA Trip,16,v,1,Video,4,Video Ibadah,1,Video Shooting,1,Video Sirah Nabi,1,Visit Singapore,1,Vita-lea for children,1,Vitalea,3,Vitalea for Children,2,Vitalea for Kids,2,Vitamin C,5,Vitamin C Shaklee,2,Vitamin E,2,Vitamin Kanak-Kanak,1,Vitamin Kulit,1,Vitamin Kulit Cantik,1,Vitamin Rahmah,2,Vitamin Semulajadi,1,Vitamin Shaklee,2,Vitamin Shaklee Percuma,1,Vitamin Sintetik,1,Vitamin Tenaga,1,Vitamin Umrah Haji,1,Vitamin untuk Ibu Hamil,2,Vitamin untuk Ibu Menyusu,1,Vitamin untuk kanak-kanak,3,Vitamin Untuk Lelaki,2,Vitamin untuk Perokok,1,Vitamin Untuk Wanita,1,Vivix,12,Vivix Shaklee,4,Vivix Untuk Diabetes,1,Vivix Untuk Kencing Manis,1,WAHM,1,Wanita Bersalin,1,Wanita Mengandung,3,WanitaKeperluan Wanita Mengandung,1,Warna Urin,1,Wedding Anniversary,1,Why Shaklee,1,Womens Health Set,2,Working-At-Home-Mom,2,Youth Experience Party,1,YOUTH Mask,1,Youth Shaklee,2,Youth Skincare,1,Zinc,1,Zinc Complex,1,Zinc Plus,2,
ltr
item
Maria Firdaus: Pengalaman Di Universal Studio Singapore
Pengalaman Di Universal Studio Singapore
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTL2-Rc0dfVQ8E7TKVlXFE4AypmPtoO5J_lq45C5vEwcnmhPl29TZ1UKkYbJNEqVsDb7KJRGocyEoqsJVTBJyw5vmsp5RAOm4gylt-d57nDshyphenhyphenUjJtqtMr4O0rpTNa_ij-m_S7YSF_6zIt/s640/Pengalaman+Di+Universal+Studio+Singapore.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTL2-Rc0dfVQ8E7TKVlXFE4AypmPtoO5J_lq45C5vEwcnmhPl29TZ1UKkYbJNEqVsDb7KJRGocyEoqsJVTBJyw5vmsp5RAOm4gylt-d57nDshyphenhyphenUjJtqtMr4O0rpTNa_ij-m_S7YSF_6zIt/s72-c/Pengalaman+Di+Universal+Studio+Singapore.jpg
Maria Firdaus
https://www.mariafirdaus.com.my/2017/12/Pengalaman-Di-Universal-Studio-Singapore.html
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/
https://www.mariafirdaus.com.my/2017/12/Pengalaman-Di-Universal-Studio-Singapore.html
true
6501105525487195336
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share to a social network STEP 2: Click the link on your social network Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy