By : Kam Maria Abdul Mutalib

Assalamualaikum,

Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?

Kami doakan anda semua sentiasa dalam lembayung rahmat Allah.

Syukur Alhamdulillah, pada 20-28 Nov 2015 yang lalu, kami sekeluarga telah bercuti ke Italy.

Ia adalah percutian mewah yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee selepas kami berjaya memenuhi syarat-syarat jualan kumpulan yang ditetapkan sepanjang setahun cycle yang lepas.

Best sangat bila company beri rewards selepas kita meet target sales. Rasa berbaloi dengan segala penat lelah dan usaha gigih sepanjang cycle lepas. Alhamdulillah.

Yang paling best, company juga beri peluang untuk kita bawa family bersama. Memandangkan kami berjaya dapat 4 tiket ke Italy, maka kami bawa Mak Maria dan Mak Firdaus.

Kakak Maria, Senior Coordinator Kam Haryatie pun dapat tiket untuk diri sendiri. So dalam trip ni kami berlima semuanya. Syukur Alhamdulillah.

Seperti yang dijanjikan, kami akan share perjalanan percutian kami ini.

Semoga ianya menjadi inspirasi kepada anda di luar sana. Mudah-mudahan suatu hari nanti anda juga akan berjaya sampai ke Italy, InsyaAllah.

Untuk kompilasi Video sepanjang percutian, boleh tonton di sini yer:-

ITALY TRIP - VIDEO COMPILATION (Sila Click)


Dalam entry ini, adalah perjalanan kami dari KLIA bermula pada petang 20 Nov 2015, transit di Dubai dan seterusnya ke destinasi pertama kami iaitu Milan, Italy.

Enjoy the pics!! :)



Dari rumah, kami berempat bertolak ke KLIA. Mak Firdaus pula bertolak dari rumah Adik di Bangi. 


Sebenarnya Mak Maria masih boleh berjalan macam biasa. Tapi sebulan sebelum bertolak ke Italy, tiba-tiba Mak jatuh tangga dan terseliuh kakinya. Lutut pun mula sakit. Jalan sikit-sikit tu boleh, cuma tak boleh jalan jauh. Terpaksa bawa wheelchair untuk mengelakkan masalah lebih teruk. Syukur Alhamdulillah tak ada masalah lain, so dapat juga pergi bercuti ke Italy. 


Dah ramai yang sampai dan beratur untuk check-in. 


Our family trip!! 


Tahun lepas Honeymoon di USA. Tahun ni Honeymoon in Europe pulak. Yang penting ianya PERCUMA!! :)


Bag untuk 5 orang.


Kami terbang dengan Emirates Airlines. Group Check-in untuk semua delegasi Shaklee. 


Selamat Check-in!


My boarding pass from KL - DUBAI. Flight kami berlepas pada jam 7.10 malam. 


Bersama Family yang datang mengiringi kami di KLIA. 


Sebelum masuk ke Departure Hall. 


Immigration Check.


Bersedia untuk berlepas. 


Dinner yang disajikan di atas flight. Ada nasi beriani lagi. Alhamdulillah. 


Tak lama lepas tu ada Supper pulak. Memang tak sempat nak lapar dah bagi makanan lagi. Sudahnya ada yang simpan masuk bag ajer. Makan nanti-nanti lah. Hehe.  


Flight KLIA - Dubai mengambil masa dalam 6 jam. Tapi atas flight memang tak boleh nak tidur sangat. 


Alhamdulillah, safely landed in Dubai Airports, transit for 4 hours here. 


Turun dari flight, kena naik bas menuju ke Terminal Airports. 


Lepas tu kena naik train pulak. 


Jauh betul nak ke Gate berlepas. Memang kena banyak berjalan kat sini. 


Dubai Airports yang sangat besar dan cantik. 


Modern design. 


Tourist guide group kami, Alexis memberi penerangan. 


Keadaan di dalam Airports.


Banyak kedai shopping. 


Memandangkan kami transit selama 4 jam, Emirates Airlines beri Meal Voucher setiap orang. So dapat makan FREE di sini sementara tunggu next flight. 


Makan sudah, solat pun sudah. Maka sessi berborak-borak lah pulak. Hehe. 


Alhamdulillah, sampai jugak ke Dubai, walaupun tak keluar dari Airports. Hehe. InsyaAllah suatu hari nanti kami akan sampai di sini lagi untuk bercuti di Dubai pulak. 


My boarding pass from DUBAI - MILAN. Flight berlepas pada pukul 3.45 pagi waktu Dubai. 


Masa untuk naik flight seterusnya. Perjalanan mengambil masa dalam 6 jam lagi. 


Makanan di atas flight. 


Menu yang lain pula. 


Alhamdulillah, pada pukul 8 pagi waktu tempatan, kami selamat mendarat di MILAN, ITALY!!


Dalam airports belum rasa sejuk lagi. 


Welcome to MILAN, ITALY!!


Menunggu ketibaan bagasi. 


Masa ni dah 24 jam sejak bermula perjalanan. Letih jugak tapi excited!!


Alhamdulillah, bertambah lagi Visa stamp dalam passport bertulis MALPENSA. 
Yang atas tu Visa stamp masa trip ke Jakarta tahun lepas. Hehe. 


Kalau nak tahu, trolley kat airport Milan ni kena bayar 2 Euro. Itupun kami guna untuk jarak dalam 100 meter je. Ish ish. Itu pun nak charge. Kalau kat KLIA free ajer kan. 


Alhamdulillah, semua bag dah keluar!


Ambil gambar dulu.


Muka letih tapi excited!!


Keluar dari airport bas dah tersedia menunggu di luar airports. Terus rasa sejuk sampai ke tulang sum-sum. Hihi. Masa ni suhu dalam 5 Degrees kalau tak silap. Lupa dah. Heheh. 

Alhamdulillah, syukur sangat perjalanan kami dari Malaysia ke Italy selamat dan dipermudahkan oleh Allah. 

So destinasi pertama kami adalah ke Milan City Tour. Jom baca di sini:-


Thanks for reading!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

1 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top