By : Kam Maria Abdul Mutalib
Assalamualaikum,
Apa khabar para pembaca blog Mariafirdaus.com.my?
Maria doakan anda semua sentiasa sihat dan gembira bersama keluarga tersayang.
Fawwaz Is 6 Months Old!!
Alhamdulillah, baby Fawwaz akan berumur 6 bulan pada 15 Dec 2015.
Seronok sangat sebab Allah beri peluang untuk Maria menyusukan Fawwaz dengan susu ibu saja sepenuhnya selama 6 bulan ni, tanpa perlu susu formula atau makanan lain.
Walaupun pernah berjauhan dari Fawwaz selama 8 hari sepanjang trip percutian ke Italy haritu, Alhamdulillah Maria berjaya kumpul stok susu ibu yang cukup untuk bekalan Fawwaz.
Itu pun ada lebih lagi stok susu selepas balik dari Italy.
Syukur Alhamdulillah. Inilah antara kesan positif yang Maria sendiri rasa dengan pengambilan SET MENYUSU SHAKLEE. (Sila click untuk info)

Masa ni Fawwaz sabarrr menunggu giliran sementara Ummi pam susu untuk bekalan Fawwaz sepanjang ke Italy. Good Boy!!
Sebenarnya kita masih boleh menyusukan bayi dengan susu ibu yer walaupun terpaksa berjauhan dari baby.
Yang penting tahu cara yang betul. InsyaAllah nanti Maria akan share tips berkaitan ni dalam entry seterusnya.
So memandangkan Fawwaz dah nak masuk umur 6 bulan, dah boleh start bagi makanan lain sebagai pelengkap.
Tapi ada juga ibu bapa yang nak bagi susu ibu saja selama 2 tahun. Pada Maria itu pun boleh, terpulang pada masing-masing punya pilihan yang dirasakan terbaik untuk bayi.
Di sini Maria nak share info yang Maria dapat tentang keperluan makanan bayi untuk 2 tahun pertama.
Keperluan Makanan Bayi Untuk 2 Tahun Pertama
Sebenarnya bayi akan melalui fasa pertumbuhan dan perkembangan paling pesat dalam dua tahun pertama hayatnya.
Contohnya, berat bayi biasa naik 2 kali ganda pada umur 4-5 bulan, dan naik 4 kali ganda bila mencecah 2 tahun.
Jadi kita kenalah pastikan si manja mendapat makanan berkhasiat yang secukupnya sepanjang tempoh ini bagi menjamin pertumbuhan dan perkembangan optimum.
Susu Ibu Adalah Makanan Terbaik Untuk Bayi!!
Tahukah anda, memberi SUSU IBU adalah LANGKAH PERTAMA yang sangat penting untuk memastikan kesihatan bayi anda.
Ibu-ibu digalakkan memberi SUSU IBU SAHAJA kepada bayi sejak LAHIR hinggalah berumur 6 bulan. Tak perlu air masak, susu formula atau apa-apa makanan lain yer.
Berbanding susu formula, susu ibu bukan sahaja mengandungi segala NUTRIEN, tetapi juga MENEPATI JUMLAH yang diperlukan oleh si manja. Nutrien daripada susu ibu MUDAH DIHADAM DAN DISERAP oleh badan bayi.
Susu ibu juga mengandungi sebatian IMUNILOGI yang penting untuk membantu melindungi bayi daripada pelbagai jangkitan, termasuk cirit-birit.
Sebab itulah dalam Al-Quran juga menyuruh kita menyusukan bayi dengan susu ibu sejak lahir lagi sehinggalah berumur 2 tahun.
Memang banyak kelebihannya bila Allah dah perintahkan kepada kita. Sebelum ni Maria ada share tentang Kebaikan Susu Ibu Di Dalam Al-Quran (Sila Click)
Berapa Banyak Susu Ibu Yang Bayi Anda Perlukan?
Sebenarnya perkara ni agak subjektif, sebab tu kita kena faham konsep "DEMAND AND SUPPLY" sepanjang penyusuan ni. Lebih banyak baby menyusu (demand), lebih banyak susu ibu terhasil (supply).
Ada baby yang minum sikit, ada baby yang minum banyak. So bukan bermakna kita kena ada stok sampai penuh freezer untuk mengatakan kita berjaya menyusukan baby.
So ibu-ibu janganlah risau kalau rasa stok susu tak sebanyak orang lain.
Tapi asalkan baby kita cukup kenyang, sihat, aktif dan dapat buang air kecil dan besar dengan normal setiap hari, InsyaAllah, susu ibu sentiasa cukup untuk baby.
Makanan Pelengkap Selepas 6 Bulan
Bila bayi anda bertambah besar dan menjadi lebih aktif, keperluan tenaga dan pemakanannya juga bertambah.
Susu ibu sahaja mungkin tidak lagi dapat memenuhi keperluannya mencapai usia 6 bulan.
Kalau nak berikan susu ibu sahaja pun boleh juga kalau bayi tiada sebarang masalah kesihatan. Terpulang yer.
Tapi generally berdasarkan kajian, pada usia ini, bayi dah memerlukan makanan tambahan (makanan pelengkap) selain daripada susu ibu untuk membantu membekalkan tenaga dan nutrien lain yang diperlukan seperti zat besi, zink dan vitamin A.
Makanan pelengkap membekalkan satu pertiga (32%) daripada tenaga yang diperlukan oleh bayi anda apabila mencapai usia 6-8 bulan dan meningkat hingga hampir separuh (44%) apabila usianya 9-12 bulan.
Keperluan ini meningkat lagi kepada lebih 60% apabila bayi anda berusia lebih satu tahun.
Pada masa yang sama, sumbangan tenaga daripada susu yang diberikan setiap hari berkurangan apabila bayi anda semakin membesar.
Ini adalah contoh Nutrisi yang diperlukan bayi selepas umur 6 bulan:-
Untuk mengekalkan fungsi badan dan membolehkan si manja terus aktif sepanjang hari.
Sumber: Bijirin, seperti beras, gandum dan ubi (seperti kentang dan keledek).
ZAT BESI
Komponen hemoglobin dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.
Sumber: Daging, kentang, bayam, brokoli
ZINK
Penting untuk tumbesaran dan fungsi sistem imun.
Sumber: Daging, ayam, itik, ikan, kuning telur.
VITAMIN A
Membantu mengekalkan kesihatan kulit dan selaput lendir, penting untuk fungsi mata.
Sumber: Susu ibu, kuning telur, buah buahan dan sayuran warna oren (seperti mangga, lobak merah, labu), sayuran warna hijau tua (seperti bayam, kangkung, brokoli).
Contoh Baby Food yang menyelerakan. Sumber : Google
Semoga info ini bermanfaat untuk ibu-ibu di luar sana yer.
Tak sabar nak bagi Fawwaz cuba resepi-resepi baru!
Thanks for reading!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah.
Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp)
COMMENTS