Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog ini akan sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Saya doakan, Allah mudahkan urusan anda.

Saya baru jumpa satu kisah ini. Saya rasa ia bagus untuk kita semua baca bersama.

Kisah Mertua Vs Menantu

Pada suatu hari sepasang suami isteri bekumpul besama anak menantu setelah lama tidak berkumpul bersama.

Menantu yang pertama adalah seorng doktor manakala menantu kedua kerja kampung sahaja.

Ibu mertua amat memandang hina pada menantu kedua kerana cuma bersekolah pondok.

Dengan niat yang jahat, ibu mertua mengajak kedua-dua menantunya ini ke bandar bersama.

Dalam perjalanan, ibu mertua ternampak itik angsa mengejar budak dengan bunyi yg cukup kuat.


Gambar hiasan.

Lalu ibu bertanya kepada menantu pertama ...

"Wahai menantu kesayanganku. Kenapa suara angsa begitu kuat?"

Lalu menantu pertama menjawab ...

"Mengikut kajian saintis, lehernya panjang, jadi dia boleh simpan banyak udara. Sebab tu bunyi dia kuat."

Ibu tersenyum gembira dengan kebijaksanaan menantu pertamanya.

Lalu ibu mertua dengan nada kasar bertanya kepada menantu kedua ...

"Apa jawapan kau?"

Menantu kedua itu menjawab ...

"Ini semua kuasa ALLAH."

Ibu mertua terus berkata ...

"Tu sajalah jawapan kau macam tak sekolah!"

Kemudian sambil menuju keluar kampung ibu mertua ternampak itik berenang.

Lalu dengan nada lembut, dia bertanya kpd menantu pertama

"Kenapa itik boleh terapung nak?"

Menantu yang pertama menjawab ...

"Mengikut kajian sainstifik, bulu itik dapat mengumpul udara di celah-celahnya. Sebab tu dia dapat apungkan badannya.

Lalu dia bertanya pula kpd menantu kedua soalan yang sama.

Jawabnya "Kuasa ALLAH, mak."

Dengan muka tension ibu mertua terus berkata ...

"Menyampah!"

Setelah hampir sampai ke bandar, ibu mertua ternampak seorng lelaki tua sedang menunggu bas sambil memakai kopiah. Apabila dibuka kopiah tu, ternampak kepalanya yg botak tengah.

Lalu ditanya pada menantu yg pertama ..

"Mengapa kepala pakcik tu botak tengah?"

Menantu yg pertama mnjawab ...

"Mengikut kajian sainstis, pakcik tu selalu pakai kopiah. Jadi kepalanya jarang kena pancaran matahari sebab tu sel rambut mati.

Ibu mertua terus berkata ..

"Ko dengar tu. Orang yg belajar tinggi jawapannya semua lengkap. Ko bila ditnya, jawapan ko semuanya kuasa ALLAH. Bodoh!"

Setelah sampai ke bandar dan selesai urusan semua mereka pun pulang ke rumah & makan bersama.

Semasa di meja makan, si ibu menceritakan semua kepada anak-anak perempuannya.

Dia berkata ...

"Menantu mak yg pertama memang bijak. Yang kedua tak boleh pakai."

Menantu yang kedua terus bersuara ...

"Mak. Semua jawapan menantu pertama mak tadi semua tak betul."

Ibu mertuanya dgn marah brkata ...

"Alah! Depan bini nak tunjuk pandai. Kalau ko pandai, apa jawapnnya?"

Lalu menantu kedua itu pun menjawab ...

"Ini semua kuasa ALLAH. Mak dengar apa yang saya nak terangkan ni.

Soalan pertama sebab apa angsa suara kuat pasal leher panjangkan?

Cuba mak dengar suara katak selepas hujan. Sekampung dengar. Sedangkan katak tu langsung takde leher.

Yang kedua. itik bulu banyak sebab tu boleh terapung kat air. Itu jawapan menantu kesayangan makkan?

Abis tu, feri kat laut takde bulu pon kenapa boleh terapung?

Yang ketiga. rambut pakcik td tk tumbuh sb selalu pakai kopiah, jadi kepala tak kena pancaran matahari sebab tu sel matikan?

Abis mak hari-hari pakai spenda. Siap pakai kain lagi kat luar. Kenapa bulu tumbuh jugak?

Ibu mertua terus menundukkan muka dan terdiam.

Menantu keduanya berkata ...

"Ini semua kuasa ALLAH. DIA Maha Segalanya. Kita ni tak bijak mana pon. Jadi, jangan riak sangat & suka menghina org lain."

Terus si ibu mertua menangis dan meminta maaf pada menantu keduanya itu...

Sekian...

Sila Tekan SHARE Jika Anda Rasa Cerita Ini Boleh Memberi Manfaat Untuk Orang Lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top