Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga kita semua dimasukkan dalam syurga tanpa dihisab.

Jom Baca Part 4 : Now Everyone Can Kurus :- Klik Di Sini

Nak Kurus, Tapi Nak Makan Macam Macam

Para pembaca blog yang dirahmati Allah sekalian, satu perkara yang saya nak kongsikan dengan anda. Kebanyakan makanan yang menjadi kegemaran rakyat di Malaysia adalah TIDAK SIHAT.

Saya tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan anda. Tetapi  saya nak beritahu, ramai orang Melayu suka makan makanan yang tidak sihat.

Masalah utamanya adalah, otak kita sudah 'menerima' semua makanan ini sebagai makanan yang biasa sedangkan ia adalah makanan yang amat 'tidak sihat'.


Nasi Lemak + Ayam Rendang - Kalori 490kCal.


Nasi Goreng USA = 490kCal


KFC Snack Plate = Kalori 800kCal



Mee Goreng Telur Mata Kerbau = 600kCal


Teh Tarik Gelas Besar = 120kCal


Sepotong Pizza = 400kCal

Murtabak = Sepotong 130kCal

Bagi kita yang tidak tahu pengambilan kalori ini, anda mungkin tak rasa apa apa. Ok, jom kita tengok gambar di bawah ini.

Ini adalah aktiviti yang anda perlu lakukan untuk 'menebus dosa' memakan makanan yang tidak sihat.


Dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Jika setiap hari, kita ada mengambil kalori yang berlebihan, semua kalori ini akan ditukar menjadi LEMAK.

Dan lemak ini akan masuk ke dalam badan kita.

Inilah punca mengapa ramai rakyat Malaysia menjadi gemuk.

Nasihat Buat Peserta Now Everyone Can Kurus

Untuk pengetahuan anda, sekarang ini para peserta Now Everyone Can Kurus berada pada hari ke 8 daripada 100 hari mereka untuk ubah gaya hidup mereka ke arah yang lebih sihat.

Terus terang saya katakan, pencapaian mereka setakat hari ini sangat amazing. 

Mereka dah mula bijak untuk memilih nilai kalori yang betul setiap hari. Mereka pastikan mereka makan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan mereka sahaja.

Dan hari ini, saya kongsikan 7 langkah yang mereka boleh lakukan bagaimana untuk mengatasi masalah mereka mengidam untuk makan itu dan ini.

Bagi saya, kita semua manusia biasa yang ada rasa keinginan untuk makan macam macam.

Namun, dalam proses menurunkan berat badan ini saya rasa mereka perlu menjaga pemakanan agar mereka dapat DEFISIT KALORI setiap hari bagi mempercepatkan penurunan berat badan mereka.

Bagi saya mudah, kita semua ada nafsu makan. Nafsu ini perlu diuruskan dengan baik. Ada cara yang kita boleh buat untuk makan apa yang kita teringin nak makan tanpa memberikan kesan yang negatif kepada tubuh badan kita.

Sebagai perkongsian dengan anda, saya dedahkan lah juga satu strategi yang boleh anda amalkan jika mahu makan makanan yang tidak sihat ini.

Yang pertama, anda mesti KIRA KALORI yang tubuh badan anda perlukan setiap hari. Kemudian, anda mesti tahu KALORI makanan tidak sihat yang anda nak makan itu. Jika kalorinya masih boleh diterima, anda boleh makan. 

Jika tidak, anda perlu kecilkan 'portion' yang anda makan. Anda tak boleh makan kesemuanya kerana kalorinya sangat tinggi.

Dengan cara ini, anda masih dapat makan apa yang anda teringin nak makan.

Walau bagaimana pun, masih ada teknik teknik lain yang mesti diketahui untuk kita semua menjaga pemakanan kita.

Bagi saya, pengambilan diet yang betul sangat penting dalam proses menurunkan berat badan. 

Ini kerana ia mempengaruhi hampir 70% daripada usaha kita untuk turunkan berat badan.

Anda rasa anda belajar sesuatu hari ini?

Saya doakan anda kurus dan sihat.

Jom kita amalkan cara hidup yang sihat.

Wassalam

Mohd Firdaus
"Now Everyone Can Kurus"
"Jom Kurus Dan Sihat"

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com
019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 


Jika Anda Rasa Entri Ini Bermanfaat. Sila Tekan Button SHARE Di Bawah. Mungkin Ia Dapat Membantu Rakan Rakan Anda Untuk Menjaga Tahap Kesihatan Mereka. 


0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top