Assalamualaikum,

Saya doakan anda yang menziarahi blog mariafirdaus.com.my ini sentiasa dilimpahkan rahmat dan kasih sayang daripada Allah.

Semoga Allah terus memberi kejayaan kepada kita semua, di dunia dan di akhirat.

Jom Baca Part 3 : Now Everyone Can Kurus

Jom Bersenam

Sekadar berkongsi dengan anda, dalam Program Now Everyone Can Kurus (NECK) kami sebagai pihak penganjur sedang mengajar para peserta untuk mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik.



Mereka yang menyertai program NECK ini ramai yang bambam. Kami selalu memberi motivasi kepada para peserta untuk melakukan yang terbaik agar mereka menjadi seorang yang hebat dalam kehidupan mereka. 

Matlamat kami simple, kami nak tengok para peserta ini kurus dan sihat serta dapat menikmati hidup mereka dengan kesihatan yang lebih baik.

Untuk hidup yang lebih sihat, tidak dapat tidak kita terpaksa bersenam.



Alhamdulillah, mereka sudah melakukan perubahan dalam hidup mereka hari ini. Good job. 

Untuk pengetahuan anda, para peserta NECK ini semuanya mahu menurunkan berat badan mereka ke berat yang lebih ideal.

Untuk turunkan berat badan, mereka perlu mengawal jumlah kalori yang perlu diambil setiap hari dan membakar kalori yang ada di dalam badan untuk membakar lemak yang tersimpan.

Masalah

Masalah ramai orang, mereka tidak mempunyai masa yang cukup hari ini untuk bersenam. Saya sangat memahami masalah mereka ini.


Kita sebagai manusia biasa suka memberi seribu satu alasan untuk tidak melakukan apa yang kita perlu lakukan. Nak turunkan berat badan dan hidup sihat, kita perlu bersenam.


Sekadar berkongsi dengan anda, ada di antara peserta yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk melakukan senaman berat.

Sebab itulah, semasa saya nak turunkan berat badan saya dahulu saya belajar dan kaji senaman yang banyak membakar lemak.

Saya mahu jika boleh kita buat sedikit usaha tetapi mendapat kesan yang maksimum.

Ramai orang menyangka bila nak bersenam mesti nak berjogging. Bagi saya mereka silap. Nak turunkan berat badan, kita mesti memperbanyakkan senaman yang melibatkan kardiovaskular atau bahasa simplenya kardio.

Kardio adalah senaman yang banyak memerlukan pergerakan anggota badan dan pastinya ia akan membakar lebih banyak kalori.


Jangan sesekali kita mengelak untuk bersenam. Percayalah, nikmat kesihatan yang Allah berikan kepada kita sangat MAHAL untuk kita bazirkan. Jangan tunggu kita sakit baru kita nak bermula.


Lagi banyak kita berpeluh, lagi banyak kalori dan lemak yang akan dibakar.

 Bersenam Di Taman Tasik Datuk Keramat




Hari ini, saya dan rakan rakan memilih untuk bersenam di Taman Tasik Datuk Keramat.


Nadia dan Din sampai lebih awal di sini.


Semestinya, kami bersemangat untuk bersenam. 

Senaman Bakar Kalori Tinggi

Sekadar berkongsi dengan anda, hari ini saya nak kongsikan dengan anda senaman yang boleh membakar kalori dengan tinggi. Salah satu daripadanya adalah Circuit Training.

Iaitu melakukan beberapa senaman secara berulang ulang.

Untuk anda mengetahui beberapa senaman yang bagus dibuat, anda boleh tonton video di bawah ini :


Anda mungkin rasa apa yang kami buat ini simple, anda cuba buat dulu. Then anda akan rasa. Kami hanya melakukan senaman seperti di atas sebanyak 3 kali sahaja. You guess what, saya termuntah bila masuk pusingan yang ketiga. Video di atas adalah senaman kami untuk pusingan yang ketiga. Di pertengahan jalan, saya terpaksa berundur diri. Tak boleh tahan.  

Jujur saya katakan, circuit training adalah salah satu senaman yang sangat bagus untuk anda semua buat. Lakukan senaman ini berulang ulang kali. Senaman ini dapat membakar kalori yang sangat tinggi jika anda melakukannya dengan bersungguh sungguh. 

Ia dapat membantu untuk mengecilkan punggung dan paha yang besar. 


Selesai bersenam, kami berbincang mengenai perasaan mereka setelah menyertai program Now Everyone Can Kurus selepas 1 minggu. 

Alhamdulillah, mereka sangat berpuas hati dengan tunjuk ajar yang kami berikan secara online. Rata rata, ramai yang dah faham formula mudah untuk menurunkan berat badan.

Syukur Alhamdulillah, para peserta ini sudah pun melalui fasa pertama mereka untuk menurunkan berat badan. 

Mereka dah pun 7 hari mengikuti program ini. Mereka akan mula menimbang berat mereka pada hari ke 14 nanti.

Sama sama kita doakan, Allah mudahkan urusan mereka untuk menurunkan berat badan.

Kepada anda yang membaca entri ini, jom kita sama sama mengamalkan cara hidup yang sihat.

Wassalam

Mohd Firdaus 
"Now Everyone Can Kurus"
"Jom Kurus Dan Sihat Dari Rumah"

Feel Free To SHARE This Entri. Satu Klik SHARE Daripada Anda Mungkin Dapat Memberi Motivasi Dan Inspirasi Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain Untuk Menurunkan Berat Badan Mereka.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top