Ini sambungan daripada entri sebelumnya.


Assalamualaikum,

Terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog mariafirdaus.com.my

Semoga apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua. Saya doakan anda semua kaya dan berjaya, dipermudahkan hidup dunia dan akhirat.

Semasa dimaklumkan saya akan ke US, mereka memberitahu saya salah satu tempat yang akan kami lawati adalah Holywood.

Perkara pertama yang terlintas di minda saya pada waktu itu adalah tempat orang berlakon filem. 

Perkara yang kedua yang terlintas di minda saya adalah perkataan Hollywood yang terpampang jelas di gunung.


Adakah anda berfikir sama macam saya fikir bila sebut pasal Hollywood?

Bila Maria kongsikan dengan saya, kami akan melawat Hollywood, Walk Of Fame, saya tanya. "Apa benda tu?"

Then Maria cakapkan, "Alah... yang ada tulis nama artis atas jalan dalam bentuk bintang tu....."

Then saya terfikir, "Yang ini kot....."


"Ha.... Betul la yang ini"

Basically, itu sahaja yang saya tahu pasal Hollywood. So, jom kita layan apa sebenarnya yang ada di Hollywood.

Achewah.... Macam suspen jer kan.....

Untuk makluman anda, kami akan melawat Hollywood pada sebelah pagi dan akan melawat Farmer's Market pada sebelah petang.

Kami sudah dimaklumkan awal awal, jadual waktu kami sangat ketat. Jadi kami semua perlu menepati waktu dalam setiap jadual yang telah diatur untuk kami.


Tepat jam 9.00 pagi, bas bertolak keluar dari hotel menuju ke Hollywood.


Di US, terlalu banyak kereta mewah. Ini kerana di sana harga kereta tak semahal harga kereta di Malaysia.


Di US juga ada jalan khas untuk basikal. Ini bagi menjaga keselamatan penunggang basikal di sana.


Let's go to Hollywood.


Untuk makluman anda, kami tinggal di Long Beach. So, mungkin inilah 'Beach' yang dimaksudkan.


Terletak berhampiran dengan kawasan laut.


Tour guide kami, Mr Edy. Beliau sangat berpengalaman luas sebagai tour guide. Sudah 20 tahun berkhidmat dalam bidang ini. Sangat sangat expert. Setiap tahun beliau akan melawat US sebanyak 10 kali untuk membawa pelancong masuk dari Malaysia


Kami semua bersedia untuk ke Hollywood.


Tiba tiba, dalam perjalanan kami dimaklumkan jalan highway di tutup.


Rupa rupanya, ada orang nak bunuh diri. Nak terjun dari jambatan ke highway.


Seorang nak bunuh diri, habis highway ditutup. Hampir 20 kereta polis datang, hampir 10 kereta bomba datang. Alahai.... haru biru perjalanan kami hari itu. Sebab nak kena divert jalan lain.


Selepas sejam perjalanan, kami sampai juga di kota Hollywood.


Dah mula nampak nama nama artis di tepi jalan. Inilah yang dinamakan Walk Of Fame.


Gambar bangunan di bandar Hollywood.


Boleh bayangkan tak, driver tak tahu jalan. Dan Mr Edy yang terpaksa tunjukkan jalan untuk bas parking. Terror sungguh Mr Edy ni.


Turun dari bas, kami mula nampak Madame Tussauds. Di sini terletakknya patung lilin artis dan pemimpin dari seluruh dunia. Saya dah pernah masuk Madame Tussauds di London masa belajar dahulu.


Di pintu masuk, ada patung Robin Williams yang baru meninggal dunia akibat membunuh diri. Beliau merupakan salah seorang pelakon terkenal di seluruh dunia. 


Hard Rock Cafe Hollywood


Kami mula mencari nama nama pelakon yang famous di Walk Of Fame. Nama Bruce Lee.


Tommy Lee Jones.


Maria bergambar di nama Michael Jackson.


Bruce Willis.


Elton John


Di nama Robin Williams ada banyak bunga dan lilin yang diletakkan oleh peminat beliau.


Celine Dion



Britney Spears


Shrek pun ada..


Kami mula mencari souveniors yang dijual di tepi tepi jalan.


Adik saya mencuba topi. Test saja, tak beli pun. Barangan di sini kira murah gak la kalau nak dibandingkan dengan harga barang di Los Angeles.


Banyak baju baju murah dijual di sini.


AJK Shopping sedang borong sakan.


Ramai orang melawat tempat ini.



Apa yang istimewanya tempat ini? Cer teka...


Ramai orang nak sangat pergi ke tempat ini. Kami pun disuruh suruh untuk melawat tempat ini. Tempat apa? Cer teka.....


Semua orang akan datang dan bergambar di sini.


Pemandangan di kawasan sekitar. Banyak kedai untuk shopping di sini.


Rupa rupanya, di sinilah tempat yang kami boleh nampak perkataan HOLLYWOOD yang terpahat di gunung itu. Nak pergi dekat lagi tak boleh dah. Bergambar dari sini saja.


Ainul, Duha dan mak bergambar di sekitar jalan Walk Of Fame.


Inilah Jalan Hollywood.


Di sini ada muzium Ripley's Believe It Or Not. Saya sebenarnya nak masuk muzium ni. Tapi kami kesuntukan masa. Apakan daya, tak leh nak masuk juga.


Information mengenai apa yang ada di Hollywood.


Masuk ke kedai souveniers.


Glamour nama Maria di US. Merata-rata ada..


Maria 'terpaksa' beli beberapa barang di kedai ini.


Ada kedai jual merchandise Harley Davidson


Ada tempat menonton wayang juga.


Madame Tussauds


China Town


Tapak kaki artis di Hollywood


Sekali lagi anda perhatikan, kereta mewah banyak ada di US


Hard Rock Cafe


Terdapat jualan kasut di dalam kedai. Brand Skechers macam popular di US.


Pelbagai jenis kasut jenama Skechers


Di sini juga ada Sightseeing Bus yang akan membawa kita memusing kota Holywood.


Sekali bayar, boleh naik bas ini sehari tanpa perlu membayar semula.


Loius Vuitton pun ada. Member Maria, Master Yani buat window shopping di situ.


Antara produk Louis Vuitton


Pemandangan sekitar Hollywood.


Di tepi tepi jalan, ada banyak model patung yang pakai pakaian pelakon. Jika ada yang nak bergambar dengan mereka, perlu bayar duit USD1-3.


Roosevelt Hotel


Kami kemudian di bawa ke Beverly Hills. Tempat dimana ramai pelakon terkenal Hollywood tinggal.


Di sini, rumah kecil, tapi kereta mesti kereta mewah.

Lunch Di Hollywood

Selepas itu, kami semua di bawa untuk makan tengah hari di Restoren Arab Marrakash.

One thing, di US agak sukar untuk mendapatkan makanan halal. Tambahan pula, kami ni dari rombongan cik kiah, ada 200 orang Muslim. Bukan senang nak dapat makan di restoren halal semua orang sekali gus.

So, untuk sampai ke Restoren Marrakesh ini, kami terpaksa travel hampir 45 minit.

Di bawah ini adalah gambar yang sempat di ambil di Restoren Marrakesh. Hidangan nasi mandy ayam dan nasi mandy kambing yang super duper sedap.


Kami tiba di pintu masuk restoren.


Pemandangan di depan pintu masuk kedai. Di sinilah kami ramai ramai ambil peluang untuk bersolat dalam kawasan restoran. Nasib baik dalam kedai tu kami kami aje yang ada. Orang lain tak ada. So, kira macam buat kedai sendiri la.

Di US, sangat sukar untuk mencari masjid atau pun surau. Kami bersolat di mana-mana sahaja. Yang penting,  kami bawa alas untuk lapik. Samada kain atau sejadah yang sangat nipis sahaja. 


Kami diberi dua pilihan. Nasi Mandy Ayam atau pun Nasi Mandy Kambing. Dah tentulah saya ambil Nasi Mandy Kambing. Hari hari dapat 'Kam' ajer.... Sesekali nak kene rasa 'Bing' nyer juga. Bagi yang faham mesti gelak, tak faham mesti blur... Tak per, tak paham buat buat faham.


Hidangan kuah untuk dimakan bersama nasi mandy kambing.


One thing, memandangkan ini kedai arab. So, dah jadi tradisi mereka untuk ada tarian gelek masa tetamu makan. Dah ada tarian gelek pulak. Untuk mengelak dari tengok gelekan minah ni, saya pilih untuk duduk di kawasan yang berada dalam bilik. Dalam bilik itu tertutup dan tak nampaklah gelekan minah ni. Buat apa nak tengok, buat tambah dosa aja.


Saya tak berada di sini. Saya duduk di dalam bilik. So, memang tak nampak la minah ni gelek. Gambar ini saya ambil dari sahabat saya.

Shopping Di Farmers Market

Pada sebelah petang, kami di bawa untuk melawat ke Farmers Market. 

Ia adalah sebuah tempat yang sangat besar dan menjual barang barangan hasil pertanian para petani dari kawasan sekitar.

So, jom layan beberapa gambar yang sempat saya ambil di sini.


Bergambar dengan mak dan Maria di depan Farmers Market


Maria dan Ainul, kami mula masuk ke dalam kawasan Farmers Market. Tapi, apa yang kami tengok di sini ada banyak produk yang berbentuk buah-buahan tempatan. Masalahnya, saya rasa macam tak sesuai untuk saya lawat tempat ini. Saya bukan boleh beli buah-buahan ni bawa balik Malaysia. 

So, kami decide untuk ke Ross, Dress For Less yang terletak berhadapan dengan Farmers Market.


Tawaf Ross lagi. Di sini ada banyak barangan branded dari kilang yang dijual pada harga yang sangat sangat rendah.

Tepat jam yang dijanjikan, kami semua berkumpul semula di bas dan di bawa ke tempat makan untuk dinner.

Dinner Di Belacan Grill, Los Angeles

Selepas berjalan di Hollywood pada sebelah petang, kami di bawa pula untuk makan malam di Belacan Grill. Ia menyediakan makanan halal yang mana masakannya bertemakan resipi masakan di Malaysia.

So, sekali lagi kami kekenyangan dengan makanan yang Alhamdulillah, sangat sangat lazat.


Appetizer. Sate.... Alahai.. Mula mula lagi dah dapat sate. Kenyang makan nasi arab tadi pun tak habis lagi.


Daging masak hitam.


Ikan masak sweetsour.


Daging masak hitam. 


Cantik tak restoren ini? Sangat sangat cantik. Makanan pun sedap. Terima kasih Shaklee kerana membawa kami untuk pergi ke tempat tempat yang best di Los Angeles dan Hollywood.

Insya Allah, saya akan berkongsi lebih banyak lagi kisah kisah menarik sepanjang lawatan kami di US dalam blog ini.

Rasanya, cukup dulu saya berkongsi hari ini.

Semoga apa yang saya kongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran kepada anda tentang Hollywood.

Jika ada rezeki semoga anda juga dapat pergi ke sana.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Maria Firdaus Empire
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini.

USA TRIP - PART 10 : KOLEKSI GAMBAR PERCUTIAN DI UNIVERSAL STUDIO, HOLLYWOOD YANG ANDA MESTI TENGOK


Jika tidak membebankan anda, saya mohon anda tekan LIKE button di bawah sebagai tanda sokongan anda untuk saya terus berkarya. Terima kasih atas sokongan anda.


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top