Ini adalah sambungan daripada entri sebelum ini


Assalamualaikum,

Terima kasih kerana masih setia melayari blog mariafirdaus.com.my

Semoga apa yang kami kongsikan di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat, inspirasi dan motivasi kepada anda semua untuk kita sama sama berjaya. Bukan saja berjaya di dunia, tetapi juga berjaya di akhirat.

Seperti yang anda maklum, lawatan kami ke United States bukan sekadar melancong. Tetapi, kami juga ke sana untuk menghadiri Shaklee Global Conference selama 2 hari. 


Pada hari kedua kami di US, kami terus di bawa ke Long Beach Convention Centre untuk menghadiri conference yang Shaklee anjurkan.

So, untuk entri hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua gambar gambar yang sempat kami ambil sepanjang berada di Convention Centre.


Baru turun dari bas dan terus menuju ke convention centre.


Disinilah tempat conference itu diadakan.


Delegasi dari Malaysia. Untuk tahun ini, Malaysia menghantar wakil sebanyak 300 orang. Alhamdulillah, 200 daripadanya adalah orang Islam.


Delegasi daripada China. Mereka membawa bendera China dan juga US untuk masuk ke dalam dewan.


Agenda Sepanjang Conference


Maria bertemu dengan Presidential Master Laila. Salah seorang mentor beliau dalam Shaklee.



Kami bergambar dahulu di luar dewan.



Satu perkara yang ramai mat saleh notice pasal orang Malaysia adalah....... Orang Malaysia suka ambil gambar. Sikit sikit ambil gambar, sikit sikit ambil gambar. Mungkin bergambar ni dah jadi budaya orang Malaysia.



Kami diberikan Wristbands untuk masuk ke dalam dewan ini. Mereka yang tidak mempunyai gelang tangan ini tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.


Kami mula masuk ke dalam dewan. Kebanyakkan para peserta sedang mengambil tempat pada waktu ini.



Apabila masuk ke dalam dewan, saya terkejut dengan satu skrin besar yang melengkung di hadapan pentas. Ia sangat sangat besar. Warna hijau di skrin tersebut sangat sinonim dengan Shaklee yang logonya berwarna hijau yang berkonsepkan 'Everything Is Natural.'


Sebelum majlis bermula, ada rakaman video oleh Shaklee yang berkongsi pengalaman pengguna di US yang sudah lama menggunakan Shaklee.


Majlis bermula dengan nyanyian lagu kebangsaan Amerika Syarikat selaku tuan rumah kepada Conference ini. Kanak kanak yang cute ini mengetuai nyanyian lagu kebangsaan US.


Tayangan Video "Shaklee Effects" yang sudah mula mendapat tempat di kalangan penduduk dunia. Yes, Alhamduilllah hari ini Shaklee makin diterima oleh ramai orang kerana semua produk Shaklee adalah natural dan tidak mempunyai bahan kimia.


Seterusnya, majlis diteruskan dengan mainan gitar oleh seorang kanak kanak. Kami ingat, siapa lah budak ni. Rupa rupanya, budak ini adalah anak kepada Roger Barnet, owner Shaklee.


Anak dan ayah beraksi di pentas. Majlis ini memang dirancang untuk tidak menjadi formal. Ia dibuat secara santai. So, masa mula mula, lepas budak tu main gitar terus Roger naik atas buat buat macam nak nyanyi. Kemudian, Roger Barnet terus memulakan perkongsian beliau mengenai bisnes Shaklee secara global.


Jualan Shaklee seluruh dunia pada tahun lepas adalah USD 450 million. It's a very good achievement. Anyway, saya sangat sangat kagum dengan cara Roger berucap di atas pentas. Bahasa yang digunakan sangat mudah difahami. Satu saja saya nak cakap, Roger sangat berkarisma. Bila dia bercakap, satu dewan diam dan akan memberi tumpuan.



Beliau memberikan satu cabaran untuk kami semua. Kenalkan Shaklee hanya kepada 1% daripada kenalan kami. Itu sahaja. Jika 1% daripada kenalan kita menggunakan Shaklee, ini bermaksud kita sudah membantu menambah nilai hidup 1% sahabat kita dari segi kesihatan. Dan jika mereka turut menjalankan bisnes Shaklee, ini bermaksud kita juga membantu mereka dari segi kewangan.



Always share about Shaklee with your friends. Make it as a trend.


Beliau berkongsi salah satu rahsia kejayaan beliau dalam Shaklee. Sejak 10 tahun lepas, beliau sudah membelanjakan hampir USD250 million dalam bidang penyelidikan. Shaklee mempunyai barisan saintis yang terkemuka di dunia untuk menjalankan kajian bagi memastikan produk Shaklee sentiasa memberi kesan yang terbaik kepada orang ramai.



Roger turut berkongsi kisah kejayaan salah seorang master di Malaysia iaitu  Master Shareeza dan Nazri yang telah berjaya memperoleh pendapatan 7 angka sebulan melalui Shaklee. Kak Cery inilah mentor kami. Alhamdulillah, kami bersyukur berada di bawah seorang mentor yang hebat dan berjaya macam beliau.



Di bawah beliau ada seramai 42 orang masters. Dan kami adalah salah seorang daripada mereka. Syukur Alhamdulillah, dengan tunjuk ajar yang mereka berikan, bisnes Shaklee ini terasa sangat mudah.


Antara tetamu dari US yang begitu respect dengan kejayaan kami para usahawan Shaklee dari Malaysia.


Tetamu yang turut memberi perhatian.


Ribuan orang memenuhi dewan untuk mendengar perkongsian yang diberikan oleh Roger Barnet.



Roger turut berkongsi kisah kejayaan pasangan dari United States iaitu Master Amy dan Chris Bailey yang berjaya dalam perniagaan mereka di sana.



Gambar disebelah kiri adalah mereka yang dahulu dan di sebelah kanan adalah mereka yang sekarang. Inilah yang Roger tekankan. Dalam Shaklee kita tidak menjual. Tetapi, kita berkongsi kebaikan produk. Seperti dalam kes ini, Mereka berdua dapat menikmati hidup yang lebih sihat selepas menggunakan Shaklee. Mereka berjaya turunkan berat badann sekitar 30kg ke 35kg setiap seorang.


Roger berkongsi kisah sejarah Shaklee. It had been 100 years since the first product was produced by Dr Shaklee.


Dan setiap tahun, Shaklee akan mengeluarkan produk baru selepas melakukan kajian oleh saintis mereka. Tahun ini, Shaklee memperkenalkan MindWorks yang berfungsi untuk meningkatkan tahap pemikiran seseorang. Dalam erti kata yang lain, menguatkan daya ingatan orang yang memakannya.


This is what Shaklee do. Menambah nilai hidup orang lain dengan meningkatkan jangka usia seseorang dan meningkatkan tahap kesihatan seseorang. Walau apa pun, ia hanyalah ikhtiar daripada kita. Semuanya dengan izin Allah juga.


Selepas itu, Roger turut menjemput Dr Bruce Daggy iaitu Senior Vice President bahagian Research And Development untuk berkongsi dengan kami semua kajian kajian terkini yang sedang dijalankan oleh Shaklee.


Para hadirin khusyuk mendengar perkongsian dari Dr Bruce Daggy.


Dr Bruce Daggy turut menjemput salah seorang saintis beliau untuk berkongsi di pentas.


Berkongsi kebaikan Vitamin C Shaklee. Sebiji vitamin C Shaklee seumpama anda memakan 16 biji buah oren. Ia akan meningkatkan tahap imunisasi tubuh badan kita.


Just two new conversations everyday. Ini yang perlu kita buat. Memperkenalkan Shaklee kepada lebih ramai orang. 2 orang sahaja sehari. Tapi, rasanya hari ini saya sudah memperkenalkan Shaklee kepada lebih ramai orang melalui blog ini. Mungkin.... Anda salah seorang yang berminat untuk mencuba produk Shaklee selepas ini. Insya Allah.


Ada sessi lakonan oleh pelakon di pentas.


Sekitar jam 12 tengah hari, sessi pertama tamat. Sessi kedua conference akan bersambung disebelah petang sekitar jam 2.30 petang.


Maria bergambar di dalam dewan.


Di luar dewan, ada exhibition produk produk Shaklee yang terdapat di US. Untuk pengetahuan anda, produk Shaklee di US tidak sama dengan produk Shaklee di Malaysia. Ini kerana, produk Shaklee di Malaysia di rumus khas untuk memastikan ia 100% halal dan mendapat pengiktirafan daripada JAKIM di Malaysia. So, anda jangan risau untuk menggunakan Shaklee. Ia selamat dan Insya Allah terbukti berkesan.


Produk Shaklee di US


Prebiotic Complex. Di Malaysia tak ade ni.


Produk produk ini juga tidak ada di Malaysia.

Maka, berakhirlah sessi pagi conference kami. Memandangkan sessi kedua pada sebelah petang tidak berkaitan dengan kami. Maka kami memilih untuk pergi bershopping pada petang itu.

So.. Insya Allah. Entri selepas ini akan banyak gambar gambar shopping kami di sekitar bandar Long Beach, Los Angeles.

Stay tune. Sila datang lagi ke blog mariafirdaus.com.my untuk memastikan anda mengikuti kisah percutian kami di US selama 10 hari ini. Ia satu pengalaman yang sangat menakjubkan buat kami semua.

Wassalam

Master Maria Firdaus
Founder Maria Firdaus Empire,
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini:



Jika anda rasa entri bermanfaat, mohon anda tekan LIKE Button di bawah. Mungkin ia akan memberi manfaat dan inspirasi kepada mereka yang lain selepas ini. Saya doakan Allah permudahkan hidup anda dunia dan akhirat. 

Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com

019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 

2 ulasan:

 
Maria Firdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top