Ini sambungan daripada entri sebelum ini,


Assalamualaikum,

Saya doakan Allah merahmati anda yang membaca blog mariafirdaus.com.my ini. 

Saya doakan Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang buat kita semua. Semoga, anda semua kaya dan berjaya.

Jika sebelum ini saya berkongsi mengenai conference, tak banyak yang anda dapat belajar dari entri itu. Ia hanya perkongsian gambar dengan anda.

Tetapi, untuk entri kali ini. Saya nak kongsikan dengan anda apakah nasihat yang Roger Barnet berikan kepada kami pada pagi itu.

Bagi saya, apa yang beliau kongsikan sangat sangat inspiring. Anda bacalah walaupun anda tak buat bisnes Shaklee.

Sebabnya, ia akan memberi motivasi kepada kita untuk lebih berjaya dalam hidup kita. Di dunia dan di akhirat.

Kisah Satu : Jangan Mudah Berputus Asa


Shaklee sudah berusia 100 tahun. Mula diperkenalkan pada tahun 1915.

Untuk pengetahuan anda, Roger Barnet adalah seorang usahawan yang muda dan berjaya. Beliau merupakan seorang multi millioanaire. Beliau mempunyai pelbagai syarikat syarikat besar yang terkemuka di dunia.

Salah satu daripadanya adalah Shaklee.

Ramai daripada kita yang mengetahui kisah kejayaan Roger Barnet bersama Shaklee. Tetapi, kita tidak tahu bagaimana beliau bermula.

Satu ketika dahulu, beliau  bercadang untuk membeli sebuah syarikat untuk beliau usahakan. 

Pada waktu itu, beliau mengkaji sebanyak 25 buah syarikat dari pelbagai jenis bidang industri. Selepas mengkaji banyak syarikat, beliau akhirnya membuat keputusan untuk membeli syarikat Shaklee daripada owner asal.

Namun, pada waktu itu owner asal Shaklee tidak mahu menjual syarikat kepada Roger Barnet.

Keputusan ini sedikit sebanyak mengecewakan Roger Barnet.

Tetapi, beliau tidak berputus asa. Beliau terus mengkaji syarikat syarikat lain yang boleh beliau beli. Namun, akhirnya beliau masih nampak Shaklee yang berpotensi besar untuk pergi lebih jauh.

Beliau betul betul berminat untuk beli Shaklee. Ini kerana bagi beliau, beliau nampak satu peluang yang sangat besar dalam Shaklee. 

Sekali lagi, beliau pergi ke Shaklee. Beliau menyatakan kesungguhan dan minat beliau untuk membeli Shaklee.

Melihat keseriusan beliau, akhirnya owner asal Shaklee buat keputusan untuk menjual Shaklee kepada Roger Barnet.

Dari situlah segalanya bermula. Dari situlah beliau mula mengorak langkah dan menaikkan Shaklee di mata dunia.

Satu pengajaran yang kita semua boleh ambil di sini adalah, dalam hidup pasti kita akan ada halangan. Tetapi, kita jangan sesekali mudah berputus asa. Insya Allah, kejayaan pasti bersama kita.


Jualan tahunan Shaklee adalah USD450 million. Ia satu peningkatan yang sangat baik buat Shaklee.

Nasihat Kedua : Jangan Takut Untuk Melabur

Bagi Roger Barnet, prinsip asas beliau sangat mudah. Beliau mahukan yang terbaik untuk produk yang beliau hasilkan. Untuk itu, beliau sudah melabur sebanyak USD 250 million untuk bidang penyelidikan.

Beliau mahu memastikan produk yang dihasilkan betul betul berkualiti agar dapat menyelesaikan masalah ramai orang di luar sana.

Untuk mendapat sesuatu, kita mesti sanggup untuk MEMBERI sesuatu. Jika kita SANGGUP  untuk memberi, kita TERPAKSA UNTUK MENERIMA.


Bukan sikit jumlah yang dilaburkan untuk penyelidikan. Semua ini untuk memastikan Shaklee mengeluarkan produk yang berkualiti untuk pengguna.

Nasihat Ketiga : Berniaga Bukan Untuk Kaya

Nasihat Roger Barnet kepada kami semua sama macam apa yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman.

Kita berniaga bukan sebab untuk kaya. Tetapi, kita berniaga untuk menambah nilai hidup orang lain. Kita berniaga untuk menyelesaikan masalah orang lain. Kita berniaga untuk mempermudahkan hidup orang lain.

Dan kalau kita berniaga sebab itu, jangan risau kita terpaksa menjadi KAYA.

Inilah yang beliau tekankan semasa kami berada di conference. Sentiasa berfikir untuk menambah nilai hidup orang lain.

Contoh yang beliau berikan adalah kisah hidup Amy  dan Chris Bailey.


Kisah hidup Amy Dan Chris Bailey adalah contoh yang Roger Barnet berikan.


Dahulu, Amy dan Chris merupakan seorang yang berbadan gempak. Tetapi, Shaklee telah membantu mereka untuk menurunkan berat badan ke tahap yang lebih ideal. Inilah yang Roger maksudkan, bantu selesaikan maalah orang lain.


Roger juga berpesan. Untuk berjaya, kita tak perlu menakluk dunia. Tetapi, cukuplah jika kita menakluk 1% dari kenalan kita. Jika kita berjaya melakukan ini, jangan risau. Kita akan berjaya. Masalahnya,  kita takut untuk memperkenalkan produk yang kita jual kepada orang lain. Macam mana orang nak beli dengan kita.

Inilah antara nasihat yang diberikan oleh Roger Barnet kepada kami pada hari itu.

Saya berharap apa yang dikongsikan ini sedikit sebanyak dapat memberi motivasi dan inspirasi kepada anda semua untuk kita semua sama sama berjaya. Tak kiralah anda buat bisnes apa pun, yang penting anda berjaya.

Berjaya dalam kehidupan kita di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

Master Maria Firdaus
Founder Maria Firdaus Empire,
The Most Happening Shaklee Group In Malaysia

Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini:

USA TRIP - PART 5 : SHOPPING DI LONG BEACH CITY CENTRE




Jika anda rasa posting ini bermanfaat untuk anda, mohon anda tekan LIKE button di bawah. Semoga ia dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang lain.


Dapatkan EBOOK PERCUMA kisah sebenar kejayaan saya menjalankan bisnes online sehingga terpaksa berhenti kerja sebagai seorang Engineer, dan menjadi MASTER COORDINATOR SHAKLEE. Kini saya menjadi Working-At-Home-Mom (WAHM) dan menjana pendapatan 5 angka setiap bulan hanya dari rumah. 

Padat dengan kisah motivasi dan tips keusahawanan PERCUMA!!



Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Maria untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

MASTER KAM MARIA
Founder of Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
Shaklee ID : 881455
come_maria@yahoo.com


019-259 2731 (Call, SMS, WhatsApp) 
.

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top