Assalamualaikum,

Ini adalah sambungan daripada entry sebelum ini : 


Hari ini, saya nak berkongsi dengan anda mengenai buffet breakfast yang pihak Hotel sediakan sepanjang kami di Los Angeles. 

Untuk pengetahuan anda, daripada lebih kurang 300 peserta Shaklee Trip USA kali ini, hampir 200 orang adalah Muslim. 

Alhamdulillah, pihak pengurusan Shaklee Malaysia telah berusaha menyediakan MAKANAN HALAL untuk kami setiap hari sepanjang berada di sana, termasuk semasa di dalam flight. 

Ada juga beberapa hari yang pihak Shaklee tidak menyediakan makanan  lunch dan dinner seperti semasa trip ke Disneyland, Universal Studio dan Factory Outlet. 

Pada waktu ini, kami diberikan meal allowance sebanyak USD50 setiap orang. 

Alhamdulillah, banyak tu, memang lebih dari cukup. Jadi kami boleh guna allowance tu untuk beli kebab halal atau pizza vegetarian saja. Duit lebih kami guna untuk shopping!! :)

Jom layan gambar-gambar Buffet Breakfast di hotel setiap hari di sana..


Ada banyak buah-buahan segar yang disediakan untuk kami, antaranya strawbery, anggur, epal, tembikai susu, pisang dan lain lain lagi. 


Dalam erti kata yang lain, memang tak larat nak makan semua. Maria confirm ambil strawberry setiap hari. Sebab kat Malaysia tak dapat makan strawberry setiap hari. Hehe..


Antara juadah terhidang..


Kek turut disediakan untuk kami.


Antara makanan yang diberikan, telur goreng, ayam, nasi goreng, mee dan juga pasta.


Sayur sayuran.


Ulam ulaman.


Sayur campur.


Kentang goreng.


Pasta


Macaroni


Tempe... Ala, gurau pun tak boleh. Ini bukan tempe, tak tahu apa bendanya, hihi..


Cheese cake


Cereal dan susu


Yogurt



Walaupun macam-macam makanan yang ada, biasanya banyak ni je pun yang kami boleh makan. Tengok capacity tank lah kann :)


Pemandangan di sekitar dewan makan yang sangat luas dan selesa.


Para pelayan yang rajin dan berdedikasi. 

Syukur Alhamdulillah.. Walaupun trip ini ke negara bukan Islam, Shaklee Malaysia telah menyediakan khidmat makanan halal yang terbaik untuk kami semua.

Tahniah untuk pihak Shaklee Malaysia atas pengurusan terbaik!!

Tunggu update seterusnya esok ya.. Stay tuned!!

Thanks for reading!!

Wassalam.

Master Maria Firdaus
Maria Firdaus' Millionaires in Shaklee (MFMS) Empire
The Most Happening Shaklee Team in Malaysia

Jemput baca kisah perjalanan kami seterusnya di sini:

USA TRIP - PART 3 :GLOBAL CONFERENCE, LOS ANGELES

0 comments:

Post a Comment

 
MariaFirdaus © 2013. All Rights Reserved. Powered by Blogger
Top